Followers

Tuesday, 29 January 2013

~ Pemegang Watak Cinta 35 ~


Aakif tekun meneliti fail cadangan pembangunan yang telah dibuat oleh Tengku Danial Hakimi di dalam ofis sementaranya itu. Setiap perkataan dibacanya dengan penuh teliti. Sesekali dahinya dikerut sedikit. Gambar – gambar cadangan serta lampiran yang turut disertakan dalam fail itu turut diamatinya lama. Sengaja dia membaca buat kali kedua isi fail yang diambilnya dari Kimi itu untuk memastikan tidak ada kesalahan yang berlaku di belakang hari.
            Tuk! Tuk! Tuk! Kedengaran bunyi ketukan pintu di luar ofis Aakif. Usai mendapat kebenaran masuk, kelihatan seorang lelaki muda yang sedang memakai topi keselamatan di kepala segera menapak ke dalam ofis. Lantas dia menghulurkan satu gulung lukisan projek kepada Aakif.
            “ Ini drawing yang Encik Aakif minta tadi.” Lelaki itu menghadiahkan senyuman kecil.
            Thanks. Nanti ada apa – apa yang saya tak faham, saya panggil awak ya.” Balas Aakif ramah kepada orang bawahannya itu.
            Lelaki itu membalas dengan senyuman dan mengangguk perlahan. Langkah kakinya mula menapak keluar dari ofis. Aakif segera membentangkan gulungan lukisan projek yang baru diterimanya itu. Fail yang sedang ditelitinya tadi sudahpun ditutup. Dia mengamati lama lakaran sebuah bangunan di atas sehelai kertas putih. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Seperti ada satu tayangan yang sedang memutar rancak di dalam kepalanya. Aku kenal bangunan ni!
            Tiba – tiba padangan mata Aakif tertancap ke arah tulisan kecil samar – samar di hujung sebelah kiri gambar bangunan yang dilukis oleh arkitek syarikat milik keluarganya itu. NAT? Apa benda ni? Aakif berfikir sejenak. Dia cuba mengingati dengan lebih dalam lagi. Namun, segalanya masih hambar begitu sahaja. Aakif semakin bingung dengan apa yang baru dilihatnya tika itu. Lantas dia mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor seseorang.
            “ Helo Kamal, tolong panggil arkitek yang datang hantar drawing dekat saya tadi!” Aakif memberi arahan kepada pembantu sementaranya itu.
            “ Ok bos!” Kedengaran suara Kamal membalas dengan penuh semangat.
***
Wafa menyapu sampah di ruang tamu rumahnya. Disebabkan hari ni hari Jumaat, dapat juga dia pulang lebih awal dari sekolah. Oleh itu, dia menggunakan masanya itu dengan mengemas rumah yang tunggang – terbalik akibat dia bercuti selama tiga hari. Sesekali dia mengerling tajam ke arah Waiz yang sedang bermaharajalela di atas sofa sambil bermain PSP. Tahap kesabarannya mula hilang.
            “ Waiz!!” Wafa mencekak pinggang dengan kedua – dua belah tangannya.
            Waiz terperanjat. PSP ditangannya hampir terjatuh ke atas lantai apabila mendengar pekikan dari naga betina yang begitu familiar di telinganya. Lantas dia berpura – pura tersengih.
            Wafa merengus geram. “ Selama akak tak ada dalam rumah ni, apa yang kau buat?”
            “ Buat apa kak? Waiz jaga rumah lah apa lagi.” Balas Waiz bersahaja.
            “ Jaga rumah tahi kucing kau! Kau tengok sampah yang akak sapu ni. Berapa tahun punya sampah ni kau tak sapu?” bebel Wafa lagi.
            “ Ala kak, baru tiga hari. Lagipun ni bukan kerja orang lelaki kak.” Balas Waiz selamba.
            Wafa sudah terjegil biji mata apabila menerima balasan sedemikian rupa dari adik tunggalnya itu. Ni tak lain tak bukan mesti ajaran sesat dari Si Tengku tu! Siap kau Waiz akak akan brainwash balik otak kau! Dia cepat – cepat menyiapkan tugas menyapu sampahnya yang tergendala tadi.
             Tak sampai beberapa minit tiba – tiba kelihatan sebuah kereta mewah berhenti betul – betul di hadapan pagar rumahnya. Wafa yang sedang menyapu sampah di laman sudah mengangkat kepala sambil menayang wajah pelik apabila melihat kereta yang langsung tidak dikenalinya itu. Pintu kereta itu dibuka lalu terpacul lah seorang perempuan cantik yang mengenakan sehelai blouse dan seluar jean ketat ditubuh langsingnya. Wafa segera mendekati wanita yang sedang melilaukan matanya melihat kawasan itu.
            “ Ya cik, nak cari siapa?” soal Wafa mesra.
            “ Tengku Aakif Nawfal tinggal di sini ke?” soal wanita itu pula dengan nada sombong.
            “ Ya, dia tinggal dekat sini. Cik ni siapa ya?” soal Wafa semakin pelik dengan situasi yang berlaku di depan pagar rumahnya tatkala itu.
            I Qistina. Bekas tunang Aakif and bakal madu you.” Balas Qistina sinis.
            Wafa tersentak. Air mukanya tiba – tiba berubah namun segera dikawal. Macam mana bekas tunang boleh jadi bakal madu? Buat lawak ke apa makcik ni? Ngomel Wafa dalam hati.
            “ Oh, I ingatkan siapa tadi! Mari lah masuk dulu.” Wafa segera menarik tangan Qistina menuju masuk ke dalam rumahnya. Qistina sudah tercengang.
            You duduk lah dulu ya. I nak buatkan air kejap.” pelawa Wafa sambil menghadiahkan senyuman palsu. Lantas dia mengatur langkah menuju ke dapur. Eleh, I you konon. Kulit pun terang – terang kulit Melayu ada hati nak ber I you dengan aku. Pirrahhhh!
            Qistina hanya memandang pelik kelibat Wafa yang hilang di muka dapur. Perempuan ni tak ada perasaan ke apa? Tak kan tak sakit hati langsung dengan aku tadi. Pandangan mata Qistina mula beralih ke arah sekelililing ruang tamu kecil itu. Macam ni punya rumah pun kau sanggup duduk Aakif? What a lowly fellas!
            Sebentar kemudian, Wafa datang sambil menatang dulang yang berisi segelas air oren. Senyuman palsunya kembali diukir. “ Jemput minum ya, Cik Qistina.” Wafa mengambil tempat di hadapan tetamu yang tidak diundangnya itu.
            Qistina hanya memandang sepi gelas air yang sudah diletakkan di atas meja itu. “ Air apa tu?”
            “ Air oren.” Balas Wafa ringkas.
