Followers

Friday 21 December 2012

~ Pemegang Watak Cinta 6 ~


Masuk hari ni, sudah tiga hari  berita tentang kehilangan Tengku Aakif Nawfal masih lagi belum diterima dari pihak polis. Malam itu, seperti biasa keluarga besar Puan Sri Tengku Sakinah makan malam bersama – sama di ruang makan mewah di dalam rumah argam itu. Suasana menjadi sepi yang hanya kedengaran bunyi sudu dan pinggan makan yang sering berlaga.
            Sesekali Puan Sri Tengku Sakinah melirik ke arah kerusi yang menjadi kepunyaan Tengku Aakif Nawfal ketika di meja makan. Hatinya hanya mampu meruntun sedih apabila mengenangkan perihal cucu kesayangannya itu. Tengku Danial Hakimi yang perasankan perubahan air muka nendanya itu mula bersorak riang dalam hati. Baru padan muka kau orang tua!
            “ Kimi, sementara Aakif tak ada kat ofis ni boleh Kimi take over tempat dia tak?” Tengku Muaz selaku Chairman MS Land Holdings memecah kesunyian.
            Semua mata yang berada di meja itu segera memandang ke arah Tengku Muaz. Tengku Danial Hakimi sengaja berpura – pura terperanjat. Yes! Ni lah saat yang aku nanti – nantikan selama ni. Walaupun untuk sementara tapi aku akan pastikan ia menjadi selamanya.
            “ Tapi paksu, Kimi tak mahir lagi selok – belok company ni. Boleh ke Kimi nak ganti Aakif buat sementara waktu ni?” balas Tengku Danial Hakimi sambil matanya dikerlingkan ke arah nendanya yang jelas tidak puas hati.
            “ Betul tu Muaz. Kimi mana mahir lagi nak buat kerja – kerja Aakif tu. Lagipun bonda yakin lambat – laun Aakif akan pulang jugak.” Sampuk Puan Sri Tengku Sakinah yang terang – terang membangkang keputusan yang dibuat oleh anak bongsunya itu.
            Ah, orang tua ni tak habis – habis nak menyibuk! Suka hati paksu lah nak bagi siapa pun jawatan tu. Dasar orang tua tak sedar diri betul! Bentak Tengku Danial Hakimi dalam hatinya yang sedang membara itu.
            “ Tak apa lah bonda. Buat sementara waktu ni biarlah Kimi yang gantikan Aakif tu. Boleh jugak Kimi tambahkan pengalaman lagi, betul tak?” balas Tengku Muaz bersahaja sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
            “ Kalau macam tu, suka hati kau lah Muaz. Apa yang kau rasa baik, baik jugak lah buat bonda ni.” balas Puan Sri Tengku Sakinah perlahan.
            Puan Nafeesah hanya mendiamkan diri menjamu selera tidak berani untuk mencampur tangan dalam hal syarikat milik keluarga Allahyarham Tan Sri Tengku Mustapha itu. Manakala Tengku Danial Hakimi dan Puan Diyana sudah pun tersenyum puas. Sedikit demi sedikit aku akan rampas jawatan besar dalam syarikat tu. Just wait and see.
***
Wafa meletakkan kepalanya di atas bantal sambil berbaring di dalam bilik tidurnya. Matanya berkedip – kedip memandang syiling bilik tidurnya itu. Dalam kepala otaknya ligat memikirkan sesuatu. Sekali – sekala dia mengeluh perlahan memikirkan nasib yang menimpa dirinya itu. Haish cuti sekolah dah tinggal  sehari je lagi ni. Bila lagi aku nak settle kan masalah si Ali tu? Nak report polis ke tak nak eh? Kalau report, aku yang masuk lokap. Kalau tak report, kasihan lah pulak kat Ali tu. Mesti family dia risaukan dia hilang.
            Tapi kan, waktu aku terlanggar Ali tu macam mana dia boleh muncul dari dalam hutan pulak? Dia buat apa kat situ? Pelik.  Wafa cuba mengingatkan kembali peristiwa di mana dia terlanggar Ali tempoh hari. Wait, hari tu doktor cakap Ali hilang ingatan sebab kepala dia dipukul dengan objek keras. Entah – entah mamat ni hutang dengan lintah darat kot. Sebab tu sampai kena pukul teruk macam tu. Haish muda – muda lagi dah berhutang keliling pinggang. Agak – agak keluarga dia tahu tak si Ali ni berhutang sampai macam tu sekali? Ish, tak boleh jadi ni. Nanti tak pasal – pasal aku dengan Waiz pulak yang dapat tempiasnya.
