“
Qis selesa ke dengan family akak kat
sini?”
Soalan yang tiba – tiba muncul dari
arah belakang membuatkan Balqis terbantut seketika untuk mencedok nasi goreng
sotong itu ke dalam pinggan. Bebola
matanya segera memandang wajah Damia di sebelah.
“ Oh, Kak Damia! Hmm ok aje. Qis
selesa dengan semua orang kak. Lagipun family
akak semuanya ramah – tamah tau. Qis tak pernah rasa sunyi pun kat sini.”
Balas Balqis bersungguh – sungguh lantas mencedok kembali nasi gorengnya ke
dalam pinggan.
“ Baguslah macam tu. Risau juga akak
kalau – kalau Qis tak suka dengan layanan keluarga akak ni.” Damia senyum kecil
seraya mencapai sebiji pinggan untuk mengambil juadah yang sudah terhidang itu.
“ Eh, mana ada tak suka kak! Qis
suka sangat keluarga macam ni. Teringin nak rasa ada sanak – saudara yang ramai
macam ni buat gathering. Meriah.
Macam suasana hari raya kan kak?”
Damia hanya tersengih sejenak. “
Meriah tu meriah jugak. Tapi kadang – kadang bingit kepala dengan macam – macam
ragam saudara – mara ni, Qis.”
“ Biasalah tu kak. Yang penting ukhuwah
persaudaraan tu masih kukuh betul tak? Hmm Qis pergi makan kat sana dulu ya
kak? Lapar.” Balqis sengih sambil menggosok sedikit perutnya yang sudah
berkumandang lagu joget lambak tu.
“ Eh, kejap Qis! Nasi goreng yang
Qis ambil ni nasi goreng apa ya? Ada campur seafood
tak?” tanya Damia tiba – tiba.
“ Ada rasanya. Tadi makngah cakap ni
nasi goreng sotong. Kenapa kak?” Balqis sedikit pelik.
“ Oh, akak nak ambilkan makanan
untuk Fakhri. Takut pula terambil makanan yang ada seafood untuk dia.”
Balqis serta – merta tersentak.
Semakin pelik benaknya. “ Kalau ada seafood
pun, kenapa kak? Abang Fakhri tak makan seafood
ke?”
“ Ha’ah. Dia alergik dengan seafood. Qis tak tahu ke?” Giliran Damia
pula menjadi hairan. Kata kawan rapat dari kecil tapi takkan Balqis tak tahu
pasal ni.
Abang Fakhri alergik seafood?! Kenapa aku tak pernah tahu pun
selama ni? Habis tu yang selama ni aku bagi makanan yang aku masak ada udang, sotong bagai... Siapa yang makan?
Kenapa dia tak pernah cakap apa – apa pun yang dia alergik?
“ Eh, mestilah Qis tahu kak! Cuma
terlupa aje.” Bohong Balqis sambil pura – pura sengih. Dia juga tak nak
mengalah.
“ Hmm akak kasi aje nasi goreng tu kat Abang
Fakhri. Selama ni Qis bagi lauk – pauk yang ada seafood, dia makan aje.” Sambung Balqis lagi.
“ Eh, boleh ke? Hari tu akak makan
steamboat dengan dia, sikitpun dia tak nak sentuh seafood tu.”
“ Memanglah kak. Steambot tu sebiji
– sebiji makanan laut kita telan. Tapi kalau macam seafood yang dicampur dengan makanan lain contohnya nasi goreng
sotong ni, boleh aje Abang Fakhri makan. Akak jangan risau.” Ujar Balqis yakin.
Macam pakar pemakanan pula. Ah, tak mungkin Abang Fakhri tak bagitahu aku pasal
dia alergik tu! Ni mesti dia tipu Kak Damia hari tu.
“ Hmm kalau macam tu, akak ambil
sikitlah. Nasi lain pun dah habis. Kang kebulur pulak budak tu kang.”
Akhirnya,
Damia akur. Dicedok juga beberapa senduk nasi goreng sotong itu ke dalam
pinggan. Balqis pula terus berlalu dari ruang itu untuk mengisi perutnya. Usai
mengambil makanan yang berkenan dihati, Damia segera berlalu ke bilik yang
dikongsinya bersama Fakhri.
Pintu
bilik diketuk tiga kali lalu tombol pintu dipulas bila tidak kedengaran
sebarang suara pun yang menyahut. Perlahan – lahan Damia menyusun langkah masuk
sambil menatang sepinggan makanan. Risau pula kalau – kalau ternampak benda
yang bukan – bukan walaupun dalam bilik sendiri. Cukuplah peristiwa pagi tadi
yang sangat memalukan jiwa dan raga itu berlaku.
