Followers

Tuesday 26 February 2013

~ Saya Kenal Sayang Saya! 2 ~


Siaran televisyen malam itu, langsung tidak mampu menenangkan perasaan anak dara Puan Rozita, Si Nurul Damia ni. Biji mata saja yang dihalakan ke kaca tv tapi fikirannya sedang menerawang hebat. Insiden yang berlaku di restoran siang tadi betul – betul menyesakkan nafasnya sekarang. Puan Rozita pula yang kononnya sedang khusyuk menonton cerita Kuch Kuch Hota Hai di siaran Astro sebenarnya lebih berminat dengan air muka anaknya yang asyik berkerut – kerut sejak tadi.
            Damia membebaskan keluhan berat sejenak. Kenapa ini semua berlaku terhadap diri aku? Kalaulah jiwa aku penuh dengan sifat pemaaf pasti perkara ni takkan terjadi. Apalah sangat setakat topi masuk dalam air bekas mop. Bukannya aku tak boleh basuh balik. Argh stress! Menyesal apa pun dah tak guna dah sekarang, Damia! Macam mana aku nak berdepan dengan Fakhri esok? Dahlah dengan bangganya aku boleh perkenalkan diri aku sebagai bakal isteri Fahim. Kenapa diorang mesti adik beradik? Kenapa?!!
            Hah!!! Black Maria?!! Alamak, ni lagi gawat dong! Kalau Fakhri tu adik kepada Encik Fahim, bermakna Black Maria tu adalah mak kepada ....?
            “ Tidakkkkk!!! Tolong jangan cakap aku dah mengumpat Black Maria depan anak dia sendiri!”
Puan Rozita yang pura – pura khusyuk tonton tv tadi terus terkejut beruk dengan jeritan Damia. “ Eh, apa kamu ni jerit malam – malam buta? Siapa Black Maria?” Puan Rozita mengurut dadanya perlahan.
Damia tidak membalas. Wajah ibunya dipandang dengan muka nak nangis. Bibir dicebikkan. Huwaaa!!! Aku memang patut buat pembedahan plastik lepas ni! Itupun kalau ada duit lebihlah.
***

