Followers

Monday, 31 December 2012

~ Pemegang Watak Cinta 17 ~




Pagi itu atas arahan Puan Sri Tengku Sakinah, mahu tak mahu Tengku Aakif Nawfal terpaksa keluar menemani tunangnya, Qistina keluar membeli – belah. Kalau diikutkan hatinya, dia hendak berehat sahaja di rumah pada hari cuti itu. Sebut sahaja nama shopping complex yang berdiri tegak di tengah – tengah bandaraya Kuala Lumpur itu, habis semua dikunjungi Qistina. Pavilion? Time Square? SOGO? Nama – nama  kompleks beli – belah ini memang di antara yang wajib tersenarai dalam tempat penyinggahannya. Itupun ada hati nak pergi Sunway Piramid lagi.
            Dengan muka yang penuh kebosanan, Aakif hanya memerhati Qistina memilih baju di sebuah butik pakaian wanita. Sesekali Qistina menayangkan pakaian yang dipilih itu ke tubuhnya di hadapan cermin. Lantas dia menayangkan pula pakaian itu di hadapan Aakif. Aakif hanya menganggukkan kepalanya perlahan lalu memberikan senyuman palsu. Jelas langsung tidak berminat.
            Usai melihat reaksi palsu dari tunangnya itu, Qistina segera melangkah masuk ke dalam fitting room untuk mencuba. Aakif ternganga seketika. Cis, berapa tahun lagi aku nak kena tunggu perempuan ni? Aku ingatkan dia tak nak try dah tadi. Buat penat aku senyum aje. Sempat lagi Aakif membebel sementara menunggu tunangnya yang ternyata sudah lama bertapa di dalam fitting room itu. Masuk kali ni, entah berapa kali mulutnya menguap. Beg – beg kertas yang berisi barang – barang yang diborong Qistina tadi sudah diletakkan di atas lantai.
            Lima minit kemudian, Qistina membuka pintu fitting room lalu memperagakan sehelai blouse tanpa lengan betul – betul mengikut susuk tubuhnya yang ramping. Dipusing – pusing sedikit badannya di hadapan Aakif. Biji mata Aakif yang macam nak tersembul melihat rezeki di hadapannya cepat – cepat mengalih pandangan. Mak ai, seksi betul bakal bini aku ni!
            “ Macam mana? Cantik tak I?” Qistina membetulkan sedikit blouse yang dicubanya itu.
            “ Kalau you rasa cantik, so cantik lah.” balas Aakif acuh tak acuh.
            You ni, I ajak you shopping sebab I nak tahu pendapat you. Semua baju yang I try, you asyik bagi jawapan sama aje.” Qistina sudah memasamkan wajahnya.
            “ Ish you tak malu ke orang tengok you bising – bising ni? Ok ok baju tu lawa sangat. Puas hati?”
            I tak peduli, I nak pendapat yang ikhlas.” Balas Qistina tegas. Langsung tidak berganjak dari tempatnya.
            Aakif sudah menayang muka menyampah. Lantas dia melepaskan keluhan berat. “ You ingat, I datang sini suka – suka ke nak bagi pendapat dekat setiap kedai yang you masuk? Kalau tak sebab nenda yang suruh I, you ingat I nak sangat teman you ni? Buang masa I aje tau.” Aakif sudah membidas. Puas hatinya tika itu.
            “ Buang masa you cakap? Kenapa dengan you ni Aakif? I ni tunang you. You tak boleh buat macam ni. Mesti lah you yang kena temankan I.”
            “ Oh, kalau I ni tunang you. I nak kena dengar semua cakap you lah?”
            Of course.” Balas Qistina dengan bangganya.
            “ Kalau macam tu, kita putus tunang.” Aakif membalas ringkas. Lantas dia mengatur langkah laju meninggalkan Qistina yang sedang terpinga – pinga.
            “ Aakif!!!” Qistina hanya mampu melaungkan nama jejaka tampan itu dari belakang. Namun, kelibat Aakif hilang begitu sahaja di dalam kompleks beli – belah Times Square itu. Qistina merengus geram. Sakit benar hatinya diperlakukan begitu. Tak guna kau Aakif! Berani kau tinggal aku sorang – sorang macam ni.
***
Bibir Tengku Aakif Nawfal tersenyum puas. Dia mengatur langkahnya laju meninggalkan kompleks beli – belah itu. Yes, Aku sudah bebas dari perempuan plastik tu! Dalam hatinya teramat gembira sehinggakan dia rasa hendak memberitahu semua orang yang dia sudah memutuskan tali pertunangannya. Yahoo! Freedommm!!
            Baru sahaja Aakif hendak melangkah ke arah pintu keluar kompleks beli – belah itu, tiba – tiba dengan tak semena – mena dia terlanggar seorang perempuan muda yang sedang bercakap dengan telefon bimbit. Tak pasal – pasal telefon bimbit itu jatuh ke lantai dan berkecai. Aakif terperanjat lalu tolong mengutip bateri dan telefon bimbit yang bertaburan di atas lantai lantas dia menghulurkan ke arah gadis itu.
            Sorry.” Aakif hanya berkata sepatah kepada gadis yang sedang merenung lama ke arahnya.
            “ Aakif kan? Hey kau buat apa dekat sini? Qis mana? Tadi dia call aku suruh datang dekat dia.” Aqilah atau nama manjanya, Qila seorang teman baik Qistina merangkap teman sekelas Aakif sewaktu di universiti dulu sudah menunjukkan wajah terkejut kepada lelaki itu.
            “ Err kita kenal ke?” Seperti biasa pertanyaan yang sama akan lahir dari mulut Aakif kepada orang yang tidak dikenalinya.
            “ Mesti lah kita kenal. It’s ok. Qis dah cerita dekat aku semuanya apa yang jadi. Jom, sekarang kita pergi jumpa Qis dekat dalam.” Aqilah segera menarik lengan Aakif masuk ke dalam kompleks beli – belah itu semula.
            Huish gila ke apa? Aku yang beria – ria nak chow dari Qis tadi tiba – tiba nak masuk jumpa perempuan tu balik? No way, man! Tengku Aakif Nawfal segera melepaskan lengannya dari gadis itu. Langkahnya dihentikan. Aqilah sedikit terperanjat.
            “ Buat pengetahuan kau, aku baru aje putuskan pertunangan aku dengan Qis tadi. So, aku dah bebas sekarang ni. Kalau kau nak jumpa dia, kau jumpa dia sorang – sorang. Aku chow dulu. Assalamualaikum.” Sempat lagi Aakif memberi salam sebelum kakinya melangkah pergi meninggalkan Aqilah yang jelas terperanjat besar. Dah putus tunang?!
***
Wafa mengeluarkan semua pakaian – pakaian lama arwah ibunya dari dalam sebuah bagasi yang sudah berhabuk setebal 2 inci itu. Dia menggayakan pakaian – pakaian zaman dahulu kala itu di hadapan Mardiana. Mardiana hanya tersengih memandang gelagat teman baiknya itu.
            “ Amacam kalau aku pakai baju dan seluar ni esok?” Wafa segera menyarungkan pakaian yang dipilih ke tubuhnya itu.
            Mardiana meneliti dari atas hingga bawah penampilan yang akan digayakan oleh Wafa esok hari. “ Kau serius ke Wafa nak pakai macam ni?”
            Yup, kalau dengan cara ni sahaja aku dapat hancurkan rancangan maklong aku, why not?” Wafa sudah tersengih.
            “ Bukan kau cakap kau nak buat – buat sawan ke tengah orang ramai nanti?”
            “ Tu kau yang cakap, bukan aku yang cakap ok?” Wafa menjegilkan sedikit biji matanya.
            Mardiana ketawa besar. “ Kau ni memang gila lah Wafa. Tapi kan, Khairul tu bukan dah kenal ke kau macam mana sebenarnya? Boleh ke dia percaya lakonan kau tu nanti?”
            “ Khairul memang lah dah kenal aku tapi mak bapak dia mana kenal aku lagi. Aku nak tunjuk depan mak bapak dia la ni. Mudah – mudahan mak bapak dia reject lah aku nanti. Amin. Hahaha.” Wafa menyambung tawanya lagi.
