Followers

Monday 6 May 2013

~ Saya Kenal Sayang Saya! 10 ~



Selang dua tiga buah rumah sebelum sampai ke rumah mak mertuanya, Fakhri sudah terintai – intai luar kawasan rumah teres berkembar itu dari dalam teksi. Kelihatan sebuah Honda City yang amat dikenalinya diparkir elok di hadapan pagar rumah. Jam tangan dikerling pantas. Pukul 5 setengah petang? Eh, sejak bila Fahim berminat nak hantar Damia balik rumah ni? Restoran bukan tutup lagipun sekarang. Kalau syif Damia sampai malam, logik jugalah dia nak hantar makcik tu balik.
            “ Pakcik, berhenti depan kereta Honda City tu ya?” Fakhri memberi arahan. Pemandu teksi yang berusia dalam lingkungan separuh abad itu hanya akur.
            “ Abang, terima kasih eh? Buat susah Abang Fahim aje nak hantar Damia balik.” Damia menghadiahkan sebuah senyuman manis. Fakhri yang melihat dari jauh mula disimbah rasa menyampah. Hek eleh, jual minyak pula perempuan ni!
            “ Terima kasih, pakcik.” Usai membayar tambang teksi, Fakhri terus melompat keluar. Tak sabar – sabar nak tunjuk mukanya depan Fahim.
            “ Tak apalah, Damia. Lagipun kita kan sekeluarga sekarang. Lepas ni, Damia tak payahlah balik naik bas lagi. Abang boleh tolong hantar.” Fahim turut membalas senyum.
            “ Eh, what a suprise!
Belum sempat Damia membalas, Fakhri terlebih dahulu menyampuk. Kedua – dua manusia yang berada di situ serta – merta tersentak. Masing – masing menoleh ke arah Fakhri. Tercengang sekejap.
            “ Kau dari mana ni?” soal Fahim sedikit terkejut.
            “ Dari rumah mama. Hari ni restoran buka sampai pukul 5 aje ke?” soalan dituju buat Fahim tapi wajah Damia yang menjadi mangsa. Damia cepat – cepat melarikan pandangannya.
            “ Taklah. Aku nak keluar kejap tadi. Lepas tu, ternampak Damia tunggu bas. Aku tumpangkanlah sekali.” Fahim memberi penjelasan.
            “ Lain kali kau tak payah susah – susah, bro. Damia cakap dia lagi suka naik bas. Dapat kurangkan pencemaran alam dari asap kereta. Lapisan ozon semakin nipis. Tak gitu, sayang?” Fakhri tarik sengih. Sengaja ditekankan perkataan ‘sayang’ tu.
            Damia sudah mengecilkan biji mata memandang Fakhri. Apa benda yang budak ni merepek pulak?
            “ Lapisan ozon menipis ada kena mengena dengan asap kereta ke?” soal Fahim tiba – tiba.
            Fakhri terdiam kejap. Otaknya sedaya – upaya mengingati semula mata pelajaran kajian tempatan sewaktu di tingkatan tiga dulu. “ Err maksud aku CFC dari air – cond kereta kau tu lah.”
            “ Tapi air – cond kereta aku tak ada CFC - 12 pun. Latest model yang mesra ozon. HFC - 134a.” Fahim pula yang sengih.
            Fakhri terdiam lagi. Sejak bila Fahim master bab air cond ni? Lama dia merenung tajam biji mata Fahim. Fahim juga tak kurang hebatnya. Nampak gayanya, peperangan mulut yang bertempat di hadapan rumah keluarga Encik Ariffin pada pukul 5 setengah petang itu akan dijuarai oleh Fahim Rayyan.
            Stop! Stop! Apa kata Abang Fahim balik dulu. Malulah jiran – jiran tengok korang berdua bergaduh pasal CFC kat sini, betul tak?”
Damia segera meleraikan pertelingkahan adik beradik itu. Tebal mukanya bila sudah beberapa orang jiran yang lalu di hadapan rumah tersenyum – senyum memandang ke arah mereka. Terpaksalah dia senyum balik dan angkat tangan tanda ramah mesra sesama jiran tetangga untuk mengelakkan sebarang gosip murahan timbul dalam mesyuarat rukun tetanga nanti. Mak dah la Pengerusi Jiran Wanita. Jangan buat main – main dengan orang tua tu.
“ Ha dengar tu! Apa kata kau balik dulu, Fahim? Tak eloklah kau datang menganggu keluarga orang petang – petang macam ni.” Fakhri sambung sengih. Sengaja ingin menyakitkan hati abangnya. Seronok gila bila Damia memihak kepadanya.