***
Pagi itu Wafa hanya menyediakan bihun goreng dan milo panas sebagai menu sarapan pagi. Usai menghidangkan makanan yang telah dimasaknya, dia lantas menuju ke bilik Waiz. Diketuknya bilik itu bertalu – talu namun Waiz masih lagi menyepi. Ish, mana pulak budak ni? Dah tengah hari terik tak reti – reti nak bangun tidur lagi ke? Tiba – tiba kedengaran pintu bilik Ali dibuka dari dalam. Tersembul wajah Ali di muka pintu biliknya sambil memandang ke arah Wafa.
            “ Huish semangat....awak ni tak reti bagi salam ke apa? Tiba – tiba je muncul.” Sempat lagi Wafa membebel. Tangannya masih lagi rancak mengetuk pintu bilik tidur Waiz.
            “ Waiz tak ada. Dia keluar pergi jogging dari pagi tadi lagi.” Selamba Ali berkata sambil kakinya melangkah menuju ke arah dapur.
            Hah? Pergi jogging? Serta – merta terperanjat besar muka Wafa tika itu. Wah, selamba badak je kau tinggal akak dalam rumah ni dengan mamat ni eh Waiz? Sejak bila pulak Waiz kamcing dengan si Ali ni? Selalunya kalau nak keluar, dia bagitau aku dulu. Ngomel Wafa sendirian lantas menuju ke dapur.
            Kelihatan Ali sedang duduk di meja makan sambil menongkat dagu dengan tangan kanannya. Wafa membuka tudung saji di atas meja makan itu. Lantas dia menyedok sedikit bihun goreng ke dalam piring lalu diletakkan di hadapan mata Ali. Kemudian dia menuang pula air milo panas ke dalam cawan.
            Selesai sudah, Wafa terus menadah tangannya sambil menunggu Ali untuk membacakan doa makan. Seketika kemudian dia memandang Ali pelik. “ Tak kan doa makan pun awak lupa kot?” tanya Wafa pelik apabila melihat Ali yang hanya menatap hidangan di hadapan matanya itu.
            “ Roti bakar dengan peanut butter tak ada ke awak? Saya tak biasa lah makan makanan berat macam ni waktu pagi.” Balas lelaki itu tiba – tiba.
            Wafa mengecilkan matanya tepat memandang wajah lelaki tampan di hadapan matanya itu. Mengada – ngada betul mamat sorang ni. Tak padan dengan hilang ingatan. “ Awak ingat roti dengan peanut butter tu tak berat ke? Lemak banyak tau tak? Tak nak makan sudah.” Balas Wafa dengan mimik muka menyampahnya. Lantas dia mengambil piring yang berisi bihun goreng yang berada di hadapan mata Ali dan meletakkannya di tempat lain.
            Belum sempat Ali membalas tiba – tiba kedengaran suara Waiz memberi salam dari muka dapur. Serentak Wafa dan Ali menjawab salam yang diberikan. Seketika kemudian mereka saling berpandangan. Wafa lantas menghadiahkan jelingan mautnya kepada lelaki itu. Waiz yang hanya memandang ke arah mereka dari tadi dapat merasakan sedikit tempias suasana yang agak tegang di dapur rumahnya itu.
            “ Ha elok lah kau dah balik pun Waiz. Mari makan bihun goreng yang berlemak ni.” pelawa Wafa kepada adiknya itu. Sengaja dia menekankan sedikit perkataan bihun goreng yang berlemak itu.
Ali yang terasa dirinya disindir hanya mampu mendiamkan diri. Macam mana lah selama ni aku boleh duduk serumah dengan perempuan ni eh? Sikit – sikit je nak marah. Yang aku pun satu hal, gatal mulut sangat mintak roti bakar kenapa? Ngomel Ali dalam hatinya sambil menghirup milo panas di dalam cawan.
“ Korang lepas makan ni tak ada apa – apa nak buat kan? Hari ni kita gotong – royong bersihkan rumah, paham?” tegas Wafa memberi arahan. Matanya tepat memandang ke arah Ali.
Waiz mula mengeluh perlahan. “ Ala kak, rumah kita bukan berselerak sangat pun. Nak gotong – royong buat apa?” Waiz cuba membantah walaupun dia tahu bantahannya tidak akan dilayan.
