Followers

Tuesday 19 March 2013

~ Saya Kenal Sayang Saya! 4 ~


Fahim merenung lama wajah Puteri di hadapan matanya. Keluhan berat dibebaskan buat seketika. Gadis yang bergelar bakal tunang Fahim Rayyan itu masih lagi membisu seribu kata. Sedikitpun perasaan bersalah tidak memberi kesan dalam benaknya. Fresh orange di dalam gelas Fahim hirup rakus. Dahaga benar rasa tekaknya sekarang.
“ Awak dah fikir masak – masak ke apa yang awak cuba buat ni?” sekali lagi Fahim cuba membaca riak wajah perempuan yang paling dia cinta itu.
“ Saya dah fikir sedalam – dalamnya awak. Saya harap awak boleh faham keadaan saya sekarang.” Puteri menundukkan muka sedikit. Kendur nadanya.
“ Tapi kenapa sekarang, Puteri? Awak tahukan tinggal beberapa hari aje lagi majlis pertunangan kita akan berlangsung?” Fahim mula tak puas hati.
“ Saya tahu semua tu tapi saya terpaksa awak. Saya tak ada pilihan lain. Awak cintakan saya kan? Mesti awak boleh tunggu saya betul tak?” Puteri menyentuh lembut tangan Fahim.
“ Awak tahu saya cintakan awak sangat tapi awak cintakan saya ke, Puteri? Awak memang pentingkan diri awak sendiri kan? Awak tak pernah fikir tentang perasaan orang lain. Perasaan mama saya nanti macam mana?”
“ Saya minta maaf awak. Kalau awak nak cakap saya penting diri ke apa ke, saya terima. Tapi saya tahu dalam hati awak, awak sayangkan saya sangat – sangat kan? Saya yakin awak akan tunggu saya, Fahim.”
Sorry, Puteri. Cukuplah dengan masa yang buat saya tunggu awak selama ni dan saya takut cinta saya pudar mengikut aliran masa yang awak sendiri cipta. Kalau itulah keputusan awak, saya redha. Semoga berbahagia walau di manapun awak berada, Puteri. Assalamualaikum.”
Fahim terus mengangkat punggung dan berlalu meninggalkan ruang itu. Hatinya pilu bagai disiat – siat dengan kejamnya. Gadis yang dia terlalu cinta itu sudah berjuta kali melukakan hatinya. Sehinggakan hatinya tak mampu lagi menyimpan parut baru. Dia pasrah sekiranya ini adalah petanda Puteri bukan wanita yang tercipta dari tulang rusuk kirinya.
***

Suasana agak sepi dalam Restoran Seri Puteri pagi itu. Fahim Rayyan tidak kelihatan di dalam ofisnya. Malah, Damia sendiri masih tidak kunjung tiba ke tempat kerjanya. Fakhri sudah melilaukan bebola matanya buat kesekian kalinya untuk mencari kelibat Damia di ruang dapur. Rasanya hampir kesemua ruang dan sudut dalam restoran itu sudah diterjah Fakhri semata – mata hendak mencari chef wanita yang bernama Damia itu.
Namun, usahanya menghampakan. Sejak dari pagi tadi, kelibat Damia tidak kelihatan di restoran milik Fahim Rayyan itu. Pelik. Nak cakap hari ni shif Damia mula pukul 1 petang tapi jadual dia tulis shif mula pukul 8 pagi. Entah – entah minah ni ponteng kerja tak?
            “ Kak Farah!!!” Fakhri segera memanggil Farah yang baru saja hendak menapak ke ruang makan pelanggan.
            Farah memalingkan muka lambat – lambat. Sejak peristiwa Fakhri membidas kata – katanya di hadapan Damia tempoh hari, Farah seboleh – bolehnya hendak melarikan diri bila setiap kali bertembung dengan Fakhri. Bukannya dia takut tapi dia tak nak buat masalah depan Fakhri. Dia kena jaga imejnya sebagai penyelia terbaik di hadapan Fahim. Manalah tahu kalau – kalau Fakhri ada cakap yang bukan – bukan di hadapan Fahim. Tak pasal – pasal jatuh reputasinya sebagai pekerja ‘cemerlang’.
