Followers

Thursday 30 May 2013

~ Saya Kenal Sayang Saya! 13 ~


Nurul Damia sudah membebaskan sebuah keluhan berat bila mendapat pesanan dari Lala sebentar tadi. Ni yang aku tak berkenan sangat ni! Rasanya dah berapa lama dah mana – mana pelanggan tak ada complain makanan yang aku masak. Waktu – waktu aku bersemangat nak bekerja macam ni lah ada saja orang yang datang nak menganggu. Memanglah customer always right tapi chef is not a perfect person. Kalau tak cukup garam ke gula ke, halal ajelah. Perlu ke nak jumpa chef bagai? Sengaja nak praktis piagam pelanggan kat sini ke apa.
            “ Hmm bagitahu customer tu, kejap lagi akak datang.” Sedikit lemah nada gadis itu membalas.
            Lala hanya menganggukkan kepala sedikit tanda akur. “ Ok. Tapi cepat sikit tau kak? Takut customer marah pulak kena tunggu lama.”
            Sempat Lala meninggalkan sebuah pesanan lagi sebelum berlalu dari ruang dapur itu. Damia tidak membalas. Kerjanya untuk menumis sayur itu disambung kembali. Sabar ya, Encik Customer! Sayur ni siap tumis nanti saya berangkat menghadap Encik Customer tau.
            Senyuman di bibir Fakhri Wafiy dari tadi tidak lekang sejak dia menjejakkan kaki ke dalam Restoran Seri Puteri pagi itu. Mentang – mentanglah dia bukan lagi pekerja sambilan di situ, sengaja nak tunjuk gaya sebagai seorang pelangganlah katakan. Beberapa orang bekas teman sekerja dulu yang asyik mencuri pandang ke arahnya, dia hadiahkan dengan sebuah senyuman lagi. Bangga betul dapat berhenti kerja ni!
            Jam di tangan dikerling buat kesekian kalinya. Chicken chop di atas pinggan kaca putih itu ditenung sejenak. Belum pun lagi bersentuh. Lambatnya perempuan ni! Rasanya aku dah pesan kat Lala tadi jangan bagitahu Damia yang aku nak jumpa dia. Macam ni ke yang dikatakan pekerja cemerlang? Fahim... Fahim... Kau salah pilih staflah. Kau cuba tengok sekarang. Ada ke patut chef kesayangan kau tu biarkan customer kau ni menunggu lama?
            “ Abang!!!”
            Hasrat Fakhri untuk menyambung lagi bebelannya seorang diri itu terus terbantut bila terdengar suara seorang gadis yang cukup familiar di telinga. Terpempan sekejap dibuatnya bila memandang ke arah gerangan gadis muda itu. Balqis?! Langkah Balqis dilajukan menuju ke meja Fakhri.
            “ Abang buat apa kat sini?” tanpa dipelawa, Balqis terus melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Fakhri.
            “ Aku tengah basuh kain ni. Kenapa?” Fakhri loyar buruk.
            Balqis mula tarik muncung empat belas. “ Abang ni orang tanya elok – elok, jawablah elok – elok.”
            “ Dah tu, aku datang sini mestilah nak makan. Can’t you just tell by looking?” Fakhri jegil sikit biji matanya.
            Balqis sudah ketawa kecil. “ Manalah tahu. Sebelum ni kan abang buat part time kat restoran Abang Fahim ni. Tu yang Qis terkejut tengok abang ada kat sini.”
            Fakhri pelik sebentar. “ Eh, mana kau tahu aku buat part time kat sini sebelum ni?”
            “ Rahsia.” Balqis tarik sengih. Bolehlah tahan comelnya.
            “ Eleh, mesti mama yang bagitahu kan?”
            “ Kalau dah tahu, buat apa tanya lagi?” Balqis memulangkan paku buah keras. Fakhri hanya mencebik. Tidak membalas.
