Followers

Thursday 10 January 2013

Penantian bukan satu halangan ~


Cewah, tajuk bukan main lagi ya? Hahaha. Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sebenarnya, saya nak kongsi berita gembira sikit ni. Hati rasa berbunga - bunga pulak, rasa macam nak guling2 atas tanah lepas tu bangun balik, tampar2 pipi sikit, ketuk2 kepala sikit bila dapat email dari salah satu penerbit novel tersohor dalam Malaysia ni.

Nak tau email dia tulis apa? Jeng..Jeng..Jeng... Sukacitanya dimaklumkan manuskrip saudari sudah lulus untuk penerbitan..sila berikan maklumat bla..bla..bla.. untuk proses pghantaran surat setuju terbit..Oh, my...waktu tu rasa macam nak pitam kejap! Alhamdulillah, syukur sangat kepada Allah SWT. Dan jutaan terima kasih sangat pada penerbit tersebut..

Tak sangka pernantian hampir 7 bulan akhirnya membuahkan hasil. Eh kejap, ini pasal manuskrip cinta utara selatan tau bukan PWC..PWC in shaa Allah akan menyusul tak lama lagi.. Sebenarnya CUS ni merupakan karya pertama saya. Jadi, segala kesilapan dan kekhilafan dalam cerita ni wajib ada punya. Nak dekat 2 3 kali jugak penerbit bagi balik manuskrip suruh saya edit dan tambah jalan cerita..nasib baik saya tak putus asa..Cewah, padahal rasa give up jugak waktu tu hehehe. Apa yang penerbit bagi tunjuk ajar tu amatlah berguna buat saya sebenarnya. Moralnya di sini, jangan sesekali give up tau..kena pegang pada kata2 menulislah tanpa sempadan!

Tapi bila saya tengok rating dekat blog PWC lagi banyak orang view dan komen dari CUS..Sedih jugak lah kan..=( Awak - awak semua try lah baca CUS sama ya? Cian kat CUS.. Bagi saya CUS lagi best..Cewah, promote lah tu!Saya ada serta kan sinopsis serba sedikit tentang CUS..dan akan sambung update CUS dan PWC seperti biasa..Jemput baca ye semua! =)

*********************************************************************************

CINTA UTARA SELATAN
Sinopsis
            Kata orang, jodoh itu berada di sekeliling kita. Tapi bagaimana jika jodoh itu berada sejauh jarak 750 km dan mengambil masa lebih kurang 12 jam untuk sampai ke sana? Itu lah yang berlaku kepada dua orang manusia di atas muka bumi ini yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Seorang ke hulu, seorang lagi ke hilir. Seorang ke kanan, seorang lagi ke kiri. Disebabkan harta yang melimpah – ruah, IRFAN HARIS membenci isterinya. Disebabkan asetnya juga, perempuan lain bermain dengan cintanya. Dia serik! Ah, semua perempuan sama sahaja. Kaki cukur! Mata duitan!
            Kalau awak rasa saya ni mata duitan, silakan lah ye.” HANNA NADIRA seorang pengurus harta tanah biasa di Putrajaya. Kasih sayangnya yang telah dipermainkan oleh seorang lelaki membuatkan dia fobia untuk memilih teman hidup.
            “ Aku bukan tak nak tahu semua tu Lisa, tapi aku dah malas nak memilih. Korang sendiri boleh tengok kan, semua pilihan aku ada je yang tak kena. Aku dah fed up korang tau tak. Aku dah terlampau kecewa. Sebab tu aku terima je apa yang ada sekarang ni.”
Namun, cinta itu hadir pada bila – bila masa tanpa membezakan harta, paras rupa mahupun jarak. Jodoh telah menemukan Sang Adam dan Hawa ini atas sebab tertentu. Hanna redha dengan percaturan hidupnya. Lari dari mulut harimau masuk ke dalam mulut buaya! Begitulah pepatah yang sinonim dengan gadis yang membenci lelaki yang sudah dicop buaya olehnya.
“ Pengotor lah kau ni. Kau tahu tak berapa harga baju aku ni? Kau telah cemarkan nilai estetika baju ni kau tau tak? Ish geli lah aku tengok cecair hidung kau ni.” marah Irfan lalu menghempas pintu keretanya keluar menuju ke toilet.
            Irfan tahu dia hanya sombong dan berlagak di hadapan Hanna. Dia akan buat apa sahaja supaya gadis itu membenci dirinya. Dia tak kan biarkan lagi dirinya tunduk pada cinta palsu seorang perempuan. Mampukah anak jati negeri Johor Darul Takzim ni dibenci oleh pemilik tulang rusuk kirinya? Sanggupkah anak gadis negeri Kedah Darul Aman ini menerima kehadiran lelaki yang paling di‘anti’nya? Mungkinkah gadis utara itu bahagia bersama pemuda selatannya?
            “ Tapi sayang kan, kenapa kerajaan tak bangunkan negeri ni dengan lebih pesat eh? Tak ada ke bangunan – bangunan pencakar langit kat sini?” balas Irfan sengaja mahu menyakitkan hati isterinya itu.
            Hanna mula membuat mimik muka menyampah. “ Sekarang ni awak tak puas hati dengan negeri saya ke apa? Awak ingat Johor dah ada Legoland, awak boleh berlagak la dengan saya? Saya tak heran lah setakat Legoland tu je.” Puas hati aku. Hahaha.
            ‘Cinta bukan sekadar aku suka dia tapi sebab cinta itu lah aku perlukan dia, sebab cinta juga aku rindu dia dan hanya kerana cinta lah aku sayang dia. Cuma dua waktu aku cinta dia..KINI dan SELAMANYA.. Hanya dua jarak yang menyatukan cinta aku dan dia..UTARA dan SELATAN..’

3 comments:

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?