            Mardiana hanya menggelengkan kepalanya perlahan sambil tersenyum kecil. “ Wafa.. Wafa.. Kalau tak sebab projek company aku tu ada masalah, memang dah lama aku ikut kau balik kampung tau.”
            “ Tak apa Mar. Kalau kau ikut aku, aku risau aku tak jadi berlakon kang. Mana tidaknya, dengar kau gelak pun dah berkilo – kilo nanti macam mana aku nak fokus kan?” Wafa tersengih.
            “ Betul jugak kan. Kalau macam tu, esok aku tolong solekkan muka kau je lah bagi lawa ya?”
            “ Bagi lawak tau bukan bagi lawa.” Serentak mereka ketawa bersama. Puas hati Wafa apabila melihat pakaian dan prop yang akan diguna pakai esok hari sudah tersusun kemas di atas katil bagi melancarkan misinya.
***
Tengku Aakif Nawfal mematikan enjin kereta BMW seriesnya yang berwarna hitam berkilat di perkarangan banglo milik keluarganya. Dengan hati yang begitu lapang dan perasaan yang begitu tenang, dia terus menuju ke arah nendanya yang sedang menanam pokok bunga orkid di laman rumah besar itu. Lantas dia memeluk erat bahu wanita yang sudah lebih separuh abad itu.
            “ Nenda buat apa ni?” tanya Aakif mesra.
            “ Hai tak kan sampai tak boleh nampak apa yang nenda tengah buat sekarang ni?” balas Puan Sri Tengku Sakinah dengan nada sindiran.
            Aakif sudah mengesyaki sesuatu. Alamak, dia dah tahu ke aku dah putuskan pertunangan dengan Qis? Lain macam je bunyi suara nenda ni. Namun belum sempat Aakif membalas, Puan Sri Tengku Sakinah sudah meletakkan perkakas menanamnya di atas meja. Wanita itu segera bangun dari kerusi.
            “ Aakif tahu kan apa yang Aakif dah buat hari ni?”
            “ Aakif buat apa nenda?” Tengku Aakif Nawfal sudah dapat menangkap maksud Puan Sri Tengku Sakinah. Sah perempuan ni dah mengadu!
            “ Mari kita masuk dulu. Nenda ada hal nak tanya sikit.” Puan Sri Tengku Sakinah segera mengatur langkah masuk ke dalam rumah. Aakif hanya menuruti langkah wanita itu dari belakang.
            Sampai di ruang tamu, Puan Sri Tengku Sakinah duduk tempat biasanya di atas sofa. Tengku Aakif Nawfal pula mengambil tempat  berhadapan Puan Nafeesah dan Tengku Muaz yang turut berada di situ. Suasana tika itu dirasakan semakin tegang apabila semua mata tepat menghala ke arahnya. Hilang sudah rasa perasaan bebasnya tadi.
            “ Betul ke Aakif dah putuskan pertunangan dengan Qis tadi?” Puan Nafeesah memecah sunyi.
            Aakif teragak – agak untuk memberikan jawapan apabila menyedari biji mata nendanya yang tiba – tiba bertukar warna seperti memakai contact lense warna merah. Jelas menunjukkan hatinya sedang membara. Mahu tak mahu, Aakif terpaksa menganggukkan kepalanya perlahan.
            “ Betul ma.” balas Aakif perlahan.
            “ Tapi kenapa Kif?” Tengku Muaz pula menyampuk. Sengaja berpura – pura tidak puas hati dengan keputusan anaknya itu
            “ Sebab Aakif rimas dengan dia, pa. Aakif tahu Aakif tak pernah cintakan Qis selama ni.”
            “ Macam mana Aakif tahu pulak? Aakif kan tak ingat apa – apa lagi sekarang.” Puan Nafeesah menayang wajah pelik.
            “ Memang lah Aakif tak ingat apa – apa sekarang ni tapi Aakif dapat rasakan yang selama ni Aakif tak pernah sukakan Qistina pun. Sejak dari hari tu Aakif tengok dia, Aakif langsung tak berkenan dengan dia. Tiba – tiba pulak papa bagitau yang Qis tu tunang Aakif. Ok sejak dari tu Aakif try nak bergaul dengan dia as tunang but at last jadi macam ni.” jelas Aakif satu persatu.
            “ Tapi Aakif tetap tak boleh buat Qistina macam tu. Kasihan dia.” Puan Nafeesah separuh memujuk.
            “ Tak apa lah Kif. Apa sahaja keputusan kamu, kami tetap sokong.” Tengku Muaz pula menyampuk.
            No. Aakif tetap akan kahwin dengan Qistina.” Belum sempat Aakif membalas, Puan Sri Tengku Sakinah sudah membidas kata – kata dari Tengku Muaz.
            Semua mata yang berada di situ serta – merta beralih ke arah wanita itu. Kesemuanya terperanjat. Terutama sekali Tengku Aakif Nawfal. “ Apa nenda cakap ni?” Aakif mula tidak puas hati.
            “ Nenda cakap, Aakif tetap kena kahwin dengan Qis. Kamu berdua akan nikah minggu depan.” Balas Puan Sri Tengku Sakinah tegas.
            “ Aakif tak nak! Apa nak jadi pun jadi lah. Aakif tak kan kahwin dengan perempuan tu.” Tengku Aakif Nawfal mula meninggikan suaranya.
            “ Kenapa Kif? Kamu kena ingat jodoh kamu bukan kamu yang tentukan sendiri. Tapi kami yang tentukan, paham?” Puan Sri Tengku Sakinah masih tidak mahu mengalah.
            “ Nenda, jodoh Aakif Allah yang tentukan dan Aakif yakin sangat Qistina bukan dicipta untuk Aakif.” Balas Aakif lagi. Kali ini lebih rendah suaranya.
            “ Habis tu siapa yang diciptakan untuk Aakif?” perli Puan Sri Tengku Sakinah.
            “ Betul tu Kif. Aakif ada berkenan dengan perempuan lain ke?” sampuk Puan Nafeesah pula.
            Tengku Aakif Nawfal sudah menarik nafas dalam. Matanya melirik ke arah Tengku Muaz yang sudah menjongketkan bahu sambil tersengih. Alamak, aku ada suka orang lain ke? Apa aku nak jawab pulak ni? Tika itu juga, bayangan dalam otaknya berlegar – legar dengan wajah Wafa Amani. Eh, tak kan aku nak cakap aku suka minah ni kot! Namun, belum sempat Aakif membalas, Puan Sri Tengku Sakinah menyambung lagi.
            “ Perempuan mana pun yang kamu suka Aakif, nenda tak nak ambil tahu. Yang nenda tahu mulai minggu depan, Aakif kena lupakan perempuan – perempuan tu semua. Nenda tetap akan kahwinkan Aakif dengan Qistina. Muktamad!” Puan Sri Tengku Sakinah memberi arahan tegas lantas meninggalkan ruang hangat itu.
            Tengku Aakif Nawfal memandang tajam kelibat nendanya yang terkenal dengan sifat diktator di dalam rumah argam itu. Sungguh hatinya kini ingin mengadakan pemberontakkan secara besar – besaran. Tak adil langsung arahan yang diberikan oleh nenda. Tapi tak apa, aku akan cari jalan jugak. Yang pasti, aku tak kan kahwin dengan Qistina!
***
Tengah malam itu, Aakif masih belum lagi mampu memejamkan matanya untuk lena. Sekejap – sekejap tubuhnya dipusing ke kiri. Lepas tu, ke kanan pula. Akhirnya, dia menelentangkan badannya sambil matanya melihat syiling. Dalam kepala otaknya ligat memikirkan cara untuk mengelakkan dari dirinya dikahwin dengan Qistina. Sebentar kemudian, dia melepaskan keluhan berat.
            Ni kalau dekat rumah Wafa, boleh jugak aku tengok kipas berpusing. Tak lah boring sangat tengok syiling kosong macam ni. Ngomel Aakif perlahan. Tiba – tiba kedengaran bunyi nada dering panggilan dari telefon bimbitnya. Dengan perasaan yang begitu lemah, Aakif mencapai telefon bimbitnya di atas meja kecil di sebelah katil lalu dia menekan butang call.