            “ Macam mana abang boleh berhenti kerja? Beria – ria Qis minta izin mama Qis nak buat part time kat sini tau. Alih – alih dapat tahu abang dah resign.”
            “ Kau buat part time kat sini ke sekarang?” sekali lagi Fakhri terkejut.
            “ Yup!” Balqis angguk laju.
            “ Nasib baik aku dah resign. Hahaha.” Fakhri ketawa besar.
            “ Abang ni kan, Qis sumbat mulut abang dengan ayam ni baru tahu!” Balqis sudahpun mencucuk chicken chop di atas meja itu dengan garfu.
            “ Ok, ok! Bagi sini balik garfu tu. Ayam ni jangan main – main ya?” Fakhri segera merampas semula garfu dari tangan Balqis.
            “ Kenapa abang tak makan lagi dari tadi? Abang ada tunggu sesiapa ke?” soal Balqis pelik seraya melilaukan bebola matanya seketika.
            Belum sempat Fakhri membalas, biji matanya tiba – tiba bertembung dengan sepasang mata seorang perempuan yang sedang memeluk tubuh berada tidak jauh dari ruang itu. Mata bertentang mata sejenak. Balqis turut mengalihkan pandangan ke arah perempuan tersebut. Kak Damia?!
            Damia memandang lama wajah suaminya bersilih ganti dengan Balqis. Balqis kenal Fakhri ke? Tapi betul jugak kan hari tu dia ada bagitahu dia memang kenal rapat dengan Abang Fahim. Habis tu, apa hubungan Balqis dengan Fakhri pula? Girlfriend ke special girlfriend? Ah, lebih – lebih pulak fikiran kau Damia!
            “ Kak Damia!”
            Lambaian dan laungan dari Balqis serta – merta membunuh lamunan Damia tanpa segan – silunya. Cepat – cepat Damia menghadiahkan sebuah senyuman kecil buat pemuda dan gadis itu. Langkah kakinya mula menapak menghampiri mereka.
            “ Abang, kenalkan ni Kak Da...”
            “ Nurul Damia binti Ariffin.” Belum sempat Balqis menghabiskan kata, Fakhri sudahpun memotong. Selamba.
            Kedua – dua perempuan itu tersentak hebat. Terutama sekali Balqis.
            “ Macam mana abang boleh kenal Kak Damia?”
            “ Mestilah kenal. Nurul Damia ni kan...” Fakhri mematikan ayat tiba – tiba. Biji mata melirik nakal ke wajah isterinya. Damia segera memberi isyarat mata menunjukkan amaran supaya Fakhri tidak pecah di mulut.
            Fakhri sengih buat seketika. Tahu takut! “ Aku kan pernah buat part time kat sini dulu. So, mestilah aku kenal Damia ni siapa. Kau tak payah susah – susah nak kenalkan dia dekat aku.”
            “ Betul jugakkan.” Balqis sengih. Dalam diam dia hela nafas lega perlahan – lahan.
            “ Sudahlah tu. Lebih baik kau pergi buat kerja kau sekarang. Abang Fahim bukan bagi gaji untuk pekerja dia duduk melepak macam ni tau.” Fakhri memberi arahan buat Balqis. Tiba – tiba berjangkit perangai dengan Kak Farah. Yang pasti, dia hanya mahu Nurul Damia seorang saja yang berada di hadapan matanya kala itu.
            “ Hmm ye lah.” Balqis mencebik lalu bingkas dari kerusinya. Lengan Damia ditariknya bersama – sama untuk berlalu pergi.
            “ Jom, kak!”
            Namun, langkah Balqis mati bila Damia masih lagi memaku kaki di ruang itu. Terperanjat dibuatnya bila melihat Fakhri sudahpun mengenggam erat sebelah lengan ketuanya. Damia tercengang. Membisu adalah pilihan yang paling bijak agaknya pada waktu sekarang.
            “ Awak tunggu! Tunaikan tanggungjawab awak dulu. Qis, kau pergi sambung kerja kau balik.”
