Followers

Sunday 6 January 2013

~ Cerpen - Dia Sebenarnya Cinta ~


Izzul Haq menekan kuat pedal brek Maserati Sportnya tiba – tiba. Tersandar tubuhnya di kerusi empuk itu akibat pemberhentian yang dibuat secara mengejut. Fuh, hampir – hampir betul aku tadi! Dia menghela nafas lega. Biji matanya sudah dijegilkan tajam ke arah dua orang gadis yang sedang tercegat di hadapan kereta mewahnya itu.
            Mawardah masih terpinga – pinga melihat kejadian yang hampir meragut nyawanya sebentar tadi. Tubuhnya masih kaku tidak bergerak. Bahkan kelopak matanya pun tidak mampu berkedip akibat terlalu terperanjat. Apa yang dah berlaku sebenarnya? Adakah aku masih bernyawa lagi?
            “ Wardah, kau ok ke? Ada cedera mana – mana tak?” soal Farah risau. Dibelek – beleknya tubuh temannya yang masih lagi keras di situ. Wardah masih membisu.
            Tiba – tiba kedengaran sepasang tapak kasut kulit sedang menapak ke arah mereka berdua. Serentak kedua – dua gadis itu menghalakan biji mata kepada pemilik kereta mewah yang baru saja hampir mencipta rekod kemalangan jalan raya dalam hidup mereka. Sepasang mata bundar milik lelaki tampan itu menikam tajam ke wajah Wardah. Wardah sedikit terkesima. Boleh tahan handsome!
            “ Kau memang nak mati ke apa? Kalau nak bunuh diri, sini bukan tempatnya cik kak!” tinggi nada Izzul.
            Air muka Wardah serta – merta berubah dengan tuduhan yang memang dirasakan amat menyengat di gegendang telinganya itu. Bunuh diri? Mamat ni memang tak sayang mulut ke apa?
            “ Hoi cik abang, tak nampak ke kitorang berdiri atas zebra crossing ni? Tu papan tanda perlahankan kenderaan tu tak reti baca ke dia tulis apa?” Wardah membidas. Sakit benar hatinya diserang hendap sebegitu rupa.
            Tak reti baca? Boleh tahan jugak mulut minah ni. “ Nampak. Tapi papan tu tulis perlahankan kenderaan, kanak – kanak melintas. Bukan untuk makcik melintas.” Selamba Izzul membalas.
Selamba badak dia panggil aku makcik? Badak pun tak berani panggil aku macam tu tau. Wardah sudah merengus geram. Kecik besor kecik besor je tubuh sasa lelaki itu dirasakannya. Ini boleh bikin gaduh ni! Sekarang jugak aku rasa nak menjelma jadi makhluk hijau si Hulk ataupun Shrek tu.
You all tak ada cedera apa – apa kan?” sambung lelaki itu lagi sambil memerhati atas bawah kedua – dua gadis di hadapan matanya.
Lantas dia menyeluk poket seluarnya untuk mengambil dompet. Dicapainya sekeping kad bisnes lalu dihulurkan kepada Wardah. Wardah hanya memandang sepi kad yang dihulurkan itu. Lansung tidak menyambut. Nak menunjuk lah tu. Mahu tak mahu, Farah terpaksa menjadi tukang penerima kad dari lelaki itu.
“ Dalam kad tu ada contact I. Kalau rasa nak tuntut apa – apa, just contact nombor dekat situ ok?” balas lelaki itu seraya menyimpan semula dompet ke dalam poket seluarnya. Langkah kakinya sudah menapak menuju ke pintu kereta.
Wardah sudah menayang muka meluatnya. Kejap – kejap kau aku, kejap – kejap I you. Geli bulu hidung aku dengar lah! Menyampah. Bentak Wardah sendiri.
Izzul hanya tersengih kecil melihat cermin pandang belakang keretanya yang sedang menayangkan Wardah mengoyak kasar kad yang diberinya tadi. Childish! Bisik hati kecilnya seraya memecut laju meninggalkan kawasan itu.
