Fahim
merenung lama wajah Puteri di hadapan matanya. Keluhan berat dibebaskan buat
seketika. Gadis yang bergelar bakal tunang Fahim Rayyan itu masih lagi membisu
seribu kata. Sedikitpun perasaan bersalah tidak memberi kesan dalam benaknya. Fresh orange di dalam gelas Fahim hirup
rakus. Dahaga benar rasa tekaknya sekarang.
“
Awak dah fikir masak – masak ke apa yang awak cuba buat ni?” sekali lagi Fahim
cuba membaca riak wajah perempuan yang paling dia cinta itu.
“
Saya dah fikir sedalam – dalamnya awak. Saya harap awak boleh faham keadaan
saya sekarang.” Puteri menundukkan muka sedikit. Kendur nadanya.
“
Tapi kenapa sekarang, Puteri? Awak tahukan tinggal beberapa hari aje lagi
majlis pertunangan kita akan berlangsung?” Fahim mula tak puas hati.
“
Saya tahu semua tu tapi saya terpaksa awak. Saya tak ada pilihan lain. Awak
cintakan saya kan? Mesti awak boleh tunggu saya betul tak?” Puteri menyentuh
lembut tangan Fahim.
“
Awak tahu saya cintakan awak sangat tapi awak cintakan saya ke, Puteri? Awak
memang pentingkan diri awak sendiri kan? Awak tak pernah fikir tentang perasaan
orang lain. Perasaan mama saya nanti macam mana?”
“
Saya minta maaf awak. Kalau awak nak cakap saya penting diri ke apa ke, saya
terima. Tapi saya tahu dalam hati awak, awak sayangkan saya sangat – sangat
kan? Saya yakin awak akan tunggu saya, Fahim.”
“
Sorry, Puteri. Cukuplah dengan masa
yang buat saya tunggu awak selama ni dan saya takut cinta saya pudar mengikut
aliran masa yang awak sendiri cipta. Kalau itulah keputusan awak, saya redha. Semoga
berbahagia walau di manapun awak berada, Puteri. Assalamualaikum.”
Fahim
terus mengangkat punggung dan berlalu meninggalkan ruang itu. Hatinya pilu
bagai disiat – siat dengan kejamnya. Gadis yang dia terlalu cinta itu sudah
berjuta kali melukakan hatinya. Sehinggakan hatinya tak mampu lagi menyimpan
parut baru. Dia pasrah sekiranya ini adalah petanda Puteri bukan wanita yang
tercipta dari tulang rusuk kirinya.
***
Suasana
agak sepi dalam Restoran Seri Puteri pagi itu. Fahim Rayyan tidak kelihatan di
dalam ofisnya. Malah, Damia sendiri masih tidak kunjung tiba ke tempat
kerjanya. Fakhri sudah melilaukan bebola matanya buat kesekian kalinya untuk
mencari kelibat Damia di ruang dapur. Rasanya hampir kesemua ruang dan sudut
dalam restoran itu sudah diterjah Fakhri semata – mata hendak mencari chef
wanita yang bernama Damia itu.
Namun,
usahanya menghampakan. Sejak dari pagi tadi, kelibat Damia tidak kelihatan di
restoran milik Fahim Rayyan itu. Pelik. Nak cakap hari ni shif Damia mula pukul
1 petang tapi jadual dia tulis shif mula pukul 8 pagi. Entah – entah minah ni
ponteng kerja tak?
“ Kak Farah!!!” Fakhri segera
memanggil Farah yang baru saja hendak menapak ke ruang makan pelanggan.
Farah memalingkan muka lambat –
lambat. Sejak peristiwa Fakhri membidas kata – katanya di hadapan Damia tempoh
hari, Farah seboleh – bolehnya hendak melarikan diri bila setiap kali
bertembung dengan Fakhri. Bukannya dia takut tapi dia tak nak buat masalah
depan Fakhri. Dia kena jaga imejnya sebagai penyelia terbaik di hadapan Fahim.
