Followers

Monday 31 December 2012

~ Pemegang Watak Cinta 17 ~




Pagi itu atas arahan Puan Sri Tengku Sakinah, mahu tak mahu Tengku Aakif Nawfal terpaksa keluar menemani tunangnya, Qistina keluar membeli – belah. Kalau diikutkan hatinya, dia hendak berehat sahaja di rumah pada hari cuti itu. Sebut sahaja nama shopping complex yang berdiri tegak di tengah – tengah bandaraya Kuala Lumpur itu, habis semua dikunjungi Qistina. Pavilion? Time Square? SOGO? Nama – nama  kompleks beli – belah ini memang di antara yang wajib tersenarai dalam tempat penyinggahannya. Itupun ada hati nak pergi Sunway Piramid lagi.
            Dengan muka yang penuh kebosanan, Aakif hanya memerhati Qistina memilih baju di sebuah butik pakaian wanita. Sesekali Qistina menayangkan pakaian yang dipilih itu ke tubuhnya di hadapan cermin. Lantas dia menayangkan pula pakaian itu di hadapan Aakif. Aakif hanya menganggukkan kepalanya perlahan lalu memberikan senyuman palsu. Jelas langsung tidak berminat.
            Usai melihat reaksi palsu dari tunangnya itu, Qistina segera melangkah masuk ke dalam fitting room untuk mencuba. Aakif ternganga seketika. Cis, berapa tahun lagi aku nak kena tunggu perempuan ni? Aku ingatkan dia tak nak try dah tadi. Buat penat aku senyum aje. Sempat lagi Aakif membebel sementara menunggu tunangnya yang ternyata sudah lama bertapa di dalam fitting room itu. Masuk kali ni, entah berapa kali mulutnya menguap. Beg – beg kertas yang berisi barang – barang yang diborong Qistina tadi sudah diletakkan di atas lantai.
            Lima minit kemudian, Qistina membuka pintu fitting room lalu memperagakan sehelai blouse tanpa lengan betul – betul mengikut susuk tubuhnya yang ramping. Dipusing – pusing sedikit badannya di hadapan Aakif. Biji mata Aakif yang macam nak tersembul melihat rezeki di hadapannya cepat – cepat mengalih pandangan. Mak ai, seksi betul bakal bini aku ni!
            “ Macam mana? Cantik tak I?” Qistina membetulkan sedikit blouse yang dicubanya itu.
            “ Kalau you rasa cantik, so cantik lah.” balas Aakif acuh tak acuh.
            You ni, I ajak you shopping sebab I nak tahu pendapat you. Semua baju yang I try, you asyik bagi jawapan sama aje.” Qistina sudah memasamkan wajahnya.
            “ Ish you tak malu ke orang tengok you bising – bising ni? Ok ok baju tu lawa sangat. Puas hati?”
            I tak peduli, I nak pendapat yang ikhlas.” Balas Qistina tegas. Langsung tidak berganjak dari tempatnya.
            Aakif sudah menayang muka menyampah. Lantas dia melepaskan keluhan berat. “ You ingat, I datang sini suka – suka ke nak bagi pendapat dekat setiap kedai yang you masuk? Kalau tak sebab nenda yang suruh I, you ingat I nak sangat teman you ni? Buang masa I aje tau.” Aakif sudah membidas. Puas hatinya tika itu.
            “ Buang masa you cakap? Kenapa dengan you ni Aakif? I ni tunang you. You tak boleh buat macam ni. Mesti lah you yang kena temankan I.”
            “ Oh, kalau I ni tunang you. I nak kena dengar semua cakap you lah?”
            Of course.” Balas Qistina dengan bangganya.
            “ Kalau macam tu, kita putus tunang.” Aakif membalas ringkas. Lantas dia mengatur langkah laju meninggalkan Qistina yang sedang terpinga – pinga.
            “ Aakif!!!” Qistina hanya mampu melaungkan nama jejaka tampan itu dari belakang. Namun, kelibat Aakif hilang begitu sahaja di dalam kompleks beli – belah Times Square itu. Qistina merengus geram. Sakit benar hatinya diperlakukan begitu. Tak guna kau Aakif! Berani kau tinggal aku sorang – sorang macam ni.
***
Bibir Tengku Aakif Nawfal tersenyum puas. Dia mengatur langkahnya laju meninggalkan kompleks beli – belah itu. Yes, Aku sudah bebas dari perempuan plastik tu! Dalam hatinya teramat gembira sehinggakan dia rasa hendak memberitahu semua orang yang dia sudah memutuskan tali pertunangannya. Yahoo! Freedommm!!
