Punggung
dihempas dengan penuh perasaan bahagia di atas kerusi. Ceria dan berseri-seri
benar wajah Nadya datang ke ofis hari ni. Munirah sudah tayang riak pelik
dengan kegembiraan teman baiknya secara tiba-tiba itu. Tak ada angin, tak ada
ribut. Salah makan ubat ke apa perempuan seorang ni!
“Kau dah kenapa seronok semacam hari
ni, Nad?”
“Siapa yang tak seronok bila musuh tak
ada depan mata? Biji mata aku ni terus jadi cerah. Terang-benderang bila tengok
Si Nina tu tak ada dalam bilik dia. Bila aku tanya Syima, dia cakap yang
perempuan tu outstation sebulan sebab
kena consult projek baru. Betapa
bahagianya aku rasa sekarang ni, kau tahu tak?” Mekar senyuman Nadya. Benar
sungguh dia sedang bahagia.
“Oh, aku ingatkan sebab apa! Eh, macam
mana kau boleh bahagia kat sini sedangkan Nina dapat handle projek baru tu? Bukan kau sendiri nak ke handle projek tu?”
“Itu dulu. Tapi sekarang setelah aku
tahu projek tu kat ulu ceruk mana entah, aku bersyukur sebab Nina yang dapat. She deserve it.”
“Really?
Aku tak tahu pula yang projek tu kat ceruk. Tapi yang aku sure, bos akan naikkan pangkat dan gaji Nina bila projek baru tu settle nanti.”
“What?!
Kalau perempuan tu naik pangkat bermakna jawatan dia lebih tinggi dari akulah,
kan?” Mencerlang biji mata Nadya tak semena-mena.
“Yup!
Hari tu aku terdengar bos cakap macam tu dengan Syima. Kadang-kadang aku pelik
kenapa bos tu baik sangat dengan Nina. Kau tak pelik ke? Entah-entah dia orang
ada apa-apa kut, Nad?”
“Kau jangan nak mengarut kat sinilah,
Mun. Aku dahlah panas hati bila dengar bos nak naikkan pangkat perempuan tu. Tiba-tiba
kau cakap bos dengan Nina ada apa-apa pula. Nina tu bukan taste boslah. Aku berani kerat jari punya.”
Munirah hanya mencebik.
“Syima! Nina tak masuk ofis ke hari
ni? Saya tak nampak batang hidung dia pun sejak pagi tadi.”
Bicara kedua-dua gadis itu segera mati
bila terdengar suara Megat Qariz dari arah luar. Masing-masing membuka halwa
telinga dengan seluasnya.
“Cik Nina kan tak masuk ofis sebulan
sebab bos suruh dia consult projek
baru tu. Bos dah lupa ke?” Terkulat-kulat Syima menjawab soalan.
“Oh, okey! Sorry. Saya lupa. Tak apalah. Awak boleh sambung kerja awak
semula.”
“Baik, bos.”
Munirah serta-merta tarik sengih lebar
memandang wajah Nadya.
“Kau dengar tu, Nad! Sampaikan Nina outstation pun, bos boleh lupa. Nampak
sangat dia selalu ambil tahu pasal Nina. Aku cakap kau tak percaya.”
Giliran Nadya pula tayang cebik.
“Memang aku tak percaya pun. Kalau bos
tu sukakan Nina, kenapa dia suruh Nina handle
projek kat ceruk kampung tu? Semua orang lari dari projek tu, kau tahu tak?
Nampak sangat bos memang sengaja nak aniaya perempuan tu.” Bersungguh-sungguh
Nadya menegaskan pendapatnya pula.
“Tak nak percaya sudah, Nadya…”
***
“Alamak!
Macam mana aku boleh lupa isi minyak kereta semalam? Aduh, apa aku nak buat
sekarang ni?”
Imanina
menumbuk kecil stereng keretanya. Jarum penunjuk tangki minyaknya sudahpun
jatuh ke huruf E. Hanya keluhan kasar yang mampu dibebaskan kala itu. Keretanya
juga sudah tersadai dengan sempurna di bahu jalan. Sekurang-kurangnya dia harus
bersyukur enjin keretanya itu mati di tepi jalan. Kalau di tengah jalan, boleh
bikin kemalangan satu kampung.
“Hmmm
nak call siapa, eh? Nak call Sara pun dia dah on the way balik KL. Call papalah. Tapi apa yang papa boleh
tolong? Papa jauh. Haih, siapa lagi yang aku kenal dalam kampung ni? Macam mana
pula kalau dalam kampung ni tak ada stesen minyak? Tapi mustahillah tak ada.
Orang kampung semua nak isi minyak kat mana nanti?”
Senarai
nama panggilan yang sesuai masih dicari di skrin sentuh telefon bimbitnya itu.
Kusut pula rasa kepala otaknya sekarang. Bila masa pula dia makan semut sampai
boleh terlupa macam ni?