            “ Assalamualaikum.” Aakif memberi salam kepada nombor pemanggil yang tidak dikenalinya itu.
“ Waalaikumusssalam, aku ni Mardiana.” Kedengaran suara Mardiana dari corong telefon bimbitnya. Sejak – sejak hubungannya dengan Shafiq sudah baik, panggilannya mula berubah menjadi aku – kau dengan lelaki lain. Setia lah katakan.
“ Eh, mana kau dapat nombor aku ni? Kenapa pulak call tiba – tiba malam – malam buta ni?”
 “ Waiz yang bagi nombor kau. Aku cuma nak tanya kau dah fikir masak – masak ke belum? Aku bukan apa, aku harap sangat kau boleh tolong Wafa.”
“ Aku bukan tak nak tolong, tapi berdosa tau menipu orang macam tu. Suruh aje Wafa berterus – terang yang dia tak mahu kahwin. Habis cerita.”
“ Senang kau cakap kan? Cuba kau fikir berapa banyak dah Wafa tolong kau dulu. Aku bukan nak mengungkit tapi aku tahu walaupun aku tengok muka Wafa tu macam tak ada masalah tapi hati dia sakit sangat. Dia tak setabah tu. Waiz pernah cerita kat aku, waktu mula – mula dia bawak kau balik rumah dengan darah berlumuran di dahi, dia lah orang yang paling risau. Selama aku kenal dia aku tak pernah tengok dia menangis, tapi malam itu juga dia menangis sebab kau. Walaupun doktor cakap kau hilang ingatan bukan sebab kemalangan, tapi dia tetap bagi darah dia untuk selamatkan kau. Kau fikir lah elok – elok eh. Masih ada masa tak kurang 12 jam aje lagi. Assalamualaikum.” Usai selesai memberikan ceramah bebas, Mardiana segera mematikan panggilan telefonnya. Dalam hatinya amat berdoa agar pintu hati Aakif terbuka untuk menolong Wafa.
Tengku Aakif Nawfal terkejut besar bila mendengar bait – bait ayat terakhir dari Mardiana. Matanya masih merenung skrin telefon bimbit ditangannya itu. Wafa yang derma darah untuk aku? Bermakna aku selama ni aku hidup sebab Wafa? So, darah yang mengalir dalam badan aku ni campuran darah Wafa? Kenapa aku langsung tak tahu selama ni? Bertubi – tubi soalan yang muncul di benaknya tika itu. Seperti sukar untuk mempercayai kenyataan yang baru didengarinya tadi.

Saturday, 29 December 2012

~ Pemegang Watak Cinta 16 ~



Malam itu Tengku Danial Hakimi dan Puan Diyana turut menjamu selera bersama keluarga besar mereka di dalam banglo mewah itu. Tidak ketinggalan juga Qistina dan Datin Qadijah yang telah dijemput bagi memeriahkan lagi majlis makan malam sempena kepulangan tuan muda rumah argam itu. Tengku Danial Hakimi yang duduk berhadapan dengan Tengku Aakif Nawfal dan Qistina sudah menayangkan muka meluat ke arah pasangan itu.
Qistina dari tadi tak habis – habis menyendeng dengan Aakif. Atau dengan erti kata lain, menggedik. Sejak Qistina mendapat tahu tunangnya mengalami amnesia, hatinya sudah tenang. Disangkanya Aakif sudah lupakan dirinya. Hampir kesemua lauk – pauk di dalam pinggan Aakif, Qistina yang tolong cedokkan. Tengku Aakif Nawfal pula semakin tidak senang duduk. Rimas.
Apasal lah perempuan ni duduk sebelah aku? Nasib baik lah depan nenda. Kalau tak, siap kau! Bentak Aakif dalam hatinya. Makanan di hadapannya juga langsung dirasakan tidak menyelerakan. Agaknya macam ni lah nasib aku dulu kan? Kasihan kau Aakif.
“ Aakif, kenapa tak makan makanan tu? Tak sedap ke mama masak?” Puan Nafeesah memandang pelik ke arah anak terunanya.
Aakif tersentak dari lamunannya. Serta – merta dia mengukir senyuman palsu lalu segera menyuapkan sesudu nasi dan lauk ke dalam mulutnya. Dikunyahnya perlahan – lahan. Kenapa aku rasa hati aku ni macam kosong eh? Fikirannya kembali mengimbau ketika dia  makan bersama keluarga Wafa. Walaupun di meja makan itu hanya terdiri daripada empat orang iaitu Wafa, Waiz, Mardiana dan dirinya sendiri, sudah cukup membuatkan suasana menjadi kacau – bilau. Tidak seperti sekarang.
“ Waiz, kau jangan meratah lauk boleh tak? Nanti orang lain tak kan nak makan nasi kosong.” Marah Wafa apabila melihat adiknya yang asyik meratah ayam goreng. Waiz hanya tersengih malu tapi tangannya tetap mencapai seketul ayam goreng lagi.
“ Yang awak ni kenapa tak makan ayam pulak?” Wafa menegur Aakif yang hanya menjamah nasi dan sayur kangkung tumis.
Belum sempat Aakif menjawab, Wafa sudah menyampuk. “ Awak jangan risau lah ayam ni dah tak ada lemak. Saya dah buang kulit dan lemak – lemak dia.”
“ Awak nak perli saya eh?” balas Aakif tidak puas hati memandang tepat wajah wanita itu.
“ Mana ada saya perli. Saya cuma nak bagitahu yang saya masak makanan yang dijamin halal, bersih, kurang lemak dan baik untuk kesihatan.” Jelas Wafa dengan bangganya. Sengaja hendak memanaskan hati pemuda itu.
“ Oh ya? Setahu saya, mana ada orang yang puji masakan sendiri.” Balas Aakif tersengih.
“ Awak ni kan..” belum sempat Wafa membalas, Mardiana sudah memotong untuk meredakan keadaan.
“ Sudah lah tu korang ni. Kasihan aku dengan Waiz nak makan pun tak tenteram. Kalau korang nak gaduh jugak, korang pergi gaduh dekat garaj kereta tu eh.”
Wafa Amani segera mengunci mulut. Sempat lagi dia menghadiahkan sebuah jelingan buat pemuda itu. Aakif hanya menayang muka selamba tanda dia sudah memenangi perang mulut yang baru berlangsung sebentar tadi.
Sorry, saya memang tak suka makan ayam goreng.” Aakif bersuara tiba – tiba.
Tika itu, semua mata tertancap ke arahnya. Tak makan ayam goreng? Biar betul mamat ni. Apa lah nikmat hidup di dunia jika tak suka makan ayam goreng. Pelik – pelik betul.
“ Lelaki jenis apa ni sampai ayam goreng pun tak nak makan.” Bebel Wafa perlahan. Lantas menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
Aakif sudah mengangkatkan kepalanya sedikit memandang ke arah perempuan itu. Belum sempat dia membalas, kelihatan Mardiana sudah menyiku lengan Wafa di sebelahnya. Aakif membantutkan niatnya untuk membidas kata – kata perempuan itu. Tak apa Wafa. Hari ni hari kau! Bentak hati kecil Aakif.
“ Muaz, kau dah cari ke belum doktor untuk Aakif tu?” kedengaran suara Puan Sri Tengku Sakinah memecah sunyi.
Tengku Aakif Nawfal serta – merta tersentak dari lamunannya. Huish, jauh betul aku berangan! Wafa..wafa.. ada aje yang tak kena dekat mata kau kan Wafa. Sampai aku tak suka makan ayam goreng pun jadi masalah bagi diri kau. Aakif tersengih sendiri bila mengingatkan gelagat bekas sepupunya itu.
“ Oh, pasal tu Muaz dah uruskan bonda. Em agak – agak bila kamu boleh jumpa doktor tu, Kif?” soal Tengku Muaz pula. Semua mata yang berada di situ serta – merta tertancap ke arah Aakif.
Lamunan Aakif sekali lagi mati. Dia terperanjat kecil. “ Err..doktor apa pulak pa?”
Tengku Muaz menayang wajah pelik. “ Doktor untuk rawat penyakit Aakif sekarang ni lah.”
“ Oh, err.. ok. Aakif bila – bila free aje kalau nak jumpa.” Balas Aakif sambil berpura – pura tersenyum. Dia sudah menarik nafas lega. Tu lah berangan lagi. Padan muka!