            Baru sahaja Aakif hendak melangkah ke arah pintu keluar kompleks beli – belah itu, tiba – tiba dengan tak semena – mena dia terlanggar seorang perempuan muda yang sedang bercakap dengan telefon bimbit. Tak pasal – pasal telefon bimbit itu jatuh ke lantai dan berkecai. Aakif terperanjat lalu tolong mengutip bateri dan telefon bimbit yang bertaburan di atas lantai lantas dia menghulurkan ke arah gadis itu.
            Sorry.” Aakif hanya berkata sepatah kepada gadis yang sedang merenung lama ke arahnya.
            “ Aakif kan? Hey kau buat apa dekat sini? Qis mana? Tadi dia call aku suruh datang dekat dia.” Aqilah atau nama manjanya, Qila seorang teman baik Qistina merangkap teman sekelas Aakif sewaktu di universiti dulu sudah menunjukkan wajah terkejut kepada lelaki itu.
            “ Err kita kenal ke?” Seperti biasa pertanyaan yang sama akan lahir dari mulut Aakif kepada orang yang tidak dikenalinya.
            “ Mesti lah kita kenal. It’s ok. Qis dah cerita dekat aku semuanya apa yang jadi. Jom, sekarang kita pergi jumpa Qis dekat dalam.” Aqilah segera menarik lengan Aakif masuk ke dalam kompleks beli – belah itu semula.
            Huish gila ke apa? Aku yang beria – ria nak chow dari Qis tadi tiba – tiba nak masuk jumpa perempuan tu balik? No way, man! Tengku Aakif Nawfal segera melepaskan lengannya dari gadis itu. Langkahnya dihentikan. Aqilah sedikit terperanjat.
            “ Buat pengetahuan kau, aku baru aje putuskan pertunangan aku dengan Qis tadi. So, aku dah bebas sekarang ni. Kalau kau nak jumpa dia, kau jumpa dia sorang – sorang. Aku chow dulu. Assalamualaikum.” Sempat lagi Aakif memberi salam sebelum kakinya melangkah pergi meninggalkan Aqilah yang jelas terperanjat besar. Dah putus tunang?!
***
Wafa mengeluarkan semua pakaian – pakaian lama arwah ibunya dari dalam sebuah bagasi yang sudah berhabuk setebal 2 inci itu. Dia menggayakan pakaian – pakaian zaman dahulu kala itu di hadapan Mardiana. Mardiana hanya tersengih memandang gelagat teman baiknya itu.
            “ Amacam kalau aku pakai baju dan seluar ni esok?” Wafa segera menyarungkan pakaian yang dipilih ke tubuhnya itu.
            Mardiana meneliti dari atas hingga bawah penampilan yang akan digayakan oleh Wafa esok hari. “ Kau serius ke Wafa nak pakai macam ni?”
            Yup, kalau dengan cara ni sahaja aku dapat hancurkan rancangan maklong aku, why not?” Wafa sudah tersengih.
            “ Bukan kau cakap kau nak buat – buat sawan ke tengah orang ramai nanti?”
            “ Tu kau yang cakap, bukan aku yang cakap ok?” Wafa menjegilkan sedikit biji matanya.
            Mardiana ketawa besar. “ Kau ni memang gila lah Wafa. Tapi kan, Khairul tu bukan dah kenal ke kau macam mana sebenarnya? Boleh ke dia percaya lakonan kau tu nanti?”
            “ Khairul memang lah dah kenal aku tapi mak bapak dia mana kenal aku lagi. Aku nak tunjuk depan mak bapak dia la ni. Mudah – mudahan mak bapak dia reject lah aku nanti. Amin. Hahaha.” Wafa menyambung tawanya lagi.
            Mardiana hanya menggelengkan kepalanya perlahan sambil tersenyum kecil. “ Wafa.. Wafa.. Kalau tak sebab projek company aku tu ada masalah, memang dah lama aku ikut kau balik kampung tau.”
            “ Tak apa Mar. Kalau kau ikut aku, aku risau aku tak jadi berlakon kang. Mana tidaknya, dengar kau gelak pun dah berkilo – kilo nanti macam mana aku nak fokus kan?” Wafa tersengih.
            “ Betul jugak kan. Kalau macam tu, esok aku tolong solekkan muka kau je lah bagi lawa ya?”
            “ Bagi lawak tau bukan bagi lawa.” Serentak mereka ketawa bersama. Puas hati Wafa apabila melihat pakaian dan prop yang akan diguna pakai esok hari sudah tersusun kemas di atas katil bagi melancarkan misinya.
***
Tengku Aakif Nawfal mematikan enjin kereta BMW seriesnya yang berwarna hitam berkilat di perkarangan banglo milik keluarganya. Dengan hati yang begitu lapang dan perasaan yang begitu tenang, dia terus menuju ke arah nendanya yang sedang menanam pokok bunga orkid di laman rumah besar itu. Lantas dia memeluk erat bahu wanita yang sudah lebih separuh abad itu.