Farah pula sudah tercengang melihat sekeping kad bisnes yang sudah menjadi picisan – picisan kecil bertaburan di atas jalan raya. Dia terpaksa pasrah. Tak sempat dia hendak membaca nama yang tertera di kad itu. Wardah tersenyum puas dan penuh bangga. Padan muka! Ingat aku hadap sangat ke nak mintak duit kau.
***
Dompet berwarna biru muda di atas meja itu ditenung lama. Dalam kepala otaknya sudah terbayang Maggi, Mamee Slurpp dan tak lupa juga Ruski Tomyam yang akan menjadi menu utamanya sementara menunggu hujung bulan. Lantas gadis itu membebaskan keluhan berat. Farah yang sedari tadi menonton televisyen sesekali mengerling ke arah teman baiknya yang asyik termangu di atas sofa sejak pulang ke rumah tadi.
            “ Tu lah kau, tadi ada orang bagi rezeki kau koyak. Eksyen konon!” Farah memecah sunyi.
            Sekali lagi Wardah mengeluh. “ Kalau aku tak koyak pun kad dia, kita boleh tuntut apa je? Kau cedera ke? Tak kan? Aku pun tak.”
            “ Sekurang – kurangnya kalau dah terdesak, kau berlakon lah. Mental trauma ke apa ke?” bersahaja nada Farah. Biji matanya masih melekat di kaca televisyen.
            “ Kau tu yang mental sebenarnya. Tak ada orang buat tututan untuk mental trauma tau. Melainkan orang tu memang betul – betul mental je.”
            Farah hanya tersengih mendengar huraian temannya itu. “ Ala relax la. Esok kan hari first kita mula praktikal. Hujung bulan dapat elaun kan? Kalau kau tak cukup duit, pinjam dulu duit aku nak?”
            “ Tak payah lah. Duit aku ada lagi cuma kena berjimat sikit lah sementara tunggu hujung bulan ni.” Wardah membalas malas.
            Farah menjuihkan sedikit bibir. “ Ok nanti kalau tak cukup duit jangan malu – malu nak pinjam dengan aku eh? By the way, tadi Yana ada sms aku bagitahu list supervisor dah keluar dalam group facebook. Kau dapat lecturer mana? Aku dapat Puan Kadijah.”
            Serta – merta gadis itu tersenyum meleret. Farah mula pelik melihat riak muka temannya yang macam kerang busuk tu. Kerang busuk pun tak senyum macam tu.
            “ Cuba kau teka siapa?”
            Farah sedikit ternganga. “ OMG! Jangan cakap kau dapat Encik Darwish?”
            Wardah tidak membalas. Bibirnya sudah tersenyum bangga. Ala – ala Miss Universe yang baru dinobatkan sebagai juara gitu. Farah yang sudah dapat menangkap maksud senyuman misteri dari temannya kini sudah terlopong. Encik Darwish, pensyarah Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur jurusan Diploma in Quantity Surveying di UiTM Seri Iskandar telah menjadi supervisor industry training kepada pelajar yang bernama Mawardah? Jejaka maskulin idaman Malaya yang terkenal dengan kekacakkan dan ketampanannya bagi setiap pelajar perempuan di universiti itu termasuk aku. Sungguh, dunia ni memang tak adil!
***
Darwish tekun membaca sebiji – biji perkataan di atas kertas putih itu. Biji matanya sudah mengerling ke arah beberapa buku assignment pelajarnya yang masih bertimbun di atas meja belum disemak. Lantas pemuda itu membebaskan keluhan kecil. Teman sejawatnya, Shahrul yang juga merupakan pensyarah dalam jurusan itu sudah menggelengkan kepalanya perlahan.
            “ Kalau kau rasa penat, lebih baik kau stop dulu semak. Nanti kalau ada yang salah, tak pasal je kau kena semak balik.” Shahrul memecah sunyi seraya meletakkan sebiji mug berisi Nescafe panas di atas meja Darwish.
            Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Darwish terus menutup buku tugasan pelajarnya itu. Tangannya sudah mencapai mug air yang dibuat khas untuknya lalu dihirup perlahan. Pergh, memang nikmat!