***

Usai makan malam, seperti biasa Wafa setia dengan buku latihan, kakulator dan pen merah ditangannya untuk menyemak kerja sekolah di ruang tamu. Sedang asyik dia menyemak buku latihan anak muridnya itu, tiba – tiba dia terlihat tangan seseorang meletakkan sebiji mug di atas meja. Dia membetulkan sedikit cermin matanya lalu segera mendongak. Lantas dia mengukirkan senyuman ke arah Mardiana. Ingatannya tika itu segera mengimbau sewaktu Aakif menemani dirinya untuk membuat kerja dulu.
            Thanks.” Wafa mengucapkan terima kasih lalu mencapai mug yang berisi milo panas itu lantas dihirupnya sedikit.
            “ Huish manisnya!” Wafa memberi komen. Lalu meletakkan mug itu di atas meja semula. Tak sesedap air yang Tengku bancuh. Bisik Wafa dalam hati.
            “ Kau ni aku dah tolong air buat pun tak tahu nak bersyukur.” Mardiana berpura – pura memasamkan wajahnya.
            Wafa mengukir senyuman ke arah Mardiana. “ Ye lah sedap air yang kau buat ni, Mar. Semanis tuannya.” Balas Wafa lalu menyambung kerjanya semula.
            Mardiana hanya tersengih. “ Eh, kenapa kau sibuk – sibuk semak buku malam ni? Esok kan hari Sabtu. Bukan cuti sekolah ke?” Mardiana memandang pelik.
            “ Aku saja bagi kerja siap cepat. Mana lah tahu Sabtu dan Ahad ni ada program ke tak lah aku bertanggung kerja betul tak?” balas Wafa sambil tangannya masih menekan kakulator.
            “ Kau perli aku eh Wafa?”
            “ Eh, apasal pulak aku nak perli?” Wafa sengaja menayang muka pelik.
            “ Ye lah aku tak ajak dah kau shopping minggu ni. Tapi minggu depan in shaa Allah lah.” balas Mardiana sambil ketawa besar.
            Wafa hanya tersenyum kecil melihat gelagat temannya itu. Aku dah agak dah! Dia segera menyambung kerjanya semula. Seketika kemudian, kedengaran telefon bimbitnya pula berdering meminta dijawab. Wafa mengerling sedikit nama pemanggil yang tertera di skrin telefon bimbitnya itu. Sengaja dibiarkan lama telefon bimbitnya menjerit. Dalam otaknya berkira – kira sama ada untuk menjawab atau tidak.
            “ Kenapa kau tak jawab telefon tu Wafa?” Mardiana memandang pelik.
            Mahu tak mahu Wafa mencapai telefon bimbitnya perlahan – lahan. Dia menekan butang call lalu ditekapkan telefon bimbitnya ke telinga.
            “ Assalamualaikum.” Teragak – agak Wafa memberi salam.
            “ Waalaikumussalam. Kenapa lambat sangat kau nak angkat telefon tu Wafa?” kedengaran suara maklong sudah mula menyembur.
            “ Ada apa maklong call malam – malam ni?”
            “ Em aku nak ingatkan kau ni, jangan lupa balik kampung hari Ahad ni. Pakai cantik – cantik sikit tau.”
            “ Ok.” Wafa menjawab sepatah.
            “ Kau ingat Wafa, kau balik ke tak balik ke aku tetap terima pinangan Khairul tu, faham?” Perempuan itu segera memutuskan talian telefonnya.
            Wafa melepaskan keluhan berat. Lantas dia meletakkan telefon bimbitnya kembali di atas meja. Mardiana pula dari tadi tidak melepaskan pandangan matanya terhadap Wafa. Setiap butir bicara Wafa dengan ibu saudaranya itu masuk ke dalam gegendang telinganya sebiji – biji.
            “ Kenapa Wafa? Tiba – tiba je muram ni ada masalah ke?” Mardiana pelik.
            “ Tak lama lagi aku akan kahwin, Mar.” Balas Wafa perlahan. Matanya masih merenung tulisan di dalam buku latihan anak muridnya itu. Seakan air mata jernihnya hendak menitis.
            Mardiana terlopong. Terperanjat benar dibuatnya. Mana tidaknya, angin tak ada ribut tak ada tiba – tiba sahaja mendapat berita teman baiknya itu akan kahwin tak lama lagi. Biar betul?
            “ Dengan siapa Wafa?” mata Mardiana masih terbeliak. Seolah – olah tidak mempercayai berita hangit yang baru didengarinya itu.
            “ Khairul. Anak ketua kampung aku tu.” Balas Wafa ringkas.
            “ Macam mana boleh jadi macam tu pulak? Kau memang suka dekat dia ke?”
            “ Maklong aku yang paksa aku kahwin. Dia dah bagi tempoh dekat aku sebulan kalau aku tak ada calon jugak, dia akan kahwinkan aku dengan anak ketua kampung tu.”
            “ Habis tu, kau pun setuju lah?”
            “ Gila kau aku nak setuju? Tapi apa lagi yang aku boleh buat? Dah memang aku tak ada calon pun. Hari tu aku ada mintak tolong si Tengku tu suruh dia menyamar jadi boyfriend aku tapi dia tak nak pulak.”
            “Ha bila kau mintak tolong dia Wafa?” Mardiana sekali lagi terperanjat.
            “ Waktu yang kitorang keluar makan berdua petang hari tu.”
            “ Oh, patut lah malam tu korang berdua masuk rumah muka macam nak baham orang aje.” Mardiana ketawa kecil.
            “ Mar, aku serius ni.”
            “ Ok ok habis tu kenapa kau tak mintak tolong orang lain? Kan kau ada kawan dengan doktor yang kita jumpa dekat Tesco tu kan? Kenapa tak mintak tolong dia pulak? Aku tengok muka dia boleh tahan handsome.” Mardiana tersengih.
            “ Kau ni agak – agak lah. Malu lah aku nak mintak dia tolong. Doktor tu orang asing tau tak kan aku nak bawak dia masuk campur urusan keluarga aku.”
            “ Habis tu, Tengku tu bukan orang asing ke dalam diri kau?” usik Mardiana tersengih.
            Serta – merta mulut Wafa terkunci. Lidahnya menjadi kelu. Biji matanya merenung lama wajah temannya. Tengku bukan orang asing ke dalam hidup aku? Kenapa aku tak boleh nak cakap dia orang asing eh?
            “ Err..tu sebab dia kan pernah tinggal dekat sini. So, aku rasa dia lagi rapat lah.” balas Wafa gagap sedikit. Seketika kemudian, dia menarik nafas lega.
            “ Hah aku ada satu idea! Apa kata kau...” Mardiana mula berdrama.
            Wafa memeluk erat kaki bakal ibu mertuanya itu. Juraian air mata di pipi gebunya dibiarkan merembes. “ Makcik, saya tak sangka makcik sanggup nak buat saya jadi menantu. Terima kasih banyak – banyak, makcik.”  
“ Ya, sama – sama. Tapi lepaskanlah kaki makcik ni dulu.”
            “ Makcik, makcik ni ibarat ibu kandung saya tau. Tapi apakan daya saya makcik. Uhuk..uhuk..uhuk..” Wafa terbatuk – batuk sambil tangannya menekup mulut.
            Tiba – tiba Wafa membulatkan biji matanya bila melihat cecair merah di atas tapak tangannya. “ Makcik, tengok ni makcik! Saya sebenarnya....ada luekemia. Tapi makcik jangan risau, saya janji akan sayang Khairul sehingga hujung nyawa saya.”
            Cut!!!” suara Wafa telah mematikan drama ciptaan Mardiana. Serta – merta fikiran gadis itu kembali ke dunia nyata.
            “ Apa kau ni main luekemia bagai? Buat mulut kau masin kang, tak ke naya aku nak tanggung penyakit tu. Kanser tu tahu tak?” bebel Wafa sama sekali tidak bersetuju dengan idea temannya itu.
            Mardiana mencebik. “ Ala kalau kau cakap kau sakit, mesti mak si Khairul tu tak nak bermenantukan kau betul tak? Tak pun kau buat macam ni...” Mardiana mula tersengih.