Damia
meletakkan pinggan yang berisi makanan itu di atas meja kopi. Tiba – tiba
kedengaran bunyi air dari shower
jatuh ke lantai. Patutlah tak menyahut, mandi rupanya. Ngomel Damia sendiri
seraya melabuhkan punggungnya di atas sofa. Punat on alat kawalan jauh televisyen dipicit dan kala itu juga telefon
bimbitnya meronta – ronta meminta dijawab.
“
Ya, mak. Kenapa call?”
“
Datang bilik mak sekejap. Mak nak minta tolong sikit.” Kedengaran suara Puan
Rozita dari hujung panggilan.
“
Sekarang ke?”
“
Habis tu, bila lagi?”
“
Orang tanya aje. Janganlah marah Puan Rozita oiii...”
“
Tak marah pun Puan Nurul Damia oiii...” balas Puan Rozita beserta tawa kecil.
Damia
ikut ketawa sebentar. “ Yelah. Orang datang sekarang.” Talian telefon bimbit
segera dimatikan.
Puan
Nurul Damia? Buat seketika bibir Damia menguntum senyum kecil. Sedap jugak
panggil macam tu. Puan kepada Fakhri Wafiy. Yang ni lagi sedap. Hahaha. Huish!
Jauh kau berangan ya Nurul Damia. Kalau Fakhri tahu, memang harus buat terjunan
ke dalam laut ni.
Pantas
Damia mengambil sehelai kertas kecil lalu dicoretkan sesuatu. Kemudian, kertas
tersebut diletakkan di tepi pinggan yang berisi makanan buat suaminya itu.
Selang beberapa minit, Damia sudahpun berlalu menuju ke bilik Puan Rozita
seperti yang dijanjikan.
***
Kunyahan
makanan di dalam mulut terus terbantut bila mendengar soalan yang baru saja
terbit dari bibir Puan Maria tadi. Namun, Fahim masih berlagak tenang dan
selamba. Makanan dijamah semula dan dia berharap sangat soalan mamanya tadi
dibiarkan berlalu sepi begitu sahaja.
“ Kamu dengar tak mama tanya ni
Fahim?” Puan Maria tak puas hati dengan soalannya yang masih tidak berjawab.
“ Dengar, ma.” balas Fahim pendek.
Nampaknya, memang takkan dapat larilah dari topik ni rasanya.
“ Habis tu, kenapa tak jawab? Kamu
tak nak kahwin ke?” Puan Maria ulang soalan.
“ Mestilah nak, ma.” sepatah lagi
Fahim jawab.
“ Dah tu, kenapa tak cari calon
isteri lagi kalau nak kahwin? Nak mama yang carikan ke?”
“ Tak ada yang sesuai la ma.”
“ Takkan seorang pun tak ada yang
sesuai? Perempuan macam mana yang sesuai dengan kamu? Macam Puteri?”
Mendengarkan sepotong nama yang
sudah meremukkan hatinya dulu terus membuatkan Fahim angkat muka pandang tepat
ke wajah mamanya. Air mukanya berubah cuaca. Puan Maria pula terus terdiam bila
menyedari dia sudah terlebih kata.
“ Kalau perempuan tu macam Puteri,
perempuan tu pun akan buat benda yang sama macam Puteri ma.” Fahim ukir senyum
tawar buat mamanya.
“ Habis tu, macam mana? Kamu tu
makin berumur bukan makin muda. Kalau kamu tak fikirkan pasal diri kamu pun,
tolonglah fikir yang mama ni nak juga tengok ada orang jaga kamu sebelum mama
dah tak ada.”
“ Hish mama ni ada ke situ pulak!
Fahim dah cukup bahagia dah mama seorang jaga Fahim. Tak nak perempuan lain dah
tau.” Rengek pemuda itu tiba – tiba.
“ Eleh, yelah sangat tu... Nanti dah
dapat bini, mama pun dah lupa kan?”
“ Eh, mana boleh lupa mama! Mama kan
sayang Fahim lebih dari Fakhri.” Fahim tarik sengih panjang.
“ Pandai ajelah kamu ni. Mama sayang
anak mama sama – rata tau. Ha sebelum terlupa, mama nak tanya pasal Qis ni.
Macam mana kerja dia? Okey?”
“ Entahlah, ma. Fahim tak pantau
lagi kerja dia sebab dia ambil cuti seminggu.”
Puan Maria terus terbeliak biji
mata. “ Seminggu? Dia sakit ke?”
“ Taklah. Katanya nak ikut Fakhri
dan Damia pergi Janda Baik.”
Lagi besar terkejut Puan Maria jadinya.
“ Apa?! Habis tu, kamu bagi cutilah ya?”
“ Bagilah. Ala dia part time aje, ma. Suka hati dialah nak
cuti bila pun.”
“ Masalahnya sekarang yang dia nak
ikut pergi Janda Baik tu nak buat apa? Lagi satu, macam mana dia boleh tahu
Fakhri dan Damia ada kat sana?”
“ Fahim yang bagitahu. Itupun sebab
dia tanya Damia ambil cuti untuk apa.” Polos jawapan Fahim.