            “ Oh, air yang bancuh pakai perasa oren yang murah tu eh?” Qistina menayang mimik muka jijik.
            Wafa sudah merengus geram. Sabar Wafa sabar! Berani dia hina air yang aku bancuh ni? Aku pakai Sanquick tau! Wafa hanya mampu membentak dalam hati.
            Actually, I datang ni bukan nak minum air pun. I saja nak tengok apa lebihnya you sampai Aakif tinggalkan I.”
            “ Jadi...” belum sempat Wafa membalas, Qistina menyambung lagi. Sekali lagi Wafa menahan geram.
            But I tak kisah. I ada bagitahu Aakif yang I setuju nak bermadu. And dia pun dah setuju.”
            Wafa serta – merta tersentak. “ Bermadu?”
            Yup, Aakif mungkin takut nak bagitahu you so biar I yang...” belum sempat Qistina menghabiskan ayat, Wafa pula menyampuk. Dari tadi dia asyik menunggu gilirannya untuk bercakap.
            “ Sshhh silence please! Cukup – cukup lah tu, Cik Qistina. Saya bukannya budak – budak yang senang ditipu. Sebelum saya muntah dekat sini, lebih baik cik balik lah. Jangan lupa bawak balik loghat mat salleh tu sekali ya?”
Sempat lagi Wafa menyindir. Puas hatinya. Bermadu konon! Kalau Aakif nak kahwin dengan kau, dia tak payah susah – susah nak kahwin dengan aku lah. Bebel Wafa dalam hati.
How dare you are so rude to me? You tak kenal I ni siapa lagi.” Qistina sudah bangun dari tempat duduknya.
Wafa hanya mencebik. Macam lah aku takut sangat.
You jangan ingat you akan bahagia. I tetap akan pastikan Aakif jadi suami I faham?” Qistina menyambung lagi lantas melangkah laju menuju ke keretanya.
Wafa hanya tersengih di muka pintu rumahnya sambil melihat kelibat kereta mewah itu berlalu pergi. Agaknya orang – orang kaya ni memang suka cakap English kot. Memang patut lah Aakif tak nak kahwin dengan kau pun, Qistina! Bebel Wafa perlahan. Tiba – tiba kedengaran bunyi enjin kereta suaminya pula sudah dimatikan di hadapan rumah. Cepat – cepat Wafa kembali duduk di atas sofa di ruang tamu. Pemuda itu pula segera melangkah masuk ke dalam rumah.
“ Siapa yang datang tadi?” soal Aakif ke arah Wafa yang sedang berpura – pura khusyuk menonton televisyen itu.
“ Kucing garong awak lah.” balas Wafa acuh tak acuh.
Aakif sedikit tercengang. Kucing garong? Lantas bibirnya tersengih tiba – tiba. “ So, harimau jadian vs kucing garong siapa yang menang?”
Wafa serta – merta mengerling tajam ke arah suaminya. “ Mesti lah harimau.” Balas Wafa tiba – tiba.
Aakif serta – merta meledakkan tawa. Aku dah agak dah! Tiba – tiba dia mendekati tubuh kecil yang sedang bersandar di atas sofa itu. Aakif meletakkan tapak tangannya di dahi Wafa. Dia menyentuh lembut dahi itu beberapa kali. Wafa mula mempamer wajah pelik. Jelas dia sedikit terperanjat.
“ Hmm berkesan jugak air yang saya bagi semalam.” Ujar Aakif lantas menapak masuk ke dalam biliknya.
Wafa pula masih berada di awang – awangan. Terasa bahagia disaat itu. Kehangatan tapak tangan suaminya di dahi masih lagi terasa. Lantas dia menyentuh lembut dahi itu. Ya, ini bukan mimpi Wafa!
***
Siaran televisyen yang ditayangkan malam itu langsung tidak berjaya menarik perhatian Tengku Aakif Nawfal. Walaupun biji matanya sedang khusyuk menonton siaran tv namun fikirannya sudah melayang kepada hal yang berlaku di tempat kerjanya siang tadi. Wafa yang sedang melakukan rutin hariannya untuk menyemak buku tulis sesekali mengerling hairan ke arah suaminya.
            Apahal pulak dengan mamat ni? Senyap aje dari tadi. Selalunya waktu – waktu macam ni dia dah kacau aku buat kerja dah. Ada aje benda dia nak cari gaduh dengan aku. Tak kan malam ni bateri dah habis kot. Sempat lagi Wafa mengomel dalam hati. Tiba – tiba dia terus meletakkan pen merahnya di atas meja. Belum sempat dia hendak membuka mulut, Aakif sudah bersuara terlebih dahulu.
            “ Awak ingat lagi tak lukisan bangunan yang saya pernah lukis depan awak dulu?” soal Aakif tiba – tiba.
            Wafa sedikit tercengang. Dia cuba mengingati semula perkara yang dikatakan oleh suaminya itu. Lalu kepalanya diangguk laju. “ Ingat. Kenapa?”
            “ Bagi balik lukisan tu dekat saya.” Pinta Aakif pula.
            “ Ish buruk siku betul!” bebel Wafa perlahan. Lantas dia bangun untuk mengambil lukisan yang pernah dilukis oleh suaminya itu dalam bilik.
            Tak sampai beberapa minit, Wafa menghulurkan lukisan itu kepada Aakif. Aakif menyambut perlahan huluran itu. Biji matanya tepat memandang ke arah gambar sebuah bangunan di atas kertas putih ditangan. Dia merenung lama sambil kepalanya yang sedang ligat berfikir sesuatu. Macam mana bangunan ni boleh sama dengan lakaran projek Kimi?
            “ Awak tengok apa tu?” Wafa turut menjengukkan kepalanya ke arah kertas ditangan Aakif.
            Soalan Wafa serta – merta telah mematikan lamunan Aakif sebentar tadi. Lantas dia menggulung semula lukisan ditangannya itu. “ Saya pinjam ya lukisan ni. Nanti saya bagi balik.”
            Wafa hanya mencebik. “ Tak payah lah bagi balik. Lagipun memang lukisan tu milik awak kan.”
            “ Siapa cakap lukisan ni milik saya? Tak nampak ke nama Ali dekat lukisan ni.”
            “ Ali?” Wafa sedikit tercengang.
            Yup, tak kan awak tak kenal siapa Ali.” Perli Aakif tersengih.
Wafa hanya mampu merengus geram. Ni lah masalahnya bila mamat ni mula bercakap. Kalau tak menyakitkan hati aku memang tak sah!
By the way, hari Ahad ni awak free tak?” soal Aakif lagi.
Free kot. Itupun kalau Mar tak ajak keluar. Kenapa?”
“ Mar tu tak ada kawan lain ke asyik ajak awak aje yang teman dia?”
“ Entah lah. Saya pun cuma rapat dengan dia sorang aje.” Balas Wafa bersahaja seraya menyambung kerjanya kembali.