“ Tak berselerak kau cakap? Sejak kau balik cuti ni, baru pertama kali akak mintak kau tolong kemaskan rumah ni tau. Tak kan kau tak kasihan kan akak nak kemas sorang – sorang?” Wafa cuba memancing simpati adiknya itu.
“ Ye lah Waiz tolong.” Balas Waiz pendek. Mulutnya sengaja dimuncungkan.
“ Macam ni lah adik akak.” Balas Wafa tersengih. Ali yang sedari tadi hanya memerhati gelagat adik – beradik di hadapan matanya itu. Aku pun nak kena tolong kemas jugak ke?
***
Tengku Danial Hakimi duduk bersandar di kerusi empuk di dalam ofisnya. Matanya jauh merenung ke luar jendela biliknya. Papa, satu hari nanti pasti papa akan bangga dengan Kimi pa. Kimi janji Kimi akan tuntut balik hak keluarga kita pa. Selama ni, nenda langsung tak berlaku adil dengan keluarga kita kan, pa?
            Seketika kemudian, kedengaran seseorang mengetuk pintu bilik Tengku Danial Hakimi. Usai memberi arahan masuk, pintu ofisnya segera dibuka dari luar. Kelihatan seorang lelaki bertubuh sasa muncul di muka pintu lalu melangkah masuk ke dalam ofis Tengku Danial Hakimi.
            Lelaki itu terus mengambil tempat di hadapan Tengku Danial Hakimi. “ So, macam mana Black? Kau ada jumpa mayat Aakif tu?” Tengku Danial Hakimi memandang tepat ke arah orang suruhan di hadapannya itu.
            Black hanya menggelengkan kepalanya perlahan. “ Belum. Aku siap upah orang suruh cari tapi masih tak jumpa lagi.”
            Tengku Danial Hakimi menumbuk mejanya sekuat hati. “ Damn! Apasal orang – orang kau tu bodoh sangat hah? Macam mana mayat dia boleh hilang? Kan aku dah suruh korang tanam kat dalam hutan. Menyesal betul la aku. Memang tak boleh diharap langsung lah!” panjang lebar Tengku Danial Hakimi memaki hamun orang suruhan di hadapan matanya itu. Air mukanya yang bengis bisa menggerunkan setiap mata yang memandang.
            “ Kau jangan nak salahkan aku Kimi. Kalau kau pandai sangat kenapa kau tak bunuh sendiri je.” Black mula menunjukkan muka tidak puas hati. Berangnya bukan kepalang lagi apabila dimaki hamun seperti anjing.
            Tengku Danial Hakimi cuba menenangkan dirinya sebentar. Dia menghela nafas panjang. “ Ok ok sekarang ni, kalau polis yang jumpa macam mana?” soal Tengku Danial Hakimi risau.
            “ Kau relax je. Kalau polis yang jumpa, mesti dah lama dah family kau dapat berita ni tentang mayat Aakif kan? Lagipun, aku yakin mayat Aakif dah hanyut dalam sungai. Sebab tu orang – orang aku pun tak dapat kesan dia.” Balas Black cuba meredakan suasana yang tegang dalam bilik itu.
            “ Ok aku percaya cakap kau. Tapi ingat, kalau apa – apa yang terjadi aku tak nak terlibat langsung dalam hal ni. Kau paham kan apa maksud aku?” tegas nada suara Tengku Danial Hakimi.
            “ Pasal tu kau jangan risau lah Kimi. Aku pun tak nak kita masuk jail.”
            Tengku Danial Hakimi menghela nafas lega. Lantas dia mengeluarkan sepucuk sampul dari dalam laci mejanya. “ Nah, habuan untuk kau dan orang – orang kau. Kalau tak cukup lagi, inform aku later.”
Tengku Danial Hakimi menghulurkan sampul yang berisi cek yang benilai RM 10, 000 kepada Black. Black menyambut huluran sampul dari Tengku Danial Hakimi. Seketika kemudian, dia tersengih apabila melihat isi dalam sampul yang berada di tangannya itu. Puas hati.
***
Wafa memulakan tugas mengemas rumah dengan mengelap habuk – habuk di perabot rumahnya. Manakala Waiz ditugaskan mengemas di luar rumah. Ali pula hanya menjadi tukang lihat dan tengok apa yang dilakukan oleh adik – beradik itu. Dia hanya memeluk tubuh sambil memerhatikan Waiz yang sedang sibuk menyusun pasu bunga di luar rumah.
