Followers

Sunday 7 April 2013

~ Saya Kenal Sayang Saya! 5 ~


Langkah dihayun dengan penuh rasa suka hati untuk pulang ke rumah. Turun saja dari bas tadi, Damia mengibaskan rambut  panjangnya yang sedikit kusut akibat angin yang menerobos masuk dari tingkap bas yang hanya tinggal masa nak pecah tu. Macam iklan Rejoice pulak! Fuh, terasa begitu bebas dan lega sekali! Bebas dari cengkaman Kamal bin Liman actually. Freedommm!!! Hahaha jahat gila aku ni. Kesian Kamal. Obvious betul aku memilih kasihkan beliau. Padahal dia tak buat salah apa – apa pun. Just kemeja bunga – bunga dia tu yang menjadi pujaan hatiku. Hahaha.
            Damia mengintai sikit ke arah rumah teres berkembar dua tingkat milik keluarganya. Tiba – tiba jantungnya berdegup macam ada bom yang nak meletup. Alamak, ni macam ada petanda tak baik je ni! Damia menjalarkan lagi pandangan matanya ke luar kawasan garaj rumah. Nampaknya Proton Persona milik arwah ayah masih terparkir elok di luar rumah. Ini tandanya, mak ada kat rumah. Macam mana nak masuk rumah ni? Agak – agak mak dah tahu ke belum eh pasal Kamal tadi?
            Penuh tertib langkah diatur melepasi pintu pagar. Baru saja Damia hendak mengeluarkan kunci rumah dari beg tangannya, tombol pintu sudah dipulas dari dalam. Daun pintu dikuak kasar. Erkk! Terkejut beruk gadis itu dibuatnya bila tengok Puan Rozita sengih meleret semacam aje. Sah ada yang tak kena ni! Mesti mamat skema tu dah mengadu kat mak. Nasib baiklah aku tak jadi berpacaran dengan cikgu nerd tu. Pelik aku! Waktu aku sekolah dulu, cikgu aku semua smart and handsome je. Sampai aku pun admire cikgu sendiri. Apasal bila kena part Kamal ni jadi lain pulak acuannya? Haih.
            “ Sila, sila... sila masuk, Nurul Damia!” Puan Rozita sengih lagi.
Damia sudah pandang pelik wajah ibunya. Misteri betul senyuman itu. Penuh dengan muslihat. Dalam pelik itu, Damia masih menghadiahkan senyuman buat ibunya. Siap menghulurkan tangan untuk bersalam lagi. Moga – moga sejuklah hati mak aku ni.
“ Alahai, mithalinya anak mak ni!” Puan Rozita mengusap lembut rambut anak daranya yang sedang tunduk bersalaman.
Semakin musykil dibuatnya bila melihat kemesraan yang amat luar biasa ditunjukkan oleh Puan Rozita. Damia masih maintain cool. Dalam benaknya sudah merencana apa yang akan berlaku selepas ini. Aku mesti selamatkan diri sekarang jugak!
“ Mak, orang naik bilik dulu ya? Penatlah.” Sebuah senyuman manja diukir buat Puan Rozita seraya kakinya sudah menapak ke tangga menuju ke tingkat atas.
“ Tunggu dulu, Damia! Penat ya?”
Belum sempat Damia melajukan langkah, tapak kakinya sudah terpaku di pertengahan anak tangga. Perlahan – lahan Damia menoleh ke arah ibunya. Ah, sudah! Mak dah buat mata spiderman dia. Habislah kau, Damia! Finish! Ya Allah, selamatkanlah aku dari musibah yang bakal menjelma sebentar saja lagi. Help me, Ya Allah!
             “ Duduk dulu.” Puan Rozita masih kawal suara walaupun gerak – gerinya sekarang amatlah menakutkan.
Damia pula berlagak selamba seraya melabuhkan punggung di atas sofa. Biji matanya segera dihalakan ke kaca televisyen. Takut nak tengok wajah Puan Rozita yang macam nak baham anak sendiri tu.
“ Kamu dah buat apa kat Kamal tu tadi haa?” belum apa – apa lagi, suara Puan Rozita dah naik pitch.
“ Buat apa pulak mak? Orang tak buat apa pun.” Damia mencebik.
“ Baik kamu terus – terang dengan mak. Apa yang kamu buat kat restoran tadi sampai Kamal dah merajuk tak nak cakap dengan mak?!”
“ Apa mak? Kamal merajuk?!” Terbeliak biji mata Damia sekejap.