“ Awak pun sama. Jom masuk cepat!”
Damia terus menarik lengan suaminya lantas melangkah masuk ke dalam kawasan rumah. Fakhri sempat melambaikan tangan buat abangnya berserta sengihan jahat yang masih tak lekang di bibir.
Fahim hanya tersenyum nipis seraya melangkah masuk ke dalam kereta. Fakhri... Fakhri... Tak sampai beberapa minit, Honda City miliknya meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Damia.
Fakhri segera melepaskan lengannya apabila menyedari Fahim sudah tidak kelihatan di kawasan rumah ibu mertuanya itu. Langkahnya yang dimatikan turut membuatkan Damia memaku kaki serta – merta. Kepalanya ditoleh ke arah Fakhri dengan penuh perasaan geram. Fakhri pula apa kurangnya.
“ Awak sukakan Fahim lagi kan? Kalau sukakan dia, apasal nak kahwin dengan saya?” mencerlang biji mata Fakhri menikam anak mata isterinya. Tiba – tiba moodnya  berubah.
“ Apa yang kau merepek ni? Jomlah masuk. Malulah orang tengok bising – bising macam ni.”
Langkah Damia untuk menapak masuk ke dalam rumah terus mati bila Fakhri merentap kuat lengan gadis itu. Damia tersentak. Berkerut dahinya cuba melepaskan genggaman Fakhri. Sakit!
“ Apa ni? Lepaslah, Fakhri!”
“ Awak jangan ingat soal kahwin ni main – main, Damia. Dalam kepala otak awak tu tolong jangan sesekali fikir awak dapat rapat dengan Fahim bila dah kahwin dengan saya. Saya bukan bodoh untuk dipergunakan.” Tinggi nada Fakhri. Serius.
Damia sudah memandang tajam wajah Fakhri. Darah merah terasa menggelegak dalam tubuh. Kata – kata yang baru lahir dari bibir pemuda itu berjaya menyengat halwa telinganya.
Yup! Memang aku sukakan Fahim lagi. Sekarang boleh lepaskan tangan aku?”
Fakhri terus membungkam kata. Lengan Damia dilepaskan perlahan. Terasa satu batu besar telah menghempap jiwanya waktu itu. Lama dia merenung wajah lembut isterinya di hadapan mata. Begitu juga Damia. Anak matanya sudah berkaca bila bertembung bebola mata Fakhri. Air mata yang hendak menitis ditahan selagi mampu.
“ Eh, apa yang kamu berdua buat kat luar ni? Mari masuk. Dah lewat petang ni.”
Teguran Puan Rozita dari pintu masuk rumah serta – merta membuatkan pasangan suami isteri itu membuang pandang ke tempat lain. Damia cepat – cepat mengesat sedikit air matanya yang bertakung dalam kolam mata. Fakhri pula segera menghadiahkan sebuah senyuman buat ibu mertuanya itu.
“ Nak masuklah ni, mak. Jom sayang!” bahu Damia dipeluk erat sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
Damia terpaksa membenarkan tindakan Fakhri bila mengenangkan Puan Rozita sudah tersenyum gembira melihat kemesraan mereka berdua. Konon – konon aksi berjalan sambil peluk bahu itu nampak bahagia. Walhal baru saja lepas bertegang urat kat luar rumah tadi.
***
Usai menjamu selera malam itu, Fakhri bersantai di ruang tamu sambil menonton televisyen. Damia pula awal – awal lagi sudah mengambil tempat yang paling jauh dari suaminya. Masing – masing ternganga menonton televisyen yang sedang menayangkan rancangan Masterchef Selebriti itu. Sesekali Fakhri melirik ke arah isterinya. Suasana kusam di ruang itu tanpa ada sesiapa pun yang memulakan bicara. Perasaan bersalah mula menghimpit benak pemuda itu. Nak minta maaf? No way.
            “ Fakhri cuti sem sampai bila?” soal Puan Rozita tiba – tiba seraya meletakkan sepiring buah epal yang sudah dipotong di atas meja kopi.
            “ Sampai hujung bulan ni, mak. Kenapa mak tanya?” balas Fakhri bersahaja.
            “ Oh, lambat lagilah ya? Hmm tengah bulan ni maklong Damia ada buat family gathering. Tu yang tanya kamu tu cuti sampai bila.”