“ Tadi aku ada tengok list student under kita. Tak silap aku, student bawah kau Wardah kot.” Shahrul menyambung lagi.
            Darwish menganggukkan kepala perlahan. Tanda sudah take note. Riak mukanya bersahaja. Control macho.“ Student kau siapa?”
            Student aku si Amira mulut murai tu aje.” Shahrul ketawa kecil. Begitu juga dengan Darwish.
            “ Tapi aku pelik lah, macam mana kau boleh jadi supervisor budak Wardah tu. Kan dah kecoh satu fakulti, dia suka dekat kau. Macam mana ketua program boleh bagi kau jadi supervisor dia eh?”
            Darwish hanya tersenyum kecil dengan soalan yang baru saja dikemukakan kepadanya tadi. “ Dalam hal kerja ni kita kena profesional, Shah. Benda – benda remeh macam ni tak patut campur hal kerja betul tak?”
            Shahrul menganggukkan kepalanya sikit. Terasa segan pula dengan kecetekan ilmunya dalam bidang profesional itu. Darwish pula segera menyambung kerjanya yang tergendala tadi. Dalam tidak sedar, bibirnya sudah menitip perlahan nama indah milik gadis yang baru saja menjadi anak buahnya. Wardah...
            Farah menyiku lengan Wardah yang masih kaku sejak tadi. Darwish yang sedang merenung pelik wajah lembut Wardah langsung tidak dihiraukannya. Apa yang pasti, hatinya terasa begitu berbunga – bunga dengan renungan tampan dari lelaki yang berjaya menambat hati setiap perempuan itu. Oh, my love!
            “ Wardah, awak tak dengar ke saya panggil awak tadi?” Darwish melambai – lambaikan tangannya di hadapan biji mata perempuan itu.
            Wardah tidak membalas. Masih membatu seperti tadi. Bibirnya tiba – tiba menguntum senyum. Agaknya kenapa lah lelaki ni handsome sangat eh? Mata dia, hidung dia, bibir dia.. Auww! Bikin jantung aku luruh aje lah kalau macam ni. Sejak bila kau pandai menggedik ni Wardah?
            “ Wardah!!” Jerkahan Darwish buat kelima kalinya terus membunuh lamunan gadis itu. Terkebil – kebil mata kelopak mata Wardah memandang pensyarah muda di hadapan mukanya itu.
            “ Lepas kelas jumpa saya sekejap.” Darwish memberi arahan seraya melangkah keluar dari kelas itu.
            Wardah teragak – agak  menganggukkan kepalanya. Merah padam mukanya usah dikhabarkan lagi. Dah macam kena panggang bawah cahaya matahari. Tambah pulak, kulitnya yang cerah ala – ala Korea gitu. Ala – ala je bukan sebijik ok?
            “ Aduss, kemangkukkan apakah ini? Kenapa kau tak sedarkan aku tadi, Farah? Malu siot!” Wardah meluku – luku kepalanya perlahan.
            “ Kau tanya Kila berapa kali aku panggil nama kau tadi? Tu belum campur dengan aku siku tangan kau lagi. Kalau lambat sangat kau sedar tadi, memang aku bagi penampar Arab dah tau!” Farah mula membebel dengan gaya mak neneknya. Kila yang turut mendengar menganggukkan kepalanya laju.
            “ Oh, ye ke? Sorry.” Wardah memberi sengihan mantap.
***
Hari pertama menjejakkan kaki ke firma tempat Wardah akan menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai pelajar praktikal terbukti membuatkan gadis itu terpesona melihat keunikan reka bentuk bangunan itu. Terasa bangga pulak dapat berbakti di firma terkenal macam ni. Dengan langkah ala – ala wanita korporat yang amat disegani, Wardah terus menuju ke kaunter pertanyaan di ruang legar firma itu.
            “ Assalamualaikum cik, boleh saya tumpang tanya?” Wardah memberi senyuman manis. Imej sebagai pelajar praktikal harus dijaga.