Fahim menepuk perlahan bahu adik lelakinya. Fakhri yang sedang rancak menaip sesuatu di papan kekunci komputer ribanya sedikit terkejut. Segera kepalanya dipalingkan ke arah gerangan yang datang bertandang. Dia memberi senyuman kecil sebentar buat Fahim lantas menyambung kerjanya semula. Fahim pula melabuhkan punggung di atas sofa yang terletak berdekatan katil.
            “ Macam mana suasana kerja dalam restoran aku tadi?” Fahim memecah sunyi.
            Jemari yang sedang ligat menaip itu serta – merta mati. Kala itu juga, bayangan Nurul Damia menerjah di minda. Fakhri tersengih kecil. Pasti Damia tak lena tidur malam ni. Entah – entah esok dia ambil MC sebab takut nak berdepan dengan aku. Damia.. Damia.. Nak menipu pun pandai – pandailah. Art of lying tu kena betul timingnya.
            “ Hoi, kau dengar tak aku tanya ni?” Fahim membaling bantal tepat ke muka Fakhri. Pelik dibuatnya bila melihat Fakhri yang tiba – tiba menyepi tanpa sebarang suara.
            Bantal yang hinggap di muka membuatkan lamunan Fakhri mati dengan kejamnya. Cepat – cepat dia cover!
            “ Hmm not bad.” Fakhri hanya acuh tak acuh. Jemarinya kembali menaip.
            Not bad? Restoran aku yang high class tu kau cakap not bad je?” Fahim tak puas hati.
            “ Aku bukan maksudkan restoran kau tu. Maksud aku, staf – staf dalam restoran tu err ok lah. Ala kau bukan tak tahu kalau bukan sebab mama yang paksa, jangan haraplah aku nak buat part time ni.”
            “ Kenapa? Ada orang buli kau ke? Siapa yang buli? Bagitahu aku.” Fahim tiba – tiba bersemangat.
            Fakhri pula segera mengeluh kecil. Dia kenal sangat dengan perangai abangnya tu. Kamcing dengan mama. Bila masa pulak aku cakap kena buli tadi? Sengajalah tu nak tukar topik. Fahim memang sedia maklum yang Fakhri terpaksa kerja part time di restorannya atas desakan mama. Alasan mama sebab nak ajar Fakhri berdikari. Sudahla bagi position sebagai pembantu chef. He is in the field of law. Law dengan chef?!! Mana boleh bersatu. Argh, perangai mama memang sukar untuk di predict! Patutlah orang gelar dia ....? Haih, nak cakap pun tak sampai hati.
            Yup, ada orang buli aku! Kenapa? Kau tak nak bagi aku datang kerja dah ke?” Fakhri tersengih.
            “ Siapa yang buli kau? Damia?” air muka Fahim serius. Entah macam mana boleh terbit nama Damia di bibirnya.
            Damia? Serta – merta insiden yang berlaku di dalam bilik mesyuarat tadi bermain semula di ruang minda. Tiba – tiba Fakhri tersengih penuh misteri. Damia, apa kata aku guna nama kau untuk bebaskan aku dari kerja part time ni? Mesti kau setuju kan? Lepas ni, kau tak payah nak tengok muka aku betul tak? Yes, inilah peluang untuk aku larikan diri!
            “ Mana kau tahu Damia yang buli aku, Fahim?” Fakhri mula berdrama king.
            “ Jadi, betullah Damia yang buli kau ni?! Dia buat apa kat kau?” Fahim naik suara sikit.
            “ Susah nak cakap, bro. Kau pun tahu kan, aku ni bukan jenis mengadu domba tak tentu pasal. Tapi dah alang – alang kau tanya ni, aku ceritalah. Macam ni kisahnya...” Fakhri sengaja mencipta elemen suspen untuk menghangatkan lagi suasana. Fahim pula dah pasang telinga selebar – lebarnya.
            “ Waktu kat dalam bilik meeting tadi sebenarnya Damia cuba nak...” Fakhri mengetap bibir.
            “ Nak apa?” Fahim tak sabar. Excited betul muka dia.
            “ Aku malu nak cakap.” Fakhri bersuara perlahan. Kepalanya ditundukkan sikit.
            “ Hisy kau ni nak malu apanya? Ceritalah cepat!” Fahim mula tak puas hati.