Manalah tahu kalau – kalau Fakhri ada cakap yang bukan – bukan di hadapan
Fahim. Tak pasal – pasal jatuh reputasinya sebagai pekerja ‘cemerlang’.
“ Damia mana? Dari tadi saya tak
nampak dia pun.” Fakhri terus menyoal tanpa membuang masa.
Damia? Farah sudah tayang muka
meluat. Budak ni tak habis – habis dengan Damia dia tu.
“ Entah. Cuti kot.” Balas Farah acuh
tak acuh dan terus berlalu pergi meninggalkan Fakhri yang terkulat – kulat
sendirian.
Cuti? Fakhri semakin pelik. Hari ni off day Damia ke?
***
Jam
ditangan dikerling pantas. Mak cakap temu janji ni pukul 3 petang tapi rasanya
macam aku terawal setengah jam la pulak. Ah, lantaklah! Harap – harap Kamal bin
Liman tak suka aku. Tolonglah jangan suka aku, Kamal! Walaupun kau sebenarnya handsome tahap Brad Pitt ataupun genius
tahap adik Adiputra tu, but please
jangan suka aku ya? Sebabnya, hati aku ni dah ada orang yang curi cuma aku tak
tahu bila orang tu nak kembalikan hati aku ni balik. Ewah – ewah Damia, sejak
bila kau pandai bermadah ni?
Sampai
saja di hadapan pintu masuk Restoran Seri Puteri, Damia mengeluh sekejap.
Kenapalah restoran ni yang menjadi pilihan? Macam tak ada restoran lain dalam
Malaysia ni. Dalam pada dia dok membebel sendirian, sempat juga dia membetulkan
hair pin berbentuk riben yang tersemat
di rambut tepinya.
Sengaja
dia mengenakan hair pin berwarna
merah jambu atas desakan Puan Rozita. Katanya sebagai tanda pengecaman buat
Kamal bin Liman nanti. Damia terpaksa akur dengan arahan yang diberikan. Ada
juga sekelumit perasaannya ingin memberontak tapi bila mengenangkan bulu ayam
yang melayang ke lengannya tempoh hari, serta – merta dia membatalkan niat
untuk membantah sekali lagi. Sadis sungguh!
Damia meneruskan langkah yang
terhenti tadi dengan menapak masuk ke dalam restoran yang memang sudah menjadi
rumah keduanya itu. Langkah yang disusun dengan berhati – hati itu kononnya
sangat cool padahal dalam hati dah
berbakul – bakul perasaan gusar. Dup dap dup dap! Aiseyman, handsome sangat ke mamat blind date aku ni sampai berdebar –
debar mengalahkan orang nak nikah ni?
Langkah tetap diteruskan tanpa
perasaan putus asa. Biji mata Damia sibuk mengintai ke arah ruang makan
pelanggan yang terdapat beberapa pasangan sedang menjamu selera. Nampaknya,
kelibat seorang lelaki yang sedang menunggu seseorang masih lagi tidak
kelihatan. Sah, memang Damia yang datang terlebih awal. It’s ok. Disebabkan Kamal bin Liman anak kawan mak, aku sanggup
tunggu. Kalau kau lambat lebih dari setengah jam, serius aku blah!
Tanpa membuang masa gadis itu meluru
ke ruang makan berhampiran dengan dinding kaca yang menampakkan orang lalu –
lalang di luar. Lebih afdhal cari tempat yang terbuka macam ni. Duduk kat
tempat yang ceruk – ceruk kang susah pulak aku nak mintak tolong kalau dia cuba
buat jahat kat aku nanti. Maklumlah taekwondo black belt siot!
“ Eh, Kak Damia buat apa kat sini?
Bukan akak ambil cuti ke hari ni?” teguran secara tiba – tiba dari salah
seorang pelayan restoran itu, Umi Farhana atau nama saintifiknya Lala. Macam
tak ada kaitan kan? Uh, whatever!
Macam mana budak Lala ni boleh perasan aku pulak ni? Tapi siapa je yang tak
perasan kan? Dah memang aku kerja sini. Argh, ni semua Kamal bin Liman punya
pasal! Why this restaurant! Why!!!
