Followers

Saturday 19 January 2013

~ Pemegang Watak Cinta 29 ~

         Tadaaa!!! seperti yg dijanjikan sy akan sneak peek kan PWC utk korang sume..selamat membaca dan mengkomen =)

                                                                                 ******


Tengku Aakif Nawfal menyeka peluh yang merinik di dahinya. Ekor matanya mengerling barang yang dibungkus dalam plastik di tempat duduk sebelahnya. Haish, dah pecah rekod aku macam ni. Macam mana lah aku boleh beli benda – benda macam ni? Aakif ketawa kecil tiba – tiba. Masih teringat – ingat di dalam kepala otaknya ketika hendak mencari barang keperluan Wafa di kedai serbaneka tadi.
            “ Err cik, saya nak tanya sikit boleh?” Aakif berpura – pura mengukir senyuman ke arah jurujual wanita di kaunter itu.
            “ Boleh, tanya lah.” ramah jurujual itu membalas.
            “ Yang benda petak tu ada jual tak? Saya tengok dekat rak tadi tak ada pun.”
            “ Benda petak apa ya encik?” jurujual itu mula menayang muka pelik.
            “ Err benda yang selembut kapas dalam iklan tv tu.” Aakif berkias lagi. Kepalanya yang tidak gatal digaru sedikit. Alamak, tak kan tu pun tak faham!
            “ Em saya jarang tengok tv, encik.” Balas jurujual itu pula sambil tersengih.
            Aakif mula melepaskan keluhannya. Duduk dalam hutan ke apa budak ni sampai tv pun tak tengok. “ Tak apa lah. Saya pergi tanya orang yang selalu tengok tv ya.” Balas Aakif selamba sambil melangkah keluar dari kedai itu. Jurujual itu sekali lagi memandang pelik.
            Lebih kurang lima minit, Aakif memandu masuk keretanya ke dalam garaj banglo itu. Dia segera melangkah keluar masuk ke dalam rumah. Dilihatnya setiap ruang dalam banglo itu sunyi sepi. Dia menghela nafas lega seketika. Semua orang dah tidur agaknya. Bisik hati kecilnya lantas dia melajukan langkah menuju ke bilik tidur.
            Dia memulas perlahan tombol pintu biliknya lalu melangkah masuk. Dicarinya kelibat Wafa yang tidak kelihatan. Dia mengetuk pula pintu bilik air perlahan – lahan. “ Wafa, awak ada dekat dalam lagi ke?”
            Wafa tersentak. Hampir – hampir dia terlena di dalam bilik air sementara menunggu suaminya pulang tadi. Segera dia membuka pintu itu. “ Lambatnya awak pergi beli. Saya dah nak tertidur tadi tahu tak.” Bebel Wafa di muka pintu.
            Aakif merengus geram. “ Lambat? Eh, awak tahu tak betapa susahnya nak cari benda ni? Lebih susah daripada nak bina satu bangunan tau. Bukan nak cakap terima kasih ke apa.” Balas Aakif tidak puas hati usahanya seperti tidak dihargai.
            Wafa tercengang seketika. Apa kaitan pad aku dengan nak bina bangunan pulak? “ Ye lah terima kasih banyak ya sayang.” Balas Wafa tersengih lantas mencapai bungkusan plastik ditangan Aakif.
            Aakif terdiam tidak membalas. Sayang? Mindanya cuba diperbetulkan. Adakah aku salah dengar? Wafa pula segera mengunci pintu bilik air. Dia menyandarkan tubuhnya di belakang pintu. Tangannya menampar kecil bibirnya beberapa kali. Aduh, apa benda aku merepek tadi? Macam mana boleh terlepas panggil mamat tu sayang pulak?
***
Usai Aakif mengaminkan doa yang dibacanya selepas solat, dia bangun seraya melipat sejadah dan menggantung songkoknya di tempat yang telah disediakan. Ekor matanya mengerling sedikit isterinya yang sedang berbaring di atas sofa. Dah tidur ke perempuan ni? Hati kecilnya menerbit soalan. Seketika kemudian, kedengaran isterinya mendesah kecil. Segera dia mendekati tubuh kecil itu.
            “ Awak tidur lah atas katil. Biar saya tidur sini.” Aakif memberi arahan kecil.
            Wafa segera mencelikkan kelopak matanya lalu dihalakan pandangan ke arah Aakif. Dia terperanjat kecil. “ Jadi, semalam awak lah yang angkat saya letak atas katil ya?” Wafa menjegilkan matanya sedikit.
