Followers

Sunday 23 December 2012

~ Pemegang Watak Cinta 9 ~


Tengku Danial Hakimi melambaikan tangannya apabila ternampak Qistina yang sedang tercari – cari kelibatnya di dalam sebuah restoran mewah. Qistina melangkah dengan lenggok pinggangnya yang ramping ke arah pemuda yang sedang menunggunya itu. Dia yang hanya berskirt paras lutut dan berbaju kemeja merah terus mengambil tempat di hadapan Tengku Danial Hakimi.
            “ Ada apa you nak jumpa I ni?” tanya Qistina seraya meletakkan tas tangannya di kerusi sebelah.
            “ Kalau ye pun, you tak nak order makanan dulu ke?” balas Kimi apabila melihat seorang pelayan berjalan menuju ke arah mereka.
            I datang sini bukan nak makan.” Balas Qistina sinis.
            Two fresh orange please.” Tengku Danial Hakimi tetap membuat pesanan. Pelayan itu menganggukkan kepalanya sedikit dan melangkah pergi.
            “ Cakap lah cepat apa hal yang you nak sangat jumpa I ni?”
            “ Kenapa you sombong sangat dengan I eh? Nak cakap I ni tak handsome, ramai je perempuan nak dekat I. Or sebab I tak sekaya Aakif? Sebab bukan I yang akan jadi chairman MS Land Holdings nanti?” duga Kimi sambil tersengih memandang wanita cantik di hadapannya itu.
            “ Apa yang you merepek ni? Kalau setakat nak jumpa I cakap pasal benda – benda mengarut ni, tak payah ok? Buang masa I je.” Qistina mula meninggikan suara sedikit. Dia mencapai tas tangannya lalu bangun dari kerusi.
            Serta – merta Tengku Danial Hakimi memegang tangan Qistina yang hendak melangkah pergi. “ Relax dulu, Qis. I’m sorry ok. Sebenarnya I ada benda lebih menarik nak invite you join.”
            Qistina melabuhkan semula punggungnya di kerusi. Dia memandang pemuda di hadapannya lama. “ Nak invite I untuk apa?”
            Tengku Danial Hakimi mengeluarkan Samsung Galaxy Notenya lalu dia mencalit skrin sentuh itu dengan pen yang disediakan. Seketika kemudian, dia menayangkan skrin Galaxy Note itu kepada Qistina.
            “ Ni contoh development proposal untuk projek I dekat Perak.”
            “ Habis tu apa kena mengena dengan I pulak?” soal Qistina pelik. Matanya masih lagi tidak melepaskan skrin sentuh ditangannya itu.
            “ I nak you marketkan property I.”
            Excuse me Encik Tengku Danial Hakimi, I bukannya estate agent. Mana I tahu nak market property.”
            You kan marketing manager. You patut tahu macam mana nak market apa yang client you ask.”
            Marketing manager company you pergi mana yang you sibuk nak suruh I buat ni?”
            “ Dia ada je sihat wal afiat lagi. Tapi I nak pastikan projek I ni boom. I tak nak libatkan sesiapa pun dalam MS Land Holdings tu.”
            Qistina berfikir sejenak. “ Sounds weird but nevermind I’ll try. Bila nak start?”
            Tomorrow.” Balas Kimi ringkas.
            Terbeliak biji mata Qistina mendengar perkataan yang terbit dari bibir Tengku Danial Hakimi itu. Esok?!!
***
Mardiana sudah pun menghidupkan enjin keretanya sambil menunggu yang lain selesai bersiap. Wafa Amani pula setia menunggu ketibaan dua pemuda yang bersiap mengalahkan orang perempuan di tepi pintu rumahnya sambil memegang kunci di tangan. Mardiana membunyikan hon keretanya kepada Wafa. Wafa yang terperanjat sedikit segera tersengih menayangkan gigi putihnya itu.
            “ Wa..” Wafa baru hendak memanggil nama adiknya tiba – tiba muncul kelibat Ali sedang menuju ke arahnya. Wafa terkedu.
Ali yang mengenakan kemeja biru gelap belang putih dan seluar jeans hitam tampak begitu padan sekali dengan tona kulit cerahnya. Lengan bajunya pula dilipat hingga paras siku menampakkan lebih santai dan kasual. Rambutnya pula digayakan ala – ala Lee Min Ho dalam drama Personal Taste.