            Suasana di ruang tamu itu menjadi ribut dengan gadis yang tiba – tiba meracau tak tentu hala. Masing – masing sibuk menyelamatkan diri kecuali ibu Khairul yang masih lagi tercegat berdiri tidak mampu melangkah disebabkan kakinya yang dipeluk erat oleh Wafa.
            “ Makcik, tolong bagi saya ubat makcik. Saya sakit sangat ni.” terketar – ketar suara serta tangan Wafa memeluk kaki perempuan itu.
            “ U...ubat apa?” ibu Khairul turut sama ketar.
            “ Ubat sawan, makcik. Saya sebenarnya ada sakit sawan. Tapi makcik jangan risau, saya tetap akan sayang Khairul sehingga hujung nyawa saya makcik.”
            Kali ni, Wafa mengetuk pula kepala Mardiana dengan buku tulis muridnya itu. Mardiana tersentak. “ Sawan dengan luekemia tu tak sama ke makcik?” Wafa menjegilkan biji matanya. Geram dengan idea yang langsung tak masuk dek akal itu.
            “ La kau yang cakap tak nak penyakit kanser kan, sawan tu ok apa?” Mardiana menghambur ketawa.
            Wafa membebaskan keluhan berat seketika. “ Pasrah betul aku dapat kawan macam kau ni.”
            Ketawa Mardiana masih bersisa. “ Habis tu kau ada idea lain ke macam mana nak halang maklong kau nanti?”
            “ Aku cuba lah dulu apa yang mampu. Paling penting aku tak kan berlakon aku ada penyakit, faham?” perli Wafa.
            Mardiana hanya tersengih dengan balasan temannya itu. “ Kau jangan buat bukan –bukan sudah, Nanti bukan Khairul je tak nak pinang kau, habis dengan semua lelaki – lelaki dalam kampung tu reject kau tahu?”
            “ Bagus lah. Lepas ni, maklong aku tak sibuk – sibuk lah nak jodohkan aku dengan lelaki – lelaki dekat kampung tu lagi.” Wafa tersengih. Dalam otaknya sudah membayangkan reaksi maklongnya nanti dengan perangai tak betulnya itu. Confirm aku kena sembur dengan gas gunung berapi. Suhu panas tahap lebur gitu!
***
Tengku Aakif Nawfal ketawa sendirian di dalam biliknya apabila mendengar bual bicara dari dua orang anak dara itu. Lantas dia mematikan talian telefon bimbitnya yang dari tadi dihubungkan oleh Waiz. Wafa..Wafa.. memang patut sangat lah korang berdua kawan karib pun. Sama – sama tak betul.  Hahaha. Aakif menyambung lagi tawanya.
            Yes, settle satu kerja!” Ngomel Waiz perlahan sambil tersenyum puas. Talian telefon bimbitnya sudah dimatikan. Dia dari tadi terpaksa mengintai ke arah ruang tamu semata – mata untuk memancing pertolongan dari bekas abang sepupunya itu.

~ Pemegang Watak Cinta 15 ~




Wafa Amani memegang sebuah buku teks dan buku rujukan sambil berjalan masuk ke dalam kelas 5 sains 1. Usai membalas ucapan selamat pagi dari pelajarnya, dia segera meletakkan buku – bukunya di atas meja yang dikhaskan untuk guru. Dia memandang setiap wajah murid – murid di hadapannya itu.
            “ Ada sesiapa tak hadir hari ni?” selaku guru tingkatan bagi kelas itu, ayat itulah yang akan keluar dari bibirnya sebelum memulakan pengajarannya.
            “ Nadia, cikgu.” balas ketua tingkatan yang dilantik melalui undian ramai itu.
            “ Nadia?” Serta – merta biji matanya beralih ke arah tempat duduk Nadia. Betul lah, kerusi dan mejanya kosong. Kenapa budak ni tak hadir pulak hari ni? Tak pernah – pernah pun dia ponteng sekolah selama ni.
            Usai mencatatkan sesuatu dalam buku kedatangannya, dia mencapai buku rujukan  matematik tingkatan lima di atas mejanya. Diselak – selaknya muka surat itu seketika. Lantas dia mencapai marker pen dan bangun dari kerusinya menuju ke papan putih.
            “ Ok kerja rumah semalam, hantar ke hadapan ya. Hari ni seperti biasa cikgu akan bagi latihan sebagai penutup bab yang kita dah habiskan semalam. Lepas ni, kita akan masuk bab yang baru pulak.” Tangan Wafa ligat menulis sesuatu di atas papan putih. Pelajarnya turut menyalin apa yang ditulis oleh guru mereka itu.
            Tak sampai 15 minit, Wafa sudah duduk di kerusinya sambil memerhatikan anak muridnya membuat kerja. Tulisannya usah dipersoalkan lah. Sudah tentu hodoh. Nasib baik banyak main nombor aje. Kalau jadi cikgu BM memang fail dah ni.
            “ Cikgu, yang bawah sekali tu nombor berapa?” kedengaran suara Akmal bertanya dari tempat duduknya.
            Wafa segera menoleh ke arah papan putih. Kemudian, dia mencari semula soalan yang ditulisnya itu dalam buku rujukan yang digunakan tadi. “ Oh, tu nombor 56.” Balas Wafa tersengih. Cis, aku sendiri pun tak faham dengan tulisan aku!
            Wafa kembali memerhatikan gelagat anak muridnya menyiapkan kerja. Ada yang sedang berbincang, ada yang buat seorang diri, jangan ada yang tak buat langsung sudah. Seketika kemudian, dia mencapai kerja rumah yang telah dipungut oleh ketua tingkatan tadi. Dengan pen merah yang sudah tersedia di celah jari runcingnya, dia mencari – cari kakulator dalam beg tangannya. Tiba – tiba kedengaran bunyi telefon bimbitnya berdering. Segera dia mencapai handphonenya terlebih dahulu.
            “ Assalamualaikum.” Wafa memberi salam kepada nombor pemanggil yang tidak dikenalinya itu.
            “ Waalaikumussalam, Cikgu Wafa. Saya ni Taufiq.” Kedengaran suara garau seorang lelaki dari corong telefon bimbitnya.
            Wafa terperanjat kecil. Taufiq? “ Oh ya ada apa awak telefon saya?” Wafa mengawal suara.
            “ Em saya nak bagitahu yang adik saya tak dapat datang ke sekolah hari ni.” balas Doktor Taufiq tenang.
            “ Tak apa saya tahu dia tak datang sekolah hari ni. Tapi pastikan dia datang esok bawa surat alasan kenapa dia tak datang sekolah ya. Kalau tak, saya terpaksa anggap dia ponteng.” Jelas Wafa.
            “ Ok pasal surat tu nanti saya akan uruskan. Em lagi satu, saya nak bagitahu yang Nadia akan dipindahkan sekolah tak lama lagi.”
            Sekali lagi Wafa terperanjat. “ Eh, pindah sekolah mana awak?”
            “ Sekolah di KL. Saya akan uruskan pertukaran sekolah dia tak lama lagi.”
            “ Tapi tahun ni kan dia akan ambil SPM. Kenapa tak tunggu dulu? Alang – alang dah pun nak tukar sekolah waktu ni.”
            “ Sebabnya saya akan mula bertugas di KL tak lama lagi. Jadi, Nadia tak ada pilihan lain dia terpaksa ikut saya. Lagipun, ibu dan ayah saya dekat KL pun dah paksa kami duduk sana.” Jelas Taufiq satu persatu.
            “ Em jadi awak pun akan pindah KL lah ya?” balas Wafa perlahan.
            Yup. Kenapa? Awak sedih ya?” soal Taufiq dalam nada gurau.
            “ Eh, mana ada lah. Em kalau macam tu nanti saya tolong awak uruskan pertukaran Nadia dengan pihak pentadbiran ya?” balas Wafa lagi.
            “ Ok. Nanti kalau ada apa – apa hal awak bagitahu saya ya.”
            “ In shaa Allah. Assalamualaikum.”
            “ Waalaikumussalam.”