            Aakif tersengih. “ Kenapa setiap apa yang berlaku awak mesti tuduh saya ya? Waktu kereta awak hilang hari tu pun, awak cakap saya upah orang suruh drive balik. Malam ni pulak cakap saya yang angkat awak letak atas katil. Am I look that free to you?
            Air muka Wafa tiba – tiba berubah. Malu pulak dirasakannya saat itu. “ Saya bukan nak tuduh, tapi dah awak aje yang ada dengan saya dalam bilik ni. Siapa lagi yang angkat kan? Tak kan saya yang tidur berjalan pulak.”
            “ Bercakap dalam tidur pun boleh so, tak mustahil lah awak tidur berjalan betul tak?” Aakif menayang muka selamba.
            “ Jadi betul lah saya yang tidur berjalan?” soal Wafa seperti tidak percaya.
            Aakif hanya tersengih. Bahunya dijongketkan sedikit. Mahu sahaja dia meledakkan tawa besar. Boleh jadi peguam rupanya aku ni. Pandai putar belitkan cerita. Sorry lah Wafa aku terpaksa menipu demi keselamatan diri aku daripada kena baham. Hehe.
            Wafa menggarukan sedikit kepalanya yang tidak gatal. Dia segera bangun dari sofa untuk memberi ruang kepada suaminya. “ Err awak cakap nak tidur sini tadi kan? Saya tidur atas katil ya.”
Wafa menukar topik lalu melompat di atas katil empuk itu. Tubuhnya segera dibaringkan. Dia memejam mata rapat. Aduh, malunya malunya malunya! Apasal aku ni tak habis – habis nak tuduh mamat tu? Mungkin sebab aku selalu ingat mamat tu gentleman kot padahal hampeh! Sempat lagi Wafa mengomel memarahi dirinya sendiri. Aakif pula mula berbaring di atas sofa utuk merehatkan tubuhnya itu.
Sudah lebih setengah jam Aakif cuba melelapkan matanya, namun seperti biasa masih tidak boleh tidur. Entah – entah aku ni dah kena penyakit insomnia ke apa. Dah lah amnesia, insomnia pulak tu. Aakif mengeluh kecil. Dicelikkan matanya sedikit lalu dikerlingkan ke arah Wafa. Tiba – tiba gengendang telinganya menangkap bunyi isterinya mengerang kecil. Aakif mengerut dahi. Eh, apahal pulak ni? Segera dia bangun lalu menuju ke arah katil.
“ Awak ok ke tak ni?” soal Aakif tiba – tiba.
Wafa menghalakan biji matanya ke arah Aakif dengan tidak bermaya. “ Saya sakit.” Nada suaranya lemah sekali.
Aakif mula dihimpit risau. “ Awak sakit apa? Macam mana boleh tiba – tiba sakit pulak ni?”
“ Tak apa lah saya dah biasa.” Balas Wafa masih lemah. Jawapannya langsung tidak menepati soalan yang ditanya.
Aakif segera meletakkan tapak tangannya di dahi dan leher Wafa untuk merasa suhu badan. Tak panas pun. Tapi berpeluh – peluh ni kenapa? Ngomel Aakif perlahan. Lantas dia menyelak selimut yang menutupi tubuh kecil isterinya itu. Dilihatnya tangan Wafa menekan – nekan dibahagian perutnya sambil mengerang kecil.
“ Awak sakit perut ke?”
Wafa menggelengkan kepalanya perlahan. “ Saya sakit perempuan je. Awak pergi lah tidur ya. Kejap lagi elok lah ni.”
“ Dalam hal macam ni pun awak nak berkias lagi ke? Cuba bagitahu elok – elok sakit apa? Boleh saya pergi ambil ubat.” Bebel Aakif tiba – tiba.
“ Saya senggugut.” Balas Wafa perlahan. Masih dalam keadaan lemah lagi.
Aakif tersentak kecil. “ Oh, habis tu macam mana? Awak ada ubat tak?”
“ Saya tak pernah makan ubat pun. Saya cuma perlu tahan sakit aje.”
“ Berapa lama awak kena bertahan?” soal Aakif lagi.
“ Dalam 4 or 5 jam.” Balas Wafa pendek.
Aakif melepaskan keluhan berat. Lama jugak tu. Mahu tak boleh tidur sampai pagi kalau macam tu. Bisik hati kecilnya. Lantas dia melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan isterinya berseorangan. Wafa pula masih lagi cuba menahan kesakitan yang dialaminya setiap bulan itu.
