Followers

Tuesday 23 April 2013

~ Saya Kenal Sayang Saya! 7 ~


Fakhri Wafiy yang sedang mengunyah makanan di dalam mulut serta – merta tersedak apabila mendengar arahan yang baru diberikan oleh Fahim Rayyan sebentar tadi. Biji matanya bagaikan nak tersembul memandang tepat ke wajah Fahim. Rasa macam tak percaya pun ada. Entah – entah gegendang telinga aku dah menipu aku pagi – pagi ni?
            “ Apa yang kamu cakapkan ni, Fahim?” Puan Maria jelas tak puas hati dengan kata – kata yang baru terbit dari bibir anak lelaki sulungnya itu.
            “ Fahim tak nak Fakhri kerja kat restoran tu lagi, ma.” Fahim ulang suara. Wajah Fakhri yang sedang terkejut dikerling sikit.
            “ Tapi kenapa pulak? Hari tu kamu jugak yang bagi cadangan suruh Fakhri kerja kat restoran.” sambung Puan Maria lagi.
            “ Betul tu. Kenapa tiba – tiba kau nak fire aku ni?” Fakhri tumpang menyampuk. Perasaan pelik bin ajaib menggunung dalam benaknya. Damia buat apa sampai Fahim nak pecat aku ni? Sampai hati tak bagitahu...
            “ Tak payahlah kau buang masa nak kerja kat restoran tu. Lagipun bukannya kau tak cukup makan pakai. Better kau rehat puas – puas cuti sem ni.” bersahaja nada Fahim. Sesudu nasi goreng disuap ke dalam mulut tanpa perasaan bersalah.
            Sekali lagi Fakhri menjadi pelik. Rasanya Fahim guna alasan aku yang dulu tu. Musykil betul. Apa yang berlaku sebenarnya ni?
            “ Baru seminggu Fakhri kerja kat situ. Biarlah dia kerja sampai sebulan dulu kot ya pun.” Puan Maria menyelit lagi.
            Sebulan? Oh man, mama ni tak putus asa tu nak suruh aku kerja jugak!
            “ Ala ma, betullah apa yang Fahim cakap tu! Boleh jugak Fakhri ready dengan subjek – subjek baru yang akan belajar sem depan.”
            Wah, terbaik dari ladang alasan kau Fakhri! Ah, yang penting aku dapat lari dari restoran tu! Yang lain belakang cerita. Yabeda bedu!
            Ready subjek apanya kalau dah sampai menelaah kat pusat – pusat hiburan dengan kawan – kawan kamu tu?” Puan Maria jegil sedikit biji mata ke arah Fakhri.
Dia dah masak sangat dengan pe’el anak bongsunya itu. Tak habis – habis dengan nak berseronok dan bersosial. Apa faedah yang dia dapat pun tak tahulah. Mengabihkan boraih aje adalah. Fakhri hanya menghadiahkan sengih kambing buat mamanya yang semakin berasap telinga. Silap hari bulan boleh terbang meja makan tu dibuatnya.
“ Tak apalah, ma. Fakhri kan dah besar. Takkan dia tak tahu nak bezakan yang mana baik and yang mana buruk. Betul tak, Fakhri?” Fahim tersenyum hambar memandang wajah adik manjanya itu.
Fakhri yang terbuai dengan kata – kata yang memihak dari abangnya segera mengangguk laju kepala. Bibirnya usah dipersoalkan lagi. Sudah pasti sengihnya sampai ke telinga. Tak pasal – pasal boleh koyak mulut akibat terlalu panjang senyumnya.