            “ Waalaikumussalam, boleh. Nak tanya apa ya?” Gadis di kaunter itu turut membalas dengan senyuman.
            Baru saja Wardah hendak membuka mulut, tiba – tiba biji matanya menangkap ke arah seorang lelaki muda yang sedang melangkah masuk dari pintu utama firma itu dengan segak bergayanya. Dilihatnya beberapa orang staf di firma itu menundukkan kepala sedikit apabila berselisih dengan pemuda itu. Wardah berfikir sejenak dengan dahi yang dikerut – kerutkan sedikit.
Aku rasa macam kenal aje lelaki tu. Bukan ke mamat ni yang nak langgar aku semalam. Tapi apa dia buat dekat sini? Mungkin client kot. Tapi ada ke client yang datang office pagi – pagi macam ni? Baru pukul 7.45 sekarang. Entah – entah...? Oh, tidakkkk.. Tolong jangan cakap mamat ni kerja dalam firma ni jugak.
“ Err cik..” kedengaran gadis kaunter itu bersuara tiba – tiba. Wardah segera mengalihkan pandangan.
“ Eh sorry, sebenarnya saya ni pelajar praktikal baru dekat firma ni. Boleh saya tahu, saya nak kena berurusan dengan siapa?”
“ Sekejap ya cik.” Gadis itu pantas mengangkat gagang telefon lalu jarinya segera mendail nombor seseorang.
Wardah hanya menganggukkan perlahan. Dari ekor matanya sibuk mengintai ke mana arah tuju lelaki itu melangkah. Usai memastikan kelibat lelaki itu hilang memasuki perut lif, Wardah menghela nafas lega yang teramat lega sekali. Fuh, nasib baik aku tadi! Harap – harap aku tak nampak lagi muka mamat poyo tu lepas ni.
Tak lama kemudian, muncul seorang perempuan yang boleh dikategorikan sebagai kakak jika nak dibandingkan dengan umur Wardah yang baru mencecah 21 tahun itu. Wardah sekali lagi memberi senyuman mesra.
“ Mawardah binti Mazlan ya? Mari ikut akak.” Tegur wanita itu juga mesra.
Kan betul aku cakap dia kakak? Hehe. Wardah segera melajukan langkah membontoti wanita itu. Sempat lagi dia berterima kasih kepada gadis di kaunter sebelum berlalu pergi.
Sampai sahaja di hadapan sebuah pintu bilik, wanita itu mengetuk dua tiga kali lalu menguak sedikit pintu bilik itu. Tapak kaki Wardah sudahpun melekat di atas lantai di depan bilik itu. Kepalanya turut dijengukkan sedikit untuk melihat ruang pejabat itu. Padahal tak nampak apa – apa pun. Busy body je lebih!
“ Mawardah masuk dulu ya. Ni bilik supervisor yang handle Mawardah sepanjang tempoh latihan industry dekat sini.”
Wardah hanya menganggukkan kepala tanda akur. Sangkanya wanita itu yang akan menjadi penyelianya di firma itu, rupannya meleset sama sekali. “ Err kak, panggil saya Wardah aje. Tak payah panggil nama penuh pun tak apa.”
Sempat lagi Wardah berpesan. Dia memang tak beberapa berkenan orang panggil nama penuhnya. Nampak benar perempuan melayu terakhirnya di situ! Ayahnya yang beria – ria sangat nak letak nama Mawar waktu dia lahir dulu. Nasib baik ibunya moden sikit. Ditambahnya ‘dah’ dekat belakang. Kalau tak, mesti orang akan panggil aku Mawar oh Mawar! Tak pasal – pasal je aku tergolong dalam zaman bawang merah bawang putih pulak.
Perlahan – lahan Wardah menapak masuk ke dalam bilik pejabat itu. Kelihatan seorang lelaki yang berkemeja kemas sedang tekun menulis sesuatu di atas kertas. Dup! Dap! Dup! Dap! Apasal aku rasa macam seram sejuk aje ni? Bertenang Wardah bertenang! Lelaki depan kau ni bukan hantu. Manusia jugak macam kau.