Beberapa minit kemudian, Aakif kembali sambil membawa sebotol air suam ditangannya. Dia segera mendekati isterinya semula lalu duduk di tepi katil. Dia mengambil perlahan tangan Wafa yang sedang menekan perutnya sedikit. Wafa terperanjat kecil.
“ Awak nak buat apa ni?” soal Wafa pelik.
Aakif meletakkan botol yang berisi air suam itu di atas tangan Wafa. “ Awak tuamkan benda ni dekat perut awak. In shaa Allah lega sikit sakit tu nanti.” Balas Aakif tenang.
“ Berkesan ke kalau buat macam tu?”
“ Belum cuba belum tahu.”
Wafa terpaksa akur. Dia menuamkan perlahan – lahan botol yang berisi air suam itu di atas perutnya selama beberapa minit. Dia cuba merasakan kesan tuaman itu seketika. Lalu dia menghulurkan semula botol air suam itu kepada Aakif.
“ Tak berkesan langsung. Nah, ambil balik!” protes Wafa.
“ Memang lah tak berkesan kalau tuam dengan cara salah. Ke tepi tangan awak tu. Biar saya buat.” Aakif mendekatkan sedikit ke tubuh Wafa.
“ Awak selak sikit baju awak tu.” Aakif memberi arahan.
Wafa tersentak. “ Apasal pulak?”
“ Habis tu, macam mana awak nak rasa kepanasan dia kalau awak tuam atas baju? Kalau ada penebat haba, macam mana nak tahu tindak balas terhadap haba tu betul tak?” Aakif mula memberi ceramah bebas.
Wafa hanya mencebik. Perlahan – lahan dia menyelak sedikit baju Tnya sehingga menampakkan perutnya sedikit. Matanya dikerlingkan ke arah Aakif yang masih menunjukkan wajah tenang. Namun, dalam hatinya hanya Allah yang tahu. Alamak, kenapa tiba – tiba tangan aku menggeletar pulak ni? Relax Aakif relax. Jangan menggelabah tak tentu pasal. Sempat lagi dia mengomel dalam hati.
Aakif mula menuam perut kecil itu dengan botol air suam tadi. Matanya dihalakan ke tempat lain. Tidak berani dia hendak melihat lama di bahagian perut isterinya itu. Rasa menyesal pun ada bila menawarkan dirinya untuk menuamkan perut itu. Tiba – tiba Wafa memegang botol yang digunakan Aakif itu. Aakif tersentak lantas segera menoleh ke arah isterinya.
“ Saya rasa air ni dah sejuk lah. Awak urut pakai minyak panas boleh?” pinta Wafa lemah.
Sekali lagi Aakif tersentak. Urut? Biar betul perempuan ni. Aku sedang berangan ke apa ni dengar Wafa cakap macam tu? Tadi bukan main menyinga lagi muka dia.
“ Awak boleh tolong tak? Saya tak larat ni.” Sambung Wafa lagi. Kali ni dengan nada yang lebih lemah.
Teragak – agak Aakif menganggukkan kepalanya. Lalu dia bangun mencapai minyak panas yang berada di dalam almari. Usai meletakkan sedikit minyak di atas tapak tangannya, dia mula mengurut perlahan perut isterinya. Boleh tahan laju jantungnya berlari tika itu. Nasib baik aku masih boleh mengawal emosi. Aakif membebel sendiri. Tangannya masih mengurut lembut perut itu.
“ Pandai awak mengurut.” Wafa bersuara perlahan. Air mukanya kelihatan lega sedikit.
“ Awak rasa macam mana sekarang? Ada kurang tak sakit tu?” soal Aakif pula.
“ Ada kurang sikit.” Balas Wafa pendek. Matanya cuba dipejamkan.
“ Bagus lah macam tu. Awak cuba lah tidur dulu.” Balas Aakif bersahaja.
“ Terima kasih sebab tolong saya. Saya sayang awak.” Wafa tersenyum lemah. Matanya sudah memejam rapat.
Aakif terkesima. Air mukanya terperanjat dengan ayat yang baru mengetuk gegendang telinganya tadi. Saya sayang awak? Biji matanya merenung lama wajah lembut isterinya yang sedang dibuai mimpi itu. Tiba – tiba kedengaran Wafa sedang berbicara kecil dalam tidurnya. Aakif cuba memasang telinga lagi.
“ Aakif sepupuku yang paling ku sayangi!” Wafa tersengih dengan matanya yang dipejam rapat. Jelas menunjukkan dia sedang mengingau.
            Aakif mula menguntum senyum. Kepalanya digelengkan perlahan bila melihat gelagat isterinya itu. Wafa..Wafa.. sampai dalam mimpi pun kau sayang sepupu kau ya? Tak padan dengan sakit tu. Bebel Aakif sambil tersengih.
