Damia
menghadiahkan sebuah senyuman seraya berjabat tangan dengan pembantu barunya,
Balqis. Begitu juga Balqis. Dari air muka gadis itu, tampak lembut dan baik.
Pandai Abang Fahim cari staf part time
yang cun. Nak buat pelaris ke apa ni? Tapi tu semua tak penting. Yang paling
mustahak, budak ni rajin. Muka cun pun tak guna kalau pemalas. Alih – alih aku juga
yang kena buat semua kerja. Nama aje ada pembantu. Macam kes Fakhri dulu.
“ Ok, cepat ready semua. Dah nak dekat pukul 9 dah ni!” Kak Farah seperti biasa
mula menunjukkan kuasa vetonya.
Masing – masing bergerak ke posisi
yang dipegang. Lala dan beberapa orang waiter
yang lain menuju ke tempat mereka manakala Damia dan anak – anak buahnya
termasuk Balqis menuju ke dapur untuk membuat persediaan makanan yang hendak di
masak nanti. Usai memastikan semua staf sibuk membuat kerja masing – masing,
Kak Farah segera berlalu ke pejabatnya yang terletak bersebelahan dengan
pejabat Fahim Rayyan. Dan seperti biasa nafas lega dihela hebat oleh setiap
staf bila kelibat mata yang sentiasa mengawal aktiviti pekerja dalam restoran
itu sudah tidak kelihatan.
“ Kak Farah tu memang garang ke, Kak
Damia?” Balqis yang sedang menghiris bawang merah tiba – tiba bersuara.
Damia hanya tersenyum kecil. Tidak
segera membalas. Soalan sama yang akan ditanya oleh setiap pekerja baru dalam
restoran itu selain Fakhri. Itupun sebab Fakhri tak sempat berkenalan dengan
Kak Farah pada hari pertama dia masuk kerja. Kalau tak, dia pun akan tanya
soalan yang sama. Confirm! Ok, Fakhri
again! Hari ni saja berapa kali dah
aku tasbih nama budak tu. Cukuplah tu buat masa ni, Damia!
“ Kenapa? Balqis rasa Kak Farah tu
garang ke?” sengaja Damia main tarik tali.
“ Yup!”
“ Memang dia hari – hari macam tu
pun. Orang kuat Seri Puteri nilah katakan.” Sempat lagi Damia main perli.
Buatnya Si Farah tu dengar, memang ada yang lunch
kasut tingi saiz 6 tengahari nanti.
Balqis hanya ketawa kecil mendengar
kata – kata ketuanya itu. Hendak ketawa lebih – lebih risau pula dicop over. Sudahlah hari pertama kerja.
Haruslah tunjuk sikap positif kan?
“ Balqis err akak panggil Qis ajelah
ya?”
“ Memang semua orang panggil Qis je.
Kenapa kak?”
“ Qis study lagi ke?” tiba masa Damia memulakan sesi ice breakingnya dengan staf baru restoran itu.
“ Ha’ah kak.”
“ Study kat mana?”
“ UiTM Shah Alam.”
Damia hanya menganggukkan kepalanya
tanda memahami. Tiba – tiba dia teringatkan suaminya yang juga merupakan
seorang mahasiswa di sebuah universiti tempatan. Tapi universiti apa eh? Tak
pernah pula Fakhri bagitahu dia study
kat U mana. Jurusan apa yang Fakhri belajar pun dia tak pernah ambil tahu. Hmm
gagal sungguh untuk aku bergelar seorang isteri kan?
“ Cuti semesterlah ni ya? Berapa
lama cuti?” Damia menyambung lagi soalannya.
“ Sebulan setengah aje. Saja buat part time dekat restoran Abang Fahim ni.
Boleh tambah duit poket sikit.” Balqis tersenyum kecil.
Damia tersentak kejap. Pelik! Abang
Fahim? Apa hubungan Si Balqis ni dengan Fahim Rayyan? Jangan cakap Balqis ni
adik perempuan dia pulak. Memang tak masuk akallah kalau semua adik dia, dia
nak angkut jadi pembantu aku kat sini. Tapi apa salahnya kan? Restoran dia, dia
punya sukalah.