Hahaha. Ok, ini sangat kelakar! Tak sangka pulak aku mamat skema tu pandai touching? Oh lupa, dah namanya pun skema kan? Hehehe. Kamal... Kamal... Kita bukannya ada apa – apa pun sampai kau nak merajuk bagai. Kalau setakat aku tahu kau level black belt taekwondo tu belum terjamin lagi tau kau boleh touching sebab aku.
Damia sambung gelak sepuas – puasnya. Kalau boleh, dia nak bergolek – golek atas lantai sambil gelak tapi bila terpandangkan wajah Puan Rozita yang masih tak kurang singanya itu segera dia mematikan tawa. Damia berdehem sikit.
“ Betul mak. Orang tak buat apa pun kat Kamal tu. Mana ada orang buli dia pun.”
Papp!!! Tiba – tiba tapak tangan Puan Rozita menampar kuat meja kopi. Terperanjat Damia dibuatnya. “ Kamu jangan nak tipu mak, Damia? Kamu ingat mak tak tahu apa yang berlaku tadi?”
Gulp! Damia terdiam kejap. Mamat skema ni dalam merajuk – merajuk pun sempat lagi mengadu kat mak aku tu! Damia intai tangan Puan Rozita. Bagus! Rotan bulu ayam tak ada. Damia pandang pula kawasan sekeliling tempat duduk ibunya. Cis! Ada pasu bunga pulak atas meja kopi. Ni kalau salah jawab ni, memang makan pasulah jawabnya nanti!
“ Apa yang mak tahu?” Damia main tarik tali.
“ Kamal bagitahu kamu dah ada boyfriend. Staf tempat kerja kamu jugak.”
Damia sedikit tersentak. Terang – terang boyfriend yang dimaksudkan ibunya itu adalah Fakhri. Nak jawab apa ni haa? Kalau cakap tak ada nanti, mak mesti suruh aku continue balik date dengan Kamal. Oh my, aku dah tak sanggup nak dengar cerita taekwondo Kamal tu lagi! Tapi kalau aku cakap ada, mesti mak nak jumpa dengan budak Fakhri tu. So how?
Dalam sibuk memikirkan kekeliruan yang melanda, Damia secara tidak sedar sudah mengangguk perlahan kepalanya. Puan Rozita jelas terkejut beruk.
“ Jadi betullah kamu dah ada boyfriend ni?” sekali lagi Puan Rozita ingin memastikan. Terasa tidak percaya.
Erkkk! Damia tersentak. Alamak?! Apa yang aku cuba buat sebenarnya ni?
***
Peti sejuk yang menyimpan segala barangan basah untuk dimasak habis diselongkar Damia. Pelik dibuatnya bila ikan salmon yang dicari sejak tadi masih lagi belum ditemui. Gawat ni! Ikan salmon merupakan tunjang hidangan utama bagi menu di restoran yang bercirikan east dan western itu. Rasanya kelmarin aku dah pesan kat Ikhwan suruh order ikan salmon sebelum aku bercuti semalam. Ish, budak ni mesti tak ingat lagi! Makan semut banyak benor!
            “ Awak cari apa ni sampai berterabur semua barang?” tegur satu suara garau dari belakang. Damia sedikit terkejut. Secepat kilat dia menegakkan tubuhnya dari membongkok tadi.
            “ Ha kau datang tepat pada masanya, Fakhri! Aku ada masalah besar ni.” Damia kembali mengemas barang – barang yang dikeluarkan tadi.
            “ Masalah saya pun awak tak selesaikan lagi dan sekarang awak nak bagitahu saya tentang masalah awak tu?” Fakhri seperti biasa masih dengan ugutannya yang tak laku tu.
            “ Aku tak ada masa nak gaduh dengan kau ni. Kau kena tolong aku sekarang jugak. Ni soal prestasi restoran abang kau tahu tak?” serius nada gadis itu.
            Fakhri mula pandang pelik. Risau pulak dibuatnya bila melihat gaya misteri yang ditonjolkan Damia. Ada apa – apa perkara buruk yang dah berlaku ke dalam restoran tu?
            “ Kau tolong pergi beli ikan salmon kat pasar kejap boleh? Seekor ikan salmon pun tak ada dalam peti sejuk ni tau. Habislah kita kalau customer order nanti.” Damia memberi arahan tiba – tiba.
            Erkk! Ikan salmon? Fakhri tercengang buat seketika. Sangkanya tadi apalah masalah yang besar sangat tu. Rupanya ikan salmon? What the fish!
            “ Ish, saya mana tahu rupa ikan salmon tu macam mana! Awak je lah yang pergi beli. Apasal pulak suruh saya?” bantah Fakhri tanpa segan – silunya.
            “ Kau ni, tak kan lah ikan salmon pun tak tahu rupa macam mana? Time makan, tahu la pulak rupa dia ya?”
