Followers

Saturday 22 December 2012

~ Pemegang Watak Cinta 8 ~

Pagi itu, seperti biasa mesyuarat bulanan akan dijalankan untuk membentangkan kertas kerja masing – masing. Tengku Muaz selaku pengerusi MS Land Holdings tekun mendengar apa yang disampaikan oleh setiap ahli lembaga mesyuarat itu. Sesekali dia akan mencatat segala isi yang dirasakan penting buat keuntungan syarikat. Akhir sekali, sampai lah giliran Tengku Danial Hakimi membentangkan usulnya pula.
            Setengah jam kemudian, ahli lembaga mesyuarat mula bersurai. Tengku Danial Hakimi tersenyum puas apabila proposal projeknya mendapat persetujuan ramai. Dia membontoti Tengku Muaz dari belakang untuk ke bilik pengerusi. Usai melangkah masuk ke dalam ofis, Tengku Muaz segera melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Tengku Danial Hakimi pula mengambil tempat di hadapan pengerusi syarikat itu.
            So, macam mana dengan idea Kimi paksu?” Tengku Danial Hakimi memandang tepat wajah tenang di hadapan matanya itu.
            “ Idea Kimi tu ok tapi kenapa mesti utara Perak, Kimi? Paksu boleh terima kalau kita nak bina skim rumah teres dekat Taiping atau Kamunting. Tak pun buat dekat Parit Buntar terus. Tapi kalau di kawasan Bagan Serai, paksu tak rasa boleh laku. Sebab majoriti penduduk lebih suka kawasan bandar. Dekat dengan tempat kerja. So, siapa yang nak beli property kita?”
            “ Paksu, cuba paksu tengok sejarah Bukit Merah Laketown Resort. Dulu tempat tu orang panggil tempat jin bertendang tau. Macam padang jarak padang terkukur tapi sekarang apa dah jadi? Semua pelancong dari dalam dan luar negara kenal tempat tu kan? Kita kena berani paksu. Kalau tak cuba, kita tak tahu betul tak?”
            Tengku Muaz merenung tepat wajah anak saudaranya itu. Seketika kemudian, bibirnya menguntum senyuman. “ Ok paksu setuju. Paksu bagi amanah projek ni atas nama Kimi ye. Tak sangka Kimi boleh bagi idea yang bernas sekali.”
            “ Terima kasih, paksu.” Tengku Danial Hakimi tersenyum puas. Bangga. Dalam fikirannya masih terbayang ketika dia terbaca fail projek Aakif yang tidak sempat dibentang akibat kemalangan hari tu. Good job Aakif! Kalau kau tak mati, aku pun tak kan dapat nama macam ni. Kimi ketawa besar dalam hati.
            “ Em by the way paksu, berita kehilangan Aakif macam mana?”
            Serta – merta berubah air muka Tengku Muaz. Wajahnya tampak muram bila mengingatkan perihal anak tunggalnya yang masih belum dijumpai.
            “ Paksu tak terima apa – apa berita lagi, Kimi. Dah macam – macam cara paksu usaha. Sampaikan dalam berita tv pun ada paparkan isu kehilangan Aakif tapi entah lah. Paksu cuma harap dia selamat walau di mana pun dia berada.”
            “ Paksu bawak bersabar lah ye. Kita berdoa banyak – banyak semoga Aakif selamat ok?” Tengku Danial Hakimi separuh memujuk. Namun, dalam hatinya sudah ketawa riang. Aku yakin kau dah mati, Aakif. Aku akan buat keluarga kau merana seperti mana mama aku merana waktu kehilangan papa aku dulu.
***
Seperti biasa, di waktu lapang Wafa akan menyemak kerja rumah pelajarnya di ruang tamu. Manakala Waiz dan Ali hanya menonton siaran televisyen yang dipaparkan. Sesekali Ali mengerling telatah Wafa yang begitu khusyuk menyemak kerja rumah anak muridnya itu. Kekadang kedengaran Wafa membebel sendirian memarahi buku tulis itu. Tulisan terlampau kecil lah sampai tidak boleh dibaca. Salah letak nombor lah. Macam – macam dibebelnya. Namun, segalanya amat menarik perhatian jejaka itu. Comel!
            “ Saya ingat awak cuma mengajar mata pelajaran pendidikan seni je.” Ali bersuara tiba – tiba.