            Wafa bukan sahaja terpegun bahkan mulutnya sudah ternganga melihat penampilan lelaki yang digelar sepupunya itu. Amazing! Hon kereta kali kedua yang dibunyikan Mardiana membuatkan Wafa terperanjat lagi. Serta – merta lamunannya mati.
            “ Awak tunggu apa lagi? Jom lah.” Ali memandang pelik Wafa yang masih tidak melepaskan pandangan ke arahnya dari tadi.
            “ Err..Waiz mana awak?” soal Wafa pula apabila kelibat Waiz masih belum dilihatnya dari tadi.
            “ Em Waiz cakap dia ada hal nak jumpa kawan dia nanti. So, dia tak dapat ikut.” Sempat Ali membalas sebelum melangkah menuju ke kereta.
            Wafa cepat – cepat menutup pintu rumahnya dan berjalan beriringan bersama Ali menuju ke arah Mardiana yang sedang menunggu di luar pagar. “ Err mana awak dapat pakaian ni?”
            “ Waiz yang bagi pinjam. Kenapa tak sesuai ke dengan saya?”
            “ Eh tak lah. Sesuai sangat dengan awak.” Balas Wafa tersengih lalu membuka pintu memasuki perut kereta. Begitu juga dengan Ali.
***
Mereka bertiga hanya memilih untuk membeli – belah di Pasaraya Tesco.Wafa sibuk mencari barang – barang makanan yang hendak dibelinya. Manakala Ali pula hanya ditugaskan menolak troli membontoti perempuan itu dari belakang. Mardiana pula seperti dijangka akan berkepit dengan Ali yang sedang menolak troli. Kalau boleh, troli itu juga hendak ditolak bersama – sama. Nasib baik, pemegang troli tu tak muat.
            Wafa membelek – belek buah tembikai yang dilambakkan di dalam bakul besar itu. Diketuk – ketuk sedikit buah tembikai itu untuk mendengar bunyinya. Tika itu, matanya tertancap ke arah Mardiana yang sedang ketawa riang bersama Ali apabila melihat ikan keli hidup di dalam akuarium.
            Eleh, apa yang kelakar sangat entah? Macam tak pernah tengok ikan keli pulak. Yang Mar pun satu hal. Cakap nak teman aku beli barang tapi dari tadi asyik berkepit dengan Si Ali tu je. Baik korang keluar berdua je kalau macam tu. Bentak hati Wafa. Geram melihat gelagat mereka yang cukup menyakitkan matanya tika itu.
Tanpa disedari tangannya sudah mengangkat sebiji tembikai yang besar hendak dimasukkan ke dalam plastik yang kecil. Matanya masih lagi tidak dikalihkan ke tempat lain. Manakala tangannya tetap berusaha menolak tembikai besar itu masuk ke dalam plastik. Apasal degil sangat plastik ni dari tadi tak boleh nak masuk?
“ Err cik tak boleh letak buah tembikai dalam plastik. Plastik ni kecil tak muat.” Tegur seorang lelaki muda tiba – tiba.
Wafa serta – merta tersentak dari lamunannya. Kelam – kabut dia melihat plastik kecil yang dipegangnya itu. Astaghfirullahalazim..apa yang aku cuba buat ni? Wafa berpura – pura senyum lalu mengangkatkan kepalanya sedikit melihat pemilik suara yang menegurnya tadi.
“ Eh, doktor?” bulat mata Wafa memandang lelaki di hadapannya itu.
“ Cikgu Wafa? Cikgu buat apa kat sini?” Nadiatul Wahida, pelajar tingkatan 5 di sekolah tempat Wafa mengajar, membesarkan matanya akibat terperanjat melihat guru tingkatannya di pasaraya itu.
Wafa mengalihkan pandangannya ke arah remaja perempuan yang berada di sisi doktor muda itu. Eh, Nadia pun ada? Wafa berpura – pura senyum lantas dia menarik tangan Nadia merapati tubuhnya. “ Mesti lah cikgu datang beli barang, tak kan cikgu datang main roller blade pulak kat sini. Yang kamu ni kerja sekolah dah siap ke belum?” Wafa separuh berbisik. Pemuda tampan itu sudah tersengih melihat gelagat anak murid dan cikgu di depan matanya itu.