***
Pagi itu, Qistina cuba mencelikkan kelopak matanya yang dirasakan amat berat untuk dibuka. Dia melihat sekeliling ruang yang amat asing buat dirinya itu. Aku dekat mana ni? Seketika kemudian, dia memicit perlahan kepalanya yang dirasakan sedikit pening tika itu. Dia cuba mengingati kembali apa yang berlaku semalam. Tiba – tiba kedengaran tapak kaki seseorang sedang menapak masuk ke dalam bilik itu. Qistina segera mengalih pandangan.
            “ Morning Qis.” Tengku Danial Hakimi tersengih sambil membutangkan bajunya yang terbuka.
            Wajah Qistina jelas terperanjat besar. Dia merenung lama kelibat Tengku Danial Hakimi di hadapan matanya itu. Perlahan – lahan dia mengalihkan pandangan ke tubuhnya pula. Dia menyelak sedikit selimut yang menutupi tubuhnya tika itu. Serta – merta dia terpempan. Terbeliak biji matanya apabila melihat tubuhnya yang tidak ditutup dengan seurat benang pun. Cepat – cepat dia menutup semula tubuhnya yang terdedah itu dengan selimut.
            “ Apa yang you dah buat dengan I ni Kimi?” Menyinga wajah Qistina menengking Tengku Danial Hakimi di ruang itu.
            Kimi hanya tersengih menayangkan giginya. Dia duduk di tepi katil sambil memandang wajah wanita itu. “ Can’t you just tell by looking?” selamba Kimi membalas.
            “ How dare you do this to me? You animal! Monkey! You memang tak guna Kimi!” Qistina mula mengangkat tangan untuk dilayangkan ke pipi pemuda itu.
            Namun, Kimi sempat menahan tangan kecil itu. “ You jangan nak berlagak baik lah Qis. You ingat I tak tahu ke you ni perempuan macam mana? Kalau I tak tidur dengan you pun, bukannya you suci lagi.”
            Qistina membuntangkan matanya apabila mendengar bait – bait ayat yang selamba badak dikeluarkan dari mulut lelaki itu. “ Mana you tahu ni?”
            “ Come on la   Qis. Kawan I sendiri pun pernah jadi anak ikan you. That’s why I like to try. Not bad.” Kimi tersengih nakal.
            “ You biadap! You keluar dari sini sekarang! I tak nak tengok muka you. Keluar!!!” Qistina menengking kuat ke arah lelaki itu. Perasaan amarahnya yang ditanggung tika itu membuak – buak dirasakan.
            “ Ok ok I keluar sekarang. I tahu you tetap akan perlukan I lepas ni. So, jangan marah lama sangat ya sayang.” Kimi masih lagi menghangatkan hati wanita itu seraya melangkahkan kaki menuju ke pintu bilik.
            “ By the way, thanks for the last night.” Sambung Kimi lagi sebelum menutup daun pintu.
Qistina merengus geram. Tangannya mencapai sebiji bantal lalu dibalingkan ke arah pintu itu. Kurang ajar kau Kimi! Kau ingat aku ni siapa senang – senang kau nak makan? Memang patut lah semua perempuan dekat KL ni bencikan kau.
***
Wafa duduk di birai katil dengan kakinya digoyang – goyangkan sedikit sambil memerhatikan suaminya yang sedang khusyuk menunaikan solat Subuh. Jam di dinding bilik juga sudah dikerlingnya. Nak turun sarapan pun awal lagi ni. Kang kalau tinggal mamat ni pulak, aku jugak yang dipersalahkan nanti. Bisik hati kecilnya.
            Usai mengaminkan bacaan doa, Aakif terus menghalakan pandangannya kepada Wafa. “ Macam mana perut awak? Sakit lagi hari ni?” soal Aakif tiba – tiba.
            Wafa hanya menggelengkan kepalanya perlahan. “ Terima kasih sebab tolong saya semalam.” Balas Wafa perlahan. Segan pula dirasakannya tika itu.
            “ It’s ok benda kecik aje. Tapi saya pelik, kenapa awak sanggup tahan kalau dah sakit? Tak ada ubat tahan sakit ke?”
            “ Ubat tu memang lah ada tapi tak elok sangat kalau makan ubat tahan sakit ni.”
            “ Kenapa pulak tak elok?” soal Aakif pelik.
            “ Kawan saya cakap nanti boleh kena darah tinggi kalau selalu sangat makan ubat tahan sakit. Sebab tu saya tak nak makan.” Balas Wafa bersahaja.