            “ Ala tak kan kau tak faham lagi bila perempuan nampak laki handsome macam aku ni depan mata. Tambah – tambah pulak cuma kitorang berdua aje dalam bilik meeting tu.”
            “ Habis tu dia buat apa kat kau? Dia sentuh – sentuh kau ke?” Fahim tiba – tiba tergelak kecil.
            Fakhri pandang pelik. “ Kau tak percaya ke?”
            “ Memang tak percaya pun.” Belum sempat Fahim membalas, kedengaran suara Puan Maria menyahut terlebih dahulu. Daun pintu sudah dikuak dari luar. Muncul Puan Maria sedang melangkah masuk sambil menatang dua gelas fresh orange buat kedua – dua anak teruna kesayangannya.
            Thanks, ma!” Fahim tersenyum seraya menyambut huluran gelas dari mamanya.
            Fakhri pula terus meneguk rakus air dalam gelas itu. Penat memikirkan helah yang tidak mengena sehingga terlupa hendak menyebut perkataan terima kasih.
            “ Kamu tak payahlah nak reka cerita, Fakhri. Mama tetap nak kamu kerja kat situ walau apapun yang jadi. Lagipun bukannya lama sangat. Sebulan aje kan? Tak kan 30 hari pun tak mampu nak bertahan?”
Puan Maria mula bertukar karier menjadi pensyarah sambilan. Punggungnya sudah dilabuhkan disebelah Fahim. Itu tandanya, lama lagi lah dia akan bertapa dalam bilik tu. Mungkin dalam sejam dua. Atau kalau Fakhri banyak menjawab mungkin sesi ramah mesra anak beranak itu akan berlanjutan sehingga tiga empat jam. Oh, ini boleh bikin stress!
“ Sebab 30 hari tu lah Fakhri tak nak kerja, ma. Sepatutnya lepas exam ni, mama bagi peluang Fakhri nak rehatkan minda. Bukan kerah tenaga Fakhri macam ni.” Fakhri tarik muncung. Saja tunjuk comel. Mudah – mudahan Puan Maria kesian.
“ Kamu cuti sem satu bulan setengah kan? Yang setengah bulan tu rehatlah sepuas – puasnya. Lagi banyak kamu cuti, lagi banyak kamu enjoy tau Fakhri. Umur dah 23. Degree pun dah nak habis tapi perangai tak matang – matang lagi.” Suara Puan Maria mula naik pitch. Nampaknya, dia tak kesian.
Fakhri melirikkan matanya sedikit ke wajah Fahim. Fahim tersengih mengejek. Cis, kalau aku ada kuasa halimunan serta – merta aku ghaib dari bilik ni!
“ Mama dulu waktu umur 23 tahun macam kamu ni, dah beranak pinak dah tau. Dah kahwin. Dah ada tanggungjawab.” Puan Maria menyambung lagi. Bersemangat dia bersyarah.
“ Ma, ayat macam tu mama patut guna untuk anak perempuan lah. Lagipun dah nak dekat juta kali mama cakap ayat tu kat Fakhri. Fakhri tahu lah.”
“ Ha menjawab! Suka hati mama lah nak cakap apa pun. Dah mama tak ada anak perempuan. Mama tak peduli. Fakhri kena kerja jugak kat restoran. No more excuse! Full stop!” Puan Maria bingkas keluar dari ruang itu. Hangat pulak hati dia selepas bertekak tadi.
Fakhri hanya mampu membebaskan keluhan berat. Kelibat Puan Maria dipandang sepi. Payah kalau dapat mama terror speaking ni. Mencengkam kalbu betul bahasa yang dia guna.
“ Sudahlah tu. Lebih baik kau ikut je cakap mama. Lagipun bukannya aku tak bayar gaji kat kau. Position pun aku bagi yang terbaik punya. Aku tak suruh kau jadi waiter pun.”
Fahim cuba memujuk. Sejak pemergian arwah papa mereka, Fahimlah yang sentiasa menjadi pemimpin dalam rumah itu. Lagipun, sifat matangnya persis sifat arwah Mohd Fariduddin. Fakhri pula sebaliknya. Dia lebih banyak mewarisi sifat Puan Maria. Sebab tu dia tak kamcing dengan mama. Ada aje benda yang tak kena antara mereka. Walaubagaimanapun, mamanya jugalah yang menjadi tempat dia mengadu selain Fahim Rayyan.
“ Kau tak kesiankan aku ke, bro? Kau tak percaya eh apa yang aku cerita tadi?” Fakhri mencuba nasib lagi.
“ Orang gila je yang percaya apa yang kau cerita dekat aku tadi tau. Kalau kau cakap, kau yang buat bukan – bukan kat Damia tu aku percaya lah.” Fahim tersengih.