            “ Nenda buat apa ni?” tanya Aakif mesra.
            “ Hai tak kan sampai tak boleh nampak apa yang nenda tengah buat sekarang ni?” balas Puan Sri Tengku Sakinah dengan nada sindiran.
            Aakif sudah mengesyaki sesuatu. Alamak, dia dah tahu ke aku dah putuskan pertunangan dengan Qis? Lain macam je bunyi suara nenda ni. Namun belum sempat Aakif membalas, Puan Sri Tengku Sakinah sudah meletakkan perkakas menanamnya di atas meja. Wanita itu segera bangun dari kerusi.
            “ Aakif tahu kan apa yang Aakif dah buat hari ni?”
            “ Aakif buat apa nenda?” Tengku Aakif Nawfal sudah dapat menangkap maksud Puan Sri Tengku Sakinah. Sah perempuan ni dah mengadu!
            “ Mari kita masuk dulu. Nenda ada hal nak tanya sikit.” Puan Sri Tengku Sakinah segera mengatur langkah masuk ke dalam rumah. Aakif hanya menuruti langkah wanita itu dari belakang.
            Sampai di ruang tamu, Puan Sri Tengku Sakinah duduk tempat biasanya di atas sofa. Tengku Aakif Nawfal pula mengambil tempat  berhadapan Puan Nafeesah dan Tengku Muaz yang turut berada di situ. Suasana tika itu dirasakan semakin tegang apabila semua mata tepat menghala ke arahnya. Hilang sudah rasa perasaan bebasnya tadi.
            “ Betul ke Aakif dah putuskan pertunangan dengan Qis tadi?” Puan Nafeesah memecah sunyi.
            Aakif teragak – agak untuk memberikan jawapan apabila menyedari biji mata nendanya yang tiba – tiba bertukar warna seperti memakai contact lense warna merah. Jelas menunjukkan hatinya sedang membara. Mahu tak mahu, Aakif terpaksa menganggukkan kepalanya perlahan.
            “ Betul ma.” balas Aakif perlahan.
            “ Tapi kenapa Kif?” Tengku Muaz pula menyampuk. Sengaja berpura – pura tidak puas hati dengan keputusan anaknya itu
            “ Sebab Aakif rimas dengan dia, pa. Aakif tahu Aakif tak pernah cintakan Qis selama ni.”
            “ Macam mana Aakif tahu pulak? Aakif kan tak ingat apa – apa lagi sekarang.” Puan Nafeesah menayang wajah pelik.
            “ Memang lah Aakif tak ingat apa – apa sekarang ni tapi Aakif dapat rasakan yang selama ni Aakif tak pernah sukakan Qistina pun. Sejak dari hari tu Aakif tengok dia, Aakif langsung tak berkenan dengan dia. Tiba – tiba pulak papa bagitau yang Qis tu tunang Aakif. Ok sejak dari tu Aakif try nak bergaul dengan dia as tunang but at last jadi macam ni.” jelas Aakif satu persatu.
            “ Tapi Aakif tetap tak boleh buat Qistina macam tu. Kasihan dia.” Puan Nafeesah separuh memujuk.
            “ Tak apa lah Kif. Apa sahaja keputusan kamu, kami tetap sokong.” Tengku Muaz pula menyampuk.
            No. Aakif tetap akan kahwin dengan Qistina.” Belum sempat Aakif membalas, Puan Sri Tengku Sakinah sudah membidas kata – kata dari Tengku Muaz.
            Semua mata yang berada di situ serta – merta beralih ke arah wanita itu. Kesemuanya terperanjat. Terutama sekali Tengku Aakif Nawfal. “ Apa nenda cakap ni?” Aakif mula tidak puas hati.
            “ Nenda cakap, Aakif tetap kena kahwin dengan Qis. Kamu berdua akan nikah minggu depan.” Balas Puan Sri Tengku Sakinah tegas.
            “ Aakif tak nak! Apa nak jadi pun jadi lah. Aakif tak kan kahwin dengan perempuan tu.” Tengku Aakif Nawfal mula meninggikan suaranya.
            “ Kenapa Kif? Kamu kena ingat jodoh kamu bukan kamu yang tentukan sendiri. Tapi kami yang tentukan, paham?” Puan Sri Tengku Sakinah masih tidak mahu mengalah.
            “ Nenda, jodoh Aakif Allah yang tentukan dan Aakif yakin sangat Qistina bukan dicipta untuk Aakif.” Balas Aakif lagi. Kali ini lebih rendah suaranya.
            “ Habis tu siapa yang diciptakan untuk Aakif?” perli Puan Sri Tengku Sakinah.