“ Assalamualaikum.” Teragak – agak Wardah memberi salam. Biji matanya sedikit mengintai ke arah wajah yang masih sibuk membuat kerja itu.
Tiba – tiba lelaki itu mengangkat muka. Biji matanya tepat berhenti di wajah lembut Wardah. Air muka Wardah seperti yang dijangka lah. Terperanjat, terkejut, tersentak, terkesima dan semua ter lah. Kenapa mesti mamat poyo yang tak berhati perut dan tak kenal erti budi bahasa budaya kita ni yang akan jadi penyelia aku dekat ofis?
“ Sila duduk.” Lelaki itu masih bersahaja. Macam seperti tidak ada apa – apa yang berlaku.
Dengan menghadiahkan pandangan pelik, Wardah mengambil tempat di hadapan Izzul Haq. Mamat ni tak kenal aku ke? Kenapa macam tak terkejut langsung je tengok muka aku? Entah – entah pelanduk dua serupa kot. Tak pun, lelaki semalam yang langgar aku tu mungkin saudara kembar dia? Ya, aku yakin dia bukan lelaki yang sama!
I rasa you mesti tak sempat baca nama I kan semalam sebab you dah koyak kad yang I bagi tu?” Izzul tersengih.
Suara macho itu segera mematikan lamunan Wardah. Cis, memang dia rupanya! Wardah pura – pura mengukir senyum. Tak ikhlas langsung!
“ Ok, as you can see my name Izzul Haq bin Datuk Izzudin. I am the person who are in charge during your practical training. Now, please introduce yourself.” Izzul menyambung lagi.
Wah, boleh tergeliat lidah aku kalau macam ni! “ Err my name is Mawardah binti Mazlan. Everyone call me War...
“ Ok Mawar, you are from UiTM right if I not mistaken?” belum sempat Wardah menghabiskan kata, Izzul sudah memotong di laluan kiri tanpa memberi sebarang signal.
Mawar? Alamak, apasal lah mamat ni memang suka cari gaduh dengan aku? Tak boleh tunggu aku habis cakap dulu ke? Agaknya pada hayat yang lepas dia memang dah bermusuh dengan aku kot?
“ Kenapa Mawar? Any problem?” soal Izzul pelik apabila melihat gadis itu yang masih membisu.
“ Err tak. Yes, I am from UiTM.” Wardah memberi senyuman plastik.
“ Sebenarnya, dalam firma ni ada beberapa prosedur yang you kena pelajari. Firma ni tak sama dengan firma lain. I guess student UiTM mesti dah diajar sepenuhnya kan tentang skop surveying betul tak? So, I tak nak ada apa masalah yang timbul sepanjang you menjalani latihan di sini. Bla...bla...bla...bla...”
Wardah mendengar dengan penuh bosan kuliah pagi yang tidak diundang itu. Kalau tak sebab mamat ni yang akan bagi markah latihan praktikal aku, dah lama aku menguap berjuta – juta kali. Ditambah pulak dengan tidur lambat malam tadi. Gatal tengok drama Korea tengah – tengah malam walaupun dah tahu hari ni hari first praktikal.
Hajat Izzul untuk menyambung lagi syarahan bebasnya itu terus terbantut bila daun pintu bilik pejabatnya dikuak kasar. Kedua – dua manusia dalam bilik itu terperanjat. Masing – masing mengalihkan pandangan ke arah muka pintu.
“ Izzul, kenapa you tak angkat call I? You tahu tak berapa lama I tunggu you dekat rumah tadi?” lantang suara dari makhluk Tuhan paling seksi di ruang itu, Emilia nama komersialnya.
You ni kenapa? Tak nampak ke I tengah kerja ni? Buta ke apa?” bidas pemuda itu pula. Wardah sudah menelan liur. Tak pasal – pasal dia terpaksa menjadi saksi peperangan mulut yang sedang berlangsung itu.
You cakap I buta? Hantu mana yang dah rasuk you ni ha? I ni girlfriend you tahu tak? Bakal jadi isteri you faham?”