            Sekali lagi Fakhri memberi arahan. Balqis sudah menayang wajah pelik. Kali ni, dia pula yang tercengang. Lengan Damia terlepas perlahan dari pegangannya.
            “ Kenapa Kak Damia kena tunggu sini pula? Tanggungjawab apa?” nada Balqis tak puas hati. Seperti dapat menghidu sesuatu yang kurang menyenangkan hati.
            Mamat ni dah kenapa? Dah hilang ingatan ke? Sejak bila pandai cakap bab tanggungjawab pula ni? Damia resah. Risau sekiranya status yang digenggam kemas selama seminggu itu akan bertaburan di sini. Dia tidak mampu berkata apa – apa bila wajahnya menjadi tatapan silih berganti dengan Fakhri. Fakhri pula sempat membebaskan keluhan berat buat seketika. Menyibuk ajelah Si Balqis ni!
            “ Qis, Kak Farah panggil kau sekarang! Dia nak bagi uniform.”
            Belum sempat soalan Balqis berjawab, suasana yang agak tegang di ruang itu kembali bernafas lega bila kedengaran suara Lala memanggil Balqis dari arah kaunter. Balqis sekelip mata mengghaibkan diri bila dengar nama Farah. Sebelum singa betina mengaum, lebih baik patuh dengan cakap dia dulu. Dan buat pertama kalinya, Damia berasa amat berterima kasih dengan Kak Farah yang secara tidak sengaja telah menyelamatkan keadaannya sebentar tadi.
***
Jus oren yang masih penuh di dalam gelas kaca di atas meja itu, diteguk rakus oleh Damia. Fuh, hilang dahaga! Benar – benar kering tekaknya bila berhadapan dengan situasi yang mencemaskan sebentar tadi. Walhal sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulutnya tadi tapi kering tekak mengalahkan peserta Pertandingan Pidato zaman sekolah dulu. Fakhri hanya tersengih kecil bila melihat jus orennya dirembat Damia.
            “ Kau ni sebenarnya kenapa, Fakhri?” Damia mengelap sedikit bibirnya yang berbekas jus oren itu. Walaupun ada straw tapi nak tunjuk dahaga punya pasal diteguk laju air oren tu tanpa ada rasa perempuan melayu terakhirnya.
            “ Kenapa apa?”
            “ Hari tu orang suruh kerja, kau nak berhenti. Sekarang datang restoran pulak. Kenapa? Rindu nak kerja balik ke?”
            “ Rindu nak kerja? No way, woman!” Fakhri senyum sinis.
            Damia mula tayang muka meluat. Alahai, berlagaknya! Kalau dah pemalas tu, memang pemalas jugaklah... “ So, datang sini buat apa? Eh kejap, jangan cakap kau customer yang complain masakan aku tadi?”
            “ Yup!” balas Fakhri dengan penuh yakin.
            Damia sudah merengus geram melihat wajah suaminya yang sedang tersengih untuk menyakitkan hati itu. Ada jugak yang aku tembak dengan senapang gajah nanti ni!
            “ Kalau saya tak buat alasan macam tu, awak takkan datang jumpa saya betul tak?”
            “ Hmm ada hal apa nak jumpa aku ni?” Damia terus ke agenda utama. Malas nak berlawan kata lagi. Lagi bertekak, lagi berjela jawapan si budak Fakhri ni nanti.
            “ Mama suruh balik rumah petang ni. Dia nak jumpa menantu dia.” Fakhri tarik sengih. Sengaja ditekankan perkataan menantu itu di hadapan isterinya.
            Biji mata Damia sudah dibeliakkan. Terkejut dua minit. Mama? Adakah mama yang dimaksudkan itu Puan Maria? Habis tu, siapa lagi kan? Wajib risau kalau macam ni. Sekarang ni, baru aku dapat rasa perasaan menantu perempuan hendak berjumpa dengan ibu mertuanya macam dalam drama tv selalu tayang tu. Nak – nak pula, dapat mak mertua macam Black... opss! Puan Maria.