“ Apa hubungan Qis dengan Encik
Fahim tu?” Erk! Soalan apa aku tanya ni? bunyi macam orang jealous pulak. No! No! No! Tolong
jangan salah sangka ya? Sikitpun aku tak jealous.
“ Oh, Qis dah kenal lama dah dengan
Abang Fahim tu! Qis kenal dia pun sebab dia abang kepada....”
“ Kak Damia!”
Belum sempat Balqis menoktahkan
ayat, kedengaran Lala melaung nama ketua chef itu di muka pintu dapur. Damia
dan Balqis segera menoleh ke arah Lala.
“ Kak Farah nak jumpa akak
sekarang.” Lala memberitahu pesanan yang baru diterimanya dari Farah tadi.
“ Ok!” Damia segera meletakkan
senduk kuah yang dipegangnya sejak tadi. Tangannya dibasuh sebentar.
“ Qis, tolong tengokkan mushroom soup akak tu ya? Kacau selalu
tau. Jangan bagi berketul tekstur dia. Nanti tak sedap.”
Balqis hanya menganggukkan kepala
tanda akur dengan arahan yang diberikan. Damia pula segera berlalu meninggalkan
ruang dapur itu menuju ke pejabat Farah. Haih. Apa pulak masalah yang aku buat
dengan Kak Farah ni? Rasanya sepanjang minggu ni aku datang kerja awal.
***
Usai
mengunci loker, Damia menyilangkan beg sandangnya di badan. Staf wanita yang
lain sibuk dengan beg tangan mereka manakala Damia masih setia dengan beg
sandangnya. Bila dia nak berubah jadi perempuan yang sebetulnya perempuan pun
entahlah. Hari – hari pergi kerja dengan seluar jeans, baju T, beg sandang dan
sandal. Sandal pun dah naik haus tak berganti. Bila budak – budak sekolah
mengorat tahu pulak nak marah. Tak hormat orang tualah apalah. Tapi gaya macam
budak nak pergi tuisyen tu jugaklah yang menjadi pujaan hatinya.
“ Qis balik naik apa?” soal Damia
sambil melangkah seiring bersama anak buahnya ke pintu restoran.
Damia
seperti biasa shifnya sampai 5 petang sahaja melainkan ada hal – hal tertentu
yang membuatkan dia terpaksa stay back.
Balqis pula disebabkan hari ni merupakan hari pertamanya bekerja, shifnya juga
sampai 5 petang sahaja. Terdapat dua jenis shif pekerja dalam restoran itu. Yang pertama shif pagi iaitu dari pukul
8 hingga 5 petang. Dan yang kedua, shif petang. Dari pukul 1 tengahari hingga
10 malam. Yang hanya ditugaskan shif pagi tanpa perlu bergilir – gilir dengan
shif petang adalah Nurul Damia dan Farah Wahida sahaja. Manakala Ikhwan selaku
chef yang kedua ditugaskan pada shif petang. Staf – staf yang lain pula perlu
bergilir – gilir shif mengikut jadual yang telah ditetapkan.
“
Qis naik kereta. Kenapa kak? Akak balik dengan apa?”
“
Oh, akak balik dengan...” Ayat Damia tiba – tiba mati.
“
Oklah, kak. Kereta Qis ada kat sebelah sana. Jumpa esok ya.” Balqis segera
melajukan langkah meninggalkan ketuanya yang masih tercegat di hadapan pintu
restoran.
Damia
tidak membalas. Angguk tidak, geleng pun tidak. Yang pasti pada saat itu, biji
matanya bagaikan hendak tersembul melihat seorang lelaki yang amat dikenali
sedang tersengih bagai kerang busuk dari dalam kereta. Lama dia pandang wajah
Fakhri yang masih selamba siap dengan simbol peace lagi dihadiahkan buat isterinya. Pandangannya dirayapkan ke
arah tubuh kereta yang sedang digayakan suaminya itu. Sebaik sahaja
terpandangkan lambang ‘S’ di hadapan kereta itu sekali lagi membuatkan Damia
terbeliak biji mata. Suzuki Swift?!
“ Kereta siapa ni?” soalan pertama
terpacul dari bibir Damia apabila Fakhri sudahpun bersandar megah di pintu
kereta dengan gaya memeluk tubuh.
