Followers

Thursday 25 April 2013

~ Saya Kenal Sayang Saya! 8 ~


No way, ma! Ok, ok Fakhri admit salah Fakhri ganggu majlis orang tadi tapi takkan hukumannya sampai kena kahwin dengan Damia?! Fakhri cuma tak nak tengok Fahim nikah dengan perempuan tu, ma.” Fakhri cekak pinggang depan Puan Maria.
            “ Yang kamu beria – ria nak bantah sangat diorang kahwin, kenapa? Mama tak fahamlah.” Puan Maria memeluk tubuh dengan air muka yang tenang.
            “ Fakhri bantah sebab... err.. sebabnya Fahim tak cintakan Damia, ma.”
            “ Mana kau tahu aku tak cintakan Damia?” Belum sempat Puan Maria membalas, Fahim tiba – tiba menyampuk dari arah anak tangga yang menuju ke tingkat atas.      
            “ Habis tu kau tak cintakan Puteri?” Fakhri segera membidas.
            Fahim terdiam sejenak.
            “ Puteri dah tak wujud dalam hidup aku.” Lambat – lambat pemuda itu membalas.
            “ Dah tak wujud ke atau kau yang buat – buat tak wujud?”
Bebola mata Fakhri tepat ke wajah Fahim. Serius. Fahim sudah kematian kata. Biji mata adik beradik itu bertembung buat seketika.
            “ Kalau macam tu, apa masalahnya lagi Fakhri? Mama pun dah cancel majlis nikah Fahim dengan Damia kan esok?” Puan Maria pula meneruskan perbincangan.
            “ Masalahnya sekarang, kenapa Fakhri pulak yang kena jadi pengganti?”
            “ Habis tu, dah kamu yang jadi pengacau majlis orang tadi kan? Takkan mama nak biar keluarga Damia dapat malu macam tu aje. Bukan keluarga dia je, keluarga kita pun sama malu tau. Nasib baik tak ramai orang dalam rumah Damia tadi. Kalau tak, mana mama nak letak muka hah?” Puan Maria secara tidak langsung telah memberi syarahan percumanya pagi itu.
            Fakhri tarik nafas dalam sebentar. “ Ok, macam nilah. Apa kata mama postpone dulu tarikh nikah kitorang ni sampai Fakhri habis belajar? Lepas grad, Fakhri janji Fakhri setuju nikah dengan Damia ok?”
            “ Apa yang kamu merepek ni, Fakhri? Kalau nak nikah lepas grad, tak payah nikah pun tak apa dah. Eloklah mama pun dah tanggung malu dengan saudara – mara yang datang petang nanti.” Puan Maria sudah memicit kepalanya yang sakit memikirkan hal anak – anak.
            “ Ma, tak apalah. Lagipun sebab Fahim semua benda ni terjadi. Biarlah Fahim yang...”
            “ Ok, ma. Fakhri setuju nikah dengan Damia petang ni!”
            Belum sempat Fahim menyambung kata, Fakhri terlebih dahulu memintas. Puan Maria dan Fahim Rayyan serta – merta tersentak. Masing – masing tercengang memandang wajah Fakhri yang tiba – tiba membuat keputusan.
            “ Lepas Asar kan bernikah? Ok, noted!
            Fakhri terus berlalu meninggalkan mama dan abangnya yang masih membungkam kata di ruang tamu itu. Kelibat Fakhri hanya mampu dipandang sepi. Seperti dalam mimpi bila anak manja dalam rumah itu tiba – tiba menurut kata. Ajaib!
***