            “ Ni lah masalah mentaliti orang kita. Bila tengok orang pandai lukis je mesti ingat kita ni cuma tahu melukis. Em sebenarnya saya memang mengajar matapelajaran matematik di sekolah. Saya ajar matapelajaran seni pun secara sambilan je sementara tunggu cikgu seni yang baru masuk.” Terang Wafa. Matanya masih lagi tertancap pada buku tulis di hadapannya. Sesekali dia akan menekan laju kakulator di atas meja. Kemudian, dia akan membetulkan sedikit cermin matanya sebelum menanda buku itu.
            Ali menayang wajah yang penuh tanda tanya. Bila masa pulak aku cakap dia cuma reti melukis je? Pelik betul. “ So, semua lukisan yang tergantung tu awak yang lukis ke?”
            Yup, kenapa? Mesti awak nak puji cantik kan? Thank you.” Wafa tersenyum bangga memandang Ali. Lantas menyambung kerjanya kembali.
            Ali menayangkan wajah pelik. Bila masa pulak aku nak puji? Apa lah masalah perempuan ni sebenarnya. “ Saya rasa kalau awak tak lukis lagi cantik.” Balas Ali selamba.
            Serta – merta Wafa dan Waiz tersentak. Wafa sudah pun menanggalkan cermin matanya dan pen merah ditangannya diletakkan di atas meja. Waiz menggelengkan kepalanya perlahan. Ah, sudah! Harimau dah tumbuh taringnya! Desis Waiz sendirian.
            “ Apa awak cakap? Lain kali kalau awak tak tahu nak menilai hasil seni orang lain, sila jangan komen paham?” Wafa mula meninggikan suaranya sedikit kepada Ali. Geram benar dirasakannya.
            “ Siapa cakap saya tak tahu menilai?” balas Ali lagi tepat memandang biji mata Wafa.
            Waiz yang hanya menjadi penonton dari tadi cuba untuk menyelamatkan dirinya. Dia mula melangkah perlahan untuk meninggalkan ruang yang sedang tegang itu.
            “ Waiz, kau pergi ambil sketch book akak dalam bilik.” Wafa memberi arahan. Matanya masih tidak melepaskan wajah Ali di hadapan.
            Waiz yang baru hendak melangkah pergi terus terbantut. Lantas dia tersengih dan menganggukkan kepalanya akur dengan arahan yang diberikan Wafa. Seketika kemudian, Waiz datang dengan membawa sketch book yang diminta oleh Wafa. Wafa menyambut huluran dari adiknya lalu meletakkan buku lakaran yang masih kosong itu di atas meja.
            “ Kalau awak tahu menilai, awak lukis sekarang. Saya nak tengok.” Wafa menghulurkan pensel kayu 2B kepada Ali.
            Perlahan – lahan Ali menyambut huluran Wafa. Dia mencapai buku lakaran di atas meja itu. Dibukanya buku itu perlahan lalu disentuh lembut helaian kertas putih yang masih bersih. Wafa dan Waiz mula menayang wajah pelik bila melihat gelagat lelaki di hadapan mereka itu. Saat itu, Ali merasakan otak fikirannya ligat sedang membicarakan sesuatu yang pernah dilakukan dahulu. Ali cuba mengingati dengan lebih jelas lagi. Dilihatnya ada sebatang pensel kayu dan sebuah kertas kosong di atas meja sama seperti apa yang berlaku sekarang.
            Tanpa membuang masa lagi, Ali segera melakar sesuatu di atas kertas yang diberikan Wafa tadi. Segala imaginasinya seperti pernah dia fikirkan dulu. Ali terus melukis tanpa menghiraukan dua orang manusia yang sedang ternganga melihat lukisannya. Tak sampai sepuluh minit, Ali menyerahkan lakaran yang dilukisnya kepada Wafa.
            Wafa dan Waiz yang masih terpegun tika itu tidak mampu berkata apa – apa. Wafa mengamati lakaran sebuah bangunan berbentuk 3d yang dilukis oleh Ali tadi. Superb! Ali pula hanya tersengih memerhatikan air muka adik – beradik itu.
            “ Saya rasa awak patut hantar lukisan awak kat Balai Seni Lukis Negara lah. Tapi macam mana awak boleh dapat idea nak lukis bangunan cantik macam ni eh?” Mata Wafa masih lagi meneliti lakaran ditangannya itu.
            “ Entah lah saya dapat rasakan bangunan ni familiar sangat. Saya pernah tengok bangunan ni tapi saya tak tahu kat mana.” Balas Ali sambil cuba untuk mengingati sesuatu.