            Usai salamnya dijawab, Wafa segera mematikan talian telefon bimbitnya. Hatinya mula terasa kosong. Sedih? Hmm apasal semenjak dua menjak ni ramai orang nak pindah KL pulak? Dalam kepala otaknya mula mengingatkan bayangan Aakif yang sudah kembali sisi keluarganya. Mesti keluarga Tengku tu berada. Duduk KL pulak tu. Untung lah kau Tengku lahir – lahir dah boleh main Ipad. Aku ni lahir – lahir dulu tahu main congkak je tau. Itupun kena korek lubang sendiri dekat tanah.
***
Hari ni merupakan hari pertama sejak kepulangan Tengku Aakif Nawfal menjejakkan tapak kakinya ke Menara MS Land Holdings. Biji matanya memerhatikan ruang sekeliling syarikat milik keluarganya itu. Fantastic! Seluruh warga syarikat mega itu begitu terperanjat dengan kehadiran orang kedua terbesar dalam ahli lembaga pengarah yang sudah dikhabarkan hilang sejak minggu lepas. Namun, mereka hanya mampu menundukkan kepala tanda hormat dan berbicara sesama sendiri. Tidak berani untuk bertanya lebih – lebih.
            Dari jauh lagi, kelihatan Tengku Danial Hakimi hanya memerhatikan sepupunya merangkap musuhnya berjalan beriringan dengan Tengku Muaz menuju ke pejabat. Sakit hatinya bukan kepalang lagi apabila melihat anak – beranak itu kembali bersatu. Aku benci kau, Aakif! Jerit hati kecilnya. Memberontak.


            Tengku Muaz membukakan pintu bilik anak tunggalnya itu lalu melangkah masuk ke dalam. Tengku Aakif Nawfal hanya membontoti papanya dari belakang. Hampir terbeliak biji matanya tika itu apabila melihat ofisnya yang serba mewah. Tengku Muaz sudah pun duduk bersandar di sofa sambil tersengih memandang gelagat anaknya itu.
            “ Betul ke ni ofis Aakif pa?” Aakif terpegun. Betul – betul teruja.
            Yup. Kalau tak percaya, tengok lah nama Aakif dekat meja tu.” Balas Tengku Muaz tersenyum.
            Aakif segera mengalihkan kepalanya ke arah meja. Dilihatnya nama Tengku Aakif Nawfal tertera di hadapan meja itu. Lantas dia menuju ke arah kerusi kulit berwarna hitam lalu melabuhkan punggungnya perlahan. Dia bersandar megah. Sesekali kerusinya itu dipusing – pusingkan sedikit. Huish selesa gila! Rasa macam nak tidur pulak.
            Tiba – tiba matanya tertancap ke arah sebuah bingkai gambar di atas mejanya. Dia segera mencapai gambar yang mempamerkan dirinya dan seorang perempuan muda. Lama dia merenung gambar itu. Dalam otaknya ligat memikirkan sesuatu.
            “ Pa, siapa perempuan ni?” Aakif menayang muka pelik sambil menunjukkan bingkai gambar tersebut ke arah Tengku Muaz.
            Belum sempat Tengku Muaz membalas, pintu bilik itu tiba – tiba dibuka dari arah luar. Kelihatan Qistina dan Tengku Danial Hakimi segera melangkah masuk ke dalam bilik itu. Qistina tercegat berdiri di hadapan tunangnya. Matanya tidak berkedip memandang Tengku Aakif Nawfal. Aakif mula mengerutkan dahi. Lantas pandangannya dialihkan ke arah Tengku Muaz meminta jawapan.
            “ Aakif tanya lah tuan empunya diri sendiri.” Balas Tengku Muaz tersengih.
            Qistina sudah bergenang air mata memandang buah hatinya itu. Lantas dia terus memeluk tubuh sasa itu kerana terlalu gembira. Semua mata yang berada di situ serta – merta terperanjat. Termasuk Tengku Aakif Nawfal. Dia keras. Langsung tidak membalas pelukan wanita itu.
            “ Ke mana you pergi selama ni, Aakif? You tahu tak I risaukan you sangat? I tak sanggup kehilangan you Aakif.” Wajah Qistina sudah mulai comot dengan eyeliner dan maskara akibat air matanya yang mencurah – curah.
            Aakif segera meleraikan pelukan dari wanita itu. Diperhatinya gadis itu dari atas hingga bawah. Siapa pulak perempuan ni? Bini aku ke nak peluk – peluk bagai? Lantas dia mencapai kotak tisu di atas mejanya lalu dihulurkan kepada Qistina. Qistina memandang pelik jejaka di hadapannya. Air matanya sudah pun berhenti. Tangannya tetap menyambut huluran dari Aakif.
            “ Err boleh saya tahu awak ni siapa?” Aakif bersuara tiba – tiba.
            Qistina tersentak. Tengku Danial Hakimi sudah mengukir senyuman. “ Kif, kenapa dengan you ni? Tak kan you tak kenal I dah.” Jari – jemari Qistina sudah memegang lengan Aakif.
            Aakif cepat – cepat melepaskan lengannya. “ Cakap pakai mulut aje boleh tak? Tak payah lah nak pegang – pegang.” Aakif mula meninggikan suaranya sedikit. Entah mengapa dia tidak begitu menyukai wanita di hadapannya itu.
            “ Tengku Aakif Nawfal! Sampai hati you cakap dekat I macam ni. Hantu mana yang dah rasuk badan you ni ha?” Qistina mula melenting. Sakit hatinya.
            “ Kimi, kamu bawak Qis keluar dulu. Aakif biar paksu yang uruskan.” Tengku Muaz segera berbisik ke telinga Kimi untuk meredakan suasana.
Tengku Danial Hakimi hanya menganggukkan kepalanya tanda akur. Lantas dia memegang lengan Qistina dan memujuknya keluar meninggalkan ruang bilik itu. Dengan air mata yang masih berbaki, Qistina melangkah laju keluar dari bilik tunangnya.
Tengku Muaz melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berhadapan dengan Aakif. “ Kenapa Aakif cakap macam tu dekat dia? Aakif tak suka dia ke?” duga Tengku Muaz.
“ Bukan tak suka pa. Tapi cara dia tu main terkam orang. Entah siapa – siapa je perempuan tu.”
“ Kalau Aakif nak tahu, nama dia Qistina.”
            Qistina? Macam pernah je aku dengar nama ni. “ Qistina yang nenda sebut hari tu ke pa?” Soal Aakif lagi.
            Tengku Muaz hanya menganggukkan kepalanya. “ Qistina tu sebenarnya tunang Aakif.” Sambung Tengku Muaz lagi.
            Tengku Aakif Nawfal terperanjat besar. “ Tu..tunang?” Aakif gagap. Terasa berita yang baru diterimanya itu langsung tidak boleh dipercayai.
            Yup. Tak lama lagi dia akan jadi isteri Aakif.” Balas Tengku Muaz bersahaja.
            Isteri? Aduh, berita apakah yang begitu buruk untuk aku dengar ini? Rupanya hidup aku ni tak seindah yang disangka. “ Wait pa, are you kidding me?
            “ Aakif ada nampak muka papa sedang buat lawak ke sekarang?” soal Tengku Muaz pula selamba.
            Tengku Aakif Nawfal menggelengkan kepalanya perlahan. Seketika kemudian, dia melepaskan keluhan berat. “ Pa, cuba story sikit macam mana Aakif boleh bertunang dengan perempuan tu pulak?”
            “ Nenda yang nak sangat jodohkan kamu berdua. Katanya nak luaskan lagi empayar syarikat kita. Mama Qis tu pulak antara pemegang saham syarikat ni.” jelas Tengku Muaz tenang.
            “ Habis tu, Aakif setuju nak kahwin dengan Qistina?” soal Aakif tidak puas hati.
            “ Ye lah. Kalau kamu tak setuju, macam mana pulak boleh bertunang.”
            Sekali lagi Tengku Aakif Nawfal melepaskan keluhan berat. “ Aakif rasa ada hikmah apa yang berlaku semua ni pa. Aakif tak rasa yang Aakif memang sukakan Qistina.”
            “ Tak apa lah, Kif. Apa yang kamu buat pun, papa tetap sokong dari belakang. Sudah lah. Papa masuk ofis dulu ya. Kamu tengok – tengok lah fail – fail kerja yang kamu selalu handle kat sini dulu.” Balas Tengku Muaz tersenyum lantas bangun dari kerusinya dan melangkah keluar dari bilik itu.