“ Kalau macam tu, sebenarnya aku yang ada buat bukan – bukan kat Damia. So, apa lagi? Pecatlah aku. Kau kena jaga kebajikan pekerja kau, Fahim.” Fakhri cuba taktik lain pulak. Walaupun dia tahu, taktiknya tetap takkan menjadi.
Fahim sudah geleng kepala perlahan. “ Aku tahu takkan berlaku apa – apa antara lelaki yang berumur 23 tahun dengan perempuan yang berumur 25 tahun. Kalau kau nak pun kat Damia, Damia takkan nak lelaki muda macam kau.” Fahim tersengih lagi.
Fakhri terdiam kejap. Biji matanya memandang lama wajah Fahim. “ Kenapa pulak? 25 tahun dengan 23 tahun bukannya jauh beza sangat pun.”
“ Tapi masih ada beza kan? Sudahlah. Esok jangan masuk kerja lambat pulak. Syif restoran negara Malaysia mula pukul 8 pagi tau. Bukan pukul 10 setengah macam kau datang pagi tadi.” Sempat lagi Fahim berpesan sebelum berlalu meninggalkan ruang bilik itu.
Fakhri masih lagi terkebil – kebil memandang kelibat Fahim yang sudahpun hilang di balik pintu. Keluhan yang teramat berat dibebaskan buat seketika. Inilah cuti sem yang paling buruk sekali selama aku jadi student ni! Tak bermakna langsung!
***
Tepat pukul 7.30 pagi dan Damia masih lagi bertenggek di tempat tunggu bas. Jam di tangan sudah dikerling beberapa kali. Benaknya resah. Mana pulak bas ni? Bila aku cepat, dia pulak yang datang lambat. Dah la aku tak cukup tidur pasal Pink Boy tu semalam. Harap – haraplah dia tak bukak mulut pasal apa yang aku cakap kat dia semalam. Kali ni, aku kena ugut dia dengan lebih kejam lagi. Lagipun, aku kan ketua dia. Mesti dia takut dengan aku. Hahaha. Apalah sangat setakat adik taukeh tu. Small the pieces! Encik Fahim takkan ambil kisah punya pasal benda remeh – temeh ni. Tapi kalau dia dah bagitau Black Maria macam mana?! Hah!!!
            Saat itu juga, biji mata Damia tertancap ke arah sebuah teksi yang semakin menghampiri kawasan tempat tunggu bas itu. Teksi pun teksilah! Damia segera melompat ke jalan raya untuk menahan teksi tersebut. Kedengaran brek kecemasan ditekan. Siap dengan berasap hitam lagi ekzos teksi pakcik tu. Macam kat litar Sepang pulak.
            Damia tersengih lantas menerobos masuk ke dalam perut teksi. Pakcik yang memandu teksi itu tidak mampu berkata apa – apa. Dia terus menekan pedal minyaknya semula. Damia pula sudah menghela nafas lega. Fuh! Peduli apa dia dengan penumpang lain yang turut berada dalam teksi tu. Yang penting dia dapat sampai ke restoran sebelum pukul 8.
            “ Nak ke mana cik?” pakcik yang sedang memandu bersuara.
            “ Ke Restoran Seri Puteri ya pakcik?” Damia membalas sambil mengikat tocang kuda rambut lurusnya paras bahu.
             Penumpang yang berada di sebelah terus memalingkan mukanya ke arah Damia bila mendengar perkataan Restoran Seri Puteri. Damia turut memandang wajah pemuda yang turut sama menjadi penumpang teksi pakcik tu.
            “ Oh, kalau macam tu cik dan encik ni nak ke tempat yang sama lah ya?” Pakcik yang sedang memandu mengerling cermin pandang belakang.
            Damia dan pemuda di sebelahnya tercengang seketika. Damia?! Fakhri?! Masing – masing terkejut. Namun, air muka segera dikawal rapi. Cepat – cepat mereka kembali memandang ke cermin tingkap. Macam mana aku boleh tak perasan mamat ni ada dalam teksi ni?! Macam mana perempuan ni boleh ada dalam teksi ni jugak? Haih.
            Suasana agak sunyi tanpa sebarang bual bicara. Yang hanya kedengaran bunyi radio yang dipasang perlahan. Sesekali bebola mata Damia melirik ke arah Fakhri di sebelah. Fakhri masih lagi khusyuk memandang luar tingkap. Muka nampak mengantuk je. Nak tanya ke tak nak tanya eh? Hmm tanya aje lah. Aku dengan dia kan rakan sekerja. Mestilah kena beramah mesra.