            “ Kalau tak jumpa, tak boleh ke?” Pergh, biadapnya soalan kau ni Damia! Ah, biarlah! Memang hati aku tak keruan dah ni bila dapat tahu nak kena menghadap Puan Maria pula petang nanti.
            “ Mestilah tak boleh! Seminggu saya duduk rumah awak, jumpa mak awak, makan dengan mak awak... Takkan sehari nak jumpa mama saya pun awak tak boleh?”
            “ Masalahnya Puan Maria tu tak suka aku.” Damia mengeluh kecil.
            “ Kalau dia tak suka awak, dia takkan suruh kita kahwin hari tu. Awak sepatutnya berterima kasih banyak tau dengan dia sebab dialah yang paksa saya kahwin dengan awak hari tu. Kalau tak, saya takkan kahwin dengan awak.”
            “ Eh, tolong sikit! Cara kau cakap macam aku ni dah memang ada niat pulak nak kahwin dengan kau kan hari tu? Lagipun, siapa yang gatal – gatal sangat buat onar kat majlis orang hari tu?” Damia main perli. Tak nak mengalah jugak.
            “ Awak menyesal kahwin dengan saya?” tak semena – mena Fakhri menduga tiba – tiba.
            Damia terdiam sekejap. Lambat – lambat dia membalas. “ Taklah sampai menyesal tu...”
            “ Habis tu, awak bersyukur?”
            “ Eh, mana ada!” cepat – cepat Damia memintas. Warna merah sudah menyerbu ke wajah. Soalan jenis apa ni? Kejamnya.
            Fakhri sudah tersenyum kecil melihat wajah isterinya yang sudah kemerahan. “ Dalam hidup ni, kita hanya diberikan dua pilihan sahaja. Macam soalan saya tadi. Awak tak perlu jawab depan saya. Tapi awak pilihlah sama ada awak menyesal atau bersyukur. Tepuk dada tanya selera, Damia...”
            Nurul Damia hanya mampu membungkam kata. Bibirnya terkunci serta – merta. Pandangan mata diredupkan untuk memandang lama wajah suaminya. Kalau bukan menyesal mestilah bersyukur dan kalau bukan bersyukur mestilah menyesal. Aku tak nak jawab soalan ni boleh tak?
***
Bunyi nada dering telefon yang sedang menjerit – jerit meminta dijawab membuatkan Fahim mencapai pantas telefon bimbitnya di atas meja. Jemarinya yang sedang ligat menaip sesuatu di papan kekunci komputer ribanya serta – merta dimatikan pergerakan. Butang call di skrin sentuh itu segera dicalit.
            “ Assalamualaikum, ma.”
            “ Waalaikumussalam. Kamu kat mana ni, Fahim?” kedengaran suara Puan Maria dari corong speaker.
            “ Kat restoran la. Dalam office. Kenapa ma?”
            “ Tak ada apa. Mama cuma nak pesan malam ni balik rumah awal sikit. Dinner kat rumah tau. Jangan dinner kat restoran pulak.”
            “ Kenapa ma? Mama ada buat party ke malam ni? Birthday siapa?” Fahim ketawa kecil. Berseloroh. Seingatnya tiada siapapun dalam ahli keluarganya menyambut ulangtahun kelahiran hari ni.
            “ Kamu ingat birthday aje ke yang boleh buat party? Mama buat party nak sambut menantu. Ingat tau! Makan kat rumah malam ni. Mama dah masak banyak dah.”
            “ Menantu?” nada Fahim berubah tiba – tiba.
            “ Yelah. Fakhri dan Damia pun ada malam ni. Ha lagi satu, Qis sekarang buat part time ya kat restoran kamu? Kamu ajak dia sekali tau. Cakap mama yang ajak.”
            “ Amboi ma, kenapa tak ajak semua staf Seri Puteri sekali?” perli Fahim sambil ketawa lagi.