            Tengku Aakif Nawfal hanya memandang sepi kelibat Tengku Muaz melangkah keluar. Usai pintu biliknya tertutup rapat semula, dia segera menyelak fail kerjanya di atas meja. Dalam otaknya masih terngiang – ngiang penjelasan dari papanya tadi. Nasib baik lah baru tunang. Kalau bini aku tak ke naya. Itupun kira bakal jadi bini aku jugak lah tak lama lagi. Haish serabut pulak rasanya.
            Tak lama kemudian, kedengaran bunyi pesanan ringkas dari telefon bimbitnya. Aakif segera mencapai telefon bimbitnya itu lalu dia membuka pesanan yang baru diterimanya dari Waiz. Nasib baik dia sempat menyimpan nombor telefon Waiz sebelum pulang ke rumahnya tempoh hari. Kalau tak, susah lah dia hendak berhubung dengan keluarga itu.
    -  Abang, lusa dah hari Ahad. Abang tak kasihan ke dekat Kak Wafa?
Aakif segera melihat ke arah kalendar di atas mejanya. Ahad? Lantas dia menaip sesuatu di atas skrin sentuh Samsung Galaxy S3 nya.
    -  Tak apa Waiz. Doktor Taufiq boleh tolong Kak Wafa nanti.
    -  Abang tahu tak, sejak abang tak ada Kak Wafa tu macam tak ceria aje. Pagi tadi waktu breakfast, boleh pulak dia terjerit – jerit nama abang dari dapur suruh bangun tidur.
Aakif tersenyum apabila membaca teks yang baru diterimanya itu. Tak sangka kau ingat jugak dekat aku kan Wafa. Tapi betul ke Waiz ni? Entah – entah nak pancing aku kot? Tak  apa lah sekurang – kurangnya tenang sikit hati aku ni mendengarnya. Tengku Aakif Nawfal mula mengukir senyuman.

Friday, 28 December 2012

~ Pemegang Watak Cinta 14 ~


Wafa cuba melelapkan matanya yang masih segar. Kejap – kejap dia akan mencelikkan semula biji matanya. Kemudian, dia akan menoleh ke kiri ataupun kanan. Sah, aku tak boleh tidur! Dia mengerling jam dinding di biliknya. Seketika kemudian dia melepaskan keluhan berat. Dah pukul 12 setengah malam ni. Tidur lah wahai mataku sayang.
            “ Kau tak boleh tidur ke Wafa?” Mardiana yang sedang berbaring di sebelahnya bersuara tiba – tiba.
            Wafa terperanjat kecil. Lantas dia menoleh ke arah temannya itu. “ Aku ingat kau dah tidur, Mar.”
            “ Nak tidur macam mana dengan katil yang asyik bergerak – gerak je dari tadi. Kau ada masalah ke Wafa?” Mardiana sudah mengubah posisinya memandang wajah Wafa dalam kesamaran lampu tidur bilik itu.
            “ Masalah memang tak pernah lari dari hidup kita ni Mar. Tapi entah lah mata aku ni dari tadi tak boleh nak lelap.” Balas Wafa perlahan. Matanya kembali merenung syiling bilik tidurnya.
            “ Kalau kau ada masalah, kau cerita lah dengan aku ye. Mana tahu aku boleh tolong.” Balas Mardiana lagi.
            “ Kau bukan sibuk ke semenjak dua menjak ni? Macam mana boleh ada masa nak tolong aku ni?” seloroh Wafa.
            “ Tolong dengar aje lah maksud aku. Eh, apasal dari aku balik kerja tadi aku tak nampak sepupu kau tu? Dia pergi mana?” Mardiana mula menayang wajah pelik.
            Sekali lagi Wafa melepaskan keluhan berat. “ Dia dah balik rumah dia petang tadi.” Balas Wafa pendek.
            Mardiana terkejut kecil. “ Balik rumah? Eh Wafa, sebenarnya dari hari tu aku nak tanya kau. Kenapa sepupu kau tu tumpang rumah kau eh? Dia ada kerja ke apa – apa ke kat tempat ni?”
            “ Sebenarnya dia bukan sepupu aku, Mar. Nama dia pun bukan Ali. Aku tak kenal siapa dia. Yang aku tahu, aku dah langgar dia. Lepas tu, aku bawak dia pergi hospital and akhirnya aku bawak balik rumah. Waktu tu aku buntu tak tahu nak buat apa.” Jelas Wafa satu persatu.
            Mardiana terlopong. Langsung tidak terlintas difikirannya akan terjadi insiden sebegitu rupa dalam hidup teman baiknya itu. “ Lepas tu, lepas tu Wafa?”
            “ Lepas tu, ditakdirkan lelaki tu hilang ingatan. Sebab tu aku reka dia sebagai sepupu aku dan aku jugak lah bagi nama dia Ali.” Sambung Wafa lagi.
            “ Wah, cerita kau ni memang lagi terbaik dari kisah Harry Potter yang aku dok baca berbuku – buku tu, Wafa.” Wajah Mardiana jelas kagum.
            Wafa mengerut dahi. “ Haish kau ni, apa kaitan pulak kisah aku dengan Harry Potter tu?”
            “ Habis tu, macam mana family Ali tahu yang Ali ada kat sini pulak?” soal Mardiana lagi.
            “ Aku lah yang bagitahu. Aku buat report lah apa lagi. Bernanah jugak telinga aku dengar polis dekat balai tu membebel. Tapi tak apa lah janji aku dah berterus terang.”
            “ Memang patut pun. Wafa.. wafa.. macam mana lah kau boleh sorok anak orang dalam rumah. Lelaki bukan muhrim pulak tu. Mati – mati aku ingatkan sepupu kau tau.” Mardiana menjuihkan bibir.
            “ Habis kalau sepupu tu muhrim ke?” soal Wafa pulak.
            Mardiana gagap. “ Err bukan muhrim jugak.” Dia tersengih malu.
            “ Sudah la tu. Jom tidur. Esok nak bangun pergi kerja pulak.” Wafa menarik selimut ke tubuhnya dan segera membelakangkan Mardiana.
            Mardiana menarik muka. Lantas dia menggoyang – goyangkan tubuh temannya itu. “ Wafa, aku ada benda nak tanya lagi ni.”
            Haish budak ni..Wafa segera menolehkan kepalanya melihat Mardiana dengan ekor mata. “ Apa lagi kau nak tanya?”
            “ Em apa nama sebenar Ali tu, Wafa?”
            “ Kau nak tahu buat apa nama sebenar dia?” Wafa mula pelik.
            “ Tak boleh ke aku nak tahu?” Mardiana pula pelik.
            Wafa segera memusingkan badannya ke arah Mardiana. Ditenung lama wajah yang sedang menunggu jawapan dari bibirnya itu. “ Kau nak tahu kan apa nama dia?”
            Mardiana menganggukkan kepalanya laju. Terkebil – kebil matanya memandang sepasang mata milik temannya itu. Tidak sabar – sabar menanti. Wafa mendekatkan bibirnya ke telinga Mardiana.
            “ Nama dia A. L. I.” Lantas dia memusingkan semula tubuhnya sambil ketawa besar.
            Mardiana sedikit tercengang. A. L. I. ? Ali? “ Wafa, kau ni memang sengaja kan?” Mardiana merengus geram.
            “ Selamat malam.” Ujar Wafa dengan ketawa yang masih berbaki.
***

Seperti yang dijangkakan, Tengku Aakif Nawfal begitu teruja melihat hiasan mewah dalam bilik tidurnya itu. Dari jejak kakinya masuk ke dalam rumah argam itu tadi, kelopak matanya bagaikan susah hendah berkedip disebabkan terlalu terpegun. Semua perhiasan dah confirm import punya. Seperti baru pertama kali dia melihat ruang mewah dalam rumah itu.
Tatkala itu juga dia merasakan masa seakan terhenti seketika apabila dia terpandang gambar ahli keluarga Tan Sri Tengku Mustapha tergantung megah di ruang tamu rumah mewah itu. Wajahnya yang mempamerkan senyuman tampan sedang berdiri bersebelahan ibu bapanya dalam gambar itu membuatkan dia merasakan satu aura asing yang wujud dalam dirinya. Inilah diri aku sebenar!