            “ Betul tu Kif. Aakif ada berkenan dengan perempuan lain ke?” sampuk Puan Nafeesah pula.
            Tengku Aakif Nawfal sudah menarik nafas dalam. Matanya melirik ke arah Tengku Muaz yang sudah menjongketkan bahu sambil tersengih. Alamak, aku ada suka orang lain ke? Apa aku nak jawab pulak ni? Tika itu juga, bayangan dalam otaknya berlegar – legar dengan wajah Wafa Amani. Eh, tak kan aku nak cakap aku suka minah ni kot! Namun, belum sempat Aakif membalas, Puan Sri Tengku Sakinah menyambung lagi.
            “ Perempuan mana pun yang kamu suka Aakif, nenda tak nak ambil tahu. Yang nenda tahu mulai minggu depan, Aakif kena lupakan perempuan – perempuan tu semua. Nenda tetap akan kahwinkan Aakif dengan Qistina. Muktamad!” Puan Sri Tengku Sakinah memberi arahan tegas lantas meninggalkan ruang hangat itu.
            Tengku Aakif Nawfal memandang tajam kelibat nendanya yang terkenal dengan sifat diktator di dalam rumah argam itu. Sungguh hatinya kini ingin mengadakan pemberontakkan secara besar – besaran. Tak adil langsung arahan yang diberikan oleh nenda. Tapi tak apa, aku akan cari jalan jugak. Yang pasti, aku tak kan kahwin dengan Qistina!
***
Tengah malam itu, Aakif masih belum lagi mampu memejamkan matanya untuk lena. Sekejap – sekejap tubuhnya dipusing ke kiri. Lepas tu, ke kanan pula. Akhirnya, dia menelentangkan badannya sambil matanya melihat syiling. Dalam kepala otaknya ligat memikirkan cara untuk mengelakkan dari dirinya dikahwin dengan Qistina. Sebentar kemudian, dia melepaskan keluhan berat.
            Ni kalau dekat rumah Wafa, boleh jugak aku tengok kipas berpusing. Tak lah boring sangat tengok syiling kosong macam ni. Ngomel Aakif perlahan. Tiba – tiba kedengaran bunyi nada dering panggilan dari telefon bimbitnya. Dengan perasaan yang begitu lemah, Aakif mencapai telefon bimbitnya di atas meja kecil di sebelah katil lalu dia menekan butang call.
            “ Assalamualaikum.” Aakif memberi salam kepada nombor pemanggil yang tidak dikenalinya itu.
“ Waalaikumusssalam, aku ni Mardiana.” Kedengaran suara Mardiana dari corong telefon bimbitnya. Sejak – sejak hubungannya dengan Shafiq sudah baik, panggilannya mula berubah menjadi aku – kau dengan lelaki lain. Setia lah katakan.
“ Eh, mana kau dapat nombor aku ni? Kenapa pulak call tiba – tiba malam – malam buta ni?”
 “ Waiz yang bagi nombor kau. Aku cuma nak tanya kau dah fikir masak – masak ke belum? Aku bukan apa, aku harap sangat kau boleh tolong Wafa.”
“ Aku bukan tak nak tolong, tapi berdosa tau menipu orang macam tu. Suruh aje Wafa berterus – terang yang dia tak mahu kahwin. Habis cerita.”
“ Senang kau cakap kan? Cuba kau fikir berapa banyak dah Wafa tolong kau dulu. Aku bukan nak mengungkit tapi aku tahu walaupun aku tengok muka Wafa tu macam tak ada masalah tapi hati dia sakit sangat. Dia tak setabah tu. Waiz pernah cerita kat aku, waktu mula – mula dia bawak kau balik rumah dengan darah berlumuran di dahi, dia lah orang yang paling risau. Selama aku kenal dia aku tak pernah tengok dia menangis, tapi malam itu juga dia menangis sebab kau. Walaupun doktor cakap kau hilang ingatan bukan sebab kemalangan, tapi dia tetap bagi darah dia untuk selamatkan kau. Kau fikir lah elok – elok eh. Masih ada masa tak kurang 12 jam aje lagi. Assalamualaikum.” Usai selesai memberikan ceramah bebas, Mardiana segera mematikan panggilan telefonnya. Dalam hatinya amat berdoa agar pintu hati Aakif terbuka untuk menolong Wafa.
Tengku Aakif Nawfal terkejut besar bila mendengar bait – bait ayat terakhir dari Mardiana. Matanya masih merenung skrin telefon bimbit ditangannya itu. Wafa yang derma darah untuk aku? Bermakna aku selama ni aku hidup sebab Wafa? So, darah yang mengalir dalam badan aku ni campuran darah Wafa? Kenapa aku langsung tak tahu selama ni? Bertubi – tubi soalan yang muncul di benaknya tika itu. Seperti sukar untuk mempercayai kenyataan yang baru didengarinya tadi.

