Cewah, tajuk bukan main lagi ya? Hahaha. Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sebenarnya, saya nak kongsi berita gembira sikit ni. Hati rasa berbunga - bunga pulak, rasa macam nak guling2 atas tanah lepas tu bangun balik, tampar2 pipi sikit, ketuk2 kepala sikit bila dapat email dari salah satu penerbit novel tersohor dalam Malaysia ni.
Nak tau email dia tulis apa? Jeng..Jeng..Jeng... Sukacitanya dimaklumkan manuskrip saudari sudah lulus untuk penerbitan..sila berikan maklumat bla..bla..bla.. untuk proses pghantaran surat setuju terbit..Oh, my...waktu tu rasa macam nak pitam kejap! Alhamdulillah, syukur sangat kepada Allah SWT. Dan jutaan terima kasih sangat pada penerbit tersebut..
Tak sangka pernantian hampir 7 bulan akhirnya membuahkan hasil. Eh kejap, ini pasal manuskrip cinta utara selatan tau bukan PWC..PWC in shaa Allah akan menyusul tak lama lagi.. Sebenarnya CUS ni merupakan karya pertama saya. Jadi, segala kesilapan dan kekhilafan dalam cerita ni wajib ada punya. Nak dekat 2 3 kali jugak penerbit bagi balik manuskrip suruh saya edit dan tambah jalan cerita..nasib baik saya tak putus asa..Cewah, padahal rasa give up jugak waktu tu hehehe. Apa yang penerbit bagi tunjuk ajar tu amatlah berguna buat saya sebenarnya. Moralnya di sini, jangan sesekali give up tau..kena pegang pada kata2 menulislah tanpa sempadan!
Tapi bila saya tengok rating dekat blog PWC lagi banyak orang view dan komen dari CUS..Sedih jugak lah kan..=( Awak - awak semua try lah baca CUS sama ya? Cian kat CUS.. Bagi saya CUS lagi best..Cewah, promote lah tu!Saya ada serta kan sinopsis serba sedikit tentang CUS..dan akan sambung update CUS dan PWC seperti biasa..Jemput baca ye semua! =)
*********************************************************************************
CINTA
UTARA SELATAN
Sinopsis
Kata orang,
jodoh itu berada di sekeliling kita. Tapi bagaimana jika jodoh itu berada
sejauh jarak 750 km dan mengambil masa lebih kurang 12 jam untuk sampai ke
sana? Itu lah yang berlaku kepada dua orang manusia di atas muka bumi ini yang
tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Seorang ke hulu, seorang lagi ke
hilir. Seorang ke kanan, seorang lagi ke kiri. Disebabkan harta yang melimpah –
ruah, IRFAN HARIS membenci isterinya. Disebabkan asetnya juga, perempuan lain
bermain dengan cintanya. Dia serik! Ah, semua perempuan sama sahaja. Kaki
cukur! Mata duitan!
“ Kalau awak rasa saya ni mata duitan,
silakan lah ye.” HANNA NADIRA seorang pengurus harta tanah biasa di
Putrajaya. Kasih sayangnya yang telah dipermainkan oleh seorang lelaki membuatkan
dia fobia untuk memilih teman hidup.
“ Aku bukan tak nak tahu semua tu Lisa, tapi
aku dah malas nak memilih. Korang sendiri boleh tengok kan, semua pilihan aku
ada je yang tak kena. Aku dah fed up korang tau tak. Aku dah terlampau kecewa.
Sebab tu aku terima je apa yang ada sekarang ni.”
Namun, cinta itu hadir pada bila – bila masa tanpa
membezakan harta, paras rupa mahupun jarak. Jodoh telah menemukan Sang Adam dan
Hawa ini atas sebab tertentu. Hanna redha dengan percaturan hidupnya. Lari dari
mulut harimau masuk ke dalam mulut buaya! Begitulah pepatah yang sinonim dengan
gadis yang membenci lelaki yang sudah dicop buaya olehnya.
“ Pengotor
lah kau ni. Kau tahu tak berapa harga baju aku ni? Kau telah cemarkan nilai
estetika baju ni kau tau tak? Ish geli lah aku tengok cecair hidung kau ni.”
marah Irfan lalu menghempas pintu keretanya keluar menuju ke toilet.
Irfan tahu dia hanya sombong dan
berlagak di hadapan Hanna. Dia akan buat apa sahaja supaya gadis itu membenci
dirinya. Dia tak kan biarkan lagi dirinya tunduk pada cinta palsu seorang
perempuan. Mampukah anak jati negeri Johor Darul Takzim ni dibenci oleh pemilik
tulang rusuk kirinya? Sanggupkah anak gadis negeri Kedah Darul Aman ini
menerima kehadiran lelaki yang paling di‘anti’nya? Mungkinkah gadis utara itu
bahagia bersama pemuda selatannya?
“ Tapi sayang kan, kenapa kerajaan tak
bangunkan negeri ni dengan lebih pesat eh? Tak ada ke bangunan – bangunan
pencakar langit kat sini?” balas Irfan sengaja mahu menyakitkan hati isterinya
itu.
Hanna
mula membuat mimik muka menyampah. “ Sekarang ni awak tak puas hati dengan
negeri saya ke apa? Awak ingat Johor dah ada Legoland, awak boleh berlagak la
dengan saya? Saya tak heran lah setakat Legoland tu je.” Puas hati aku. Hahaha.
‘Cinta
bukan sekadar aku suka dia tapi sebab cinta itu lah aku perlukan dia, sebab cinta
juga aku rindu dia dan hanya kerana cinta lah aku sayang dia. Cuma dua waktu
aku cinta dia..KINI dan SELAMANYA.. Hanya dua jarak yang menyatukan cinta aku
dan dia..UTARA dan SELATAN..’
Agk mnrik cite dia..sya ske..
ReplyDeletetenkiu anon!
ReplyDeletewah tak sabar nk tuggu CUS keluar..
ReplyDelete