            “ Damia mana? Dari tadi saya tak nampak dia pun.” Fakhri terus menyoal tanpa membuang masa.
            Damia? Farah sudah tayang muka meluat. Budak ni tak habis – habis dengan Damia dia tu.
            “ Entah. Cuti kot.” Balas Farah acuh tak acuh dan terus berlalu pergi meninggalkan Fakhri yang terkulat – kulat sendirian.
            Cuti? Fakhri semakin pelik. Hari ni off day Damia ke?
***
Jam ditangan dikerling pantas. Mak cakap temu janji ni pukul 3 petang tapi rasanya macam aku terawal setengah jam la pulak. Ah, lantaklah! Harap – harap Kamal bin Liman tak suka aku. Tolonglah jangan suka aku, Kamal! Walaupun kau sebenarnya handsome tahap Brad Pitt ataupun genius tahap adik Adiputra tu, but please jangan suka aku ya? Sebabnya, hati aku ni dah ada orang yang curi cuma aku tak tahu bila orang tu nak kembalikan hati aku ni balik. Ewah – ewah Damia, sejak bila kau pandai bermadah ni?
Sampai saja di hadapan pintu masuk Restoran Seri Puteri, Damia mengeluh sekejap. Kenapalah restoran ni yang menjadi pilihan? Macam tak ada restoran lain dalam Malaysia ni. Dalam pada dia dok membebel sendirian, sempat juga dia membetulkan hair pin berbentuk riben yang tersemat di rambut tepinya.
Sengaja dia mengenakan hair pin berwarna merah jambu atas desakan Puan Rozita. Katanya sebagai tanda pengecaman buat Kamal bin Liman nanti. Damia terpaksa akur dengan arahan yang diberikan. Ada juga sekelumit perasaannya ingin memberontak tapi bila mengenangkan bulu ayam yang melayang ke lengannya tempoh hari, serta – merta dia membatalkan niat untuk membantah sekali lagi. Sadis sungguh!
            Damia meneruskan langkah yang terhenti tadi dengan menapak masuk ke dalam restoran yang memang sudah menjadi rumah keduanya itu. Langkah yang disusun dengan berhati – hati itu kononnya sangat cool padahal dalam hati dah berbakul – bakul perasaan gusar. Dup dap dup dap! Aiseyman, handsome sangat ke mamat blind date aku ni sampai berdebar – debar mengalahkan orang nak nikah ni?
            Langkah tetap diteruskan tanpa perasaan putus asa. Biji mata Damia sibuk mengintai ke arah ruang makan pelanggan yang terdapat beberapa pasangan sedang menjamu selera. Nampaknya, kelibat seorang lelaki yang sedang menunggu seseorang masih lagi tidak kelihatan. Sah, memang Damia yang datang terlebih awal. It’s ok. Disebabkan Kamal bin Liman anak kawan mak, aku sanggup tunggu. Kalau kau lambat lebih dari setengah jam, serius aku blah!
            Tanpa membuang masa gadis itu meluru ke ruang makan berhampiran dengan dinding kaca yang menampakkan orang lalu – lalang di luar. Lebih afdhal cari tempat yang terbuka macam ni. Duduk kat tempat yang ceruk – ceruk kang susah pulak aku nak mintak tolong kalau dia cuba buat jahat kat aku nanti. Maklumlah taekwondo black belt siot!
            “ Eh, Kak Damia buat apa kat sini? Bukan akak ambil cuti ke hari ni?” teguran secara tiba – tiba dari salah seorang pelayan restoran itu, Umi Farhana atau nama saintifiknya Lala. Macam tak ada kaitan kan? Uh, whatever! Macam mana budak Lala ni boleh perasan aku pulak ni? Tapi siapa je yang tak perasan kan? Dah memang aku kerja sini. Argh, ni semua Kamal bin Liman punya pasal! Why this restaurant! Why!!!