“ Patut lah pun. Dua – dua katak bawah tempurung.” Ngomel Aakif perlahan.
Gegendang telinga Wafa yang sudah menangkap ngomelan suaminya itu mula mengeluarkan asap. Biji matanya merenung tajam raut wajah pemuda itu. Aakif hanya tersengih lantas mengangkat tangan kanan tanda sorry.
“ Em kalau awak tak ada apa – apa hal, Ahad ni ikut saya naik Bukit Larut lah.” Aakif menyambung semula.
Wafa sedikit tersentak. Bukit Larut? “ Nak buat apa pergi sana?” soal Wafa pelik.
“ Orang cakap kalau nak tengok pembangunan bandar ni boleh tengok dari atas bukit tu, betul ke?” soal Aakif pula.
“ Err sebenarnya saya pun tak pernah naik bukit tu.” Wafa tersengih.
Aakif sedikit terperanjat. “ Bila orang cakap katak bawah tempurung tahu pulak nak marah tapi tengok lah. Tempat sendiri pun tak pernah pergi.” Bebel Aakif.
“ Awak tak boleh cakap dekat saya macam tu. Lagipun saya mana ada kawan nak pergi tempat – tempat macam tu.”
“ Mar tu bukan kawan?”
“ Mana best pergi dengan Mar.” Wafa menarik sedikit muncung.
“ Habis tu, pergi dengan saya best ke?” duga Aakif tersengih.
Gulp. Wafa kematian kata. Warna merah mula menyerbu ke muka. “ Sekarang ni awak yang ajak saya pergi ke, saya yang ajak awak?” Wafa segera menyimpul kata untuk menutup malu.
“ Ok, set hari Ahad ni.” Aakif masih tersengih. Lantas dia bingkas dari tempat duduknya untuk ke bilik tidur.
Wafa sudah tersenyum bahagia apabila menyedari kelibat suaminya hilang di depan mata. Yes, tak sangka aku dapat naik Bukit Larut nanti! Tapi nak kena prepare baju sejuk ke?
***
Mardiana sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pelik! Bulat matanya apabila melihat troli yang sedang ditolak Wafa di dalam pasaraya itu sudah dipenuhi dengan barang – barang makanan. Betulkah ini Wafa Amani yang aku kenal selama ni? Tiba – tiba tangan Mardiana segera menahan tangan Wafa dari mencapai sebungkus Roti Gardenia.
            “ Tak cukup penuh lagi ke troli kau ni, Wafa? Kau nak buat kenduri eh?”
            “ Ish roti ni aku nak buat sandwich untuk esok lah.” balas Wafa seraya tangannya mencapai semula roti itu.
            “ Esok? Untuk bawak bekal naik Bukit Larut tu ke?”
            Yup.” Balas Wafa tersenyum.
            “ Cewah, sejak bila ni Wafa? Siap nak bawak bekal bagai.” Mardiana mula tersengih nakal.
            Wafa sedikit tersentak. “ Eh, kau merepek apa ni Mar? Aku cuma teman kan Aakif buat kerja dia aje dekat atas tu lah. Bukan ada apa – apa pun.”
            “ Menyelam sambil minum air la, Wafa. Kalau tak, tak kan lah semangat nak bawak bekal kan? Patut lah tak nak keluar dengan aku hari Ahad, rupanya ada date esok.” Sambung Mardiana lagi sambil ketawa kecil.
            Date apa pulak? Buat kerja lah atas tu. Lagipun mesti lah kena semangat. First time tau aku naik Bukit Larut ni.”
            “ Eleh, Bukit Larut tu bila – bila masa pun kau boleh naik Wafa.”
            Wafa sudah melepaskan keluhan berat. “ Kau dengar sini aku ulang lagi sekali eh. Aku cuma temankan Aakif jalan – jalan atas tu. Dia nak tengok corak bangunan dekat bandar ni untuk projek dia. Nak cari rezeki bukannya untuk suka – suka, Cik Mardiana.”
            “ Em tak apa lah kalau macam tu. Tapi ingat Wafa, perasaan tak boleh tipu tau.” sambung Mardiana lagi sambil menapak meninggalkan temannya yang jelas sudah tercengang.
            Perasaan? Aku ada perasaan dengan Aakif ke? No no no, tak mungkin!  Hati kecilnya mula berbicara.
***
Pagi itu usai menyiapkan diri, Wafa duduk bersandar di atas sofa sambil menunggu suaminya yang masih belum keluar dari bilik. Pandangan matanya dihalakan ke arah beg yang berisi bekal sandwich yang disediakan tadi. Bibirnya pula sejak tadi tidak lekang dengan senyuman. Gembira benar hatinya pagi itu. Eh, apasal kau nak happy sangat ni Wafa? Ingat Wafa, kau cuma teman Aakif buat kerja aje. Jangan seronok sangat. Bibir tu pun jangan asyik senyum aje. Control sikit. Sempat lagi Wafa bermonolog sendiri.
            Beberapa minit kemudian, kedengaran Aakif memulas tombol biliknya lalu menapak keluar. Air mukanya agak terperanjat apabila melihat Wafa yang sudah tersengih memandang ke arahnya.
            “ Eh, saya mimpi ke apa ni? Biasanya saya yang kena tunggu awak bersiap.” Perli Aakif sambil tersengih.
            Wafa pula segera menghadiahkan sebuah jelingan apabila menerima sindiran dari pemuda itu. “ Awak tunggu apa lagi? Jom lah.” Wafa memberi arahan.
            “ Err sebenarnya saya nak kena pergi ofis dulu ni.” Aakif bersuara tiba – tiba.
            “ Ala mana boleh lambat – lambat nanti tiket jip habis. Hari minggu pulak tu.” Wafa menarik muncung sedikit.
            “ Habis tu macam mana? Saya memang kena singgah ofis dulu nak ambil barang. Kalau tak, apa guna kita naik atas tu.”
            “ Macam ni lah, saya pergi beli tiket dulu sementara tu awak pergi ofis. Nanti awak datang lah dekat saya balik. Saya tunggu dekat kaki bukit tu ok?” Wafa segera memberi cadangan.
            Aakif berfikir sejenak. Lantas dia menganggukkan kepalanya tanda setuju. “ Saya nak kena hantar awak ke atau awak nak drive sendiri?”
            “ Mesti lah saya drive sendiri. Buang masa aje kalau awak nak hantar saya pulak kan.” balas Wafa sambil tangannya menutup daun pintu rumah.
            Usai mencapai kata persetujuan, masing – masing mula memandu kereta menuju ke haluan yang berbeza. Wafa terus menekan pedal minyak keretanya laju sedikit. Harap – harap sempat lah aku nak beli tiket tu. Bisik hati kecilnya.