            Darah tinggi? Aakif terdiam seketika. Seketika kemudian, dia ketawa kecil. “ Kawan awak tu doktor hospital mana?” perli Aakif tersengih.
            “ Tak nak percaya sudah.” Wafa menghadiahkan jelingan tajam lalu bingkas dari katilnya. Segera dia menuju ke arah pintu bilik. Aakif pula masih tersengih dan membontoti isterinya melangkah keluar dari bilik.
            Sampai di ruang makan, Aakif segera duduk di atas kerusi. Kali ni tempatnya di sebelah Tengku Muaz pula disebabkan Puan Nafeesah yang sudah mengambil tempat di sebelah Puan Sri Tengku Sakinah. Wafa pula tiada pilihan lain dan terpaksa mengambil tempat sebelah suaminya.
            “ Bernikah sudah, bersanding pun sudah. Lepas ni apa planning kamu pulak Kif?” Tengku Muaz memecah sunyi.
            “ Lepas honeymoon ni, hidup seperti biasalah pa apa lagi.” Balas Aakif selamba.
            Wafa yang baru hendak menelan nasi lemak yang dikunyah di dalam mulutnya serta – merta tersedak. Cepat – cepat dia meneguk air milo di dalam cawannya. Honeymoon? Apa yang mamat ni merepek pulak ni? Dia sedar tak apa yang dia sedang cakap? Atau aku yang salah dengar ni?
            “ Papa tahu lah hidup macam biasa tapi kamu berdua tinggal dengan kami ke atau duduk rumah asing?” soal Tengku Muaz lagi.
            “ Aakif dah setuju nak tinggal dengan kita sekali hari tu. Kau tak payah tanya pasal tu dah Muaz.” Belum sempat Aakif membalas, Puan Sri Tengku Sakinah segera menyampuk. Wajahnya serius.
            “ Tapi kita tak boleh nak paksa diorang bonda kalau diorang nak duduk asing. Macam mana kalau Wafa tak selesa nak duduk dengan kita?” bantah Tengku Muaz pula.
            “ Kalau tak selesa dengan kita, kenapa nak jadi ahli keluarga kita?” bidas Puan Sri Tengku Sakinah pula.
Bahang suasana hangat di ruang itu mula terasa. Wafa hanya mampu mengetap bibir. Dia menolak sedikit siku suaminya. Aakif segera menoleh ke arah Wafa. Dengan hanya menggunakan bahasa isyarat mata, Wafa memberi arahan kepada suaminya supaya meleraikan pertegangan di hadapan mata mereka. Aakif pula sengaja berpura – pura tidak memahami. Wafa merengus kecil. Mamat ni memang sengaja nak kenakan aku lah tu!
            “ Err sebenarnya buat masa sekarang ni, Wafa sedang uruskan pertukaran tempat mengajar. In shaa Allah kalau tak ada aral melintang, bulan depan Wafa pindah KL.” Wafa segera menyampuk. Bibirnya dipaksa senyum.
            “ Bulan depan? Bermakna sementara tu, kamu berdua kena duduk asing lah ya?” giliran Puan Nafeesah pula menyoal.
            “ Nampak gayanya macam tu lah, ma.” balas Wafa teragak – agak.
            “ Habis tu, macam mana kami nak timang cucu cepat kalau macam ni?” nada Puan Nafeesah sedikit tidak puas hati.
            Buat kali kedua Wafa tersedak mendengar ayat yang terbit dari mulut ibu mertuanya. Warna merah mula menyerbu mukanya menahan malu. Aakif yang juga terperanjat sudah melemparkan pandangannya ke arah lain. Direct betul mama aku ni bercakap!
            “ Mama tak setuju. Isteri mesti kena duduk dengan suami. Payah – payah sangat Wafa berhenti aje kerja.” sambung Puan Nafeesah lagi. Kali ni sedikit tinggi nada suaranya. Semua yang berada di situ serta – merta senyap.
            “ Err bawak bertenang ma. Macam ni, sekarang projek kita yang dekat Parit Buntar tu masih belum siap kan pa?” soal Aakif tiba – tiba.
            Tengku Muaz menganggukkan kepalanya perlahan. “ Yup, kenapa dengan projek tu?”
            “ Biar Aakif yang handle projek tu sampai siap. So, buat masa ni Aakif duduk dekat Parit Buntar dulu lah dengan Wafa. Sementara tu, boleh jugak tunggu proses pertukaran tu siap ok tak?” Aakif cuba menyelamatkan keadaan. Wafa pula sudah menghela nafas lega. Bagai nak luruh jantungnya tadi bila dipaksa berhenti kerja.