“ Hmm suka hati kamulah, Fahim. Apa yang kamu rasa baik, buatlah.” Puan Maria akhirnya mengaku kalah. Nadanya sudah mengendur lantas dia menyambung semula suapan makanan ke dalam mulut.
Fakhri masih lagi tak lekang dengan senyumannya. Sampai kunyah makanan pun nak senyum. Nampak tak di situ betapa excitednya dia sekarang? Dalam urat saraf otaknya, dah mula merangka aktiviti sempena meraikan pembebasan dirinya dalm tempoh cuti semester itu.
“ Ma, ada satu benda lagi Fahim nak bagitau ni.” Sekali lagi Fahim Rayyan memecah sunyi.
Puan Maria dan Fakhri masih menjamu selera. Sabar menunggu kata – kata dari bibir Fahim.
“ Fahim tak jadi bertunang dengan Puteri Sabtu ni.” teragak – agak lelaki itu menyambung kata.
Semua biji mata yang berada di ruang itu segera dihalakan tepat ke arah Fahim. Terkejut yang melampau. Terutamanya Puan Maria. Rasa nak telan makanan yang sedang dikunyah pun dah tak mampu.
“ Kamu biar betul, Fahim. Mama boleh terima lagi kamu nak pecat Fakhri dari restoran...” Puan Maria melirik sikit biji matanya ke arah Fakhri. Fakhri pula senyum lebar. Yes!
“ Kamu jangan nak seronok sangat, Fakhri! Mama dah aturkan rancangan lain untuk kamu.” Sempat lagi Puan Maria mengugut anak bongsunya itu. Fakhri serta – merta tarik muka.
“ Tapi kalau sampai tak jadi bertunang ni, mama tak setuju langsung! Kamu jangan nak bagi malu mama tau.”
“ Puteri tak nak bertunang lagi, ma. Dia dah fly ke oversea dah pun.” Perlahan Fahim membalas.
“ Astaghfirullahalazim... Macam mana boleh jadi macam ni, Fahim?” Puan Maria urut dada perlahan. Terasa satu ujian yang amat besar buat keluarganya.
“ Dia nak sambung study. Dia minta tangguh dulu.”
“ Tangguh? Apa dia ingat kita majlis tunang ni macam main aci nyorok ke? Saudara – mara kita semua dah tahu yang kamu akan bertunang Sabtu ni. Apa mama nak jawab nanti, Fahim?” pitch suara Puan Maria sudahpun memenuhi ruang itu.
“ Kau serius ke ni, Fahim? Kot ya pun nak sambung study, korang bertunang aje lah dulu. Bukannya salah pun.” Giliran Fakhri menyampuk pula.
“ Aku dah ajak dah bertunang dulu tapi dia tak nak lagi. Takkan aku nak paksa pulak.” Fahim membebaskan keluhan kecil.
“ Habis tu, kamu nak cancel lah majlis Sabtu ni ya?” nada Puan Maria sudah mengendur.
Fahim menggeleng kepala perlahan. Puan Maria dan Fakhri sudah menayang wajah pelik.
“ Fahim akan bertunang dengan orang lain, ma.” Sambung Fahim lagi.
“ Dengan siapa?!!” serentak anak – beranak itu bertanya.
“ Nurul Damia. Chef kat restoran tu.”
Puan Maria dan Fakhri saling berpandangan. Kedua – duanya jelas sedang terperanjat besar. Terutamanya Fakhri Wafiy. Lidah terus kelu untuk berbicara. Ternganga dua minit. Damia? Nurul Damia binti Ariffin tu?!
***
            “ Kamu jangan main – main, Damia. Mak boleh terima kalau Sabtu minggu depan. Tapi kenapa Sabtu ni? Esok dah Jumaat dah tahu tak?” Puan Rozita seakan hendak menelan anak gadis tunggal di hadapan matanya itu.
