Followers

Monday, 10 December 2012

~ Cinta Utara Selatan 8 ~


           Pagi ni Irfan hanya mengenakan baju T Polo berwarna hitam jalur putih dan berseluar jeans. Irfan juga menggayakan kaca mata hitam yang digantung di bajunya. Dua biji butang baju nya juga dibiarkan terbuka jelas menampakkan ketampanan anak muda itu. Kalau bukan dia dididik dalam bidang professional dan bisnes, sudah pasti kariernya adalah sebagai model dan artis.
            Selesai dia bersiap, Irfan menuruni anak tangga untuk bersarapan dengan mama dan papanya. Seperti biasa, Irfan mengambil tempat di hadapan mamanya.
            Morning semua. Aik, mama dengan papa tak pergi poco – poco ke hari ni?” Tanya Irfan sambil mencapai roti bakar dan menyapu jem coklat di rotinya.
            Tersedak Datuk Iskandar mendengar soalan anak nya itu. Boleh pulak dia perli aku. Bertuahnya punya budak.  Irfan ketawa kecil melihat gelagat papanya.
“ Tak pergi pun. Hari ni tak ada kelas. Eh nak kata hari ni hari Ahad, kejap lagi kan orang nak pergi solat Jumaat. Irfan tak kerja ke hari ni? Yang pakai macam nak pergi dating ni kenapa?” Datin Haliza memandang Irfan pelik.
            “ Oh, Irfan ada hal sikit kat luar hari ni ma! So, Irfan tak sempat masuk office la hari ni.” Jawab Irfan sambil memasukkan roti bakarnya ke dalam mulut.
            “ Hal yang kat luar tu lagi penting ke dari kerja?” Datuk Iskandar pula menyampuk.
            “ Eh, mesti lah kerja lagi penting tapi hal ni pun penting jugak pa. Antara hidup dan mati ni pa.” Jawab Irfan dengan selamba.
            “ Amboi, bunyinya macam bahaya je. Hal apa tu Irfan?” Datin Haliza cuba mencungkil rahsia.
            “ Tak ada apa – apa la ma. Kawan Irfan si Sazali tu mintak tolong sikit pasal engineering firm dia tu.” Bohong Irfan sambil tersengih.
            “ Nak tolong si Sazali ke si Sazzy?” Datin Haliza menyindir.
            “ Eh mana ada ma. Ok lah Irfan dah lambat ni. Pergi dulu ye.” Irfan cuba melepaskan dirinya dari di soal lebih – lebih oleh mama dan papanya.
            Selesai menyalami tangan kedua ibu bapanya, Irfan terus meluncur laju dengan kereta kesayangannya itu menuju ke kondominium Sazzy. Seperti biasa Irfan akan menekan suis on radio bagi megelakkan kebosanan. Kedengaran lagu dari penyanyi Aliff Asyraf menyanyikan lagunya yang bertajuk Perempuan Seperti Dia.
            Si Aliff ni lagi. Asal aku bukak radio je mesti dia ada. Tahu lah dia popular tapi tak kan dia sorang aje artis dalam Malaysia ni. Macam ada jodoh pulak aku dengan dia. Ish, subhanallah. Apa aku fikir ni. Aku masih straight lagi. Lagipun, nabi tak mengaku umat dekat akhirat nanti. Mintak simpang sangat – sangat oi. Ngomel Irfan sendirian. Irfan cuba membayangkan apa agaknya reaksi mama nya kalau tahu anak teruna nya ialah seorang gay. Memang mama akan pancung kepala aku punya la. Tak pun dia simbah asid kat muka hensem aku ni. Biar aku malu nak bercampur dengan masyarakat. Hahaha kelakar la pulak bila ingatkan macam mana reaksi garang mama tu.
            Hanna membaca surat khabar sambil bernyanyi kecil mendengar lagu yang didendangkan oleh kekasih hatinya sendiri melalui corong radio rumahnya. Terasa amat bahagia apabila mendengar lagu yang bertajuk Perempuan Seperti Dia itu seolah – olah khas untuk perempuan yang bernama Hanna Nadira.
            “ Ana, mai tolong mak potong kangkung ni sat!” Laung Puan Normah yang sedang menyiang ikan di dapur.
            Alamak, orang baru nak feeling ni! “ Ye mak. Sat gi orang buat.” Balas Hanna dengan penuh perasaan malas.
            “ Ha elok la tu. Anak dara memang elok sangat pun dok buat kerja bertangguh. Nanti esok – esok orang nak masuk minang pun bertangguh tau. Lepas tu, mula lah macam – macam masalah timbul. Time tu jangan nak salah kan mak dah. Mak dah bagi tau awai – awai tak mau dengaq kan.” Panjang bebelan Puan Normah untuk anak daranya itu.
            Dah start dah kuliah pagi ini. “ Ye la mak. Orang nak buat la ni.” Hanna bingkas bangun menuju ke dapur lalu mencapai peralatan memotong dan kangkung yang hendak dipotongnya.