Nadia tersengih. Dia menggelengkan kepalanya perlahan tanda belum siap. “ Cikgu, kenalkan ni abang saya.” Nadia menukar topik. Fuh, nyaris – nyaris aku tadi!
“ Abang?” Wafa segera mengalihkan pandangan kepada pemuda yang sudah mengukir senyuman tampan ke arahnya.
“ Oh, jadi Cik Wafa ni cikgu kepada adik saya lah ye?”
Wafa teragak – agak menganggukkan kepalanya. Seketika kemudian, dia pula mengukir senyuman manis. “ Err doktor buat apa kat sini?” Wafa sedikit segan.
“ Abang saya datang beli barang lah cikgu, tak kan nak main badminton pulak dekat sini.” Selamba Nadia menyampuk. Wafa cepat – cepat menekup mulut anak muridnya itu lantas tersengih ke arah lelaki di hadapannya itu.
“ Cikgu tak tanya kamu.” Wafa separuh berbisik.
Nadia menganggukkan kepalanya laju lalu mengangkat tangan kirinya tanda mengaku kalah. Wafa melepaskan tapak tangannya dari mulut anak muridnya itu. “ Abang, Nadia ke tandas sekejap ye. Tak tahan dah ni.” Nadia segera melangkah pergi meninggalkan abang dan cikgunya.
“ Mari saya tolong bawakan buah tembikai ni, tak payah Cik Wafa nak letak dalam plastik dah.” Doktor muda itu mengambil sebiji tembikai lalu diletakkan ke dalam trolinya.
Wafa hanya berpura – pura senyum. Tapi dalam hatinya, Ya Allah kenapa lah setiap kali perkara yang memalukan akan terjadi depan doktor kacak ni? Tak reti nak control cun langsung. Confirm, saham aku jatuh merudum. Sempat lagi Wafa membebel sendirian lantas mempercepatkan langkahnya mengekori doktor muda itu.
“ Err doktor shopping dengan adik doktor aje ke?” Wafa memecah sunyi apabila melihat doktor itu mengambil sebungkus roti gardenia lalu dimasukkan ke dalam trolinya.
Yup, itupun Nadia nak teman. Kalau tak, orang bujang macam saya ni biasanya sorang – sorang je lah.” balas doktor itu sambil tersenyum.
“ Eh, doktor tak kahwin lagi ke? Biar betul?” Wafa menayang wajah terperanjat. Dalam hati mula berbunga – bunga.
“ Err kenapa? Muka saya nampak tua ke?” soal doktor kacak itu pula.
“ Eh, tak lah. Saya cuma terkejut aje tadi.” Balas Wafa sambil tersengih. Segan pula dirasakannya. Wah, adakah ini yang dinamakan pertemuan cinta? Wafa ini lah peluang keemasan kau. Lepas ni aku boleh stop dah tengok rancangan Mimi Mencari Cinta yang Astro asyik buat siaran ulangan banyak kali kat tv tu. Hehehe.
“ Em Cik Wafa datang shopping sorang aje ke?” giliran doktor itu menyoal.
Serta – merta Wafa tersentak dari lamunannya. Bayangan Ali dan Mardiana kini silih berganti dalam kotak fikirannya. Alamak! Macam mana aku boleh lupa dekat diorang ni? Wafa segera mengambil tembikai di dalam troli doktor itu kembali.
“ Saya minta maaf doktor. Saya terlupa yang saya datang dengan kawan saya tadi. Saya pergi cari diorang sekarang ye.” Kelam – kabut Wafa membalas. Kakinya sudah hendak melangkah pergi sambil tangannya memegang sebiji tembikai.
Tiba – tiba doktor muda itu memegang lengan Wafa. Langkah Wafa serta – merta terhenti. Dia menoleh perlahan ke arah doktor itu. “ Tak berat ke Cik Wafa nak bawak tembikai ni? Macam ni lah, biar saya yang teman Cik Wafa cari kawan – kawan Cik Wafa tu ye.” Lantas lelaki itu mengambil buah tembikai di tangan Wafa dan meletakkannya semula ke dalam troli.