            “ Semua staf tu tunggu majlis persandingan Fakhri dan Damia nanti. Malam ni cuma untuk family saja.”
            Sekali lagi Fahim tersentak. “ Eh, Fakhri dengan Damia nak bersanding dah ke ma? Bila?”
            “ Baru nak bincang malam nilah. Kamu ni banyak pula soalannya sekarang. Kat rumah tak nak tanya. Sudahlah tu. Jangan lupa pesan mama tadi. Assalamualaikum.” Gagang telefon rumah dikembalikan ke tempat asal.
            “ Waalaikumussalam.” Fahim hanya mampu membalas perlahan. Telefon bimbitnya diletakkan di atas meja semula.
            Kerjanya yang tergendala tadi disambung kembali. Jemari kembali menari di atas papan kekunci. Dan selepas dua minit menaip, pergerakan jarinya terhenti lagi. Skrin komputer riba ditenung lama. Kedua belah kening mula bertaut. Fikiran pula kembali menerawang mengingatkan kembali bait – bait ayat dari bibir Puan Maria sebentar tadi. Betul ke Fakhri dan Damia nak bersanding?
***
Damia segera mencapai segelas air kosong di atas meja makan mewah itu. Diteguknya rakus macam setahun tak jumpa air. Namun, hatinya masih belum cukup tenteram walaupun tekaknya sudah dibasahkan. Perasaan takut dan risau bersilih ganti dalam diri. Terasa seram sejuk satu badan. Silap hari bulan boleh demam dibuatnya. Walhal nak jumpa ibu mertua aje pun. Fakhri yang dari tadi hanya memerhatikan gelagat isterinya sudah menggeleng kepala perlahan.
            “ Kenapa ni? Sampai bergegar meja makan ni jangkit dengan awak punya ketar tu tau.” tegur Fakhri tiba – tiba.
            “ Eh, obvious sangat ke aku gigil sekarang ni?”
            “ Kalau tak obvious, saya tak tegur. Sudahlah tu. Bukannya awak nak jumpa hantu pun. Mama tu manusia juga. Makan nasi, bukan makan orang.” Fakhri cuba menenangkan isterinya.
            “ Memanglah manusia tapi aku tak pernah sangka pun Puan Maria tu akan jadi mak mertua aku. So, memang wajiblah aku gentar sekarang ni.” balas Damia dengan nada suaranya yang cuba diperlahankan. Takut pula sesiapa terdengar perbualan mereka berdua.
            “ Waktu awak setuju nak kahwin dengan Fahim tu, awak tak fikir pulak Puan Maria tu akan jadi mak mertua awak?” duga Fakhri tiba – tiba.
            Damia terus toleh kepalanya ke arah Fakhri di sebelah. Betul jugak! Waktu aku setuju dengan offer Fahim hari tu, aku tak terfikir langsung pun pasal Puan Maria. Ah, whateverlah! Fahim bukannya suami aku pun sekarang. Hmm tapi kan Puan Maria tu kan mak Fakhri juga. Haih. Pi balik pi balik, tang tu jugak!
            Menyedari Damia yang sudah membisu tiba – tiba, Fakhri tak semena – mena terus menggenggam lembut jari – jemari isterinya. Sejuk macam ais. Memang nampak benar betapa takutnya Damia untuk berhadapan dengan ibu mertuanya itu. Damia yang sudahpun terpaku hanya mampu membiarkan haba tangan suaminya menghangatkan jari – jemarinya. Lidah jadi kelu untuk berbicara. Sedikit sebanyak rasa tenang itu mula mengetuk pintu hati.
            “ Kalau awak dah tenang, bagitahu saya. Saya lepas tangan awak.” Fakhri bersuara sambil tangannya masih lagi menggenggam jemari lembut milik Damia.
            Ha? Damia tercengang memandang suaminya. Tak tahu nak jawab apa. Semakin terkedu jadinya.
            “ Kenapa tengok saya? Dah tenang ke?” soal Fakhri pelik.