            “ Tapi idea asal projek tu dari Kimi. Tak kan papa tiba – tiba nak tukar ketua pulak? Nanti apa pulak kata dia.”
            “ Bukan maksud Aakif nak rampas projek dia, tapi Aakif nak join projek tu. Kimi boleh manage dekat ofis, Aakif boleh control site. Kerja pun jadi cepat dan mudah betul tak pa?” sambung Aakif lagi.
            Kelihatan Tengku Muaz sedang berfikir sejenak. “ Nenda setuju. Lagipun, Kimi belum mahir selok – belok projek syarikat, elok lah Aakif tolong dia sama.” Sampuk Puan Sri Tengku Sakinah pula.
            “ Kalau boleh Wafa percepatkan lah urusan Wafa tu ya. Buat masa sekarang ni, biar Aakif duduk dengan Wafa dulu.” Puan Nafeesah masih lagi dengan topiknya. Wafa hanya mampu menganggukkan kepalanya perlahan dan cuba mengukir senyum.
            “ Ok nanti papa bagitahu dengan Kimi.” Tengku Muaz akhirnya memberi kata putus. Tengku Aakif Nawfal dan Wafa Amani menguntum senyum sesama sendiri. Mereka sudah boleh menghela nafas lega. Selesai satu masalah!
***
Wafa menarik beg pakaiannya menuju ke kereta Aakif. Lalu dihumbannya beg itu ke dalam bonet kereta. Dia menyeka peluhnya yang merinik di dahi. Fuh, apa benda yang aku letak dalam ni sampai rasa macam bawak batu pulak! Keluh Wafa sendiri. Bukannya Aakif tidak menawarkan diri untuk menolong tadi tapi dia sendiri yang menjual mahal. Terimalah padahnya.
            Usai bersalaman dengan ahli keluarga yang setia menunggu di laman, Aakif menghidupkan enjin kereta lalu menekan pedal minyak meninggalkan perkarangan rumah mewah itu. BMWnya mula menelusuri lebuh raya utara selatan untuk pulang ke rumah isterinya. Dalam diam, dia mengeluh kecil. Penat jugak kalau selalu ulang – alik macam ni.
            “ Esok awak kerja ke?” Aakif mengerling isterinya di sebelah.
            Wafa mengangguk perlahan. “ Esok hari Isnin kan? Mesti lah kerja.”
            “ Bagus lah. Lepas tu, awak mintak cuti tiga hari ya?”
            Wafa tersentak. Serta – merta wajahnya bertukar pelik. “ Nak cuti buat apa?”
            “ Awak tak dengar ke tadi, saya cakap kita nak pergi honeymoon?” balas Aakif bersahaja. Matanya masih memandang hadapan jalan.
            “ Tapi ada saya cakap saya setuju ke tadi nak pergi honeymoon? Siapa suruh awak pandai – pandai cakap macam tu depan family awak.” Bantah Wafa. Air mukanya jelas tidak puas hati.
            Aakif segera mengambil dua helai kertas kecil dari dalam laci dashboard keretanya lalu dihulurkan kepada Wafa. Wafa menyambut huluran suaminya lalu membelek perlahan kertas kecil ditangannya. Matanya membaca sebiji – sebiji ayat yang tertera di atas kertas itu. Ni tiket flight ni!
            “ Awak ingat saya suka – suka ke nak cakap pasal honeymoon tadi? Tiket yang awak pegang tu adalah hadiah perkahwinan kita dari nenda. So, bukan saya yang rancang faham?” selamba Aakif membalas.
            “ Tapi kalau kita tak pergi pun boleh kan? Bukannya nenda awak tahu.” Wafa mencuba nasib lagi.
            “ Yup. Nenda saya memang lah tak tahu tapi orang – orang flight dengan hotel nanti akan tahu. Awak tak baca ke tiket VIP tu? Dan tak mustahil jugak nenda saya akan tahu lepas tu.” balas Aakif.
            “ Habis tu, maksud awak kita nak kena pergi jugak lah ni ya?” Wafa mula menarik muncung.
            Aakif hanya tersengih lantas menjongketkan bahunya sedikit. Matanya masih lagi menumpukan ke arah pemanduan.
            Wafa pula hanya mampu melepaskan keluhan berat. Haish, tak ada hadiah lain ke kalau ye pun nak bagi? Kalau dah kaya sangat, bagi lah peti sejuk ke mesin basuh ke boleh jugak aku tukar dengan barang – barang rumah aku yang dah berkurun lama tak berganti tu. Ini tak, tiket honeymoon yang dibaginya. Dengan mamat ni pulak tu.