“ Bakal isteri? Hello... Tolong sedar diri you sikit ya? Kita dah lama putus ok?” Izzul membalas selamba.
Perlahan – lahan Wardah bangun dari kerusinya. Kakinya cuba menapak keluar dari bilik itu sambil badannya dibongkokkan sedikit. Kononnya tak ada orang perasan dia cuba melarikan diri.
You nak tahu kan siapa bakal isteri I? Tu dia..” Jari telunjuk Izzul tepat menghala ke arah Wardah yang sedang dalam percubaan untuk ghaib dari ruang itu.
Biji mata Emilia segera dikalihkan ke arah gadis itu. Langkah Wardah serta – merta mati. Dia terpempan. Biji matanya seakan mahu tersembul melihat jari yang sedang dituding ke arah dirinya. Kemangkukkan apakah yang sedang berlaku sekarang ni?
***
Sejak tadi, biji mata Wardah melekat di kaca televisyen rumah sewanya itu. Farah yang tidak berhenti – henti bercerita tentang pengalaman pertamanya masuk kerja tadi hanya didengar sambalewa. Kalau lah sebijik – sebijik perkataan yang disebut oleh temannya itu boleh dilihat masuk ke telinga kanan, pasti Farah akan terkejut melihat apa yang diceritakan itu keluar di telinga sebelah kiri pula.
            “ Wardah, kau rasa betul tak apa yang aku buat tadi?” soal Farah tiba – tiba.
            Wardah tersentak. Mana tidaknya, dengan tak tahu apa hujung pangkal cerita tiba – tiba diberikan soalan cepumas pulak. “ Err betul lah tu Farah. Kau mesti ikut kata hati kau.” Balas Wardah dengan penuh yakin. Seperti biasa, jawapan yang selamat akan digunakan.
            “ Kau ni kenapa, Wardah? Dari tadi senyap je.” Soal Farah pelik. Nampak sangat dia tahu Wardah tak fokus dengan setiap butir bicaranya tadi.
            Wardah mengeluh kecil. “ Aku rasa aku nak call Encik Darwish aku lah. Nak mintak tukar firma.”
            “ Perlu ke mention Encik Darwish kau?” Farah tunjuk muka menyampah.
            Wardah hanya memberi sengihan. Jealous lah tu.“ Kalau aku cerita dekat kau satu benda ni, mesti kau terkejut.”
            Belum cerita lagi pun, Farah sudah buat muka terkejut. “ Apa yang jadi wei?”
            “ Kau ingat lagi tak laki yang hampir langgar kita dekat tengah jalan semalam?”
            Farah mengangguk laju. Muka dah sabar – sabar nak dengar cerita selanjutnya.
            “ Laki tu sebenarnya penyelia aku dekat firma tau. Dia anak lelaki kepada Datuk Izzudin.”
            Farah sudah membuntangkan biji matanya. Wah, memang betul lah orang cakap dunia ni kecik sebenarnya!
            “ Nak dijadikan cerita pulak, laki tu mengaku depan ex dia yang aku ni bakal bini dia kau tau?” Wardah menyambung lagi. Air mukanya sengaja diseriuskan untuk lebih menghangatkan suasana.
            Farah jelas tidak mampu berkata apa – apa. Mulutnya yang ternganga luas memang mengundang kemasukan lalat beramai – ramai. Sumpah, dia terkejut!
***
Masuk hari ni, genap sebulan Wardah menjadi budak praktikal dekat firma itu. Bermakna genap sebulan jugak lah tugas aku menyediakan kopi dan tolong fotostat kertas – kertas yang disuruh oleh Izzul. Sampai aku sendiri pun confuse, aku ambil jurusan apa dekat UiTM tu sebenarnya? Kesetiausahaan kah? Hari ni aku tak peduli, aku akan sound penyelia tak berhati perut tu kalau dia suruh aku buat kerja setiausaha dia tu lagi.
            You ada kerja tak sekarang?” soal Izzul apabila menyedari budak praktikal yang dipanggilnya tadi sudah berada di hadapan mata.
