Followers

Thursday 1 August 2013

~ Saya Kenal Sayang Saya! 17 ~

Sebaik sahaja pintu bilik rawatan dibuka, Damia segera mendapatkan doktor lelaki yang baru melangkah keluar dengan diiringi seorang jururawat. Doktor tersebut sempat menghadiahkan sebuah senyuman untuk ahli keluarga Damia yang sedang menunggu di luar bilik rawatan itu.
            “ Macam mana dengan pesakit tu doktor?” tanpa sebarang mukadimah, Damia segera menyoal.
            Doktor itu masih berwajah tenang. “ Boleh saya tahu, cik ni siapa?”
            “ Saya isteri dia. Macam mana dengan keadaan suami saya doktor?” Damia dah tak mampu bersabar. Kalau boleh, dia nak merempuh masuk ke dalam bilik rawatan itu sekarang juga.
            “ Kalau macam tu, puan seorang saja yang masuk. Yang lain boleh balik dulu. Esok baru datang melawat ya. Jangan risau. Encik Fakhri tak apa – apa cuma dia keracunan makanan laut saja.”
            “ Terima kasih, doktor.” Balas Damia perlahan.
Dia menghela nafas lega buat seketika. Ahli keluarga yang lain hanya akur dengan arahan doktor. Masing – masing sempat memberi Damia semangat dan pelukan sebelum melangkah pulang. Yang masih setia berada di ruang itu hanyalah Nurul Damia.
“ Ha sebelum tu saya nak tanya, puan tahu kan Encik Fakhri mengidap alahan makanan laut yang serius?”
Damia sedikit tersentak. “ Ya, saya tahu doktor.” Tergagap dia menjawab.
“ Kalau macam tu, baguslah. Lain kali hati – hati ya. Jangan campurkan sedikitpun makanan laut ke dalam makanan suami puan tau.” sempat lagi doktor itu memberi nasihat sebelum berlalu pergi.
“ Baiklah, doktor. Terima kasih.” Damia memberi senyuman tawar. Lemah kerana terlalu banyak dia menangis tadi.
Tuk! Tuk! Perlahan – lahan gadis itu mengetuk pintu bilik rawatan Fakhri. Tombol pintu dipulas lalu daun pintu dikuak dengan penuh berhati – hati. Dari muka pintu lagi, Damia menjadi sayu memandang suaminya yang terlantar di atas katil yang bercadar putih itu. Fakhri pula cuba menegakkan tubuhnya bersandar di kepala katil sebaik sahaja melihat wajah isterinya.
“ Kau ok?” teragak – agak Damia menutur kata. Langkahnya dipaku betul – betul di muka pintu.
Lama Fakhri merenung tepat ke wajah yang sembap dengan air mata itu. Kelat air mukanya. “ Dah puas hati dah tengok keadaan aku macam ni?” sindir Fakhri kasar. Bahasa saya – awak juga sudah tidak kedengaran.
Damia hanya mampu mengetap bibir. Dia tahu Fakhri marah. Dia faham Fakhri berang. Dia akui salahnya tidak berhati – hati walaupun sudah sedia maklum suaminya itu mempunyai alahan.
“ Aku minta maaf...” air mata jernih kembali bergenang di kelopak mata.
“ Kau dah tahu kan aku tak boleh makan seafood? Kenapa makanan laut juga yang kau nak bagi? Kau ingat aku main – main ke pasal alahan tu?” Bertubi – tubi Fakhri menyembur isterinya dengan kata – kata.
Damia yang tidak mampu membendung lagi tendung matanya terus membiarkan air jernih itu merembes di pipi. “ Aku ingat kau boleh makan seafood sikit – sikit tapi tak sangka akan jadi sampai macam ni. Aku minta maaf sangat – sangat...”
Fakhri membebaskan keluhan kecil buat seketika. “ Mari sini!”
Perlahan – lahan Damia menyusun langkah mendekati suaminya di sisi katil. Belum pun sempat Damia merapati suaminya, Fakhri terlebih dahulu merentap pergelangan tangan Damia lalu memeluk erat tubuh isterinya. Damia terpempan. Terkejut dengan tingkah spontan dari pemuda itu. Tangisan air matanya semakin dilajukan.
“ Lain kali jangan buat lagi.” Fakhri berkata lembut seraya mengeratkan lagi pelukannya di pinggang Damia.
Damia sudah tidak mampu berkata apa – apa. Hanya esak tangisnya yang dibiarkan bersuara.
“ Saya minta maaf sebab berkasar tadi. Sudahlah tu. Jangan menangis dah.” Fakhri mengusap lembut belakang isterinya. Nadanya sudah menurun.
“ Aku takut...” Damia tidak dapat menghabiskan ayat.
Fakhri kerut dahi. Segera dia merenggangkan pelukannya. “ Takut apa? Takut kehilangan saya ke?”
Damia tersentak. Serta – merta air mata berhenti mengalir. Mana dia tahu aku nak cakap macam tu? “ Eh, mana ada!” Damia cover cepat – cepat.