            Damia segera toleh kepala ke arah Puan Rozita. Tanpa segan silunya terus menyampuk. “ Eh, maklong jadi buat jugak ke family gathering tu mak?”
            “ Jadi. Maklong cakap dia dah booking resort dekat Janda Baik. Katanya nak berkenal – kenalan dengan ahli keluarga baru kita ni.”
Puan Rozita senyum kepada Fakhri dan Fakhri hanya mampu membalas senyuman itu dengan senyumannya yang tampan. Dah sah ahli keluarga baru yang dimaksudkan itu adalah dia. Damia sudah melirik biji matanya ke arah Fakhri. Terasa tidak senang pula hatinya sekarang. Bukan dia tak suka tapi mungkin belum tiba masanya untuk keluarga besarnya itu mengenali Fakhri yang belum tentu akan kekal lama manjadi ahli keluarga mereka.
“ Tapi orang belum tentu dapat cuti lagi, mak.” Damia cuba memberi alasan walaupun dia tahu alasannya takkan diterima pakai.
“ Habis tu, kamu tak nak pergilah ni? Kamu tak kasihankan suami kamu ke, Damia? Fakhri mesti nak join betul tak?” Puan Rozita tayang muka mengharap kepada menantunya.
Mahu tak mahu, Fakhri terpaksa menganggukkan kepalanya laju. Siap berserta senyuman di bibir lagi untuk meyakinkan dia yang sememangnya terlalu ingin turut serta dalam family gathering itu. Walhal dalam hati taklah seikhlas yang disangka.
“ Betul, mak. Fakhri teringin nak join.” Sengihnya dibuat – buat.
“ Ha, dengar tu!” Puan Rozita ukir senyum puas hati.
“ Tapi kalau tak dapat cuti jugak macam mana, mak?” Damia mencuba nasib lagi.
Kali ni, Puan Rozita dah tarik nafas dalam. “ Kamu ni asyik pentingkan kerja aje. Sekali – sekala apa salahnya luangkan masa dengan keluarga pulak. Nanti lama – lama anak cucu kamu pun dah tak kenal siapa tok nenek diorang. Sebab apa? Sebab mak dia yang tak reti nak ambil berat hal keluarga. Ni lah masalahnya suami isteri muda – muda sekarang. Mak tak nak cucu mak nanti kenal siapa nenek diorang tau.” Panjang berjela Puan Rozita memberi syarahan dalam diskusi malam itu.
            Cucu? Warna merah segera menyerbu wajah Damia. Bebola mata Damia dan Fakhri yang bertembung buat seketika segera dilarikan ke tempat lain. Perasaan segan menghimpit jiwa dan raga. Mak ni pun macam tak ada topik lain dia nak cerita. Haih.
            “ Tak adalah sampai macam tu, mak. Nanti anak orang, orang tahulah nak kenalkan dia dengan saudara – mara.” Damia mencebik sikit. Fakhri pula sudah tersengih memandang wajah isterinya.
            “ Baguslah. Tapi kena cepat sikit ada anak tu takut tak sempat pulak nak kenalkan anak kamu tu dengan mak.”
            Erkk! Cepat sikit? Sengih Fakhri serta – merta mati. Biji matanya segera dihalakan ke kaca televisyen. Konon – konon tak terlibat langsung dalam perbincangan keluarga Damia malam itu. Damia pula dah garu kepala yang tak gatal. Hot issue betul topik mak malam ni!
            “ Nanti orang try minta cuti dengan err Abang Fahim. Mak confirmkanlah dulu tarikhnya dengan maklong tau.” Damia tukar topik terus. Wajah suaminya dikerling sedikit.
            Air muka Fakhri yang mula berubah cuaca bila perkataan Abang Fahim mengetuk gegendang telinganya sedaya – upaya dikawal. Entah mengapa perasaannya cukup tak enak bila nama Fahim Rayyan meniti di bibir Damia. Apatah lagi bila dibahasakan abang dengan Fahim. Dia yang adik kandung sedarah pun tak panggil Fahim tu abang.
***
            “ Kau serius ke nak join family gathering maklong aku tu?” tegur Damia apabila melihat suaminya sedang membentangkan toto di atas lantai bilik.
            “ Seriuslah. Tak dengar ke mak cakap apa tadi?”
            Mendengarkan jawapan dari bibir Fakhri membuatkan gadis itu mengeluh kecil sebentar. “ Kau tak segan ke nanti?”
            “ Nak segan apa? Kan saya dah jadi ahli keluarga awak sekarang.” Fakhri masih selamba. Tubuhnya sudah dibaringkan di atas toto.