Wafa hanya mampu menganggukkan kepalanya tanda setuju. Adakah aku mimpi dia pegang lengan aku tadi? Wafa masih tercegat memandang belakang doktor muda itu sedang melangkah pergi. Lantas dia mempercepatkan langkahnya beriringan doktor itu.
“ Err tak menyusahkan doktor ke nak kena teman saya pulak ni?” tanya Wafa.
“ Nama saya Taufiq Afif. Cik Wafa boleh panggil saya Taufiq. Kalau awak panggil saya doktor jugak, terpaksa lah saya panggil awak cikgu.” Balas lelaki itu tersenyum.
Buat kedua kalinya Wafa tersentak lagi. Sah aku bukan mimpi sekarang ni! Wafa hanya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya tanda akur. Tanpa disedari, gelagat Wafa dan Doktor Taufiq diperhatikan oleh Ali dan Mardiana. Ali memandang lama lelaki yang pernah dilihatnya itu tanpa berkedip. Mardiana pula semakin pelik. Siapa pulak lelaki dengan Wafa tu? Aku tak pernah nampak pun selama ni.
“ Wafa!!” panggil Mardiana tiba – tiba.
Wafa mengalihkan pandangannya mencari – cari pemilik suara yang memanggil namanya itu. Lantas dia melambaikan tangan kanannya ke arah Mardiana dan Ali. Doktor Taufiq juga turut tersenyum memandang ke arah mereka. Mardiana segera mengajak Ali menuju ke arah Wafa.
“ Em kenalkan Doktor Taufiq.” Wafa memperkenalkan lelaki di sebelahnya itu kepada Mardiana. Doktor Taufiq pula hanya mengukir senyuman.
“ Saya Mardiana.” Balas Mardiana tersengih. Ali pula hanya mendiamkan diri.
So, awak keluar dengan sepupu awak jugak lah ye?” tanya Taufiq tiba – tiba.
“ Sepupu? Err lebih kurang macam tu lah.” balas Wafa tersengih. Ali sudah menayangkan muka menyampah melihat adegan di hadapan matanya itu.
            “ Kalau macam tu apa kata kita lepak di coffee house dulu lepas ni? Or you all ada program lain?” pelawa doktor muda itu tiba – tiba.
            “ Em ok jugak tu. Korang semua tak ada hal kan?” tanya Wafa pula.
            Mardiana hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju. “ Aku ok je Wafa.”
            “ Saya tak ok.” Ali bersuara tiba – tiba.
            Semua mata yang berada di situ serta – merta tertancap ke arahnya meminta penjelasan. Alamak, apa aku nak jawab ni ha? Macam mana aku boleh terlepas cakap macam tu tadi? Haish.. ni semua doktor ni punya pasal lah ni.
            “ Err sebenarnya Waiz pesan tadi kita tak boleh balik lambat sebab dia tak ada kunci rumah nak masuk nanti.” Tergagap – gagap Ali memberi alasan. Ah, bedal lah!
            “ Hah? Ye tak ye jugak. Nasib baik awak ingatkan saya, Ali. Em sorry lah doktor eh lupa pulak Taufiq. Saya kena balik awal.” Wafa tersengih membetulkan panggilannya.
            Fuh, selamat aku! Sorry Waiz. Abang terpaksa pinjam nama kau sekejap nak buat alasan. Harap kau memahami. Eleh, Taufiq konon. Meluatnya aku dengar. Buat – buat tersalah panggil ke apa minah ni?
            “ Oh, kalau macam tu tak mengapa lah. Lain kali pun boleh kan? Lagipun, saya masih ada hutang yang belum selesai dengan awak.” Balas doktor itu tersenyum.
            Wafa menayang muka pelik. “ Eh, hutang apa pulak Taufiq?”
            “ Nanti awak akan tahu lah. Em buah tembikai ni saya belanja ya?”
Belum sempat Wafa membantah, lelaki itu terus menolak troli barangnya menuju ke kaunter pembayaran. Ali yang dari tadi hanya melihat adegan itu berasa melimpah - limpah perasaan menyampahnya. Sempat lagi diorang buat drama sinetron depan aku.

2 comments:

  1. cite ne ada kat pasaran ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. belom ada d pasaran..
      ade rezki dterbitkan nnti..sy roger ye..
      terima kasih sudi membaca =') *t'haru

      Delete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?