“ Akak jumpa kawan kejap. Sebab tu
akak ada kat sini.” Damia buat – buat sengih.
“ Kawan lelaki ke?” giliran Lala
pulak sengih.
Damia tidak membalas. Gulp! Eh budak
ni, banyak tanya pulak dia! “ Kerja Lala dah siap ke belum? Kak Farah datang check nanti baru tau.”
“ Ok, ok!” ghaib terus Lala dari
situ.
Damia
maintain sengih. Rasanya semua staf
dalam restoran tu tak boleh dengar nama Kak Farah. Termasuk Damia sendiri.
Berpuaka betul nama tu. Damia kembali melilaukan biji mata di luar dinding kaca
mencari kelibat lelaki yang masih dinantinya. Jam ditangan sudah dikerling.
Masih ada masa tak kurang 15 minit lagi. Bagus jugak kalau mamat ni lambat
sebenarnya. Boleh aku buat alasan depan mak nanti. Kih kih kih. Harap –
haraplah Kamal tak tepati janji. Amin..
Tak
sampai lima minit pun, doa Damia jelas tak termakbul. Angan – angannya hanya
tinggal angan – angan Mat Jenin.
“
Assalamualaikum. Ni Cik Nurul Damia binti Ariffin ke?”
Damia
angkat muka sikit. Dia tengok lelaki yang berani menegurnya itu atas bawah.
Amboi, pakai kemeja lengan pendek bunga – bunga siap masuk dalam seluar lagi!
Tu ok lagi tapi yang bow tie kat
kolar baju dia tu kenapa? Rambut tak payah ceritalah. Sure belah tengah! Argh!!! Memang penampilan cikgu macam ni or dia sorang je macam ni? Stress!
“
Kamal bin Liman?” Damia kerut dahi. Please,
tolonglah cakap kau bukan Kamal bin Liman walaupun kau sebenarnya Kamal bin
Liman!
“
Ya, saya. Anak Makcik Ayu yang kawan baik dengan mak awak tu. Boleh saya
duduk?” Kamal masih senyum.
Belum
sempat Damia memberi izin, Kamal terlebih dahulu melabuhkan punggung. Cis, baik
tak payah tanya aku kalau macam tu!
“
Dah lama awak sampai?” Kamal memulakan sesi perkenalan.
“
Boleh tahan lama lah jugak.” Balas Damia ada tidak. Malas tunjuk mesra. Nanti
mamat ni perasan, dia jugak yang susah! Misinya untuk membuatkan lelaki nerd di hadapannya angkat kaki cepat
dari situ akan dia pastikan tercapai. Chaiyok!
“
Oh, saya minta maaf! Tadi ada aktiviti kokurikulum kat sekolah. Saya guru
penasihat Kelab Taekwondo. Saya sebenarnya tak nak jadi guru penasihat ni tapi
disebabkan saya pegang black belt so,
saya tak ada pilihan. Bla...bla...bla....” Kamal meneruskan bebelan tanpa kenal
erti penat.
Black belt
lagi? Dah dua hari aku asyik dengar mak tasbih perkataan black belt kat rumah. And
now, again!! Urgh! Damia sudah menguap beberapa kali. Kadang – kadang dia
sengaja buat – buat menguap pun ada. Oh no,
aku dah tak tahan lagi dengan mamat ni! Nak dekat setengah jam dia boleh
bercerita pasal taekwondo? Kau memang boleh kamcing dengan mak aku lah, Kamal.
Haih. Kalau aku ada adik perempuan ni, memang awal – awal lagi aku suruh adik
aku ganti tempat aku. Tak boleh jadi ni! Aku kena buat sesuatu.
“
Sorry, saya ke ladies kejap ya?”
Damia
bingkas dari kerusi. Lesap terus aksi sopan – santun tadi. Kamal sudah
tercengang memandang. Sedih lah tu tak dapat nak continue cerita dia tadi. Padan muka! Aku akan buat kau blah dari
sini sekarang jugak. Kalau tak percaya, tengoklah nanti!