***
Aakif sibuk mencari barang yang diperlukan dalam ofis. Matanya sudah dililaukan ke merata tempat. Haish time aku nak cepat ni lah barang nak hilang pun. Bebel Aakif seperti memarahi sesuatu. Tiba – tiba kedengaran telefon bimbitnya sedang rancak berdering meminta dijawab. Lantas tangannya menyeluk poket seluar untuk mengambil telefon bimbit.
            “ Helo.” Aakif terus bersuara apabila telefon bimbitnya sudah dilekapkan ke telinga. Nama pemanggil pun dia tidak sempat tengok.
            “ Helo Aakif, Mia ni.” kedengaran lemah nada suara Mia di hujung panggilan.
            Aakif serta – merta tersentak. Segera dia melihat skrin telefon bimbitnya yang sedang menayangkan nama Mia. Kemudian, dia melekapkan semula ke telinga.
            “ Ya, ada apa Mia?” soal Aakif serius.
            “ Mia dekat wad hospital ni.” balas gadis itu lemah.
            Aakif sudah membuntangkan matanya akibat terperanjat. Hospital?!!
***
Wafa tidak henti – henti memberikan senyuman manis ke arah para pelancong yang datang ke bukit itu. Rasanya kali ni dah nak masuk lima kali dia membaca tulisan di atas dua keping tiket untuk menaiki jip menuju ke puncak bukit itu. Belum campur dengan dua kali dia berulang – alik ke tandas untuk membuang air kecil lagi. Haish mamat ni pergi ofis pun macam pergi KL. Lambat gila!
            Tiba – tiba kedengaran telefon bimbitnya mendendangkan lagu. Dia melihat skrin telefon yang sedang menayangkan nama Aakif. Em nak minta maaf lah tu sebab lambat. Tiada maaf bagimu kau tahu tak? Sempat lagi Wafa membebel sebelum menjawab panggilan itu.
            “ Helo.” Wafa cuba mengawal suara.
            “ Wafa, awak dekat mana tu?” soal Aakif sedikit resah nadanya.
            “ Saya dekat rumah. Tunggu orang tu datang lambat sangat.” Wafa menyindir. Dah tahu aku ada dekat sini, lagi mahu tanya.
            Aakif menghela nafas lega. “ Bagus lah. Saya on the way pergi KL ni. Ada hal sikit. Nanti kita jumpa dekat rumah ya.” Belum sempat Wafa membalas, Aakif segera mematikan telefon.
            Wafa tercengang seketika dengan apa yang berlaku. Tiket ditangannya sudah terlepas ke tanah. Saat itu juga, air mata hangatnya perlahan – lahan mengalir ke pipi. Wafa segera menyeka cecair jernih yang sedang galak melimpah keluar dari anak mata itu. Teresak – esak dia menahan tangis seorang diri. Hatinya betul – betul terasa hiba. Apasal lah aku ni bodoh sangat?
            Tiba – tiba dia merasakan bahunya ditepuk seseorang. Lantas kepalanya menoleh ke arah gerangan yang bertandang. Taufiq?! Cepat – cepat Wafa mengelap air matanya yang masih masih membasahi pipi. Taufiq sudah menghadiahkan wajah pelik. Lantas dia mengambil tempat di hadapan Wafa.
            “ Hey kenapa awak menangis ni?”
            “ Err saya sebenarnya teringin sangat nak naik atas bukit tu tapi tiket jip pulak habis. So, sedih lah sikit.” Bohong Wafa seraya memaksa bibirnya untuk mengukir senyum.
            “ Awak tipu saya kan?” biji mata Taufiq tertancap ke arah dua keping tiket yang sedang bertaburan di atas tanah itu.
            Wafa sudah menghalakan pandangannya ke tempat lain. “ Em macam mana awak boleh ada dekat sini?” Dia cuba menukar topik.
            “ Kenapa ni Wafa? Aakif ada buat apa – apa dekat awak ke?”
            “ Ssshhh Aakif tak buat salah apa pun. Dia sikit pun tak salah dalam hal ni. Orang yang paling bersalah adalah saya.” Air mata Wafa kembali mengalir.
            “ Wafa...”
            “ Salah saya, Taufiq. Semuanya salah saya awak tahu tak. Kalau saya tak setuju kahwin dengan dia hari tu, benda ni semua tak kan jadi. Saya memang bodoh kan?”
Wafa menangis semahu – mahunya. Beberapa pasang mata yang sedang melihat adegan itu langsung tidak dihiraukannya. Taufiq pula sudah melepaskan keluhan berat. Dia merenung lama wajah mulus yang sudah dibasahi dengan air mata itu. Terang – terang kau cintakan Aakif, Wafa!
***
Seorang pelayan wanita di restoran Pizza Hut meletakkan dua pinggan spaghetti bolognaise dan dua gelas air pepsi di atas meja. Usai Taufiq mengucapkan terima kasih, pelayan itu berlalu pergi meninggalkan pemuda dan gadis itu.
            “ Betul ni awak yang belanja?” soal Taufiq sengaja ingin memastikan.
            “ Betul. Makan lah saya belanja.” Wafa tersengih.
            “ Kalau macam tu, saya rasa macam nak oder piza pulak.” Usik Taufiq.
            Oder aje apa awak nak oder. Today is my treat, ok.” Sambung Wafa lagi sambil ketawa kecil. Taufiq hanya tersenyum kecil dengan gelagat gadis di hadapannya itu.
            “ Err sebenarnya saya nak mintak tolong awak sikit ni.” Wafa memulakan bicara setelah memerhati seketika pemuda di hadapannya menjamu selera.
            “ Nak mintak tolong apa?” Taufiq segera mengangkat kepala sedikit lalu mengelap bibirnya dengan tisu.
            “ Err yang pasal pagi tadi tu awak lupakan lah boleh?” Wafa teragak – agak.
            Pandangan mata pemuda itu sudah melekat pada wajah gadis di hadapan matanya. “Awak rasa dengan belanja saya makan ni, saya boleh lupakan ke?”
            “ Kalau awak tak boleh lupa pun, awak janji dengan saya eh jangan bagitahu siapa – siapa?” nadanya sedikit merayu.
            Even dengan Aakif pun?” Taufiq mula menduga.
            Wafa sedikit tersentak. Lantas dia membebaskan keluhan berat. Kepalanya dianggukkan perlahan. “ Especially Aakif. Saya tak nak dia tahu saya menangis sebab dia.” Wafa membalas perlahan.
            Taufiq Afif mula merenung lama wajah lembut yang sudah melemparkan pandangan ke luar restoran yang hanya menggunakan dinding kaca itu. Jelas menampakkan orang yang tidak putus lalu – lalang di situ.
            “ Cuba awak berterus – terang dengan saya. Sebenarnya awak kahwin dengan Aakif bukan sebab cinta kan?”