            “ Akak jumpa kawan kejap. Sebab tu akak ada kat sini.” Damia buat – buat sengih.
            “ Kawan lelaki ke?” giliran Lala pulak sengih.
            Damia tidak membalas. Gulp! Eh budak ni, banyak tanya pulak dia! “ Kerja Lala dah siap ke belum? Kak Farah datang check nanti baru tau.”
            “ Ok, ok!” ghaib terus Lala dari situ.
Damia maintain sengih. Rasanya semua staf dalam restoran tu tak boleh dengar nama Kak Farah. Termasuk Damia sendiri. Berpuaka betul nama tu. Damia kembali melilaukan biji mata di luar dinding kaca mencari kelibat lelaki yang masih dinantinya. Jam ditangan sudah dikerling. Masih ada masa tak kurang 15 minit lagi. Bagus jugak kalau mamat ni lambat sebenarnya. Boleh aku buat alasan depan mak nanti. Kih kih kih. Harap – haraplah Kamal tak tepati janji. Amin..
Tak sampai lima minit pun, doa Damia jelas tak termakbul. Angan – angannya hanya tinggal angan – angan Mat Jenin.
“ Assalamualaikum. Ni Cik Nurul Damia binti Ariffin ke?”
Damia angkat muka sikit. Dia tengok lelaki yang berani menegurnya itu atas bawah. Amboi, pakai kemeja lengan pendek bunga – bunga siap masuk dalam seluar lagi! Tu ok lagi tapi yang bow tie kat kolar baju dia tu kenapa? Rambut tak payah ceritalah. Sure belah tengah! Argh!!! Memang penampilan cikgu macam ni or dia sorang je macam ni? Stress!
“ Kamal bin Liman?” Damia kerut dahi. Please, tolonglah cakap kau bukan Kamal bin Liman walaupun kau sebenarnya Kamal bin Liman!
“ Ya, saya. Anak Makcik Ayu yang kawan baik dengan mak awak tu. Boleh saya duduk?” Kamal masih senyum.
Belum sempat Damia memberi izin, Kamal terlebih dahulu melabuhkan punggung. Cis, baik tak payah tanya aku kalau macam tu!
“ Dah lama awak sampai?” Kamal memulakan sesi perkenalan.
“ Boleh tahan lama lah jugak.” Balas Damia ada tidak. Malas tunjuk mesra. Nanti mamat ni perasan, dia jugak yang susah! Misinya untuk membuatkan lelaki nerd di hadapannya angkat kaki cepat dari situ akan dia pastikan tercapai. Chaiyok!
“ Oh, saya minta maaf! Tadi ada aktiviti kokurikulum kat sekolah. Saya guru penasihat Kelab Taekwondo. Saya sebenarnya tak nak jadi guru penasihat ni tapi disebabkan saya pegang black belt so, saya tak ada pilihan. Bla...bla...bla....” Kamal meneruskan bebelan tanpa kenal erti penat.
Black belt lagi? Dah dua hari aku asyik dengar mak tasbih perkataan black belt kat rumah. And now, again!! Urgh! Damia sudah menguap beberapa kali. Kadang – kadang dia sengaja buat – buat menguap pun ada. Oh no, aku dah tak tahan lagi dengan mamat ni! Nak dekat setengah jam dia boleh bercerita pasal taekwondo? Kau memang boleh kamcing dengan mak aku lah, Kamal. Haih. Kalau aku ada adik perempuan ni, memang awal – awal lagi aku suruh adik aku ganti tempat aku. Tak boleh jadi ni! Aku kena buat sesuatu.
Sorry, saya ke ladies kejap ya?”
Damia bingkas dari kerusi. Lesap terus aksi sopan – santun tadi. Kamal sudah tercengang memandang. Sedih lah tu tak dapat nak continue cerita dia tadi. Padan muka! Aku akan buat kau blah dari sini sekarang jugak. Kalau tak percaya, tengoklah nanti!