Fakhri tersengih kecil melihat wajah isterinya yang mula diserbu warna merah itu. “ Duduk sini kejap!” pemuda itu memberi arahan.
Damia akur. Dia melabuhkan punggungnya perlahan – lahan di sisi katil. Tak semena – mena Fakhri mengemaskan rambut Damia yang tidak terurus itu. Dia mengelus perlahan rambut lurus isterinya ke belakang supaya wajah mulus itu kelihatan lebih jelas. Air mata gadis itu yang membasahi pipi pula diseka dengan jarinya. Damia tidak membantah dengan segala tingkah Fakhri kala itu.
“ Ha kan dah tak comot dah muka tu. Ini tidak, dengan rambut yang tak berikat menangis – nangis datang dekat saya. Kan senang kalau pakai tudung.” Fakhri mengusap lembut kepala isterinya.
Tudung? Perkataan itu membuatkan dirinya terasa begitu rendah sekali hendak memandang wajah suaminya tika itu. Dia hanya mampu mendiamkan diri tidak mengulas apa – apa. Memang dia sendiri pun pernah terfikir untuk bertudung suatu ketika dulu.
“ Lepas ni jangan guna aku – kau lagi bila bercakap dengan saya.”
Hah?!! Kali ni Damia terus angkat muka pandang wajah suaminya. “ Kenapa pulak?”
“ Awak kan nak saya maafkan apa yang awak buat sampai saya masuk hospital malam ni, betul tak?”
“ Betul. Habis tu?” Damia pelik. Masih tidak memahami maksud suaminya lagi.
“ Habis tu... Kalau awak nak saya maafkan awak, sila berbahasa saya – awak dengan saya ya lepas ni. Kalau tidak, tiada maaf bagimu wahai Nurul Damia!” Fakhri mula tayang muka menyakitkan hati itu kepada Damia.
“ Mana aci macam ni!” bantah Damia tak puas hati. Lenyap terus perasaan sedihnya tadi.
Take it or leave it. Jangan lupa, Damia. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami tau.” Fakhri sengih jahat.
Damia mula merengus geram. Mamat ni bila dah sihat, macam nilah pulak jadinya. Haih. “ Hmm yelah awak...” sengaja dia menekankan perkataan ‘awak’ kepada Fakhri.
Fakhri masih berlagak selamba. Walhal dalam hati dah berlori – lori dia nak ketawa melihat reaksi isterinya itu. “ Nah, salam cepat tangan saya!” Fakhri menghulurkan tangan kanannya tiba – tiba kepada Damia.
“ Eh, nak salam untuk apa?”
“ Untuk minta maaflah. Untuk apa lagi?”
“ Err tak payah salam kot. Saya kan dah setuju nak cakap saya – awak tadi.” Damia cuba membantah.
“ Wajib salam. Kalau tidak...” Fakhri masih berkeras. Sengaja mengusik lagi gadis yang sudah tidak keruan itu.
“ Ala seganlah...” Damia garu kepala yang tidak gatal.
“ Nak segan apa? Tadi kita berpelukan relax aje takkan...”
Belum sempat Fakhri menghabiskan kata, Damia cepat – cepat menekup mulut suaminya. Fakhri terus terkunci suara. Biji mata Damia dibeliakkan memandang wajah Fakhri yang hanya berjarak beberapa inci sahaja dari wajahnya.
“ Ssshhh! Jangan cakap kuat – kuatlah. Nanti orang dengar. Yelah, saya salam siap dengan cium tangan awak sekali ya Fakhri Wafiy?” perli Damia sambil jegilkan biji matanya. Tapi errkkk! Cium tangan?
“ Awak yang cakap cium tangan ya? Bukan saya. Nah, cepat!” Sekali lagi Fakhri menghulurkan tangannya kepada Damia. Bibirnya tak lekang dengan sengih gatal.
Mahu tak mahu Damia menyalami juga tangan suaminya. Stress aku dengan mamat ni! Sengajalah tu nak kenakan orang. Mentang – mentanglah aku dah buat salah malam ni. Fakhri sudah tersenyum puas dengan kemenangannya sebagai seorang suami. Seronok juga kenakan makcik ni rupanya.
Dalam tidak sedar, Balqis yang mendengar setiap perbualan sepasang suami isteri itu di balik pintu sudah meruntun sedih. Air mata hangatnya mula mengalir perlahan dari kelopak mata. Memang Fakhri ada alahan rupanya tapi kenapa dia tak pernah bagitahu aku pun? Adakah sebab aku bukan orang penting dalam hidup kau?
***
Bunyi deringan telefon bimbit yang terletak di atas meja kecil itu membuatkan Puan Maria mencelikkan semula kelopak matanya. Dari tadi dia pejamkan mata tapi masih juga belum lena. Entah mengapa hatinya terasa kurang senang malam itu. Sehinggalah bunyi deringan telefon bimbitnya itu menyedarkan dia dari pejamkan mata.