            Wafa segera mengalihkan pandangan ke arah pemuda itu. “ Kalau awak dah tahu pasal tu jugak, awak tolong lah simpan rahsia ni sekali ya. Saya ada sebab sendiri yang memang kena kahwin dengan dia.”
            “ Dan dengan sebab awak tu lah yang membuatkan awak rasa bersalah jatuh cinta dengan dia kan?”
            Biji mata Wafa sudah dibuntangkan. “ Awak jangan cakap sembarangan, Taufiq. Awak ni doktor apa sebenarnya? Psikologi ke? Awak tak tahu perasaan saya, jangan nak main tuduh aje.” Wafa menempelak tiba – tiba.
            “ Tak semestinya doktor psikologi aje yang boleh baca perasaan orang, Cik Wafa. Awak dah jatuh hati dengan Aakif kan?” Taufiq sengaja menduga lagi.
             Wafa sudah merengus geram. “ Saya masih waras lah nak jatuh hati dengan orang yang suka mungkir janji macam tu. Perangai entah apa – apa aje.”
            Taufiq hanya tersengih mendengar bebelan dari bibir mungil itu. Kau dah terlambat, Taufiq! Cinta Wafa sudah dimiliki. Hati kecil lelaki itu mula berbisik halus.
            “ Em macam mana awak boleh muncul tiba – tiba dekat sini tadi? Bukan awak dah pindah KL ke?” Wafa menyambung lagi setelah menyedari suasana sunyi di antara mereka.
            “ Memang saya dah pindah sana tapi hati saya masih di sini.” Balas Taufiq selamba.
            Wafa segera mengunci mulutnya untuk tidak mengeluarkan kata – kata. Biji matanya pula merenung lama wajah lelaki di hadapannya itu. Apa maksud hati dia masih di sini?
                                                                                                         *****
Mesti korang pelik kan siapa Mia ni? Jawapannye mestilah ade dlm bab sblum ni..sje nk buat korang t’tanya2..nmpk x kekejaman sy di situ? Hehe apa2 pun layan aje tau..btw, officially PWC sy dah selamat hntr ke pnerbitan kaki novel..doakan yg tbaik ye lalingku semua =)

Friday, 25 January 2013

~ Cinta Utara Selatan 30 ~

Pagi Isnin itu, selesai bersarapan Irfan dan Hanna mula bertolak ke negeri Pulau Pinang pada pukul 9 pagi. Seperti biasa Irfan akan memandu kereta dan Hanna hanya duduk di sebelah tempat pemandu. Irfan mula menekan punat on radio di dalam keretanya itu. Dia sengaja memilih channel THR F.M. yang sedang mendendangkan lagu Tamil.
            Hanna mengerling tajam ke arah suaminya. “ Awak faham ke lagu yang awak dengar ni?”
            “ Kalau aku tak paham kenapa?” balas Irfan bersahaja.
            “ Kalau tak paham, tukar lah siaran lain. Kat Malaysia ni kan ada banyak radio melayu.” Kata Hanna geram dengan perangai suaminya itu.
            “ Malas lah nak dengar radio melayu. Asyik – asyik lagu Aliff Asyraf je diorang main. Macam tak ada lagu lain nak pasang. Lagipun kau yang nak ikut aku pergi Penang kan, so kau kena follow lah apa yang aku rasa nak buat.” Sengaja Irfan menyakitkan hati Hanna.
            Berubah air muka Hanna bila mendengar nama bekas kekasihnya itu.“ Eh, tolong sikit. Saya tak nak ikut pun tau. Mama yang paksa. Awak pun dengar kan mama cakap apa depan awak. Suka – suki je nak fitnah orang.” Hanna merengus geram lalu kembali memandang ke hadapan.
            “ Ala sikit – sikit nak touching. Cool la babe. Boboy mintak maaf ok?” Balas Irfan sambil tersengih.
            Pecah ketawa Hanna bila mendengar jawapan dari mulut Irfan. Boleh la pulak mamat ni buat lawak. Dah besar bapak gajah pun nak main boboy – gegirl lagi. Hahaha.
Hampir pukul 7 malam, Irfan dan Hanna sampai di kawasan hotel yang terletak di Batu Feringgi, Pulau Pinang. Perlahan – lahan Irfan mengejutkan Hanna yang tertidur sepanjang perjalanan mereka ke sana. Namun, Hanna masih lagi tidak mahu mencelikkan matanya. Berkali – kali Irfan menampar perlahan pipi isterinya.
            “ Hanna, bangun lah. Dah sampai dah ni. Kau nak tidur dalam kereta ke malam ni?” kata Irfan separuh berbisik. Perempuan ni kalau dapat tidur memang tak ingat dunia dah.
            Hanna masih lagi memejamkan matanya tidak mahu bangun. Lalu Irfan keluar dari kereta dan menuju ke arah tempat duduk Hanna. Dia membuka pintu kereta sebelah Hanna lantas mengangkat isterinya itu keluar dari kereta.
            Kelam – kabut Hanna tersedar dan terperanjat bila mendapati dia seolah – olah berada di udara. “ Eh, awak buat apa ni? Letak saya kat bawah la. Saya ada kaki sendiri.” Bebel Hanna.
            “ Ha tahu pun nak bangun. Aku baru ingat nak angkat kau letak atas kaunter reception kat hotel ni tadi. Nasib baik kau dah sedar.” Balas Irfan sambil tangannya masih lagi mendukung Hanna.
            Merah padam muka Hanna menahan malu bila tubuhnya didukung Irfan. “ Ish awak turunkanlah saya cepat. Tak malu ke orang tengok awak buat drama Hindustan pulak dekat parking lot ni?”
            Irfan menoleh ke kiri dan kanan lalu melihat beberapa pasang mata pelancong asing yang sedang melihat aksi mereka. Serta – merta dia meletakkan Hanna semula di atas jalan lalu tersengih melihat pelancong – pelancong itu.
            She’s my wife.” Kata Irfan sambil tersengih macam kerang busuk kepada mereka lalu menarik lengan Hanna masuk ke dalam hotel.
            “ Tahu pun malu. Lagi satu, siapa bagi kebenaran awak angkat saya eh? Pandai – pandai je sentuh orang.” Bebel Hanna ketika berjalan menuju ke dalam hotel.
            “ Dah tu kau nak tidur dalam kereta ke? Aku tak lah sekejam tu ok.” Balas Irfan.
            Hanna menjuihkan bibirnya apabila mendengar kata Irfan. Eleh, gentleman la konon!
            Sampai di reception counter, Irfan terus mengambil kunci bilik dari receptionist. Hanna hanya menunggu di sebelah Irfan sementara Irfan mengambil kunci. Dia melihat kebanyakkan staf yang menundukkan kepala apabila berselisih dengan Irfan. Wah, bertuah betul jadi orang kaya ni! Pergi mana pun semua orang hormat.