Agak – agak dah dekat 30 minit, Damia mengintai sikit ke arah tempat duduk Kamal dari arah dapur. Kelihatan pemuda itu masih tak putus asa menunggu. Damia mengeluh berat. Oh man, apasal mamat ni tak gerak lagi dari situ? Aku dah naik bosan ni main game handphone kat dapur. Nasib baiklah ni tempat kerja aku. Boleh jugaklah lepak – lepak kat belakang ni. Kalau tak, mana lagi aku nak menyorok? Toilet? No way, man! Mahu kena demam kepialu aku nanti.
“ Awak tengok apa tu?” teguran dari suara garau yang betul – betul hampir di telinga Damia membuatkan gadis itu tersentak. Serta – merta Damia menegakkan tubuh.
Fakhri? Damia kawal air muka supaya tak nampak terkejut sangat.
“ Err aku.. err..” Damia garu kepala sikit. Nak menipu apa ni hah?
Fakhri senyum sinis tiba – tiba. Kedua – dua belah tangannya sudah memeluk tubuh. “ Tengok blind date ke?”
Oh, crap! Kantoi lagi dengan mamat ni. Tak guna betul! Sah dari tadi dia dok usya aku. Damia sempat menghadiahkan sebuah jelingan buat anak buahnya itu. Malas nak membalas. Dia sambung intai Kamal dari jauh. Nampaknya, Kamal sudah mula mengerling jam tangannya beberapa kali. Kepalanya juga sibuk ditoleh ke kiri dan kanan. Mencari kelibat Damia gamaknya.
Yes! Damia bersorak dalam hati. Tersenyum puas. Mesti mamat ni dah bosan tunggu aku. Tolonglah blah cepat! Tiba – tiba Kamal mengangkat punggung dari kerusi. Inilah masa yang dinanti – nantikan oleh Damia. Hahaha akhirnya mamat skema tu kenal pun erti fed – up. Eh wait, apasal langkah kaki dia macam menuju ke dapur je ni? Cis, mesti mak dah bagitahu aku chef kat restoran ni! Apa lagi, sembunyikan diri cepat!
Belum sempat Damia memasang langkah, Fakhri segera merentap erat lengan gadis itu. Damia sedikit terkejut. Dia cuba melepaskan genggaman erat dari jemari pemuda itu tapi gagal.
“ Lepaslah! Kau buat apa ni?” Damia tetap tak putus asa.
“ Kenapa awak nak lari? Blind date awak tengah cari awak tu.” Fakhri masih selamba tersengih.
Damia sudah merengus geram. Alamak mamat ni, nak menolong pun tak bertempat! “ Kau jangan sibuklah.” Damia tinggikan suara sikit. Biji matanya sudah dihalakan ke arah Kamal yang semakin menghampiri ruang dapur. Damn it.
Tak semena – mena, Fakhri terus menarik kuat lengan Damia. Langkah Damia terdorong ke belakang. Tubuhnya disandarkan ke dinding. Damia kaget. Mana tidaknya, wajah Fakhri betul – betul di hadapan matanya kini. Hanya berjarak beberapa inci saja. Lengan gadis itu masih lagi tak dilepaskan.
Fakhri senyum tampan buat gadis cantik itu. Dia cuba merapatkan lagi tubuhnya. Damia semakin gentar. Mamat ni dah kenapa? Walaupun dia tahu, umur Fakhri lebih muda darinya tapi kebarangkalian untuk lelaki itu melakukan sesuatu yang buruk terhadap dirinya amatlah tinggi.
Damia pejam mata rapat. Takut nak tengok apa yang berlaku. Please somebody tolong aku! Ada mamat gila dah hilang pedoman ni.
“ Cuba bertahan kalau awak nak selamat.” Fakhri tiba – tiba berbisik lembut di telinga Damia.
Damia tersentak. Dia buka mata perlahan. Terkejut beruk dibuatnya bila wajah Fakhri yang sikit lagi boleh melekap ke wajahnya. Kurang asam punya budak!