8 comments:

  1. harap - harap lah akif tolong wafa nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye shila..akif sudah bantu wafa di bab seterusnya..teruskan membaca ye..tanks =)

      Delete
  2. Salam dan Selamat Tahun Baru. Kenapa nenek Akif beria nak kahwinnya dengan Qistina tu? Takkan buta mata hati sebagai orang tua melihat perangai Qistina tu, kalau diberi pilihan harta dengan mengahwini Qistina atau sebaliknya, keluarlah dari rumah tu Akif pergilah pada Wafa. Lagipun bukankah Qistina dan sepupunya ada perancangan nak singkirkan Akif. Bantulah Wafa walaupun olok-olok Akif tetapi mungkin mampu membuka pinti hati kalian berdua...cehhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..slmt tahun baru juga =)ye nenek akif memang buta sebab harta pun..tapi dia taklah sebuta yang disangka..

      Delete
  3. MAKIN BEST...

    berbaloi akk rekemenkan citer ni kat Bos KS...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah akak ke yg rekemenkan cite sy ni kat KS??
      tenkiu so much kak!
      terima ksh sgt sbb sudi baca n suka cite ni.. =)

      Delete
  4. baru padan dengan qistina,mengetik jak..nice story

    ReplyDelete
  5. baru padan dengan qistina,mengetik jak..nice story

    ReplyDelete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?