            “ Aku terima nikahnya Nurul Damia binti Ariffin dengan mas kahwinnya seratus ribu ringgit tunai...”
            “ Seratus ribu? Tidakkkk! Aku kaya! Aku kaya! Aku kayaaaaaaa! Hahaha. Terima kasih, Fakhri! Thank you so much!
            “ Hoi! Hoi! Seratus ribu apa benda awak ni? Bangunlah. Dah nak maghrib ni.” Fakhri menggoyangkan sedikit tubuh Damia yang sedang terbungkang atas katil.
            Damia cuba mencelikkan kelopak matanya yang terasa amat berat kala itu. Astaghfirullahalazim... mimpi rupanya! Patutlah orang tua – tua selalu pesan tak elok tidur selepas waktu Asar. Pening lalat dibuatnya sebentar. Perlahan – lahan dia menegakkan tubuh. Kelibat Fakhri yang betul – betul sedang berdiri di hadapannya sambil memeluk tubuh membuatkan gadis itu terperanjat kecil.
            “ Lena tidur?” soal Fakhri tiba – tiba.
            “ Lena lah jugak.” Balas Damia selamba sambil menggosok – gosok.
            “ Baguslah. Sebab malam ni turn saya pulak tidur atas katil.”
            Erkkk! Damia tersentak kecil. “ Habis tu, saya nak tidur mana?” Eh, kejap! Saya? Ah, sudah! Sejak bila pulak aku jangkit bersaya – awak dengan mamat ni pulak?
            “ Tidurlah mana – mana pun. Awak yang nak kahwin dengan saya kan? So, just follow the flow.” Fakhri tersengih. Sengaja menghangatkan lagi hati Si Pendengar.
            “ Eh, kejap! Siapa nak kahwin dengan siapa sekarang ni hah? Sekarang kau bagitahu aku siapa pandai – pandai datang buat kacau kat majlis orang tadi?!” Damia juga tak nak mengalah.
            “ Saya.” Fakhri membalas sepatah.
            So?
            So... ada saya cakap nak kahwin dengan awak ke pagi tadi? Tak kan?”
            “ Memanglah tak. Tapi aku nak bagi kau pengajaran sikit lain kali jangan bertindak macam budak – budak. Umur dah 23 tapi...”
            Belum sempat Damia menyambung kata, Fakhri tiba – tiba mendekatkan wajahnya betul – betul beza seinci dari wajah Damia. Damia terkedu. Lidah terus kelu hilang bicara. Mamat ni buat dah perangai gila dia. Dah la kitorang berdua aje dalam bilik ni sekarang. Nak minta tolong pun dah tak sempat dah ni.
            Lama Fakhri mengamati wajah lembut yang berada betul – betul di hadapan matanya sekarang. Dari sepasang mata gadis itu turun ke hidung yang tak berapa nak mancung hingga ke bibir mungil yang tak pernah lekang dengan bicara. Damia pula sudah terkedip – kedip kelopak matanya terkedu memandang Fakhri.
            You talk too much to your sweet 23 husband, Damia. Better awak pergi mandi sekarang sebelum saya muntah dek bau masam yang berkepuk – kepuk dalam bilik ni!”
Fakhri tersengih kambing seraya menjarakkan semula mukanya dari wajah Damia. Damia pula hanya mampu merengus geram yang teramat sangat. Bau masam? Sabar Nurul Damia sabar! Akan aku sekolahkan balik budak U ni nanti. Tengoklah!
***
Usai menapak keluar dari bilik air, Damia mengeringkan rambut panjangnya yang basah dengan tuala yang digunakan untuk lap badan tadi. Dia memang biasa guna sehelai tuala aje. Rimas nak pakai banyak – banyak tuala, satu untuk badan, satu untuk kepala... Err tak rajinlah pulak aku nak membasuh tuala banyak – banyak! Uniform tidurnya lengkap disarung dari dalam bilik air lagi sebelum melangkah keluar.
            “ Dah ambil wudu’?” soalan yang tiba – tiba terbit dari bibir Fakhri membuatkan Damia terkejut kecil. Kelam – kabut dia mengangguk kepala laju.
            “ Jom solat dengan saya.” Fahkri segera mencapai songkok dan berdiri tegak di atas sejadah yang sudah dibentang.
            Damia tercengang kejap. Agak lama dia perhatikan belakang tubuh Fakhri yang sudah tegak berdiri menghadap kiblat. Sungguh dia tak sangka pemuda itu juga mempunyai sifat – sifat yang mengajak ke arah kebaikan. Macam tak sesuai je dengan imej dia. Hehehe. Hisy aku merepek apa ni? Tak baiklah mengata err... su...a...mi... sendiri. Patutlah dua helai sejadah sudah sedia terbentang di ruang solat itu. Memang sweet ke pura – pura sweet mamat ni?
            “ Hoi! Tercegat apa lagi kat situ? Kenapa? Awak nak jadi imam ke?” Fakhri memaling mukanya memandang Damia.
            “ Eh, aku mana boleh jadi imam!”
            “ Ha tahu pun. Dah tu, tunggu apa lagi? Cepatlah.”
            Fakhri kembali memandang kiblat semula. Damia pulak dah buat gaya nak cekik tengkuk Fakhri dari belakang. Sabar ajelah aku dengan mamat ni! Lantas cepat – cepat dia memakai telekung dan berdiri di belakang imamnya, Fakhri Wafiy bin Mohd Fariduddin. Buat pertama kali perasaannya terasa begitu janggal berimamkan seorang lelaki yang telah sah menjadi suaminya. Dan dalam janggal itu mula terbit rasa bahagia. Bahagia?