            Sorry, topi awak saya tak basuh lagi. Awak ada topi spare kan?”
            Belum sempat Damia membuka mulut, Fakhri terlebih dahulu bersuara. Damia tergamam sekejap. Tak basuh lagi?! Dia nak buat pekasam ke apa topi aku tu? Sabar Damia sabar! Kawal emosi kau.
            “ Err tak apa. Aku ada topi lain. Kalau aku nak tanya sikit boleh tak?” Damia ukir senyum plastik.
            “ Tanyalah.” Fakhri masih bersahaja.
            “ Apasal kau naik teksi? Kenapa tak pergi restoran dengan Encik Fahim?”
            “ Sebab saya tak suka bangun awal.” Ringkas jawapan yang diberikan.
            “ Tak kan tak bangun solat?” Damia sudah menggeleng kepala perlahan. Ni lah anak muda sekarang. Benda wajib yang senang pun tak nak buat.
            “ Saya cuma cakap saya tak suka bangun awal tapi saya tak cakap pun saya tak bangun untuk solat kan?” bila bakal lawyer mula membahas terus membuatkan si plaintif terdiam.
            Damia berdehem sikit. Rasa bersalah pulak bila tuduh orang bukan – bukan. “ Err yang pasal semalam tu, aku mintak maaflah.” Tukar topik terus.
            “ Pasal semalam tu pasal apa?” Fakhri tersengih. Sengaja buat – buat tak ingat.
            Damia sudah merengus geram. Mamat ni memang sengaja lah tu nak kenakan aku. Tak apa. Cool Damia cool!
            “ Pasal Puan Maria dengan Encik Fahim tu lah.” Damia tunduk kepala sikit. Segan la pulak.
            “ Oh, don’t worry! Saya bukan jenis yang suka mengadu pun.” Fakhri tersengih lagi.
            Damia sudah hela nafas lega. Bagus betul budak ni. Bukan pendendam orangnya. Kalau aku ada adik perempuan, memang aku adjust dah mamat ni untuk adik aku. Ada ciri – ciri nak jadi adik ipar mithali ni!
            “ Tapi dengan satu syarat!” Fakhri tiba – tiba berwajah misteri.
            Tersentak Damia dibuatnya. Dia mula pelik. “ Apa syaratnya?”
            “ Dalam masa seminggu ni, awak kena buat Fahim pecat saya dari restoran. Boleh?”
            Membuntang biji mata Damia bila mendengar syarat yang diberikan. Belum sempat Damia membalas, pakcik teksi sudahpun menekan pedal brek kereta betul – betul di hadapan pintu masuk restoran. Fakhri membayarkan tambang teksi buat mereka berdua dan terus melangkah keluar. Damia pula terpinga – pinga mengejar pemuda itu dari belakang.
***
“ Kau ni gila ke apa? Silap – silap aku yang kena pecat nanti tahu tak?!” Damia tak mampu bersabar lagi. Pitching suara dah tinggi di ruang dapur.
            “ Itu bukan masalah saya. Kalau awak nak saya tutup mulut, awak buat macam apa yang saya cakap. As simple as that!” Fakhri masih selamba sambil membetulkan sut chef yang baru ditukarnya tadi.
            Damia sudah merengus geram. Tak guna! Berani mamat ni memeras ugut aku pulak. “ Kalau kau tak nak kerja sini, kau cakap aje lah sendiri dengan abang kau tu. Apasal nak libatkan aku pulak?” Damia masih tak puas hati.
            “ Saya dah buat macam – macam dah tapi tetap tak jalan. So, saya tak ada pilihan lain lah.” Fakhri tersengih.
            Damia menarik nafas dalam. Cuba bertenang. “ Ok ok aku akan cuba. Tapi aku tak janji tau berjaya ke tak apa yang aku buat nanti.” Suaranya sudah dikendurkan.
            Must be success or kalau Fahim tahu ada perempuan yang mengaku dia bakal tunang Fahim Rayyan ataupun lebih teruk lagi kalau Puan Maria tahu dia digelar Black...”
            Sepantas kilat Damia menerkup mulut Fakhri supaya lelaki itu tidak terlajak kata. Tak guna! Memang mamat ni nak cari nahas betullah dengan aku. Boleh pulak dia cakap kuat – kuat perkataan BM (Black Maria) tu kat sini. Ni yang buat darah aku naik ni!