            Sedang Ali ralit memerhatikan Waiz, tiba – tiba muncul sehelai tuala kecil dari arah belakang ke hadapan matanya. Dia terperanjat kecil lalu memusingkan kepalanya ke belakang.
            “ Nah, tolong cuci kereta saya kat luar tu.” Selamba Wafa memberi arahan sambil menghulurkan tuala kecil kepada Ali.
            Ali mengambil tuala kecil dari tangan Wafa. “ Tapi tu kan kereta awak? Kenapa saya yang kena cuci pulak?” sempat lagi Ali membantah.
            “ Kalau macam tu ni kan rumah saya, buat apa awak nak tinggal sini lagi kan?” perli Wafa sengaja mahu menyedarkan lelaki sombong di hadapannya itu.
            Ali yang merasakan nasib dirinya tak ubah seperti melukut di tepi gantang hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Wafa pula terus terdiam apabila melihat air muka Ali yang tiba – tiba berubah itu. Kasihan pulak aku tengok mamat ni. Haish mulut aku ni memang tak ada insuran betul. Bisik hati kecilnya sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
            Waiz yang hanya memerhati adegan kakak dan sepupunya itu lantas mendekati Ali yang masih terkial – kial memegang tuala kecil dan baldi di tepi kereta. “ Biar Waiz tolong Abang Ali cuci kereta ye. Abang tunggu kat sini sekejap Waiz pergi ambil air sabun.” Waiz mengambil baldi di tangan Ali lalu melangkah pergi.
            Seketika kemudian, Waiz datang dengan baldi yang sudah diisi dengan air sabun. Kedua – dua lelaki itu memulakan kerja membersihkan kereta Myvi kesayangan Wafa di dalam garaj.
            “ Abang Ali jangan lah terasa hati ye dengan kata – kata Kak Wafa tu. Dia nampak je garang tapi hati dia baik bang.” Waiz memecah kesunyian antara mereka. Tangannya masih ligat mengelap badan kereta Wafa dengan air sabun.
            Tangan Ali yang masih mengelap kereta itu terhenti seketika. Dia memandang Waiz yang berada di hadapannya. “ Tak apa Waiz. Abang tak kisah pun. Lagipun tak gentle la lelaki macam kita ni nak touching – touching pulak kan? Hahaha. Tapi kan boleh abang tanya sesuatu tak?”
            “ Tahu tak apa bang. Boleh, tanya je lah.” balas Waiz sambil tersengih.
            “ Kenapa Wafa macam tak suka je kat abang? Selama ni, memang dia macam tu ke dengan abang?”
            Waiz tersentak kecil. “ Selama ni? Hmm..” Tidak tahu apa yang hendak dijawabnya, Waiz hanya mampu menjongketkan bahu.
            “ Tapi abang jangan risau lah. Waktu abang masuk hospital hari tu, Kak Wafa lah orang yang paling risau tau. Sampai tak tidur malam lah dibuatnya.” Sambung Waiz sambil tersengih. Eleh, padahal Kak Wafa risau sebab dah langgar orang. Sorry la bang Waiz terpaksa menipu.
            Biar betul sampai tak tidur malam? Dari gaya penceritaan tu macam aku ni rapat je dengan Wafa dulu. Ali cuba mengingati semula kisah hidupnya yang masih kosong dalam kotak memori. Namun, segalanya hambar. Langsung tidak menunjukkan tanda – tanda siapa dirinya yang sebenar.
            Waiz memandang pelik ke arah Ali yang sedang termenung jauh memikirkan sesuatu. Lantas dia memetik jari kanannya di hadapan muka Ali. “ Termenung jauh nampak. Rindukan girlfriend ya?” Waiz tersengih nakal.
            Serta – merta lamunan Ali terhenti. Girlfriend? Saat itu, dia terpandang kelibat Wafa yang sedang menukar langsir di pintu gelongsor rumahnya. Dia ralit memandang Wafa yang sedang membelek – belek langsir di tangannya. Boleh tahan jugak cikgu harimau ni. Cantik! Eh, kenapa tiba – tiba wajah Wafa bersinar pulak kat mata aku ni? Ali menggosok – gosokkan kedua belah matanya. Ah, sudah! Kau kena ingat Ali, Wafa tu sepupu kau. Mainan perasaan je ni. Tolong lah kembali ke dunia nyata.
            “ Abang Ali tolong ambilkan paip getah kat dapur boleh tak? Waiz nak bilas kereta ni.”