            Kali ni, Damia mengeluh berat pula. Apalah agaknya alasan yang boleh buat Fakhri tak nak join aktiviti keluarganya itu?
“ Kau tak kekok nanti?” Damia cuba nasib lagi.
“ Tak.” Fakhri membalas sepatah. Kelopak matanya dipejamkan.
Damia hanya mampu merenung tajam wajah suaminya itu. Menggigit geram. Perasaan hangat membara dalam hati mula membuak – buak. Hisy budak hingusan ni, kalau sehari tak menyakitkan hati aku tak boleh agaknya!
“ Hmm esok shif pukul berapa?” suara Fakhri kedengaran lagi dalam keadaan kelopak matanya yang masih tertutup rapat.
“ Pukul 8 macam biasalah. Kenapa?” Damia pelik.
“ Saya hantar awak.”
“ Hantar naik apa?” Damia pelik kuasa dua sekarang. Setahu dia, tak pernah pula Fakhri mempunyai kenderaan sendiri selama ni. Dulu waktu Fakhri kerja kat restoran pun, naik teksi aje pergi kerja. Wait! Tolong jangan cakap dia nak hantar aku naik....
“ Naik teksi. Saya call teksi, kita pergi restoran sekali.” Suara pemuda itu selamba.
Damia tercengang dua minit. Betullah tekaan aku! “ Kalau inilah yang dikatakan lawak, maka ianya tersangatlah tak kelakar Fakhri Wafiy!”
“ Kenapa? Malu ke saya hantar naik teksi, Nurul Damia?” Fakhri serta – merta mencelikkan kelopak matanya.
“ Kalau aku malu nak naik teksi, aku sepatutnya lebih malu nak naik bas tu tahu tak? Sudahlah. Kau tak payah nak mengarut. Aku boleh pergi kerja sendiri. Lagipun kau kan dah kena fire. Nak buat apa pergi restoran lagi?” Damia segera merebahkan tubuhnya di atas katil. Pergh, lega dapat jumpa katil selepas seharian mengerah keringat!
“ Kalau Honda City yang hantar boleh?” Fakhri main perli pula sambil tersengih. Mendalam maksudnya sama ada ingin memerli atau menyakitkan hati isterinya. Ah, dua – dualah!
Damia yang ingin memejamkan mata tadi terus terbantut. Lama dia pandang wajah Fakhri sehinggallah bibirnya kelihatan seperti hendak berkata sesuatu. “ Sorry.
Fakhri tersentak hebat. Mati serta – merta sengihnya tadi. Automatik wajah lembut isterinya menjadi tatapan sejenak.
Sorry sebab aku tak bagitahu awal – awal tadi yang Fahim tumpangkan balik rumah.” Perlahan nada gadis itu berbicara.
Fakhri terdiam. Tak tahu nak balas dengan ayat apa. Lidah kelu menyempurnakan suasana. Terharukah? Tersentuhkah? Takkan kot.
“ Lain kali kalau apa – apa hal, aku akan bagitahu kau dulu.”
Damia menyambung lagi. Matanya sudah dipejam rapat. Segan nak tengok muka Fakhri yang nampak sangat sedang teruja dengan permohonan maaf darinya. Dia tahu dia bukanlah isteri yang baik tapi setidak – tidaknya dia masih sedar syurganya di bawah tapak kaki Fakhri. Dan memang menjadi kewajiban isteri untuk tidak menyakitkan hati suami. Tapi kalau suami pun dua kali lima juga macam mana pulak? Stress!
                                                                        *****
                               ~ to be continued dears, next chapter coming up soon =) ~

8 comments:

  1. best...best...best....lma dh noor tunggu smbungan...
    yeahhhh!!!fakhri dh pandai jeles ngan damia..
    nak lg!!!nk lg!!!

    -noorwieyl a.k.a noor-

    ReplyDelete
  2. cpt ye smbung writer..nk demam tunggu ni hehe :)

    ReplyDelete
  3. baby mio ~ ok dear..akan di update a.s.a.p =)

    noor ~ hihi ok darl..fakhri tu saje ngada2 xnak tnjuk die jeles =)

    ain ~ amboih kemain die smpai demam..hehe btw t'haru alot dear..sobs3.. *nangis jap =')

    ReplyDelete
  4. walaupun damia ego,lembut gak die dgn fakhri kan...
    nak lagi....

    -novel reader

    ReplyDelete
  5. novel reader: kan?hehe jgn ingat damia ego je =)

    ruunna: ok dear..tengs tau sudi bc ^_^

    yazreina: ye dear..=)

    ReplyDelete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?