“Errr
googlelah sekejap. Manalah tahu kalau-kalau
Malaysia dah ada buat delivery
petrol, kan?”
Tuk!
Tuk! Tuk!
Terkejut
Imanina tak semena-mena bila cermin keretanya diketuk dari arah luar. Kaca mata
hitamnya tidak lagi dipakai sebab sudah terang lagi bersuluh lelaki yang dia
ingin sorokkan diri sudahpun maklum dia akan tinggal di kampung itu selama
sebulan. Dan lelaki berkenaan juga adalah gerangan yang sedang mengetuk cermin
keretanya sekarang. Perlahan-lahan cermin kereta diturunkan.
“Assalamualaikum.”
Akid Aryan memberi salam berserta sebuah senyuman kecil.
“Errr
waalaikumussalam.” Balas Imanina lambat-lambat.
Memang
dalam kampung ni aku akan bertembung dengan mamat ni seorang saja ke apa? Tak
ada orang lain dah, eh? Kata-kata yang mampu dibebelkan dalam hati.
“Kenapa
ni? Kereta rosak ke?”
“Bukan
rosak tapi kereta saya habis minyak. Enjin mati tiba-tiba.”
“Oh,
jum lah! Saya tolong bawa awak pergi beli minyak.”
Imanina
diam. Tubuh lelaki itu diperhati atas bawah. Kalau dah namanya lelaki tu,
memang tak tinggal sikap buayanya kan?
“No, thanks. Kalau orang yang ikhlas nak
menolong, tak perlu nak ajak perempuan yang tak dikenali naik kereta sekali.
Itu bukan nak menolong namanya. Itu nak menggatal! Dah lama dah buat kerja
macam ni, hah?!” Mencerlang biji mata gadis itu memandang Akid.
“Menggatal?”
“Yalah.
Boleh pula awak nak ambil kesempatan ke atas perempuan yang sedang ada masalah
macam ni? Perlu ke nak bawa saya sekali setakat nak tolong pergi beli minyak? Ataupun
awak ada niat yang tak elok kat saya sebenarnya?” Sekali lagi Imanina
menghambur kata.
“Astaghfirullahalazim.
Inilah yang orang tua-tua cakap serkap jarang rupanya.”
“Ser…
Serkap apa?”
“Serkap
jarang, cik lawyer. Takkan peguam pun
tak tahu simpulan bahasa kut?”
“Saya
tahulah. Tapi itu bukan masalahnya sekarang. Masalah sekarang ni…”
“Hari
Sabtu lepas, ada kes ragut berlaku kat kawasan ni. Kelmarin pun saya ada dengar
cerita kes samun pula yang berlaku kat sini. Mungkin sebab jalan ni sunyi dan terpencil.
Penuh dengan lalang-lalang panjang pula tu. Jadi, penyangak pun tunjuk
belanglah. Semua tu adalah sebab kukuh kenapa saya ajak awak ikut saya pergi
beli minyak petrol. Tapi nampak gayanya niat baik saya sudah diburukkan. So, saya jalan dululah, ya?
Assalamualaikum.”
Gulp!
Bebola mata segera dililaukan ke kawasan sekeliling. Imanina hanya mampu
menelan kata-kata sendiri setelah mendengar penjelasan panjang lebar itu.
Sepantas kilat, gadis itu melompat keluar dari perut kereta lalu membuntuti
Akid ke kereta.
Akid
Aryan memaku langkah sekejap. Wajah Imanina dipandang bosan.
“Awak!
Tunggu sekejap! Okey, saya ikut awak. Sorry,
tadi saya serkap…? Serkap apa tadi, awak?”
“Serkap
jarang!” Akid ulang suara dengan jelas dan terang.
“Haah.
Saya serkap jarang. Maaf.” Gadis itu meleret sengih lebih. Kunun dapat
menjernihkan semula keadaan.
Tanpa
sebarang balasan, pemuda itu segera menerobos perut kereta Perodua Alzanya.
Imanina pula melabuhkan punggung di tempat duduk belakang tanpa ada sebarang
perasaan bersalah.
“Awak
ingat saya driver awak ke?”
“Cukuplah
untuk saya seorang saja yang tahu awak bukan driver saya. Saya duduk kat belakang ni untuk keselamatan diri
saya. Sekurang-kurangnya jarak kita tak dekat sangat.”
Akid
ketawa kecil tiba-tiba. “Kalau saya ni nak buat apa-apa kat awak, awak duduk
kat dalam bonet pun saya boleh buat. Lagipun, awak percaya ke kat saya sampai
berani ikut lelaki yang tak dikenali naik kereta?”
“Percaya
ke tidak itu belakang kira. Tapi kalau awak berani buat bukan-bukan kat saya, saya
tahu kat mana rumah Tok Aziz untuk saya buat report.”
Lelaki
yang baru sahaja menekan pedal minyak keretanya serta-merta tersentak. Dilihat
sekejap wajah Imanina dari cermin pandang belakang keretanya itu.