            “ Korang buat apa ni?” tak semena – mena muncul suara Farah di ruang itu. Wajahnya pelik.
            Buat seketika Damia dan Fakhri tergamam. Cepat – cepat Damia melepaskan tapak tangannya dari mulut Fakhri. Fakhri mengelap bibirnya siap dengan berkumur di sinki lagi. Hisy perempuan ni suka hati dia je nak sentuh orang. Tangan tu entah bersih ke tidak. Pembawa kuman betul lah!
            “ Kau ni datang awal ke lambat sama aje kan, Damia?”
Farah mula memberi kuliah pagi itu. Ni lagi seorang manusia yang sering tak puas hati dengan Damia. Apa yang dia sakit hati sangat pun entahlah. Nak cakap sebab jawatan, sah – sah jawatan Farah lagi tinggi dari Damia. Gaji pulak usah diungkitlah. Jawatan tinggi, gaji mestilah tinggi.
            “ Apasal pulak?” seperti biasa Damia pasti akan menjawab.
            “ Sejak dari pagi tadi kau datang, apa yang kau buat?” Farah mula nak bertukar ke wajah singa.
            “ Err saya nak ready la ni. Lagipun belum pukul 9 lagi kan? Bukannya ada customer lagi pun. Restoran ni kan bukak pukul 9.” Damia cuba membela diri.
            “ Kau ni ada je modal nak menjawab kan? Cuba terus buat kerja bila aku suruh. Ini tak, asyik melawan je kau tahu. Kau ingat kau tukang masak, kau orang penting sangat ke dalam restoran ni?”
            “ Memang dia orang penting pun.”
            Fakhri yang hanya memeluk tubuh dari tadi menyaksikan adegan penyelia dan orang bawahannya itu segera menyampuk tanpa rasa segan silunya. Biji matanya tepat dihalakan ke muka Farah.
“ Cuba tanya mana – mana restoran. Staf mana yang paling penting dalam sesebuah organisasi makanan? Dah tentu chefnya, betul tak?”
Damia terus angkat muka pandang muka Fakhri. Terharu pulak dia bila dibela sedemikian. Farah pula sudah tercengang memandang pemuda itu.
“ Nak cari seorang chef adalah berlipat kali ganda susahnya dari nak cari seorang supervisor. So?” Fakhri sengaja menyindir Farah. Pedas.
Farah cepat – cepat melarikan biji matanya ke tempat lain. “ Err nak pukul 9 dah ni. Kau ready cepat, Damia!” serta – merta dia ghaib dari situ.
Damia masih lagi memandang lama wajah Fakhri yang sedang tersengih dengan penuh perasaan macho. Musykil. Kenapa mamat ni tiba – tiba buat baik dengan aku? Tadi bukan main lagi ugut – ugutan segala.
“ Kau tersengih apa lagi kat situ? Tolong aku ready bahan – bahan masak cepat!” giliran Damia pulak memberi arahan kepada Fakhri. Sengaja tunjuk kuasa.
Fakhri tersentak. Cis, perempuan ni tak terpedaya rupanya! Tak cukup gentlemankah aku tadi back – up dia? Ingatkan dapatlah bersenang – lenang sekejap.
                                                                            ***
p/s: tolong terpikat dengan hero cite ni ok? hihi semoga t'hibur dears..

10 comments:

  1. mmg tergoda pun dgn hero cite ni! hehe
    hero lg muda dr heroin ye? o_O
    jln cite yg rare tp bru bab 2 pun dah best
    continue cpt ye

    ReplyDelete
  2. best!!!!bes!!!!
    :)

    ReplyDelete
  3. beza 2 tahun
    so sweettt
    luv mia n fakhri..

    ReplyDelete
  4. marathon bca smua bab...(mcm la byk sgt bab)hehe...
    nurrul,seyes noor suka novel ni...
    mungkin terlalu awal,so noor blum jatuh cintan dgn fakhri...
    but later...fakhri must be mine...hahahaha...

    -noorwieyl a.k.a noor-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho fakhri is yours?
      takpe2 tggu chapter sterusnye..
      sy akan pastikan noor t'goda abis ngan fakhri hahaha

      Delete
  5. mana bab 3 ????
    -rumah 23-

    ReplyDelete
  6. tenkiu sume laling2 yg sudi bace n suke cite ni.. t'haru lak kite =') sobs3

    ReplyDelete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?