            Sekali lagi Ali tersentak dari lamunannya. Cepat – cepat dia menganggukkan kepalanya tanda akur dengan arahan Waiz. Haish apa yang aku fikir tadi? Tak masuk dek akal betul lah. Ngomel Ali sendirian sambil berlalu pergi menuju ke arah dapur.
Tika dia hendak melintasi Wafa yang sedang memasang langsir, sempat lagi dia menoleh ke arah sepupunya itu. Wafa juga turut memandang Ali dengan menayang wajah peliknya. Serta – merta Ali melajukan langkahnya ke dapur apabila matanya bertentangan dengan Wafa.
Apa hal pulak dengan mamat tu? Pandang – pandang aku macam tak puas hati je? Kalau nak gaduh, terus – terang aje. Sempat lagi Wafa membebel sendirian sebelum menyambung tugasnya semula.
***
Qistina dan ibunya, Datin Qadijah atau lebih mesra dengan panggilan Datin Qad melangkah masuk ke dalam ruang legar syarikat MS Land Holdings antara syarikat pemaju harta tanah yang sudah mencipta nama di persada antarabangsa. Mereka yang merupakan V.V.I.P dalam syarikat mega ini segera menuju ke pejabat Chairman MS Land Holdings iaitu Tengku Muaz.
            Datin Qad segera membuka pintu utama pejabat pengerusi syarikat itu walaupun sudah di halang oleh setiausaha dan terus melangkah masuk. Qistina pula hanya membontoti ibunya dari belakang.
            Tengku Muaz yang sedang menulis sesuatu di mejanya hanya memandang selamba kelibat Datin Qad dan tunang kepada anak terunanya itu.
            “ Maaf, tuan. Saya dah cuba halang tapi..” Fieza, setiausaha muda kepada Tengku Muaz segera bersuara meminta maaf.
            It’s ok Fieza. Awak boleh keluar dulu.” Balas Tengku Muaz bersahaja. Seketika kemudian dia menyambung semula kerjanya. Fieza pula hanya menganggukkan kepalanya dan melangkah keluar.
            Datin Qad dan Qistina mengambil tempat di hadapan Tengku Muaz. “ Kenapa you tak bagitau I dan Qis yang Aakif accident?” Datin Qad memecah kesunyian.
            Tengku Muaz meletakkan pen yang dipegangnya tadi di atas meja. Pandangan matanya beralih ke arah dua orang wanita yang berada di hadapannya itu. “ I sendiri pun tak pasti sama ada Aakif accident or what, macam mana I nak bagi tahu you? Aakif hilang macam tu je. Tak dapat dikesan.” balas Tengku Muaz tepat memandang wajah Datin Qad.
            “ Sekurang – kurangnya bagi tahu lah I apa yang dah jadi. Kalau si Kimi tu tak bagi tahu Qis, agaknya sampai ke sudah kami tak tahu apa – apa kan?” balas Datin Qad lagi tidak puas hati.
            Tengku Muaz sedikit terperanjat. “ Kimi bagi tahu?”
            Yup. Ha you tak kan tak ada plan apa – apa macam mana nak cari Aakif tu? Tak kan tak nak upah detektif mana – mana ke? Tak pun I boleh tolong upahkan.”
            “ Macam ni lah datin ye, Aakif tu anak I. So, biar I dan wife I je yang cari dia ye. Lebih baik datin simpan je tenaga datin tu. Lagipun, Aakif tu bukan suami Qis lagi, baru bertunang je.” Pedas sindiran Tengku Muaz.
            “ Kalau macam tu tak apa lah. Nanti apa – apa hal jangan lupa pulak nak bagi tahu kami.” Balas Datin Qad yang sudah menarik muka dengan sindiran yang baru berdesing di telinganya. Qistina juga sudah memasamkan wajahnya. Cis, tak guna kau Muaz! Tak habis – habis nak perli aku. Tunggu lah aku jadi sebahagian dari keluarga kau nanti. Berlagak! Bentak hati Datin Qad sendirian.
            “ InsyaAllah.” Balas Tengku Muaz sambil tersengih melihat kelibat dua orang wanita itu melangkah keluar dari pejabatnya. Padan muka! Kalau tak sebab bonda, kau ingat aku kebulur sangat nak berbesan dengan kau? Aakif..Aakif..nasib kau lah dapat bini dan mak mertua macam tu. Papa harap kau jumpa lah perempuan lain yang jauh lagi baik dan cun dari Qistina.