“Macam
mana awak kenal Tok Aziz?”
Erk!
Sekali lagi Imanina kehilangan kata. Kenapa over
sangat mulut aku bersembang tadi? Hisy!
“Errr
Sara yang cerita kat saya, awak ni cucu Tok Aziz. Saya tahu dari dialah.”
“Tak
ada angin, tak ada ribut Sara nak bagitahu awak yang saya ni cucu Tok Aziz.
Melainkan awak tu dah memang kenal Tok Aziz sebelum ni.”
“Jangan
mengarutlah. Tolong fokus dalam pemanduan tu, ya?”
Puteri
Imanina melemparkan pandangan ke luar cermin kereta. Permandangan yang
kelihatan hanyalah petak-petak sawah dan rumah-rumah kampung. Boleh dikatakan
hampir kesemua rumah di sini adalah rumah batu. Tak adalah daif sangat seperti
yang gadis itu sangkakan selama ni. Suasana pun tenang. Aman dan damai. Ada pula
beberapa ekor burung yang hinggap di atas orang-orang di tengah sawah.
“Eeiii,
bau apa ni?!”
Imanina
menekup hidung dan mulutnya tak semena – mena. Biji mata dililaukan mencari
punca aroma yang sangat tidak menyenangkan hati dan perasaan itu. Akid yang
masih dalam pemanduan tumpang terperanjat.
“Bau
apa pula dah?”
“Bau
masam. Hisy, busuk! Awak kentut, eh?”
Amboi,
perempuan ni dah tahap melampau ni!
“Untuk
pengetahuan awak, saya ni jenis manusia beradap. Kalau saya nak kentut, saya
bagi salam dulu. Itu bau ikan pekasamlah. Sesedap rasa saja mengata orang.”
“Ikan
pekasam? Ikan apa tu?”
“Ikan
pekasam pun tak tahu?! Awak duduk kat planet mana sebelum ni?”
“Jangan
nak perli saya, eh? Tak kisahlah ikan apa sekalipun tapi tak perlulah bawa ikan
bersiar -siar macam ni. Awak tahu tak
sebab ikan pekasam ni, satu kereta awak ni bau busuk? Awak tak sedar ke apa
selama ni?” Dengan penuh perasaan gadis itu meluah rasa.
Kali
ni Akid sudah berasap satu kepala. Pantang sungguh keturunan tok nenek dia bila
ada orang mengutuk ikan pekasam kegemarannya itu. Dah lama hidup rasanya
perempuan ni!
“Saya
tak kisah kalau orang nak hina saya. Tapi saya pantang betul bila ada orang hina
makanan. Ikan-ikan pekasam tu naik kereta saya sebab kereta ni memang kereta
dia orang. Yang awak tu cuma penumpang dan dengan hormatnya dipersilakan keluar
dari kereta ni sekarang!” Pitching
suara naik mendadak.
Tak
semena-mena kereta diberhentikan di bahu jalan. Imanina sudah membatu di tempat
duduk belakang. Perasaan menyesal mula menggunung dalam diri. Celupar betul
mulut aku hari ni! Padan muka!
“Errr
sorry. Saya terlepas cakap tadi. Saya
sebenarnya sensitif dengan bau. So,
saya macam hilang kawalan diri pula tadi. Maaf, ya?”
“Oh,
gitu! Tapi masalahnya, sekarang ni saya pula yang hilang kawalan diri. Apa kata
awak keluar dari kereta saya sekarang? Saya kira sampai tiga. Satu!”
“Sampai
hati awak nak tinggalkan saya kat tepi jalan macam ni. Saya tak kenal
sesiapapun kat sini, tahu tak? Saya takut kena ragut dan samun.” Nada
direndahkan. Tunjuk simpati.
Akid
perhati sejenak gadis di tempat duduk belakang itu.
“Apa
nama awak?”
“Pu…
Puteri Imanina. Orang panggil Ni…”
“Okey,
Iman. Lain kali kalau tumpang kereta orang, mulut tu senyap. Jangan buat kereta
orang tu macam kereta awak sendiri. Hormat sikit perasaan tuan kereta tu sama. Faham,
Iman?”
“Ya,
faham. Tapi…”
“Tapi
apa lagi?” Tingkah Akid untuk meneruskan perjalanan semula terbantut.
“Tapi
orang panggil saya Nina. Bukannya Iman.”
“Itu
orang lain. Biar saya yang panggil awak Iman supaya awak lebih beriman,
bertaqwa dan berbudi bahasa.” Senyuman lebar diberikan sebelum kepala lelaki
itu ditolehkan ke hadapan semula.
Imanina
hanya mampu merengus geram sendiri. Dengan pantas sebuah jelingan tajam dibalas.
Terbakar betul hatinya kala itu. Dia ingat aku ni manusia yang tak berguna ke
apa?! Ni lawyerlah! Lawyer, tahu tak?
Bersambung ~
No comments:
Post a Comment
sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?