            “ Ala bertunang aje, mak. Bukan nikah pun. Lagipun kan lebih bagus mempercepatkan urusan yang baik ni mak.” Damia sengih meleret.
             “ Bertunang tu adalah permulaan sebuah hubungan tau. Keluarga diorang tak ada adat ke apa tiba – tiba nak rampas anak dara orang? Kalau nak, mintaklah cara elok – elok.” Sambung Puan Rozita lagi dengan gaya ala – ala Ibu Mertuaku.
            “ Hisy mak ni, nak rampas apa pulak? Petang nanti keluarga diorang datang meminang lah. Bukannya orang nak bertunang buta – buta macam tu aje.”
            “ Oh, tak apalah kalau macam tu! Tapi mak pelik. Apasal kamu berdua nak bertunang cepat sangat ni? Ada apa – apa yang dah berlaku ke?” serta – merta bebola mata Puan Rozita dihalakan tepat ke bahagian perut Damia.
            Damia tersentak. Cepat – cepat dia menekup perutnya dengan kedua belah tapak tangan. “ Mak ni! Ada ke fikir bukan – bukan kat anak sendiri?” marah Damia tiba – tiba.
            “ Habis tu sebab apa lagi sampai kelam – kabut sangat?” Puan Rozita mencebik sikit.
            “ Mak... Kalau betul sebab yang mak fikir tu, orang bukan nak bertunang aje Sabtu ni. Orang bernikah terus tau. Nak buang masa apa lagi kan.”
“ Betul jugak. Hmm keluarga boyfriend kamu nak datang pukul berapa petang nanti? Boleh mak ready apa yang patut.”
Boyfriend? Damia terdiam kejap. Berkerut – kerut dahinya cuba mengingati sesuatu. Hah!!! Alamak, mak mesti ingat aku nak bertunang dengan Fakhri ni!
“ Err sebenarnya yang mak jumpa budak lelaki dengan orang kat pasar tu bukan boyfriend orang, mak.” Sedikit gagap Damia berterus – terang.
“ Kalau bukan boyfriend kamu, dia siapa?” Puan Rozita mula pelik.
“ Dia pembantu chef aje. Orang tak pernah ada boyfriend pun selama ni, mak. Apa yang Kamal cerita hari tu pun cuma salah faham aje.”
Puan Rozita jelas sedang terperanjat. Lama dia pandang wajah anak daranya itu tanpa berkata apa – apa.
“ Habis tu, kamu nak bertunang dengan siapa Sabtu ni?!”
“ Dengan bos restoran tempat orang kerja tu. Abang kepada budak lelaki yang mak jumpa kat pasar hari tu.”
Kali ni, Puan Rozita ternganga pulak. Kepalanya dipicit perlahan tanda mengalami pening lalat akibat susun atur lelaki yang agak banyak. Damia pula hanya mampu menayang muka kasihan depan ibunya. Mudah – mudahan apa yang dirancang akan berjalan dengan sempurna.
“ Tak apalah. Nanti petang keluarga diorang datang, kita bincang dulu. Mak nak pergi cari panadol kejap. Sakit kepala pulak tiba – tiba.” Puan Rozita bingkas dari sofa lantas menuju ke dapur.
Damia hanya tersenyum kecil melihat gelagat ibu yang menjadi ratu hatinya itu. Walaubagaimanapun, hatinya masih terasa kosong. Dia sendiri tak pasti sama ada keputusannya untuk menerima offer dari Fahim Rayyan itu betul ataupun tak. Moga ada hikmah di sebalik ketentuan qada’ dan qadar ini, Ya Allah!
***