“ Cik Damia!” suara garau yang agak jambu tiba – tiba kedengaran di ruang itu.
Fakhri dan Damia serta – merta memalingkan muka ke arah pemilik suara tersebut. Wajah jambu Kamal dah menyinga. Damia mula kecut perut. Fakhri masih selamba seraya melepaskan lengan gadis itu. Tubuhnya dijarakkan sedikit.
“ Kenapa awak buat saya macam ni? Kalau awak dah ada kekasih, awak tak sepatutnya setuju nak bertemu janji dengan saya.” Suara Kamal serak. Biar betul mamat ni? Tak kan nak menangis kat sini pulak?
Kekasih? Damia tercengang kejap. Dia pandang wajah Fakhri tanpa kedip. Fakhri masih dengan senyum tampannya. Bajet handsome!
“ Saya minta maaf. Saya kena pergi dulu. Awak dah banyak buang masa saya kat sini.” Dengan berbekalkan perasaan kecewa yang berbuku di dada, Kamal terus berlalu meninggalkan dua orang manusia di ruang itu.
Sekali lagi Damia tersentak. Banyak buang masa dia? Ewah – ewah mamat jambu ni, tak padan dengan skema tu. Masa aku yang banyak terbuang tau sebab kau. Sebab kau jugak aku terpaksa ambil cuti hari ni dan sebab kau jugak Fakhri... Hah!!! Fakhri?
Turun naik, turun naik nafas Nurul Damia tengok wajah Fakhri yang sedari tadi maintain sengih. Sengaja ingin menyakitkan hati. Damia pulak muka dah macam nak telan orang.
“ Kau sedar tak apa yang kau buat tadi?”
“ Sedar. Saya cuma tolong awak. Bukan ke awak nak selamatkan diri dari Mr. Blind awak tu? So, why not saya tolong awak larikan diri dia buat selama – lamanya.” Fakhri masih tunjuk muka tak bersalah.
Damia terdiam kejap. Ada relevan jugak jawapan mamat ni sebenarnya. Argh, tapi cara dia tolong aku tu yang tak puas hati tu!
“ Tak ada cara lain ke kalau ya pun nak tunjuk mesra?” Damia jegil biji mata sikit.
“ Ada cara lain lagi ke nak tunjuk mesra? Contohnya?” Fakhri main tarik tali. Bibirnya automatik tersengih nakal.
Gulp! Damia terkunci bibir. Cis, mamat ni main kotor! Pusing ayat aku.
“ Kau tak ada kerja ke ni? Setahu aku, ni bukan waktu rehat.” Sengaja Damia tukar topik sebelum topik tunjuk mesra tadi dibahaskan dengan lebih mendalam lagi.
“ Dah awak tak ada, so saya pun tak ada kerja lah.” bersahaja jawapan yang diberikan.
“ Siapa cakap macam tu?”
“ Fahim Rayyan a.k.a bakal tunang awak tu.”
Fakhri sengih galak. Damia makin sakit hati. Budak ni boleh main perli – perli pulak. Kalau betul – betul mulut kau masin nanti, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.
“ Sudahlah. Malas aku layan kau ni.” gadis itu segera menapak meninggalkan Fakhri seorang diri.
“ Lagi empat hari, Damia!” sempat lagi Fakhri melaung ke arah Damia. Damia pula sengaja menekup kedua – dua belah telinganya pura – pura tak dengar. Langkah kakinya dilajukan meninggalkan perkarangan restoran.
                                                                        *****
Leg note: sorry bebanyak tau atas kelewatan m’update novel ni.. masa amat mencemburui sy sbenornye..cewah! Hahaha. Nah, 2 bab gedebuk sekali sy bagi.. Hehe semoga terhibur semua! =)

6 comments:

  1. best sgt writer!
    x tahan betul ngan kamal tu. lawak! hahah
    cepat smbung ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok anon! next chapter coming up
      tq bebanyak tau sbb sudi folow cite ni ^^

      Delete
  2. sampai ati damia! :(
    -makcik ayu-

    ReplyDelete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?