Agak
– agak dah dekat 30 minit, Damia mengintai sikit ke arah tempat duduk Kamal
dari arah dapur. Kelihatan pemuda itu masih tak putus asa menunggu. Damia
mengeluh berat. Oh man, apasal mamat
ni tak gerak lagi dari situ? Aku dah naik bosan ni main game handphone kat dapur. Nasib baiklah ni tempat kerja aku.
Boleh jugaklah lepak – lepak kat belakang ni. Kalau tak, mana lagi aku nak
menyorok? Toilet? No way, man! Mahu
kena demam kepialu aku nanti.
“
Awak tengok apa tu?” teguran dari suara garau yang betul – betul hampir di
telinga Damia membuatkan gadis itu tersentak. Serta – merta Damia menegakkan
tubuh.
Fakhri?
Damia kawal air muka supaya tak nampak terkejut sangat.
“
Err aku.. err..” Damia garu kepala sikit. Nak menipu apa ni hah?
Fakhri
senyum sinis tiba – tiba. Kedua – dua belah tangannya sudah memeluk tubuh. “
Tengok blind date ke?”
Oh, crap!
Kantoi lagi dengan mamat ni. Tak guna betul! Sah dari tadi dia dok usya aku.
Damia sempat menghadiahkan sebuah jelingan buat anak buahnya itu. Malas nak
membalas. Dia sambung intai Kamal dari jauh. Nampaknya, Kamal sudah mula
mengerling jam tangannya beberapa kali. Kepalanya juga sibuk ditoleh ke kiri
dan kanan. Mencari kelibat Damia gamaknya.
Yes!
Damia bersorak dalam hati. Tersenyum puas. Mesti mamat ni dah bosan tunggu aku.
Tolonglah blah cepat! Tiba – tiba Kamal mengangkat punggung dari kerusi. Inilah
masa yang dinanti – nantikan oleh Damia. Hahaha akhirnya mamat skema tu kenal
pun erti fed – up. Eh wait, apasal langkah kaki dia macam
menuju ke dapur je ni? Cis, mesti mak dah bagitahu aku chef kat restoran ni!
Apa lagi, sembunyikan diri cepat!
Belum
sempat Damia memasang langkah, Fakhri segera merentap erat lengan gadis itu.
Damia sedikit terkejut. Dia cuba melepaskan genggaman erat dari jemari pemuda
itu tapi gagal.
“
Lepaslah! Kau buat apa ni?” Damia tetap tak putus asa.
“
Kenapa awak nak lari? Blind date awak
tengah cari awak tu.” Fakhri masih selamba tersengih.
Damia
sudah merengus geram. Alamak mamat ni, nak menolong pun tak bertempat! “ Kau
jangan sibuklah.” Damia tinggikan suara sikit. Biji matanya sudah dihalakan ke
arah Kamal yang semakin menghampiri ruang dapur. Damn it.
Tak
semena – mena, Fakhri terus menarik kuat lengan Damia. Langkah Damia terdorong
ke belakang. Tubuhnya disandarkan ke dinding. Damia kaget. Mana tidaknya, wajah
Fakhri betul – betul di hadapan matanya kini. Hanya berjarak beberapa inci
saja. Lengan gadis itu masih lagi tak dilepaskan.
Fakhri
senyum tampan buat gadis cantik itu. Dia cuba merapatkan lagi tubuhnya. Damia
semakin gentar. Mamat ni dah kenapa? Walaupun dia tahu, umur Fakhri lebih muda
darinya tapi kebarangkalian untuk lelaki itu melakukan sesuatu yang buruk
terhadap dirinya amatlah tinggi.
Damia
pejam mata rapat. Takut nak tengok apa yang berlaku. Please somebody tolong aku! Ada mamat gila dah hilang pedoman ni.
“
Cuba bertahan kalau awak nak selamat.” Fakhri tiba – tiba berbisik lembut di
telinga Damia.