16 comments:

  1. wahhhh...sweet nye aakif, tolong beli 'benda petak' tu utk wafa..
    ni yg btambah syg n chenta kt aakif nih...hikhik!!
    nurrul,xsbr la nk tunggu pwc ni diterbitkn..
    cus n pwc mmg terbaekkk!!!
    saya sentiasa sokong nurrul sbb kite sebaya tau..hehe..(xde kena mengena langsung kn...suka sgt merepek..)
    -noorwieyl a.k.a noor-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tenkiu so much laling..
      in shaa Allah kalo ade rezeki kita sme2 jmpe pwc versi cetak tau..
      eh, kita sebaya ye noor? wah,kita bleh jd besfren la kalo cani..hihi
      terima kasih sgt2 ye noorwieyl..=') *mula la nk tharu ni..sob3

      Delete
  2. Replies
    1. tenkiu hayat! =') xsgka ko folow gak cite ni..^^

      Delete
  3. saya pun tido mengigau. terasa sgatt. hahaha
    -melaka bandaraya bersejarah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh my..tharunye melaka bndraya bsjrh ni komen..haha
      trasa je xguna..kalo kua versi cetak nnti, aku list ko org first kena beli..huahua

      -taiping bandar warisan-

      Delete
  4. oh sy amat tpikat nan aakif...
    kalau lah aakif mmg betol2 wujud....hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..
      kalo aakif memang btul2 wjud,sy terus pinangkan dia utk ain ok?hepi?
      hihi

      Delete
  5. bila lah nk keluar cite ni agaknya ek?
    geramnya rase x sabar giler..hehehe
    i luv u aakif nan wafa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sabar byk2 anon!
      jgn geram2 nnti xmanis..hehe
      in shaa Allah kalo cite ni dah terbit nnti, sy war2kan ye..
      btw tenkiu alot dear =)

      Delete
  6. like!!!!!!!!!
    update la lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu alot anon!
      update lepas ni kena tggu versi cetak tau..hihi

      Delete
  7. baik nyeee layanan Aakif...
    luv Aakif...

    Padan ngan Qistnia, tp.... musti ader konflik/agenda yg di rancang oleh meke kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe harus la kak..
      org jhat balasannya jhat jugak =)

      Delete
  8. huhuh sudah jatuh cinta ngn Tengku Aakif.... :)

    ReplyDelete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?