            Wafa menganggukkan kepalanya perlahan tanda memahami. “ Oh, macam tu. Em boleh tak kalau saya nak bingkaikan lukisan awak ni?”
            Ali tersentak kecil. “ Nak buat apa? Jangan cakap awak nak hantar dekat Balai Seni Lukis Negara pulak?”
            “ Kalau boleh hantar, dah lama saya hantar dah tau. Mesti lah saya nak buat hiasan dalam rumah ni. Boleh ke tak?”
            Ali memandang Wafa hairan. Pelik betul perempuan ni. “ Boleh tapi dengan satu syarat.” Ali mengambil semula lukisan di tangan Wafa lalu menulis namanya dengan pen di penjuru kanan kertas lukisan itu.
            “ Nah, pastikan hak cipta terpelihara ok?” Ali menghulurkan semula lukisan itu sambil menunjukkan namanya kepada Wafa.
            Wafa mula menayang muka menyampah. Cis, berlagak! Macam lah aku nak sangat curi lukisan dia. Aku pun boleh lukis sendiri lah. Bentak hati Wafa.
***
Wafa keluar membuka pintu pagar rumahnya apabila kedengaran bunyi hon kereta Mardiana dari luar. Usai pintu pagar dibuka, Mardiana memandu keretanya masuk ke dalam perkarangan rumah lalu memarkir keretanya di belakang kereta Wafa. Seterusnya, dia membawa keluar dua buah bagasi dari dalam bonet keretanya.
            Wafa yang dari tadi hanya menjadi pemerhati menayang wajah pelik ke arah temannya itu. “ Kau nak pergi indon ke Mar?” tegur Wafa sambil tangannya membelek – belek bagasi temannya itu.
            “ Kau ni jangan lah perli aku, Wafa.” Mardiana mula berpura – pura menarik muka.
            “ Dah tu yang kau bawak beg – beg besar ni buat apa? Macam nak lari rumah je. Lagipun rumah kau dengan rumah aku ni tak sampai sejam pun, Mar.”
            “ Ish kau tak tahu apa, kau tak boleh main tuduh Wafa. Satu beg ni aku isi pakaian aku, satu beg lagi aku isi barang mekap, kertas – kertas kerja aku and macam – macam lah barang peribadi.” Terang Mardiana sambil tersengih.
            “ Kertas kerja pun kau sumbat dalam ni? Mardiana.. Mardiana.. kau ni nama je arkitek berjaya tau tapi..” Wafa menggelengkan kepalanya perlahan.
            “ Ala kau ni jom lah masuk rumah cepat. Penat lah nak berdiri lama kat luar ni.” Mardiana menarik bagasinya sambil menolak lembut belakang Wafa supaya masuk ke dalam rumah.
            Wafa memberhentikan langkahnya tiba – tiba. Lantas dia memusingkan badannya ke arah Mardiana yang juga berhenti secara mengejut. “ Eh, kau cakap kau nak datang esok kan? Macam mana kau boleh datang hari ni pulak?”
            “ Em sebabnya aku bosan lah duduk sorang – sorang kat rumah. Housemate aku balik kampung pulak. So, aku datang lah rumah kau hari ni. Lagipun, hari tu kan aku tak sempat nak berkenalan dengan sepupu kau yang handsome tu.” Balas Mardiana tersengih.
            “ Kau ni baru lepas clash je tak kan kau nak cari laki lain dah?”
            “ Habis tu tak kan kau nak suruh aku berkabung dulu kot, Wafa. Untung – untung aku boleh jadi sepupu ipar kau nanti kan?” balas Mardiana selamba. Lantas dia menarik bagasinya memasuki ruang rumah teres itu.
            Sepupu ipar? Tak semudah tu, Mar. Kau tak tahu betapa complicated nya perkara ni. Aku sendiri tak pasti dengan apa yang aku buat sekarang ni. Wafa mengeluh perlahan sambil melangkah lemah masuk ke dalam rumah.
            Mardiana menghadiahkan sebuah senyuman ke arah dua orang pemuda yang berada di ruang tamu rumah itu. Lalu dia menarik bagasinya terus menuju ke bilik Wafa. Ali dan Waiz pula memandang ke arah Wafa yang masih tercegat di pintu meminta penjelasan.