            “ Mak, sejak bila mak pandai cakap omputih ni? Dari semalam orang dengaq banyak jugak perkataan omputih mak guna kan.” Hanna ketawa kecil memulakan perbualan sambil tangannya sedang memotong kangkung di meja yang disediakan khas untuk memasak di dapur.
            “ Awat tak boleh ke mak nak cakap omputih? Mak dulu pun masuk U macam hang jugak tau. Cuma abah hang tu la tak bagi mak nak kerja. Dia suruh jaga anak dengan jaga dia je. Mak sebagai isteri ni kena la patuh cakap suami.” Jawab Puan Normah dengan nada yang serius. Seperti ada sesuatu yang tersembunyi di benaknya.
            “ Ala mak ni jangan la marah. Orang gurau je. Orang lagi suka mak cakap omputih. Kalau abah bagi mak kerja dulu mesti nampak macam mak Nabil Maharaja Lawak tu kan. Hey don’t say like that. My mother is an English teacher, man! Hahaha.” Hanna mengusik Puan Normah dengan mengajuk dialog Nabil dalam rancangan Lawak Ke Der yang di downloadnya dari internet.
            Puan Normah ikut ketawa melihat telatah anaknya itu. Ish, budak ni aku serius boleh pulak dia melawak. “ Ana, macam mana hubungan hang dengan Aliff tu? Ada masalah apa – apa tak?” Puan Normah memulakan agendanya.
            “ Aliff? Em ok je orang dengan dia. Cuma sejak kebelakangan ni dia sibuk sikit. Tambah – tambah pulak dia dah jadi mentor kan dekat tv 3 tu. Jarang la dapat contact dia. Kena tunggu dia contact orang la. Kenapa mak tanya?” Hanna berasa pelik bila Puan Normah tiba – tiba bertanyakan hal Aliff. Sedangkan Hanna tahu ibunya itu tidak begitu menyukai dia berkawan dengan Aliff tu. Kononnya takut Hanna makan hati maklum lah artis kan ramai peminat. Namun, Puan Normah tetap akur dengan pilihan anaknya itu dan tidak begitu membantah.
            “ Em tak ada apa – apa pun. Cuma hari tu mak ada tengok rancangan Propaganza kat astro tu. Depa terjah pasai hubungan intim Aliff dengan protege dia yang nama ada Sya kat belakang tu. Hang da tau ke belum pasai ni?” Puan Normah cuba memancing reaksi Hanna.
            Air muka Hanna kelihatan berubah apabila mendengar gossip tentang kekasihnya dari mulut ibunya sendiri. Betul ke gossip ni? Macam mana aku boleh tak tau langsung pasal ni. Patut lah si Aliff ni busy semacam. Namun, Hanna masih berlagak tenang kerana tidak mahu serkap jarang.
            “ Oh pasal gossip Aliff tu Hanna ada dengar mak. Ala mak biasa lah nama pun gossip. Kita tak boleh nak tuduh sembarangan betul tak? Pihak media kalau nak kaya apa – apa pun sanggup diorang buat mak.” Bohong Hanna untuk menyedapkan hati ibu dan dirinya sendiri.
            “ Tapi Ana, kalau tak ada angin macam mana pokok boleh bergoyang kan.” Puan Normah masih lagi cuba mengapikan anaknya itu. Tapi dia tahu bila hati sudah sayang semua racun rasa madu.
            “ Macam ni lah mak. Biar orang siasat dulu betul ke tak gosip tu semua tau. Lepas orang dapat tahu kesahihan  gosip tu, mak la orang pertama Ana cerita tau. Hahaha.” Jawab Hanna lantas menuju ke biliknya.
            “ Eh, hang nak pi mana tu Ana? Mak belum habis cakap lagi ni.” Laung Puan Normah apabila melihat anaknya meninggalkan dapur.
            “ Ana nak pi mandi la mak. Melekit badan ni lepas berborak ngan mak tadi.” Gurau Hanna yang keluar dari bilik dengan tuala yang tersangkut di bahunya untuk menuju ke bilik air.
            “ Eh apa kena mengena pulak badan melekit dengan borak ngan mak ni. Hang ni ada – ada je la Ana. Jangan dok amalkan mandi lewat tu sampai lepas kahwin nanti. Nanti suami tak nak dekat baru tau.” Puan Normah mula menyambung kuliahnya yang tergendala pagi tadi.
            Yes madam!” Hanna menunjukkan tabik spring kepada ibunya lantas menutup pintu bilik air. Mak aku ni sejak – sejak aku balik ni tak habis – habis cakap pasal kahwin. Umur aku baru 25 tahun. Kalau dah masuk 30 tu tak kahwin – kahwin memang patut la mak aku membebel. Bisik hati kecilnya sambil menonyoh sabun pencuci muka ke wajahnya.

No comments:

Post a Comment

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?