            Selesai mengambil kunci bilik, Irfan terus berlalu naik ke atas menaiki lif. Hanna pula hanya mengekori suaminya dari belakang. Sampai di muka pintu bilik, tiba – tiba Hanna menadah tangannya meminta sesuatu dari Irfan. Irfan pula sudah memandang pelik ke arah isterinya.
            “ Mana kunci bilik saya?” tanya Hanna.
            “ Kunci bilik? Kau tidur satu bilik dengan aku lah malam ni.” Balas Irfan bersahaja sambil memulas tombol pintu lalu masuk ke dalam bilik.
            Hanna mengekori Irfan masuk ke dalam bilik. “ Ni kan hotel family awak, tak kan nak bagi satu bilik untuk saya pun kedekut kot?”
            “ Sebab ni hotel family aku lah, aku tak nak membazir paham?” Balas Irfan.
            “ Eh, saya mampu bayar lah. Ala berapa lah sangat sewa bilik hotel macam ni.” Kata Hanna dengan angkuhnya lalu keluar menuju ke reception counter. Dalam hati, risau jugak kalau – kalau sewa bilik tu terlalu mahal. Ah, aku ambik lah yang standard punya. Yang penting tak kongsi bilik dengan mamat poyo tu.
            “ Tumpang tanya, sini ada bilik kosong lagi tak cik?” tanya Hanna kepada receptionist di hotel itu.
            “ Cik nak bilik jenis apa?” tanya perempuan muda yang berusia dalam lingkungan 23 tahun itu.
            “ Saya nak yang biasa aje. Standard punya ok lah.” Balas Hanna.
            “ Tunggu sebentar ye cik. Saya check dulu.” Kata staf itu sambil tangannya ligat menekan kekunci komputer. Hanna pula hanya mengangguk dan menunggu sebentar seperti yang diminta oleh staf itu.
            “ Maaf cik. Bilik semuanya fully book lah. Yang ada pun cuma tinggal bilik jenis deluxe superior king. Cik nak?”
            “ Oh, berapa sewa bilik yang ada tu?” tanya Hanna.
            “ Em satu malam RM950 sewa. Macam mana cik?”
            Hanna menelan air liur apabila mendengar harga sewa yang terlalu mahal buat dirinya. Sempat juga dia mengeluarkan beg duit dalam tas tangannya. Dia mengira duit kertas yang berada dalam beg duitnya itu. Alamak, mana cukup duit! Ni dah macam sewa rumah dah ni. Sewa rumah pun kira untung lah dapat jugak duduk sebulan. Ni untuk satu malam je sewa sampai nak dekat seribu. Cekik darah betul.
            “ Em tak apa lah nanti saya fikir dulu ye.” Ujar Hanna sambil berlalu pergi. Dia duduk di sofa yang terletak di ruang lobi hotel tu. Dalam otaknya ligat memikirkan sesuatu. Ish, aku nak tidur mana malam ni? Tak kan nak tidur kat sofa ni pulak. Buat malu je nanti. Silap – silap aku kena halau dengan security pulak.
            Hanna kemudiannya menaiki lif dan menuju ke bilik Irfan. Dia mengetuk – ngetuk pintu bilik suaminya itu. Beberapa minit kemudian, Irfan membuka pintu bilik dan memandang kelibat Hanna yang berada di hadapan matanya sekarang.
            “ Maaf cik, saya tak layan direct selling ni.” Selamba Irfan berkata lalu ingin menutup kembali pintu biliknya.
            Cepat – cepat Hanna menolak pintu bilik itu dari di tutup lantas dia terus melangkah masuk dengan muka selambanya. Dia membuka tudung di kepalanya dan meletakkan tas tangannya di atas meja. Kemudian, dia terus melompat di atas katil yang empuk itu lalu berbaring memandang suaminya yang sedang terkebil – kebil.
            Direct selling awak cakap? Malam ni saya nak tidur atas katil. Pandai – pandai lah awak cari tempat tidur sendiri ye.” Sengaja Hanna mengulang ayat yang sama pada malam pertama mereka.
            Irfan juga tidak mahu mengalah lalu dia berbaring di sebelah Hanna. Tangannya sengaja memeluk pinggang Hanna rapat – rapat. Terperanjat Hanna dibuatnya namun dia juga masih lagi tidak mahu mengalah. Hanna juga memeluk pinggang suaminya itu hingga membuatkan mereka begitu rapat. Hanya beberapa inci sahaja lagi wajah mereka bertemu. Irfan terkejut dengan tindakan Hanna lalu dia merapatkan lagi tubuh mereka.
Saat itu, mereka masing – masing bertentang mata seketika. Hanna memerhati lama seraut wajah suaminya yang tidak ada cacat cela. Irfan pula terpegun melihat kecantikan Hanna dari jarak yang begitu dekat. Ya Allah, cantiknya mata dia. Irfan merenung setiap inci wajah Hanna. Dari mata, dia melihat hidung dan akhirnya bibir Hanna yang merah. Nafsu lelakinya mula memainkan peranan. Dia membelai rambut Hanna perlahan – lahan dan mula mengucup ubun – ubun Hanna.
 Belum sempat Irfan mengucup ubun – ubun Hanna, Hanna terus bingkas dari katil. Irfan terkebil – kebil memandang isterinya. “ Awak nak buat apa ni ha?” Hanna meninggikan suaranya kepada Irfan.
            Irfan bangun lalu duduk di birai katil memandang isterinya yang berada di depan mata. “ Aku nak buat apa pulak? Kau yang peluk aku tadi siapa suruh. Aku cuma jalankan tanggungjawab aku je lah.” Irfan tersengih memandang Hanna.
            “ Tanggungjawab? Awak bangun sekarang. Katil ni saya punya. Bangun lah cepat!” Kata Hanna sambil menarik keras tangan Irfan supaya bangun dari katil itu.
            Irfan bangun lalu mengambil sebiji bantal dan selimut lalu menuju ke sofa. “ Aku pun tak ada selera lah nak tidur dengan kau. Dah la badan berat. Tak pasal – pasal aku kena hempap dengan kau nanti.” Kata Irfan sambil berbaring di atas sofa lalu memejamkan matanya. Huish, nyaris – nyaris betul aku tadi. Ni perempuan ni punya pasal lah, siapa suruh goda aku. Aku ni dah la pantang digoda. Nak pulak yang memang halal ni. Boleh pulak main – main macam tu. Nasib baik tak jadi apa – apa tadi.
            Hanna hanya memandang kelibat suaminya yang berbaring di atas sofa itu. Lega hatinya bila Irfan mahu mengalah. Lantas dia mencapai tuala dan baju tidurnya masuk ke dalam bilik air untuk menyucikan diri. Eleh, tak ada selera konon. Wait, berat sangat ke badan aku ni? Aku tengok ok je shape badan aku ni. Ramping gitu. Buta kot buaya ni. Desis Hanna sambil menayangkan badannya di cermin dalam bilik air.