Syiling yang berpetak segi empat tepat di dalam bilik Fakhri Wafiy ditenung dengan penuh perasaan tidak jemu. Rasanya dah nak dekat dua jam syiling putih itu menjadi mangsa renungan pemuda itu. Entah mengapa sejak dari Puan Maria pulang dengan rombongan meminang dari rumah Damia tadi membuatkan kepalanya terasa berat dengan masalah. Masalah apa pun dia tak tahu. Yang pasti, dia amat tak bersetuju Nurul Damia digandingkan bersama Fahim Rayyan pada hari Sabtu ni. Sebabnya adalah... Hmm entahlah!
Pelik! Mesti ada sesuatu yang membuatkan Fahim tiba – tiba pilih Damia untuk jadi tunang dia. Tak pernah pun dia bagitahu aku yang dia sukakan Damia sebelum ni. Yang aku tahu, Damia memanglah sukakan Fahim. Tapi Fahim tahu ke Damia sukakan dia selama ni? Or atas sebab tu Fahim mempergunakan Damia untuk meneruskan jugak majlis pada hari Sabtu ni?
            Tapi Fahim bukan jenis lelaki yang suka ambil kesempatan kat orang lain. Eh, tapi hati orang mana kita tahu kan? Luar memang nampak baik, tapi dalam belum tahu busuk ke wangi...
            Astaghfirullahalazim... Apa yang aku merapu ni? Fahim tu kan abang aku. Abang kandung pulak tu. Satu darah. Selamba rock je aku mengata abang sendiri. Haih. Entah – entah Damia yang bagi ubat guna – guna kat Fahim. Hah!!! Tak syak lagi! Damia kan chef. Tukang masak boleh buat apa saja dengan masakan dia. Mesti dia ada letak sesuatu dalam makanan Fahim.
            Setelah penat bermonolog sendirian, Fakhri akhirnya hanya mampu membebaskan keluhan berat. Berdosa pulak aku ni menuduh Si Damia tu bukan – bukan. Tapi tak masuk akal betullah!
            Dalam pada yang sama, Fahim tiba – tiba fire aku dari restoran. Tup tup dapat tahu dia nak bertunang dengan Damia. Damia akan jadi kakak ipar aku? No way, man! Tak ada aura langsung dia nak jadi kakak ipar aku! Tapi tak pelik ke? Apa muslihat diorang berdua ni sebenarnya?!
***
Hari yang dinanti sudahpun kunjung tiba. Dinanti ke? Entahlah... Nurul Damia merenung wajahnya sendiri di dada cermin. Cantik. Hasil sentuhan jurumekap yang diupah khas oleh Puan Maria. Orang banyak duit bolehlah nak upah jurumekap untuk majlis tunang. Kalau aku punya duit, memang aku mekap sendiri je. Tunang aje pun. Tak payah nak membazir.
            Usai menyarungkan cincin emas putih yang bertatahkan berlian dijari, Damia segera menyalami tangan bakal ibu mertua ‘ kesayangannya’. Puan Maria pula spontan mencium dahi bakal menantunya. Damia terperanjat seketika. Baik pulak Black Maria ni dengan aku. Atau ini hanya lakonan semata – mata?
            “ Alhamdulillah... majlis pertunangan ni berjalan dengan lancar. Harap – harap majlis petang ni juga begitulah hendaknya ya Puan Rozita?” Puan Maria tersenyum mekar seraya melabuhkan punggung di sebelah Puan Rozita.
            “ In shaa Allah, selesai sahaja majlis petang ni lega hati saya.” Sambung Puan Rozita pula sambil biji matanya dilirikkan sikit ke arah Damia.
            Damia dah tercengang. Sangkanya majlis pertunangan dia dengan Fahim sudah tamat tengahari itu, tapi petang pun ada lagi? Ada majlis apa pulak? Damia kerut dahi cuba memberi bahasa isyarat kepada ibunya. Puan Rozita hanya jongket kening sikit tanda tidak memahami. Proses itu berulang hampir tiga empat kali dan akhirnya Damia hanya mampu membebaskan keluhan berat.
            “ Oklah. Kami minta diri dulu ya. Petang ni kami bertandang lagi.” Puan Maria bersalaman dengan Puan Rozita diikuti dengan saudara – mara yang lain.
            Belum sempat Damia sekali lagi ingin bersalaman dengan bakal ibu mertuanya itu, tiba – tiba kedengaran enjin kereta berderum kuat dimatikan di hadapan rumah. Semua tetamu yang berada di ruang tamu itu segera menjengukkan kepala ke luar pintu utama untuk melihat apa yang berlaku.