Damia
tersentak. Dia buka mata perlahan. Terkejut beruk dibuatnya bila wajah Fakhri
yang sikit lagi boleh melekap ke wajahnya. Kurang asam punya budak!
“
Cik Damia!” suara garau yang agak jambu tiba – tiba kedengaran di ruang itu.
Fakhri
dan Damia serta – merta memalingkan muka ke arah pemilik suara tersebut. Wajah
jambu Kamal dah menyinga. Damia mula kecut perut. Fakhri masih selamba seraya
melepaskan lengan gadis itu. Tubuhnya dijarakkan sedikit.
“
Kenapa awak buat saya macam ni? Kalau awak dah ada kekasih, awak tak sepatutnya
setuju nak bertemu janji dengan saya.” Suara Kamal serak. Biar betul mamat ni?
Tak kan nak menangis kat sini pulak?
Kekasih?
Damia tercengang kejap. Dia pandang wajah Fakhri tanpa kedip. Fakhri masih
dengan senyum tampannya. Bajet handsome!
“
Saya minta maaf. Saya kena pergi dulu. Awak dah banyak buang masa saya kat
sini.” Dengan berbekalkan perasaan kecewa yang berbuku di dada, Kamal terus
berlalu meninggalkan dua orang manusia di ruang itu.
Sekali
lagi Damia tersentak. Banyak buang masa dia? Ewah – ewah mamat jambu ni, tak
padan dengan skema tu. Masa aku yang banyak terbuang tau sebab kau. Sebab kau
jugak aku terpaksa ambil cuti hari ni dan sebab kau jugak Fakhri... Hah!!!
Fakhri?
Turun
naik, turun naik nafas Nurul Damia tengok wajah Fakhri yang sedari tadi maintain sengih. Sengaja ingin
menyakitkan hati. Damia pulak muka dah macam nak telan orang.
“
Kau sedar tak apa yang kau buat tadi?”
“
Sedar. Saya cuma tolong awak. Bukan ke awak nak selamatkan diri dari Mr. Blind
awak tu? So, why not saya tolong awak
larikan diri dia buat selama – lamanya.” Fakhri masih tunjuk muka tak bersalah.
Damia
terdiam kejap. Ada relevan jugak
jawapan mamat ni sebenarnya. Argh, tapi cara dia tolong aku tu yang tak puas
hati tu!
“
Tak ada cara lain ke kalau ya pun nak tunjuk mesra?” Damia jegil biji mata
sikit.
“
Ada cara lain lagi ke nak tunjuk mesra? Contohnya?” Fakhri main tarik tali.
Bibirnya automatik tersengih nakal.
Gulp!
Damia terkunci bibir. Cis, mamat ni main kotor! Pusing ayat aku.
“
Kau tak ada kerja ke ni? Setahu aku, ni bukan waktu rehat.” Sengaja Damia tukar
topik sebelum topik tunjuk mesra tadi dibahaskan dengan lebih mendalam lagi.
“
Dah awak tak ada, so saya pun tak ada
kerja lah.” bersahaja jawapan yang diberikan.
“
Siapa cakap macam tu?”
“
Fahim Rayyan a.k.a bakal tunang awak tu.”
Fakhri
sengih galak. Damia makin sakit hati. Budak ni boleh main perli – perli pulak.
Kalau betul – betul mulut kau masin nanti, baru kau tahu langit tu tinggi ke
rendah.
“
Sudahlah. Malas aku layan kau ni.” gadis itu segera menapak meninggalkan Fakhri
seorang diri.
“
Lagi empat hari, Damia!” sempat lagi Fakhri melaung ke arah Damia. Damia pula
sengaja menekup kedua – dua belah telinganya pura – pura tak dengar. Langkah
kakinya dilajukan meninggalkan perkarangan restoran.
*****
Leg
note: sorry bebanyak tau atas kelewatan m’update novel ni.. masa amat mencemburui
sy sbenornye..cewah! Hahaha. Nah, 2 bab gedebuk sekali sy bagi.. Hehe semoga terhibur
semua! =)