            Wafa mengambil tempatnya kembali di sebelah Waiz. “ Sebenarnya akak lupa nak bagi tahu korang semalam. Kawan akak, Mardiana akan tumpang rumah kita seminggu ni.”
            “ Tapi kenapa kak?” soal Waiz pelik.
            “ Katanya dia ada kerja kat sini. So, sementara tu dia nak tumpang duduk sini lah dulu.”
            Waiz dan Ali hanya menganggukkan kepala perlahan tanda memahami. Mereka kembali menonton televisyen setelah mendapat penjelasan dari Wafa. Wafa pula mula membuka buku tulis anak muridnya semula. Tak sampai lima minit, kedengaran suara Mardiana dari arah dapur.
            Semua yang berada di ruang tamu tu terperanjat kecil. Kelihatan Mardiana datang dari arah dapur sambil memegang sudu dan garfu di tangannya. “ Wafa, kat dapur kau ni tak ada mee segera ke? Aku dah ready dah panaskan air tau tadi.”
            Wafa hanya tersengih memandang temannya itu. “ Apa punya arkitek lah kau ni makan mee segera. Mee segera tak baik untuk kesihatan sebab tu aku tak pernah beli. Kalau kau lapar, makan lah nasi. Lauk – pauk ada kat bawah tudung saji tu.”
            “ Sebab aku arkitek lah aku makan mee segera, kalau aku ni doktor aku tak makan benda macam tu. Its ok. Aku dah makan nasi dah pun tadi sebelum datang sini.” Balas Mardiana lantas meletakkan semula sudu dan garfu di dapur.
            “ Haish makcik sorang ni..” Ngomel Wafa sendirian lalu menyambung kerjanya semula. Ali dari tadi hanya menjadi pendengar. Sengaja dia menghalakan biji matanya ke  arah televisyen padahal telatah dan gelagat Wafa lebih menarik perhatiannya tika itu.
            Seketika kemudian, Mardiana datang sambil menggigit sebiji epal merah menuju ke ruang tamu. Lantas dia duduk di sofa bersama – sama ahli keluarga Wafa.
            “ Eh, mana kau dapat buah epal tu Mar?” soal Wafa pelik.
            “ Aku bawak sebiji je dari rumah tadi. Kalau aku tahu dalam peti ais kat dapur kau tu cuma ada makanan berat, memang aku bawak dah makanan ringan banyak – banyak tau.” balas Mardiana masih lagi mengunyah epal dalam mulutnya.
            Makanan berat? Tika itu, biji matanya sudah menghala ke arah Ali yang sedang tersengih memandangnya. Nak perli aku lah tu. Bisik hati Wafa.
            “ Waiz sokong sangat apa yang Kak Mar cakap tu. Ala Kak Wafa ni takut sangat Waiz makan makanan tak berkhasiat sebab tu dia pernah beli makanan ringan.” Sampuk Waiz tiba – tiba.
            “ Eh kejap, korang ni nak buat sesi luahan perasaan ke apa ni?” Wafa tidak puas hati.
            “ Kalau kita cuma makan untuk hidup, kita tak kan rasa apa tu nikmat makanan betul tak?” balas Ali pula. Mardiana dan Waiz mula tersengih sambil menganggukkan kepala laju tanda setuju.
            “ Falsafah mana awak pakai pulak ni?” Wafa masih tidak mahu mengalah. Geram rasanya tidak ada seorang pun berpihak kepadanya.
            “ Ok tenang semua. Masalah ni kita boleh settle. Wafa, kau tutup dulu buku sekolah kau ni. Jom kita shopping.” Mardiana mengambil pen merah di tangan Wafa lalu diletakkan di atas meja. Lantas dia segera bangun dari tempatnya.
            Seketika kemudian Wafa mengukir senyuman memandang temannya itu. Dia hanya menurut perintah lalu membontoti Mardiana menuju ke biliknya. “ Kau ni terpengaruh lebih dengan budak – budak tu tahu tak?” sempat lagi Wafa berbisik di telinga Mardiana.
            “ Ala sekali – sekala Wafa.” Balas Mardiana bersahaja.
            “ Eh, tunggu apa lagi bang? Jom lah bersiap.” Waiz memandang pelik ke arah Ali yang masih lagi tidak berganjak dari tempat duduknya.
            “ Tapi abang tak ada pakaian yang sesuai nak keluar.”
            “ Oh, don’t worry bro. Serahkan pada Waiz je.” Balas Waiz tersengih.

2 comments:

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?