***
Ali mencari – cari paip getah yang di simpan oleh Wafa di dapur. Usai menjumpai paip getah yang diperlukannya, segera dia menuju ke luar rumah semula. Tiba – tiba kedengaran telefon bimbit Wafa berdering dari atas sofa. Wafa yang sedang tekun menyangkut langsir di pintu sliding rumahnya mengeluh perlahan. Haish time aku nak rajin ni lah orang nak call pun. Wafa membiarkan langsirnya tergantung sekerat dan bergegas turun dari kerusi yang dipanjatnya tadi.
            Tiba – tiba dengan tidak sengaja kaki kanan Wafa sudah tergelincir dari kerusi dan menyebabkan tubuhnya hilang pertimbangan. Ali yang sedang melangkah dari arah dapur sambil memegang paip getah di tangannya segera mendapatkan Wafa. Secepat kilat dia memegang lengan kecil Wafa menghalang dari sepupunya itu jatuh ke atas lantai. Wafa yang amat terperanjat dengan apa yang baru berlaku tadi menjadi terpegun dan terkedu apabila memandang wajah tampan  yang betul – betul berada di hadapan matanya itu. Begitu juga dengan Ali. Terasa waktu dihentikan sebentar antara mereka.
Handsomenya lelaki di depan aku ni. Macam hero cerita korea pulak. Kenapa lah hari tu aku cakap kau sepupu aku eh? Kan bagus kalau aku cakap kau boyfriend aku ke tunang ke. Haish aku lah orang yang paling bahagia dalam hidup ni kalau betul – betul kau jadi boyfriend aku, Ali.
Apahal pulak minah ni dok tenung aku? Tak reti nak berterima kasih ke aku tolong selamatkan dia dari jatuh tadi? Ngomel Ali dalam hati sambil menayangkan wajah pelik ke arah sepupunya itu. Seketika kemudian dia memetik jarinya di hadapan muka Wafa. Serta – merta Wafa tersentak dari lamunannya.
Your welcome.” Perli Ali sambil melepaskan lengan Wafa. Kakinya terus melangkah pergi meninggalkan Wafa yang masih terkulat – kulat sendirian.
Merah muka Wafa menahan malu apabila fikirannya sudah kembali ke dunia nyata. Astaghfirullahalazim.. Apa yang aku berangan tadi? Malunya malunya malunya! Nasib baik mamat tu tak tahu aku berangankan dia. Haish macam mana lah aku boleh berangan kan si Mr. Hilang Ingatan tu. Bisik hati kecilnya. Kepalanya digeleng laju tanda fikirannya sudah kembali normal.
Wafa kemudiannya mencapai telefon bimbitnya yang sudah tidak berdering lagi. Dia mengamati panggilan yang tidak dijawab di skrin telefon bimbitnya. Mar? Dia ni tak lain tak bukan mesti nak cerita masalah pakwe dia kat aku lah tu. Ada pakwe pun susah, tak ada pakwe macam aku ni lagi la susah. Wafa mengeluh perlahan. Tiba – tiba telefon bimbit di tangannya berdering lagi minta dijawab. Wafa segera menekan butang call di telefon bimbitnya itu.
“ Assalamualaikum, Mar.”
“ Wafa aku ada masalah besar ni.”
“ Kau tu bila masa je yang tak ada masalah Mar. Kalau ye pun jawab lah salam aku dulu.”
“ Eh, lupa pulak. Waalaikumussalam. Aku datang rumah kau petang ni boleh tak, Wafa?”
“ Ha nak datang rumah aku?” Wafa sedikit terperanjat. Biji matanya tika itu menghala ke arah Ali yang sedang memandikan kereta kesayangan Wafa di luar rumah.
“ Ye lah. Kau ada rumah tak petang ni? Aku nak datang.”
“ Err pukul berapa kau nak datang tu, Mar?” soal Wafa lagi.
“ Aku on the way lah ni. Kau tunggu ye sampai aku datang. Ok bye.”
“ Mar? Mar?” Aik, dah tutup call dah? Apa masalah perempuan ni sebenarnya? Baik tak payah tanya aku kalau dah on the way. Aku nak menyorok pun dah tak sempat dah ni. Bukannya jauh pun rumah si Mar tu. Alamak, macam mana ni? Kalau dia tanya pasal Ali aku nak jawab apa pulak? Haish baru padan muka kau, Wafa. Sorok lagi anak orang kat dalam rumah ni.

4 comments:

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?