            Usai menyucikan diri dan menunaikan kewajipan kepada Allah S.W.T, Hanna berbaring di atas katilnya sambil menonton televisyen. Sekali – sekala dia mengerling ke arah suaminya yang sedang nyenyak tidur di atas sofa. Awalnya mamat ni tidur. Penat agaknya drive tadi. Kesian la pulak kat mamat ni. Patutnya dia yang tidur atas katil. Dah la hotel ni pun bapak dia yang punya.
            Tiba – tiba perut Hanna berkeroncong minta diisikan. Alamak, lapar lah pulak! Tadi Irfan ajak makan kat R&R, aku tak nak. Sekarang ni dapat lah habuan aku. Mana lah aku nak cari kedai makan malam – malam buta ni. Irfan pun dah tidur. Kesian pulak nak kejutkan dia. Ah, pandai – pandai lah aku cari. Rezeki Allah ada di mana – mana.
            Lantas Hanna menyarungkan seluar track dan memakai sweater untuk menutup lengannya yang terdedah. Dia hanya menutup kepalanya dengan tudung Arini kegemarannya yang berwarna hitam. Bila nak pakai tudung Arini mudah je. Tak ambik masa yang lama. Terus sarung je kat kepala. Lalu dia memulas tombol pintu dan keluar mencari tempat makan  di dalam kawasan hotel.
            Tika itu, dia terlihat satu restoran di dalam hotel yang masih lagi beroperasi. Restoran itu diberi nama Panorama de’ Restaurant. Wah, nama pun dah grand ni. Aku try makan kat sini lah. Hanna terus memasuki premis itu lalu mengambil tempat duduk di tepi dinding kaca bagi memudahkan dia melihat orang yang lalu lalang di dalam hotel itu. Suasana restoran yang bercirikan ala – ala Inggeris itu sungguh unik dan cantik. Hanna meneliti setiap seni reka bentuk dan bahan binaan yang digunakan untuk membina kafe secantik itu. Awesome! Rasa macam aku kat Itali la pulak sekarang ni. Haha sekali – sekali jadi orang kaya apa salahnya.
            Beberapa minit kemudian, datang seorang pelayan berbangsa melayu untuk mengambil pesanan Hanna. “ May I take your order please?
            Oh, sure. May I know what is the best of the best menu in this restaurant?” Hanna juga berbahasa Inggeris.
            You may try a salmon steak, miss. It is very popular in our restaurant.” Pelayan itu memberi senyuman kepada Hanna.
            Ok. Give me one salmon steak and fresh orange please.” Balas Hanna sambil tersenyum.
            Pelayan itu mengangguk perlahan dan berlalu pergi. Sementara menunggu hidangan sampai, Hanna memandang sekeliling di luar restoran. Kelihatan ramai pelancong asing yang datang menginap di hotel keluarga suaminya itu. Ada trip ke diorang ni? Dah macam rombongan Cik Kiah la pulak aku tengok mat salleh ni semua. Makin murah la rezeki kau Irfan.
            Sedang dia termenung melihat kelibat orang yang lalu – lalang, tiba – tiba fikirannya melayang kepada peristiwa Irfan memeluknya di atas katil. Dia mengingati semula wajah Irfan yang dipandangnya dari dekat. Entah mengapa dia berasa begitu selamat bila berada di dalam dakapan suaminya itu. Dadanya mula berombak kencang bila Irfan merenung sepasang matanya. Jatuh cinta kah aku?
                                                                                    *****
Chapter ni last post utk CUS tau..ye sy pon sedih sebenarnye..irfan ngan hanna baru je nak mula bcinta kan? disebabkan CUS akan keluar versi cetak, jd sy tpaksa bhenti sampai sini aje.. sy minta maaf sangat2 dan terima kasih banyak2 untuk awak2 sume yg follow cite ni.. hari2 sy t’haru tau tengok pageview yg sentiasa naik..wlupun sy tahu mostly awak2 sume adalah silent readers, tenkiu alot ye laling! Sob3..=’) *lap air mata jap..wuwu

          Sesungguhnya, tak ada apa yg lebih mgembirakan sy bila karya sy diterima dengan seiklas hati wlupun sy akui bnyk kekurangan sy dlm bidang penulisan ni. Sy budak baru belajar dan sy harap sgt awak2 sume sentiasa sokong sy utk terus bkarya tanpa sempadan tau..=)
          p/s : sneak peek PWC akan diupdate lagi scepat mgkin! Special 4 u’olls my dear!

Wednesday, 23 January 2013

~ Cinta Utara Selatan 29 ~


Hujung minggu itu, seperti yang dijanjikan Hanna dan Irfan pulang ke banglo Datuk Iskandar dan Datin Haliza. Pulang dari kerja pada petang Jumaat itu, Irfan terus memandu kereta ke rumah mama dan papa nya. Hanna pula hanya menuruti suaminya lagipun hari tu dia sendiri yang pandai – pandai berjanji nak balik rumah mama setiap weekend. Pagi – pagi Jumaat lagi, Datin Haliza sudah call untuk menyuruh anak dan menantunya itu pulang ke kediamannya selepas waktu bekerja.
            Tepat pukul 8 malam, Irfan dan Hanna sampai di perkarangan banglo. Kelihatan Datin Haliza dan Datuk Iskandar sudah menunggu di ruang tamu mereka yang tersergam indah itu. Usai bersalaman, Irfan dan Hanna naik ke bilik untuk mensucikan diri dan menunaikan kewajipan masing – masing.
            Sampai di bilik, Hanna terus mengambil baju tidurnya di dalam almari dan mencapai tuala untuk menuju ke bilik air. Tiba – tiba Irfan cepat – cepat memintas langkah Hanna.
            “ Hey, saya dah cop dulu lah nak mandi!” bentak Hanna.
            Do I care?” balas Irfan sinis sambil menutup pintu bilik air. Belum sempat Irfan hendak mengunci pintu bilik air, Hanna terus membuka dan menolak pintu bilik air. Kaki kanannya sudah melangkah masuk.
            “ Awak nak keluar ke tak? Kalau tak saya masuk ni.” ugut Hanna.
            Terperanjat Irfan dengan telatah agresif Hanna. Wah, beraninya perempuan ni ugut aku pulak! Lantas Irfan terus menarik isterinya masuk ke dalam bilik air lalu dia mengunci pintu. Dia mula mendekati Hanna yang semakin resah. Hanna kaget! Menyesalnya aku melawan dia tadi. Ya Allah, selamatkanlah hamba Mu ni!