            Aakif menghempaskan tubuhnya di atas katil. Wah, katil daripada kayu jati ni! Kuat dan kukuh. Tidur empat lima orang pun tak roboh lagi. Bukan macam katil yang Wafa bagi aku tidur tu. Baru beralih sikit dah berbunyi. Maklum lah katil besi. Entah – entah dalam bilik dia, katil bukan main mewah lagi. Kedekut! Ngomel Aakif sendiri. Matanya merenung syiling lama. Seketika kemudian, dia mengeluh perlahan. Ni kalau dekat rumah Wafa ni, confirm aku dah dengar dah bunyi kipas yang macam nak terjatuh dari syiling tu. Setiap malam aku rasa ngeri nak tidur. Ha, kalau macam ni kan bagus. Ada air – cond, sunyi dan selesa je aku nak tidur. Bebel Aakif lagi.
            Dengan tak semena – mena, Aakif bangun lalu duduk bersila di atas katilnya. Dahinya dikerutkan sedikit. Eh, yang aku ni kenapa? Dari tadi tak habis – habis sebut nama Wafa. Entah – entah minah tu siap buat kenduri lagi bersyukur atas pemergian aku. Yang aku ni terhegeh – hegeh rindukan dia pulak. Ah, sudah! Lebih baik aku tidur cepat daripada asyik merepek bukan – bukan ni.
            Aakif segera membaringkan tubuhnya semula. Dia menarik comforter lembut menyelimuti tubuhnya. Lantas dia memejamkan matanya rapat dengan harapan dia akan lena dibuai mimpi. Tak sampai seminit, Aakif mencelikkan matanya semula. Tapi betul ke aku rindukan Wafa? Bisik hati kecilnya tiba – tiba.
***
Pagi itu, Aakif membuka almarinya untuk mencari pakaian yang memang telah menjadi hak milik mutlaknya selama ini. Biji matanya seakan – akan hendak tersembul melihat setiap persalinan yang digantung rapi di dalam almari bajunya itu. Dia segera membelek pakaian – pakaian itu untuk melihat jenama – jenama yang dimilikinya. Wah, adakah ini semua milik aku? Rasa macam susah nak percaya hidup aku semewah ni. Sempat lagi Aakif mengomel sendiri. Tiba – tiba pandangan matanya menangkap ke arah sehelai kot yang turut digantung kemas dalam almari itu. Apa yang menarik perhatiannya tika itu adalah sepucuk surat yang dimasukkan ke dalam kocek kot itu. Serta – merta dicapainya.
Usai menunaikan solat Subuh, Tengku Aakif Nawfal menuruni anak tangga menuju ke ruang dapur untuk mencari bahan makanan yang boleh diisi ke dalam perutnya yang dari tadi tak henti – henti berbunyi. Tika itu, langkahnya terhenti apabila terlihat Tengku Muaz dan Puan Nafeesah bersama dengan Puan Sri Tengku Sakinah sedang bersarapan di ruang makan.   
            “ Eh cepatnya anak mama bangun? Mari lah sarapan sekali. Mama ingatkan Aakif tidur lagi tadi. Mama tak kejutkan lah.” Tegur Puan Nafeesah apabila menyedari kelibat Aakif sedang tercegat memandang ke arah mereka. Serta – merta kepala Tengku Muaz dan Puan Sri Tengku Sakinah menoleh ke arah pemuda itu.
            Puan Sri Tengku Sakinah terpaku. Begitu juga dengan Aakif yang dari tadi merenung lama wajah yang sudah dimamah usia itu. Wajah itu seperti pernah dilihatnya. Lantas Puan Sri Tengku Sakinah segera mendapatkan cucu kesayangannya itu. Dipeluk erat cucunya itu sehinggakan air mata jernihnya mengalir ke pipi.
            “ Syukur Ya Allah, cucu aku masih selamat!”
            “ Cucu?” Aakif menayang wajah pelik.
            Puan Sri Tengku Sakinah menganggukkan kepalanya laju. “ Tak apa sayang. Papa Aakif dah cerita dah semua apa yang berlaku. Kasihan cucu nenda ni. Mari kita makan dulu ya. Mesti Aakif lapar kan?” Puan Sri Tengku Sakinah segera menarik lengan cucunya menuju ke meja makan. Aakif hanya menurut kata. Manakala Tengku Muaz dan Puan Nafeesah sudah mengukir senyuman bahagia melihat gelagat nenek dan cucunya itu.
            Puan Nafeesah menyapu sedikit coklat ke atas sekeping roti bakar lalu diletakkan ke dalam pinggan Aakif. “ Nah, makan banyak – banyak tau. Bagi cepat sihat.” Puan Nafeesah tersenyum.
            Tengku Aakif Nawfal hanya mengangguk. Biji matanya memandang lama roti bakar yang disediakan khas untuk dirinya itu . Kenapa aku rasa macam tak boleh nak telan eh benda alah depan mata aku ni? Seketika kemudian, dia menoleh ke arah papanya yang sedang menyuapkan sesudu bihun goreng ke dalam mulut.
            “ Ma, cedokkan Aakif bihun goreng tu sikit.” Pinta Aakif tiba – tiba sambil menghulurkan pinggannya.
            Semua mata yang berada di situ serta – merta tertancap ke arahnya. “ Eh, kenapa Aakif tak makan roti tu? Aakif kan suka makan roti untuk breakfast.” Puan Nafeesah pelik. Namun, dia tetap cedokkan bihun goreng buat anak terunanya itu.
            “ Aakif tahu. Tapi Aakif teringin nak makan bihun goreng pulak pagi ni.” Balas Tengku Aakif Nawfal bersahaja lalu menyambut huluran pinggan dari mamanya.
            “ Kenapa Kif? Wafa selalu masakkan kamu bihun goreng ke?” Tengku Muaz pula menyampuk. Tersengih.
            Aakif yang baru hendak menelan makanan di kerongkongnya terus tersedak. Cepat – cepat dia mencapai air Nescafe di dalam mug nya.
            “ Abang ni kan dah tersedak budak tu. Tak kan baru sehari Aakif dah rindukan masakkan Wafa kot.” Sambung Puan Nafeesah pula mengusik.
            Tengku Aakif Nawfal segera menggelengkan kepalanya laju. Mama dengan papa ni 2 x 5 aje lah. Yang aku ni pun satu, sejak bila ubah selera pulak. Entah – entah diri aku ni dah sebati dengan cara hidup kampung si Wafa tu kot.
            “ Eh kejap, apa yang kamu semua merepek ni? Wafa tu siapa?” Puan Sri Tengku Sakinah mula pelik.
            “ Wafa tu budak perempuan yang selamatkan Aakif tempoh hari lah bonda. Dia yang tumpangkan Aakif dekat rumah dia beberapa hari tu.” Terang Tengku Muaz.
            Puan Sri Tengku Sakinah menganggukkan kepalanya perlahan tanda memahami. “ Oh, kenapa tak cakap awal – awal? Bonda ingatkan siapa lah tadi. Nasib baik budak tu baik hati nak tolong. Teringin pulak bonda nak jumpa dengan dia.”
            “ Memang baik pun budaknya bonda. Semalam kami dah tengok dah. Cantik orangnya.” Sambung Puan Nafeesah pula tersenyum.
            Ah, sudah! Jangan diorang nak jodohkan aku dengan si cikgu harimau tu pulak. Aku dengan masih tak beberapa nak waras lagi ni tiba – tiba kena kahwin dengan Wafa. Wah, memang tragis betul hidup aku! Sempat lagi Aakif berangan.
            “ Tapi tak secantik Qistina kan?” balas Puan Sri Tengku Sakinah dengan senyuman yang penuh makna.
            Tengku Muaz dan Puan Nafeesah sudah berpandangan antara satu sama lain. Lantas mereka mengukir senyuman palsu sambil menganggukkan kepala perlahan. Tengku Aakif Nawfal pula sudah tersentak dari lamunannya. Qistina? Siapa Qistina? Perempuan dalam surat tu ke?