            “ Belum.” Pantas Damia memintas. Tapi... eh? Ya Allah, apasal aku jujur sangat! Siot je lah aku ni.
            Fakhri cuba menyembunyikan senyumannya yang makin melebar. Genggaman jari isterinya semakin dieratkan. Kemas melekat rapat. Damia terus jadi hangat satu badan. Warna merah sudah bertapak di wajah lembut gadis itu. Malu bertalu – talu datang menerpa.
            Selang beberapa minit sahaja, Puan Maria sudahpun melabuhkan punggung di kerusi meja makan. Wajah menantu perempuannya dipandang sejenak. Damia menghadiahkan sebuah senyuman buat Puan Maria. Sengaja bermanis wajah tunjuk mesra. Puan Maria melilaukan pula biji matanya mencari kelibat Fahim yang masih belum kunjung tiba. Yang ada di ruang makan itu cuma Fakhri, Damia dan dirinya sendiri.
            “ Abang kamu tak balik lagi ke, Fakhri?” tanya Puan Maria tiba – tiba. Jam yang melekat di dinding dipandangnya.
            “ Entahlah. Rasanya belum, ma.”
            Kedengaran Puan Maria mengeluh kecil. “ Tadi mama dah pesan dah suruh dia balik awal sikit. Tak apalah. Kita makan dululah kalau macam ni.”
            Usai mendapat kebenaran dari Puan Maria, Fakhri terus menyambar beberapa jenis lauk yang sudah ditargetnya dari tadi. Damia pula masih tersipu – sipu dengan gaya perempuan melayu terakhirnya mencapai lauk – pauk. Selesai Fakhri mengetuai bacaan doa makan, masing – masing mula menjamu selera tanpa sebarang bicara.
            Damia masih seperti tadi. Perasaan resahnya masih lagi tidak berkurang. Sampaikan nak telan makanan ke dalam kerongkong pun terasa kelat. Tambahan pula, Fakhri sudah melepaskan tangannya untuk menjamu selera. Lagi bertambah risau dibenaknya. Ah, mengada pulak kau ya Damia!
            “ Sedap tak mama masak?” soalan pertama terbit dari bibir Puan Maria buat menantunya.
            “ Sedap ma.” sekali lagi Damia mengukir senyum.
            “ Tapi tak sesedap chef Damia yang masaklah kan?” Puan Maria berseloroh.
            “ Eh, siapa cakap ma? Air tangan ibulah yang paling sedap tau dalam dunia ni. Tak ternilai harga dia.” Belum sempat Damia membalas, Fakhri terlebih dahulu menyampuk.
            Damia hanya mengangguk tanda mengiakan. Ah, mamat ni memang tak boleh terima hakikat ke apa mama nak puji aku? Eh, kejap! Sejak bila Puan Maria pandai bergurau senda dengan aku ni? Menakutkan je rasa.
            “ Sebenarnya, tujuan mama panggil kamu berdua datang ni sebab nak bincang pasal majlis persandingan nanti.” Puan Maria terus ke agenda utama.
            “ Persandingan?” Pasangan suami isteri itu sama – sama terkejut. Kedua – duanya tercengang memandang wajah masing.
            “ Eh, nak kena sanding juga ke ma? Nikah sudahlah. Membazirlah kalau nak bersanding bagai.” Alasan pertama yang cuba Fakhri ketengahkan dalam perbincangan itu.
            “ Mama bukannya nak buat wedding of the year yang sampai nak membazir tu. Apa salahnya buat majlis sikit jemput saudara – mara sahabat handai semua. Dapat pahala tau buat kenduri.”
            “ Tapi ma, Fakhri kan masih belajar lagi. Mana ada duit nak buat majlis semua tu.” Alasan kedua untuk membatalkan niat mamanya.
            “ Mama tanggung semuanya. Okey?”
            “ Eh, kejap! Kejap! Ok, macam ni ma. Apa kata majlis sanding tu kita postpone sampai...”