            “ Lepas masak and sebelum masak, banyak bezanya Cik Damia. Lagipun, saya rasa saya tak perlu kenal kot rupa ikan – ikan ni. Saya bukannya nelayan.” Fakhri memeluk tubuh. Sombong.
            Damia sudah mengecilkan biji mata menikam bebola mata Fakhri Wafiy. Menjawab je kerja si budak hingusan ni. Tenang Damia, tenang! Aku fikir adik bos je budak ni. Kalau tak, memang aku bertekak sampai kering air liur pun tak apa. Menyakitkan hati je!
“ Ok, ok. Kalau aku yang pergi beli, siapa nak masak kat dapur ni? Kau ke?” Damia masih memaksa.
            “ Ikhwan kan ada. Suruhlah dia yang masak.”
            Damia terdiam kejap. Betul jugak kan? Ikhwan pun boleh masak. Haish tapi aku malaslah nak naik bas semata – mata nak beli ikan salmon tu. Nak kena tunggu bas lagi. Haih. Dalam keadaan macam nilah aku rindukan kereta arwah ayah kat rumah. Bukan mak yang tak bagi drive, tapi aku yang tak nak. Aku tak tahu kenapa aku takut sangat nak drive. Padahal semua benda yang laki buat, aku mampu buat except pandu kereta je. Lesen memandu kereta ada tapi bila pegang stereng kereta terketar – ketar tangan. Aku sendiri pun musykil.
            Usai mendapat kebenaran keluar dari Kak Farah, Damia melangkah lemah menuju ke tempat perhentian bas yang tidak jauh dari restoran mewah itu. Moodnya waktu tu boleh dikatakan berada di tahap paling bawah sekali. Mencuka wajahnya. Bukan tak ikhlas nak buat kerja tapi bengang dengan perangai adik kepada bos restoran itu. Sepatutnya dia yang buli Si Fakhri tu memandangkan Fakhri adalah anak buahnya. Ni terbalik pulak! Kepala otak aku ni pun satu. Cubalah keluarkan idea cepat supaya Fakhri tu blah dari restoran ni dengan kadar segera. Tenteram sikit dunia aku nanti.
            Tenteram pun taklah tenteram sangat sebenarnya. Mak pulak dah syak aku couple dengan budak Fakhri tu. Tapi tak apalah. Buat masa ni keadaan aku masih lagi selamat di depan mak selama aku bergelar ‘girlfriend’ si budak hingusan tu. At least, dia tak ada niatlah nak kenenkan aku lagi dengan anak kawan dia. Hehehe. Pintar jugak otak kau ni, Damia! Sorrylah Fakhri, aku terpaksa pinjam nama kau kejap ya buat benteng keselamatan. Kih kih kih.
            Pon!!! Hon kereta yang tiba – tiba memekak di hadapan bus stop itu serta – merta membunuh lamunan Damia dengan sadisnya. Damia terperanjat. Bebola matanya sudah dihalakan ke arah Honda Civic warna putih untuk mencari pemiliknya yang perasan bagus main hon – hon selamba badak dia je. Cermin tingkap yang bertinted hitam di sebelah tempat duduk pemandu diturunkan perlahan.
            Erkk!!! Damia tercengang kejap. Fakhri?! Biji mata Damia kembali menilik tubuh Honda Civic di hadapan matanya itu. Bila masa budak ni ada kereta pulak? Biji matanya dialihkan pula ke arah nombor plat yang tersemat di punggung kereta mewah itu. Hmm aku dah agak dah mesti kereta Fahim Rayyan ni.
            Damia kembali pandang wajah Fakhri yang masih tersengih kambing dari dalam kereta. Eleh, nak ajak aku naik kereta la tu! Jangan harap. Aku lebih rela naik bas dari naik kereta dengan budak yang bermulut insurans expired ni. Damia cepat – cepat mengalihkan pandangan ke tempat lain. Tiba – tiba pulak jadi ramah dengan makcik yang turut  menunggu bas duduk bersebelahannya.
            Sekali lagi hon kereta dibingitkan. Kali ni lebih lama bunyinya sampaikan beberapa orang yang turut menunggu bas di bus stop itu mula memandang Damia tak puas hati. Nampak sangat hon yang dibunyikan di kawasan itu sengaja dihadiahkan buat Damia. Fakhri masih lagi bermain dengan honnya dan Damia pula sudah merengus geram. Mamat ni memang sengaja sungguh nak cari pasal dengan aku!
            Mahu tak mahu, Damia akhirnya menghentak bumi menuju ke arah pintu belakang Honda City yang sedang bermaharaja lela di hadapan bus stop. Pintu dibuka lalu dia meneroboskan diri ala – ala primadona tersohor Malaysia. Wah, kelasss kau Damia! Ah, peduli apa aku! Fakhri sudah tercengang. Ewah – ewah makcik ni!