Kedengaran Puan Maria membebaskan
keluhan berat sejenak. “ Kamu ni memang bos yang jujur sangatlah, Fahim. Tension mama dengan kejujuran kamu ni
tau.”
“ Kenapa ma? Fahim ada buat salah
ke?” Fahim kerut dahi. Pelik.
“ Tak apalah. Kamu teruskan makan.
Mama ada hal sikit.” Puan Maria bingkas dari kerusi lantas berlalu dari ruang
makan itu meninggalkan Fahim yang masih terpinga – pinga dengan apa yang
berlaku.
***
Jangan lupa makan.
-Damia
Bibir
Fakhri automatik mengukir senyum bila terbaca pesanan yang tertera di atas
kertas kecil itu. Terasa bahagia seketika. Pantas dia mencapai pinggan yang
berisi makanan di atas meja kopi itu lalu dijamahnya dengan penuh berselera.
Kena sangatlah dengan perutnya yang asyik mendidih kelaparan sejak tadi.
Hajatnya sesudah mandi nak keluar mencari makanan tapi tak sangka pula pucuk
dicita, ulam mendatang.
Sedang enak pemuda itu menjamu
selera, tiba – tiba seluruh tubuhnya terasa panas. Hangat tidak tentu hala.
Fakhri gelabah. Makanan yang sedang dikunyahnya di dalam mulut segera diluahkan
kembali ke dalam pinggan. Dia mengais – ngais makanan yang diluahnya tadi. Dan
saat itu juga biji matanya terbeliak bila mendapati beberapa ekor sotong di
dalam nasi gorengnya. Sotong?!
Tubuh Fakhri semakin tak keruan.
Habis digarunya satu badan sehingga timbul ruam – ruam merah. Gatal dan pedih
sangat. Dia tak boleh bertahan lagi. Paru – parunya terasa sukar untuk
bernafas. Hendak mencari telefon bimbitnya pun dia sudah tidak mampu. Sesak
nafasnya semakin menjadi – jadi. Sehinggakan dia tak mampu berkata apa – apa lagi.
Dalam hati, dia hanya mampu berdoa semoga ada insan yang boleh selamatkan dirinya
waktu itu.
Kala itu juga, pintu bilik dikuak
dari luar. Kelibat seseorang yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik itu hanya
mampu dipandang samar. Fakhri langsung tidak bermaya. Pandangannya yang sudah
kabur akhirnya menjadi kelam. Dia terbaring di atas lantai tanpa sedarkan diri.
“ Fakhri?!!!”
Damia kaget. Terperanjat besar
dibuatnya bila terpandangkan tubuh suaminya yang sudah terlantar di atas lantai.
Sepantas kilat dia mendapatkan pemuda yang tidak sedarkan diri itu. Pipi Fakhri
ditampar lembut dengan harapan suaminya sedar. Habis dibelek lengan suaminya
yang beruam merah itu. Tiba – tiba Damia terlihat makanan yang diluah Fakhri
tadi di dalam pinggan. Bibirnya bergetar. Dia takut.
“ Ya Allah! Fakhri!! Aku minta maaf.
Bangunlah, Fakhri! Bangun! Jangan macam ni.” berjurai – jurai air mata Damia
merembes di pipi.
“ Fakhri, bangun! Ya Allah, apa aku
dah buat ni?! Bangun ya Fakhri!” Damia menampar lembut pipi suaminya lagi.
Namun, Fakhri masih kaku seperti tadi.
Damia semakin tak keruan. “ Telefon,
mana telefon?” Pantas dia mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor 999.
Usai
membuat panggilan ambulans, Damia segera berlari keluar untuk memberitahu Puan
Rozita. Suasana menjadi kecoh buat seketika. Hampir kesemua penghuni resort itu
menjadi pelik dengan ketibaan ambulans secara tiba – tiba. Begitu juga dengan
Balqis yang sedang berborak dengan kenalan barunya turut terkejut besar bila
melihat Damia mengiringi Fakhri yang sedang terlantar di atas stretcher untuk di tolak masuk ke dalam
ambulans. Apa yang dah berlaku?
Di
dalam ambulans, Damia tidak putus – putus mendoakan keselamatan suaminya. Jari
– jemari Fakhri digenggam erat bagai tidak mahu lepas. Dia tak sanggup
sekiranya apa – apa yang buruk berlaku kepada Fakhri Wafiy. Air jernih masih
lagi galak keluar dari kolam mata.
“
Fakhri, aku minta maaf sangat – sangat. Aku tak tahu benda ni akan jadi. Bangun
ya Fakhri? Tolonglah jangan jadi apa – apa. Jangan tinggalkan aku, please...” Tapak tangan Fakhri
dilekapkan ke pipi gebu gadis itu. Damia menangis semahu – mahunya.
*****
Bersambung ~ =)