“ Kereta sayalah. Kan awak tak bagi saya
jemput naik teksi.” Fakhri tarik sengih.
Heol... Damia tercengang dua minit.
Bukan Proton ke Produa ke tapi Suzuki tau! Mahasiswa universiti pakai Suzuki
Swift dan aku yang dah lama bekerja pun masih naik bas? Nampak sungguh tak adil
dunia ni!
“ Kau beli kereta ni semata – mata
nak jemput aku ke?” Damia menyoal lagi. Rasa tak percaya pun ada. Perlu ke aku
rasa terharu dengan apa yang budak ni buat untuk aku?
Kali ni Fakhri pula yang tercengang.
“ Wah, cik kak! Soalan awak ni bunyi macam saya sanggup buat apa saja untuk
awak kan?”
“ Eh, tak betul ke apa yang aku
tanya tu? Habis tu dah aku cakap tak nak kau ambil naik teksi, kau pergi beli
kereta datang jemput aku pulak kan?”
“ Cik Damia... Ops! Puan Damia...
Kereta ni memang dah sedia ada kat rumah mama tau. Memang kereta saya cuma saya
yang jarang guna. And the most important fact
here is saya beli kereta ni bukan sebab awak. Over thinking!”
Damia berdehem sikit. Air muka
berubah. Cis, nasib baik aku tak rasa terharu lagi! Selalu jadi macam ni. Haih.
Tolong jangan nak perasan sangat boleh tak Nurul Damia? Memang over thinking betul!
“ Jomlah balik. Lenguh kaki aku
berdiri lama – lama depan kereta kau ni.” tukar topik. Malu!
Tanpa dipelawa, Damia terus
menerobos masuk ke dalam perut kereta. Fakhri pula hanya tersengih kecil
seketika sebelum melabuhkan punggung di tempat duduk pemandu. Enjin kereta
dihidupkan lantas meluncur laju meninggalkan perkarangan Restoran Seri Puteri.
***
“ Kita nak ke mana ni?” soal Damia
tiba – tiba bila terlihat selekoh jalan yang menuju ke rumahnya dilintas begitu
sahaja.
“ Makan.” Fakhri membalas sepatah.
Pandangannya masih tertumpu di hadapan jalan.
Damia terus toleh muka ke arah
suaminya. “ La... Kenapa tak makan kat restoran Abang Fahim aje tadi? Suka
sungguh membazir duit.” Sempat lagi Damia merungut.
Abang Fahim lagi! “ Malaslah. Tak
sedap.”
Damia serta – merta menghadiahkan
sebuah jelingan maut buat Fakhri. Eleh, demand!
Tak sedap, tak sedap pun... restoran abang kau jugak. Eh, kejap! Aku kan yang
masak semua makanan dalam restoran tu? Binawe!
“ Tak sedap kau cakap? Ni dah memang
tak sayang mulut ke apa ni?” Damia jegil biji mata pandang wajah suaminya.
Fakhri tarik sengih sebentar. “
Memang kenyataan kan?”
“ Oh, kenyataan... Tapi chicken chop yang aku masakkan untuk
seorang budak lelaki hari tu kan, sampai licin pinggan rasanya dia pelahap.”
“ Ala tu pun sebab makanan free. Yang tak sedap pun jadi sedap.
Cuba kalau yang bayar punya, saya rasa budak lelaki tu tak sanggup tengok duit dia
dilaburkan untuk makanan sebegitu rupa.”
Fakhri
maintain sengih lagi. Dah sah budak
lelaki yang dimaksudkan itu adalah dia. Sengaja nak menghangatkan lagi suasana
yang berhawa dingin dalam kereta itu. Damia pula sudah mendengus geram. Budak
hingusan ni dah lama hidup ke apa?
“
Ok! Apa kata kau masak lepas tu bagi aku rasa pulak? Nak juga rasa air tangan
pengkritik hebat yang bernama Fakhri Wafiy ni.”
“ Masak? The simplest ever matter lah, Nurul Damia. Cakap aje nak masak apa?
Cakap. Cakap. Come, tell me!”