            “ Kamu ni tak habis – habis dengan postpone, postpone... Mama tak peduli. Mama nak kamu berdua bersanding juga dalam masa terdekat ni. Faham?” Pitch suara Puan Maria dah melangit. Belum pun sempat Fakhri menyambung kata, dia sudah memotong laju dengan speed 180 km/h.
            Fakhri hanya mampu membebaskan keluhan berat. Seperti biasa, sesiapa pun takkan berpeluang ingkar arahan dari mulut Puan Maria. Damia masih membisu seperti tadi. Tak berkutik sedikitpun. Tidak berani nak menyelit dalam perbalahan mulut yang baru berlangsung di hadapan mata.
            “ Cuti Fakhri kan dah nak habis. Bila nak buatnya majlis tu?” Alasan ketiga yang dia sendiri tahu dia takkan berjaya membatalkan rancangan.
            “ Lepas cuti pun boleh buat. Senang sikit nak ajak kawan – kawan kat U kamu tu, betul tak?”
            “ Kawan – kawan? Oh, no! No! No! Fakhri takkan benarkan sesiapa pun kawan Fakhri tahu pasal perkahwinan ni, ma!”
            Kedua – dua wanita di ruang itu tersentak hebat. Terutamanya Damia. Terasa bagai ada sebiji batu besar telah terhempas di atas kepala. Entah mengapa hatinya meruntun sedih bila Fakhri berkata demikian. Hendak dipujuk hati yang lara itu, dia sendiri tidak pasti mengapa perasaannya menjadi hiba. Sedangkan dia sendiri pun tidak mahu sesiapa dari staf Seri Puteri tahu akan statusnya sekarang.
            “ Abang Fakhri dah kahwin?!!!” tak semena – mena kedengaran suara perempuan muda yang lantang di ruang itu.
            Kesemua manusia yang terperanjat di situ segera mengalihkan pandangan ke arah pemilik suara berkenaan. Balqis?!! Fahim yang tercegat di sebelah Balqis juga turut terkejut besar mendengar suara gadis itu. Macam perempuan meroyan. Kalah pontianak Suhaimi Baba.
                                                                                      *****
                                                                          To be continued ~
Krikkk...krikkk... *bunyi cengkerik Nampak naw dah lama x update kan? hehe.. semoga terhibur dearsss! btw, selamat hari gawai bg yg menyambutnye.. *noor, mohon terasa ye?hihi

16 comments:

  1. Habis laaaa !! Balqis dah tw. Kekekeke

    ReplyDelete
  2. 'nasib baik aku dah resign' haha suka dgn fakhri..jgn lyn qis tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mslh qis ni ske ngada ngan fakhri dear..

      Delete
  3. best! continue cpt kak shu...
    cant wait

    ReplyDelete
  4. sapa lak balqis ni
    sibuk jer lah

    ReplyDelete
  5. Balqis pun nakkan Fakhri kerrrrr dia suka Fakhri dah kawen??!!! Cepat2laaaa sambung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jwpnnya ada dlm next chapter dear..in sha Allah sy smbung a.s.a.p tau..=)

      Delete
  6. Hahaha..tq nurrul..mmg tgh bhari gawai pon skrg ni,tu yg tertinggal bab ni...
    Papun,noor ttp juga nk baca..
    Bst sgt..biar la balqis tu tau fakhri n damia dh kawen..
    So kpd balqis:jgn kacay suami org..hahahahaha.....

    -noor-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah balqis dgr tu..noor dah bg amaran..heheh most welcome dear! enjoy ur reading..

      Delete
    2. Best... pandai Kak Nurrul tulis.

      Delete
  7. best...best....

    ReplyDelete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?