            “ Awak ingat saya driver awak ke?” Fakhri menoleh sedikit ke arah tempat duduk belakang.
            “ Bukan driver ke kalau dah sampai datang menjemput kat bus stop ni?” Damia tayang muka selamba.
            Fakhri bingung sekejap. “ Bila masa pulak saya datang jemput awak?”
            Damia senyum sinis. Eleh, tak mengaku konon! Pirahhh! “ Jalanlah cepat. Nak berdrama pulak kat sini.”
            “ Drama?” Fakhri kerut kening pula.
            Namun belum sempat dia menyambung kata, tiba – tiba pintu kereta sebelah pemandu dikuak. Muncul seorang lelaki muda dalam lingkungan 20-an sambil memegang sekeping fail. Lelaki itu terus menghenyakkan punggung di sebelah Fakhri. Damia terkejut besar. Fakhri pula hanya memandang lelaki itu sekilas lalu menoleh semula ke arah Damia.
            Sorry lambat. Kau punya hon tadi mengalahkan hon keretapi kan?! Aku sibuk betulkan kertas – kertas dalam fail ni lah. Tak perasan pulak kau hon. Jom cepat!” Lelaki misteri berkenaan segera memberi arahan.
            Fakhri masih membatu. Damia pula sudah ternganga. Menyedari ruang dalam kereta itu sunyi semacam, lelaki tadi menoleh perlahan kepalanya ke arah tempat duduk belakang. Eh?! Seperti yang dijangka, wajahnya turut pelik.
            “ Err kau bukan datang nak jemput...” Damia gagap tiba – tiba. Tak mampu nak habiskan ayat.
            “ Awak ingat saya datang jemput awak ke?” Fakhri sengih sinis. Lelaki di sebelahnya semakin bingung dengan apa yang berlaku.
            Oh, sorry...” nada itu perlahan. Damia tunduk muka sikit. Aduh, malu tahap gaban dah ni!
            Namun belum sempat Damia menguak semula pintu kereta untuk melangkah keluar, lelaki di sebelah Fakhri tadi segera menahan. Langkah Damia mati serta – merta.
            “ Kakak nak ke mana?”
            Kakak?! Membulat biji mata Damia mendengar. Amboi mulut budak ni... tua sangat ke muka aku?
            “ Macam ni lah, Fakhri. Kau hantar aku pergi firm tu dulu, lepas tu hantar akak ni pulak. Korang memang kenal kan?”
             Damia dan Fakhri bertembung bebola mata. Lebih pada kenal dah pun! Desis hati masing – masing.
            “ Eh, tak apa lah! Menyusahkan korang pulak.” Damia ukir senyum seraya menolak pelawaan. Kononnya sopan santun. Padahal muka dah tebal sepuluh inci nak menghadap wajah Fakhri lagi.
            “ Dah orang ajak tu, on je lah.” tanpa sebarang bantahan Fakhri segera menekan pedal minyak meninggalkan kawasan bus stop itu. Damia hanya mampu memberi jelingan maut buat pemuda itu melalui cermin pandang belakang. Tak sempat dia nak melompat keluar. Suka hati dia je nak buat apa!
            Perjalanan yang hanya menelan masa lima belas minit untuk sampai ke pasar dirasakan seperti lima belas jam lamanya apabila Fakhri menghantar temannya ke destinasi yang sudah mereka rancangkan terlebih dahulu tadi. Kini, dalam perut kereta mewah itu hanya tinggal gadis yang bernama Nurul Damia di tempat duduk belakang dan pemuda yang bernama Fakhri Wafiy di tempat pemandu. Masing – masing sibuk melayan fikiran sendiri. Tak tahu apa yang hendak dibualkan. Kekok seperti pasangan yang baru kenal dua tiga saat yang lepas.
                                                                                  *****
Assalamualaikum... Hai!! Lambat kan SKSS update? Haih. Sorry bebanyak ye sume..bukan sengaja tau update lambat tp assignment byk sgt. *ok skrg tolong salahkan lecturer ye..hihi em wateva pun sy akan cuba update chapter by chapter scepat mgkin ye..sy mintak ampun sgt2 pada yg slalu tanya bile nk update SKSS kat blog or fb or twitter..* eh ada twitter ke? Hehe blum smpai seru lg nak btwitter..=)
          Ok, cukuplah membebel tu! em harap sgt korang thibur ye dgn SKSS bab 5 ni.. in shaa Allah sy akan release bab 6 dlm masa tdekat ni jugak..ok bye! Syggg korang sume <3

6 comments:

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?