Dengan
penuh perasaan bangga dan bongkak, Fakhri menyahut cabaran isterinya. Damia
pula sudah tersengih jahat sambil menggosok – gosok dagunya dengan jari
telunjuk. Ewah – ewah berlagak kau ya? Siaplah kau Fakhri! Hahaha. Ketawa jahat
dalam hati sejenak.
“
Aku nak kau masak kuih karipap pusing berintikan sardin. Amacam?”
Fakhri
dah terlopong. Serta – merta pedal brek keretanya ditekan kuat dia bahu jalan.
“ Masak apa tadi? Ulang balik?”
“
Karipap pusing berintikan sardin, Encik Suami. Mampu?” Damia sedaya upaya
menahan tawa yang hendak terburai. Kelakar pula rasanya bila tengok wajah
Fakhri yang sudah terkejut tenuk tu. Tenuk pun tak pernah lagi terkejut macam
tu.
“
Tapi kenapa kuih? Nasi lemak ke nasi ayam ke bihun sup ke... Kan banyak lagi
makanan lain?”
“
Saja. Ala makanan macam tu semua dah ada yang segera dalam paket kat Kedai Runcit
Bosran depan rumah tu. Ingat aku tak tahu?” Damia sengih lagi.
“
Kalau ya pun, bagilah yang senang sikit. Kuih susah tau. Mama pun tak pernah
buat kuih kat rumah and awak expect saya boleh buat kuih karipap whatsoever tu?” Fakhri usaha lagi untuk
membantah. Mengaku kalah tidak sama sekali.
“
Aku tak paksa. Kau mampu buat atau tak? Tu aje aku nak tahu.”
Fakhri
terdiam sekejap. Cuba berfikir sesuatu dalam masa yang singkat itu. Pergh!
Karipap pusing berintikan sardin? Apasal nama karipap tu panjang sangat? Selama
ni, aku makan karipap tak pernah pun tahu karipap ada banyak nama. Macam mana
pula rupa karipap pusing ni?
“
Aku bagi masa kau fikir sampai malam ni saja. Then, bagitahu sama ada kau setuju nak sahut cabaran aku atau tak.”
Sambung Damia lagi.
Fakhri
tidak membalas. Keluhan yang teramat berat dilepaskan perlahan – lahan. Balik
nanti wajib google ni resepi karipap tu macam mana.
“
Apa tunggu lagi? Jalanlah. Cakap nak pergi makan tadi.”
Pelik
pula Damia bila Fakhri masih membisu seribu bahasa. Takkan sebab karipap pusing
terus mental breakdown kot? Tu aku belum
suruh buat Kek Lapis Sarawak ke Kek Red Velvet ke...
Fakhri
melilaukan bebola matanya seketika di kawasan rumah kedai tepi jalan itu. Tiba
– tiba biji matanya tertancap ke arah sebuah restoran steamboat yang sedang
beroperasi. Pantas dia melangkah keluar dari perut kereta. Damia yang sudah
tercengang terpaksa menurut langkah suaminya. Punat penggera kereta dipicit
lantas Fakhri menapak menuju ke restoran yang berjaya menarik perhatiannya.
“
Kau nak makan steamboat ke?” Sudah gaharu cendana pula ya Damia...
“
Habis tu nak makan karipap pun tak siap lagi.” Fakhri sengih. Langkahnya
dilajukan. Sakit pula hati Damia mendengar loyar buruk dari Encik Suami itu.
Sebuah jelingan manja automatik dihadiahkan tanpa segan silunya. Eh, manja?
*****
Rasa
macam pendek kan chapter ni? mintak ampun siap2 tau..hihi next chapter will be update
soon! =)
BEST...NAK LG.
ReplyDeletetanks baby mio ^_^
DeleteBest....smkn menarik..
ReplyDeleteGood job nurrul...
Nk lg...
tenkiu anon! noor ke ni?
Deletenoor je yg slalu pgil nurrul..huhu
Mmg noor pon..lupa nk taruk nama..nurrul,CUS n PWC apa khabar?saja nk tau..hehe..
DeleteCUS thn dpn terbit dear..bln bape xkonfom lg..nnti dah konfom, nurul roger noor ok? =)
DeletePWC nurul ada infom kat n3 SKSS! bab 12..try cekidout ye ^^
best
ReplyDeleteBest sngat haha
ReplyDelete