            “ Kalau aku tak nak keluar, kau boleh buat apa? Kalau kau pun dah sudi, jom lah kita mandi sekali ye sayang?” Irfan tersenyum gatal melihat wajah Hanna.
            Hanna terus melarikan dirinya keluar dari bilik air itu. Tercungap – cungap nafasnya macam pelari pecut 100 meter. Tak guna punya buaya. Aku nak kenakan dia, aku balik yang terkena. Hanna mengurut – ngurut dadanya yang dilanda keresahan yang melampau tadi.
            “ Hanna sayang, mari lah mandi dengan abang ni.” panggil Irfan pura – pura manja. Pecah ketawanya bila melihat wajah Hanna yang cuak gila tu. Nak kenakan aku konon. Piirahhh... Irfan kembali menutup pintu bilik air dan menguncinya dari dalam.
            Ish, meluat lah aku! Mahu muntah hijau aku dengar kau panggil sayang. Pecah kaca pecah gelas, ada hari aku mesti balas. Tunggu lah kau nanti.
            Usai Irfan dan Hanna menunaikan solat jemaah bersama – sama, mereka berjalan beriringan turun ke ruang tamu untuk menonton televisyen bersama – sama Datuk Iskandar dan Datin Haliza. Irfan dan Hanna mengambil tempat berhadapan dengan Datin Haliza.
            “ Kamu berdua ni dah makan ke belum?” tanya Datin Haliza sebaik sahaja Irfan dan Hanna duduk.
            “ Dah makan dah ma. Time on the way nak datang sini.” Balas Irfan bersahaja.
            “ Oh, mama ingat belum makan lagi tadi. Ana macam mana dengan kerja baru? Irfan ada buli Ana lagi tak?” tanya Datin Haliza kepada menantunya itu.
            Hanna menoleh ke arah Irfan sebaik sahaja mendengar mendengar pertanyaan dari mulut ibu mertuanya itu. Irfan pula hanya tersengih kambing memandang ke arah Hanna. ‘Memang Irfan buli Ana pun ma. Selalu dia panggil Ana masuk bilik dia semata – mata nak mintak buatkan air. Nama je ada setiausaha sendiri. Sampai Ana nak buat kerja pun tak tenteram.’ Haish, rasa macam aku nak cakap je macam tu kat mama. Namun, semuanya hanya terluah dalam hati Hanna.
            “ Eh, mana ada ma. Abang Irfan layan Ana baik je kat ofis. Dia selalu tolong Ana, ajar benda – benda yang Ana tak tahu.” Bohong Hanna sambil matanya melirik kepada Irfan.
            “ Cara mama tanya tu macam lah Irfan ni jahat sangat. Mama sendiri dengar kan Ana cakap Irfan layan dia baik je.” Irfan pula tersengih memandang isterinya.
            “ Mama cuma nak pastikan banana don’t fruit two time.” Balas Datin Haliza bersahaja dengan mengajuk dialog dalam filem Adnan Sempit. Irfan dan Hanna ketawa kecil melihat gelagat Datin Haliza.
            “ Kamu dah cari engineer baru ke Irfan?” Datuk Iskandar tiba – tiba menyampuk.
            “ A’ah pa. Engineer tu kawan Irfan jugak. Ala Sazali nama dia. Papa kenal kan?” tanya Irfan.
            “ Oh, tak apa lah. Papa tak kisah pun siapa yang penting orang tu tahu nak buat kerja.”
            “ Pasal tu papa jangan risau lah. Irfan kenal kawan Irfan tu macam mana. Dia ada engineering firm sendiri tapi sementara Irfan pangku jawatan GM ni, Irfan suruh lah dia take over sekejap.” Balas Irfan panjang lebar.
            “ Bagus lah kalau macam tu. Ni papa ada hal sikit nak mintak tolong Irfan ni.” Datuk Iskandar berkata sambil matanya memandang kepada Irfan.
            “ Hal apa pa?” tanya Irfan pelik.
            “ Em papa dapat complain management kat branch Penang tu ada problem. So, papa nak Irfan pergi tengok lah kalau boleh.” Balas Datuk Iskandar.
            “ Apa yang berlaku kat sana pa?”
            Branch Penang kan baru bukak je. So, management dengan admin masih tak stabil lah. Sebab tu papa nak mintak tolong Irfan pergi sana tengok.”
            “ Kalau macam tu tak apa lah pa. Hari Isnin ni jugak Irfan pergi sana ye.” Balas Irfan.
            Datin Haliza dan Hanna dari tadi hanya mendengar perbualan anak beranak itu. “ Eh, kalau Irfan pergi Penang, tak kan Ana duduk sorang – sorang kat rumah diorang bang. Tak ada orang lain ke boleh pergi sana selain Irfan?” tanya Datin Haliza tidak puas hati.
            “ Abang tak cakap pun suruh Irfan pergi sana sorang – sorang. Irfan mesti lah kena bawak Ana sekali. Ana kan isteri dia sekarang.” Balas Datuk Iskandar. Datin Haliza mengukir senyuman apabila mendengar kata suaminya itu.
            “ Kalau macam tu baru saya sokong. Nanti Ana ikut Irfan ye pergi Penang. Alang – alang boleh lah kamu berdua honeymoon terus kan.” kata Datin Haliza sambil mengukir senyuman kepada menantunya.
            Hanna hanya mengangguk dan pura – pura memberikan senyuman kepada Datin Haliza. Haish, baru je aku nak rasa merdeka dari mamat ni.
            “ Ala Irfan pergi Penang sorang tak boleh ke ma? Bukan lama pun kan. Lagipun nanti siapa nak ganti tempat Ana kat ofis tu.” bantah Irfan tiba – tiba.
            “ Ala top management kan banyak dekat ofis tu. Biar lah diorang handle dulu sebelum Irfan dengan Hanna balik nanti. Lagipun Irfan, tempat isteri mesti dekat dengan suaminya tau. Irfan tak risau ke nak tinggal Hanna sorang – sorang kat rumah nanti?” soal Datin Haliza kepada anaknya.
            Hanna hanya mendengar perbualan ibu dan anak itu. Sedikit pun wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi. Ah, kalau kau tak nak bawak aku lagi bagus! Aku pun tak ingin nak ikut kau la.
            Irfan pula hanya terdiam mendengar kata mamanya itu. Sekali – sekala dia mengerling Hanna yang berada di sisinya. Betul jugak cakap mama tu. Kalau aku tak bawak Hanna nanti mesti si Jali tu jual minyak dekat ofis. Silap hari bulan minah ni pun boleh sangkut dekat dia. Lagi naya aku. Kalau macam tu, aku angkut je lah minah ni sekali. Ada jugak teman aku kat sana nanti.
                                                                                      ***
ya sy tahu bab ni pendek sikit..hihi sorry tau..nantikan bab Irfan ngan Hanna honeymoon nanti ye =)