            Selang beberapa saat, muncul tubuh seorang lelaki tercegat berdiri di hadapan pintu rumah teres berkembar dua tingkat itu. Kesemua mata yang berada di ruang itu dihalakan tepat ke wajah lelaki tadi. Terperanjat. Terutama sekali Nurul Damia. Macam nak terbeliak biji matanya melihat pemuda yang sedang menghadiahkan senyuman macho ke arahnya sekarang.
            “ Fakhri! Apa yang kamu buat kat sini?” Puan Maria segera mendapatkan anak bongsunya yang tiba – tiba muncul di rumah itu.
            Fakhri masih maintain sengih. Tidak segera membalas. Biji matanya dilirikkan semula ke wajah Damia.
            “ Fahim dengan Damia tak boleh bersama, ma.” kata – kata yang baru saja terbit dari bibir pemuda itu terus menyentakkan setiap halwa telinga yang sedang mendengar.
            “ Kamu sedar tak apa yang kamu cakap ni, Fakhri?” Puan Maria mula bertukar wajah ke Black Maria.
            Fakhri masih cool. “ Sedar, ma. Fahim tak boleh disatukan dengan Damia.”
            “ Kenapa pulak?!”
            “ Sebab Damia cintakan Fakhri, ma.”
            Spontan jawapan dari lelaki yang bernama Fakhri Wafiy itu telah membuatkan Nurul Damia terlopong sebentar. Terkejut ya amat! Kalau tadi biji matanya hanya terbeliak, sekarang kalau boleh biji matanya ingin tersembul keluar dari sarang mata akibat kata – kata yang amat tak munasabah oleh pemuda itu.
            Semua mata yang berada di ruang itu dihalakan pula ke wajah Damia untuk meminta penjelasan. Puan Rozita sudah mengubah kedudukannya di sebelah Damia. Hangin betul hatinya sekarang!
            “ Betul ke kamu cintakan Fakhri, Damia? Baik kamu cakap betul – betul dengan mak sekarang!” menyala biji mata Puan Rozita menahan marah.
            Damia masih membatu. Angguk tidak, geleng pun tidak. Bebola matanya masih lagi tidak melepaskan wajah Fakhri. Lidahnya kelu untuk berkata – kata. Dia masih terkejut dengan apa yang sedang berlaku sekarang.
            “ Damia! Mak tanya kamu ni, betul ke kamu cintakan Fakhri?!”
            “ Betul, makcik. Kami berdua dah lama bercinta. Kalau makcik tak percaya, makcik tanya Kamal.” Fakhri menyambung lagi.
            Damia terus hilang kata – kata. Tak tahu lagi apa lagi dia hendak lakukan sekarang. Yang dia tahu, renungan tajam mengalahkan sembilu telah ditusukkan ke wajah Fakhri. Benaknya bagai ada gunung berapi yang sedang mengalirkan magma didih perlahan – lahan. Kau memang sengaja cari maut dengan aku, Fakhri!
            “ Sudah! Majlis pernikahan Fahim dan Damia petang ni dibatalkan!” Puan Maria akhirnya membuat keputusan secara tiba – tiba.
            Nikah?! Jadi, majlis petang ni adalah majlis nikah aku dengan Fahimlah ya? Damia bertambah terperanjat. Wajah ibunya pula dipandang dengan berjuta tanda soal. Kenapa mak tak bagitahu aku majlis nikah pun akan dijalankan petang ni jugak?
            “ Mak minta maaf, Damia. Mak tak sempat nak bagitahu kamu semalam pasal ni.” sempat lagi Puan Rozita berbisik perlahan ke telinga anak perempuannya.
            “ Tak sempat? Mak... Nikah ni bukan benda main – main tau.” Damia masih lagi memandang tepat wajah ibunya. Kolam matanya mula berkaca.
            “ Mak ingat mak nak bagitahu selepas kamu bertunang ni tapi...” biji mata Puan Rozita dilirikkan ke Fakhri sedikit. Fakhri segera melarikan pandangannya ke tempat lain.
            “ Macam nilah, Puan Rozita. Memang majlis nikah Fahim dan Damia dibatalkan tapi akan digantikan dengan majlis nikah Fakhri dan Damia.”
            Fakhri dan Damia?! Ok, kali ni Fakhri tak mampu bersahaja lagi. Dia terlopong. Damia apatah lagi. Kedua – duanya tercengang memandang tepat ke wajah Puan Maria. Mama ni biar betul?!
            “ Kamu berdua memang bercinta kan? So, mama nak kamu berdua bernikah petang ni jugak!” Sekali lagi Puan Maria menegaskan arahannya.