            “ Helo, Qis! Kenapa aunty call tadi tak berjawab?” Puan Maria terlebih dahulu memberi soalan. Memang dia ada menelefon gadis itu selepas menemani Fahim makan malam tadi. Tapi tidak berjawab.
            “ Sorry, aunty. Ada hal sikit tadi.” Balqis cuba kawal suaranya yang serak.
            “ Hmm tak apalah kalau macam tu. Qis ada kat mana sekarang?”
            “ Ada di Janda Baik, aunty.” Perlahan nada gadis itu menutur.
            “ Kenapalah Qis pergi sampai ke sana? Mama Qis tahu tak ni?” soal Puan Maria lagi.
            “ Tahu.” Balqis membalas sepatah.
            “ Ni kenapa pula ni? Sepuluh patah aunty tanya, sepatah aje Qis jawab. Fakhri mana?”
            “ Aunty... dah lama ke Abang Fakhri ada alahan makanan laut?” Balqis tukar topik tiba – tiba.
            “ Sejak lahir lagi Fakhri memang alergik dengan makanan laut. Kenapa ni? Ada apa – apa yang berlaku ke kat sana Qis?” Puan Maria mula disimbah perasaan risau. Patutlah tidurnya malam ini tidak boleh lena.
            “ Tak ada apa – apalah, aunty. Aunty jangan risau ya. In shaa Allah esok juga Qis balik KL.”
            “ Aunty rasa macam tak sedap hati pula. Ni mesti ada yang tak kena kan? Baik bagitahu aunty cepat apa yang berlaku kat sana.” Puan Maria bernada ugut.
            “ Betul, aunty. Tak ada apa – apa pun yang berlaku. Aunty pergi sambung tidur ya. Dah lewat malam dah ni.”
            “ Hmm okey. Tapi kalau ada apa – apa bagitahu aunty ya? Good night. Assalamualaikum.” Talian telefon segera dimatikan.
            “ Waalaikumussalam, aunty.” Balqis hanya berkata perlahan. Lantas kakinya melangkah lemah keluar dari ruang hospital itu.
            “ Qis!” Belum sempat Balqis melangkah jauh, kedengaran suara Damia melaungkan nama gadis itu.
            Balqis hanya menolehkan kepalanya ke arah Damia yang sedang berlari anak mendekati dirinya. Langkahnya mati buat seketika. Tercungap – cungap Damia mendapatkan Balqis yang hampir berlalu keluar dari kawasan hospital itu. Balqis pula cepat – cepat menyeka air matanya yang sejak tadi galak menitis keluar.
            “ Kenapa Qis tak masuk jumpa Fakhri?” soal Damia pelik. Nasib baik dia perasankan kelibat Balqis di dalam hospital itu ketika hendak mengambil air untuk suaminya tadi.
            “ Abang Fakhri dah okey ke?” soal Balqis teragak – agak.
            “ Kalau Qis nak tahu, Qis kena masuklah tengok sendiri.” Balas Damia dengan senyuman.
            “ Tak apalah, kak. Abang Fakhri mesti tak nak jumpa Qis punya.” Serak nada itu.
“ Kenapa pulak?” Damia pelik.
“ Akak mesti tak suka dengan Qis kan? Sebab Qislah yang suruh akak bagi Abang Fakhri makan seafood tu tadi.” Perlahan Balqis menutur kata. Air mata mula bergenang kembali.
            Damia menyentuh lembut bahu gadis itu. “ Mana ada akak tak suka Qis. Akak tak salahkan Qis pun. Akak yang salah sebab tinggalkan makanan tu macam tu aje dalam bilik. Tak tanya tuan badan boleh makan ke tidak.”
            “ Qis bukan sengaja, kak. Qis ingatkan Abang Fakhri cuma alahan biasa aje sebab dia tak pernah bagitahu Qis pun yang dia ada alahan selama ni.” air mata yang mengalir di pipi, Balqis seka kasar.
            “ Eh, tadi bukan ke Qis cakap Qis tahu Fakhri ada alahan?” mimik muka Damia pelik.
            “ Qis tipu akak je. Abang Fakhri tak pernah bagitahu Qis pun yang dia ada alahan makanan laut. Hanya orang yang dekat dengan diri dia saja dia akan bagitahu, kak.” Balqis menyeka lagi air matanya yang semakin galak mengalir keluar.
            “ Sudahlah ya Qis. Jangan menangis lagi eh?” Damia cuba memujuk.

            Dia hanya mampu memandang sayu gadis di hadapannya itu. Besarnya cinta Balqis untuk kau, Fakhri. Kalaulah aku yang menjadi puncanya, haruskah aku yang mengundur diri?
                                                                              *****
                                                                    to be continued ~

8 comments:

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?