            Selesai pasangan suami isteri itu bersalaman, dengan songkok yang masih berada di kepala Fakhri terus melompat ke atas katil. Nasib baik tak patah kaki katil dibuatnya. Damia pula sudah menggeleng kepala perlahan melihat gelagat suaminya. Dah ghaib la tu perangai matang dia tadi! Sempat lagi Damia mengomel seraya melipat sejadah yang telah digunakan.
            “ Awak memang cintakan saya ke?”
            Soalan yang tak tercapai akalmu dari bibir Fakhri benar – benar menyentakkan Damia seketika. Terbantut dia nak gantung telekung. Biji matanya segera dihalakan ke arah Fakhri yang senang – lenang sedang berpeluk tubuh sambil bersandar di kepala katil.
            “ Kau patut tanya soalan tu kat diri kau sendiri, tahu tak?” Damia kembali menggantung telekungnya.
            “ Apasal pulak?”
            “ Ye lah. Kalau kau tak cintakan aku, buat apa kau nak halang aku nikah dengan Fahim. Buat susah – susah aje.” Damia tersengih mengejek. Berkata dengan penuh perasaan bangga.
            Fakhri tercengang kejap dengan jawapan yang diberikan isterinya. “ Eh, perasannya...”
            Damia hanya tersenyum tidak membalas. Dan buat pertama kalinya, Fakhri terpesona dengan senyuman yang diukir di bibir gadis itu. Manis!
            “ Kenapa awak setuju dengan cadangan mama nak nikahkan kita? Bukan awak dah lama sukakan Fahim ke?” Fakhri menyambung lagi sesi ice breakingnya.
            “ Aku sukakan Encik Fahim tapi Encik Fahim sukakan aku ke?” perlahan Damia membalas. Air mukanya sedikit berubah.
            “ Dah tu, kenapa yang nak bertunang dengan dia jugak?”
            “ Entahlah. Mungkin sebab waktu tu aku teruja sangat Encik Fahim ajak aku bertunang kot. Hah yang kau tanya aku ni, apa motif kau sebenarnya datang buat kacau pagi tadi?” Giliran Damia pulak menyoal.
            “ Err entahlah. Mungkin sebab saya teruja dapat tahu korang berdua nak bertunang kot.” Fakhri tarik sengih. Sengaja memanipulasikan ayat isterinya.
Damia sudah merengus geram. Budak ni kalau tak buat aku sakit hati sehari tak boleh ke? “ Ok, logik sangat alasan kau tu kan?”
Usai menghadiahkan sebuah jelingan buat suaminya, Damia melabuhkan punggungnya di tepi katil. Fakhri sedikit terperanjat.
“ Eh, awak nak tidur atas katil jugak ke?”
“ Ye lah. Kau jangan cakap kau expect aku nak tidur atas lantai pulak? Dahla aku tuan bilik ni.”
“ Sebab tu lah awak kena hormat saya sebagai tetamu bilik ni. Bagilah saya tidur atas katil. Saya orang muda perlukan tenaga banyak tahu tak?”
“ Amboi, sedapnya bercakap! Orang mudalah patut tidur atas lantai sebab tenaga korang masih fresh lagi. Orang tua macam kitorang ni berpotensi tinggi kena osteoporosis tahu tak? Buat penat je aku minum Anlene Chocolate hari – hari kalau macam tu.” bidas Damia pula.
“ Eleh, bukannya jauh sangat pun beza umur kita! Kalau saya tak nak tidur atas lantai jugak, awak boleh buat apa?” Fakhri masih tak nak mengalah.
“ Tak nak sudah! Ala setakat tidur sekatil apa la sangat...” Damia tayang muka selamba.
Fakhri sudah tercengang. Apa la sangat? “ Ok, ok... meh sini meh, bucuk – bucuk tidur sebelah abang meh!” Fakhri tersengih sambil menepuk bantal di sebelahnya untuk Damia.
Erkk! Abang? Rasa nak gelak terbahak – bahak pulak. Tanpa segan – silunya, Damia terus merebahkan tubuhnya di sebelah Fakhri. Fakhri tergamam kejap. Air liur yang tersekat di kerongkong cuba ditelan. Huish perempuan ni memang betul – betul beranilah! Tiba – tiba Damia meletakkan bantal peluk di tengah – tengah ruang antara mereka.
“ Kalau esok pagi aku dapat tahu kau langkah benteng pertahanan ni, bersiap sedialah kaki kau untuk jadi daging cincang faham?” Damia menjegilkan biji matanya sikit. Kononnya nak bagi pemuda itu kecut perut.
Fakhri tergelak kecil. Damia pula buat mimik muka pelik. “ Kenapa gelak?”
Nothing. Kalau awak merayu dengan air mata darah sekalipun saya takkan langkahlah benteng ni. Same to you, miss! Kalau esok pagi saya tengok kaki awak dah takluk kawasan jajahan saya, jangan tanya kenapa tiba – tiba dapat surat lawyer dari court ok?”
Kali ni, Damia pula yang gelak besar. “ Ok, deal!
Lantas gadis itu memusingkan tubuhnya membelakangkan Fakhri. Hmm hari tu aku tengok Semanis Kurma, tak elok tidur membelakangkan suami. Haih. Nak tak nak, Damia memusingkan tubuhnya menghadap Fakhri semula. Kelopak matanya dipejam rapat. Tak sanggup nak tengok wajah Fakhri yang confirm sedang pelik melihat gelagatnya. Ah, halal aje lah! Budak – budak je pun mamat ni. Tapi budak lagi ke kalau dah umur 23 tahun?
                                                                       *****
                                                             ~ to be continued ~
Sorry tau kalau chapter kali ni x memuaskan hati..karang dlm masa sehari je ni..klu nmpk selerak tu, tutup mata je tau? =)



3 comments:

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?