            “ Eh, cop! Cop! Cop! Ma, agak – agaklah kalau nak nikahkan kitorang pun. Fakhri muda lagi, ma. Belajar pun tak habis lagi tau. Macam mana nak tanggung family nanti?”
Fakhri gelabah. Rasa menyesal datang buat kecoh di majlis orang bertimpa – timpa dalam hati. Setahu dia, hari ni cuma hari pertunangan Fahim dengan Damia. Tak sangka pulak Puan Maria nak nikahkan mereka berdua hari ni juga.
“ Mama nak kamu kenal perasaan tanggungjawab, Fakhri. Apa yang kamu buat, kamu akan terima balasannya. Kamu jangan ingat semua benda yang berlaku ni main – main dan kamu boleh tarik balik bila – bila masa.”
Suasana menjadi sunyi seketika. Masing – masing mengunci bibir melihat adegan ibu dan anak itu. Fakhri menghalakan pandangannya ke arah Damia dan membuatkan bebola mata mereka bertembung buat seketika.
“ Mama nak kamu bertanggungjawab atas apa yang kamu lakukan hari ni, Fakhri. Mama pernah cakap kan mama ada rancangan lain untuk kamu betul tak? Anggaplah ni rancangan mama untuk mengajar kamu menjadi orang yang bertanggungjawab.” Sambung Puan Maria lagi.
“ Tapi takkan sampai kena kahwin, ma? Damia, awak tak nak kahwin dengan saya kan betul tak?” Fakhri cuba memancing Damia pula. Cepat – cepat dia memberi bahasa isyarat supaya Damia mengiakan kata – katanya.
“ Betul...” teragak – agak gadis itu menutur suara.
“ Ha dengar tak, ma?!” Fakhri segera memintas.
“ Betul saya cintakan awak, Fakhri! Saya setuju dengan cadangan mama.” Damia menyambung kata. Berkata dengan penuh yakin. Fakhri dah terlopong.
“ Apa kau merepek ni?!” Fakhri menikam tajam biji mata Damia. Terperanjat besar dibutanya dengan jawapan yang Damia berikan sebentar tadi.
“ Kalau macam tu, selesai masalah sekarang. Petang ni majlis pernikahan akan berlangsung seperti biasa cuma pengantin lelakinya adalah Fakhri Wafiy.” Puan Maria sudah mengukir senyuman mekar.
Fakhri masih tercegat memandang tajam Damia tanpa kedip. Begitu juga Damia yang juga tidak melepaskan pandangan ke arah pemuda yang banyak merosakkan agenda hidupnya itu. Niat Fakhri untuk mengenakan Damia akhirnya telah menjerat diri sendiri. Kalau masa boleh diputar semula, dia ingin kembali ke beberapa jam yang telah berlalu di mana dia takkan ambil tahu pun hal Damia dengan Fahim. Argh, damn it!
Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah, Fakhri! Kau jangan ingat kau seorang je boleh buat sesuka hati kau. Apa? Aku dengan kau bercinta? Ok, go ahead! Aku nak tengok sejauh mana cinta palsu kau tu dekat aku. What you give, you get back Fakhri! Aku janji.
                                                                      *****
                                                         ~ to be continued ~

15 comments:

  1. yea!! masa yg dtunggu2..
    fakhri kawin dgn mia. suke! :)

    ReplyDelete
  2. hahaha~~~~tng dgn org lrn,kwen dgn org len...menarik sungguh aturan hidup damia..hehe~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja bg kacau bilau sikit idup damia
      baru thrill yat hahah

      Delete
  3. uish....ponen makcik..senang betuul black maria buat keputusan.... meranala si fahim..ngan damia

    ReplyDelete
  4. tunang dgn abg, kawin dgn adik pd hari yg sama...
    cepat smbung writer
    cant wait

    ReplyDelete
  5. fuh nasib baik fakhri dgn damia..
    makin interesting..pagi btunang dgn abg, ptg nikah dgn adik
    nak lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks shila..
      dah update dah chapter baru
      cekidout =)

      Delete
  6. fakhri tu suka damia ke
    slumber je dtg kacau hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. err soalan tu kena tanya fakhri sndiri lah kot..hehe ^_^

      Delete
  7. suka sgt diorang nih kwin . nak bca smbungan lu .

    ReplyDelete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?