            “ Kalau Encik Izzul tak minta kopi, bermakna saya free lah tu.” Pedas sindiran Wardah.
            Izzul tersengih kecil. “ Kalau macam tu, jom ikut I pergi site.”
            Wardah sedikit terperanjat. “ Site dekat mana?”
            “ Putrajaya.” Izzul membalas sepatah.
***
Sesekali Izzul mengerling gadis di sebelahnya melalui ekor mata. Wardah masih menyepi. Biji matanya hanya dihalakan ke hadapan jalan sejak awal perjalanan tadi. Apa yang dilihatnya pun entah lah. Padahal bukan driver pun.
            So, macam mana suasana kerja dekat firma I ni?” Izzul memecah sunyi.
            “ Hmm suasana ok cuma saya tak rasa macam kerja pun.” Dusshh! Sekali lagi Wardah memerli.
            Izzul hanya ketawa kecil. “ Baru sebulan, cik kak. Awal lagi. Still ada tiga bulan lagi, betul tak?”
            Cik kak? Dia buat dah perangai dia balik. “ Encik Izzul, boleh saya tanya sesuatu tak?” Wardah menukar topik. Malas hendak memanjangkan cerita. Silap hari bulan boleh bikin gaduh ni.
            “ Tanya lah.”
            “ Err sebenarnya waktu hari first saya masuk kerja tu, kenapa Encil Izzul cakap saya ni bakal isteri Encik Izzul pulak?”
            “ Kenapa? You tak suka ke?” Izzul masih dengan sengihannya.
            “ Bukan tak suka...”
            “ Habis tu, you suka?” belum sempat Wardah menghabiskan kata, Izzul seperti biasa sudah memotong. Mungkin kali ni, dia ada bagi signal ke kiri.
            Wardah sudah merengus geram. Apasal lah makhluk sebelah aku ni suka sangat menyampuk sebelum aku habis cakap? “ Suka hati you lah!” Ha kan dah terkeluar I you aku. Tak pasal – pasal je.
***
Dengan bertopi keselamatan di atas kepala, perlahan – lahan Wardah menyusun langkah menapak di atas tanah merah di kawasan tapak projek itu. Ala – ala kontraktor gitu. Pada hakikatnya, dia cuma budak praktikal yang diberi arahan untuk memegang sekeping fail sambil meninjau kawasan pembinaan. Berangan sudah semestinya!
            “ Rasanya semua dah ok dah ikut piawaian.” Kedengaran Izzul membebel sendiri sambil biji matanya dililaukan di kawasan itu.
            Wardah turut memerhatikan sekeliling kawasan itu sambil kepalanya diangguk – anggukkan sedikit. Lagak kontraktor kononnya. Tanpa disedari, bata – bata yang diangkat menggunakan jentera pembinaan tak semena – mena terjatuh dari arah langit. Izzul yang begitu terperanjat melihat gadis itu masih leka segera berlari mendapatkan Wardah. Dia menolak tubuh kecil itu jatuh di atas tanah sehinggakan tubuhnya sendiri jatuh di atas Wardah. Wardah terpempan.
            “ Mata letak mana hah? Tak nampak ke keadaan bahaya dekat sini? Tu papan tanda caution tu tak reti baca ke?” Izzul memulangkan paku buah keras.
            Jerkahan dari lelaki tampan itu sedikitpun langsung tidak mengejutkan Wardah. Kelopak mata gadis itu langsung tidak berkedip memandang raut wajah lelaki yang betul – betul berada di hadapan matanya tika itu. Getaran jantungnya sudah cukup membuatkan hati perempuan itu tidak keruan.
            Izzul sudah menayang wajah pelik melihat riak muka gadis itu. Mata mereka yang bertembung seketika cepat – cepat dikalihkan ke tempat lain. Izzul segera menegakkan tubuhnya. Tangannya dihulurkan kepada Wardah untuk membantu gadis itu bangun. Teragak – agak Wardah untuk menyambut huluran itu.
            You ada cedera dekat mana – mana ke?” soal Izzul sedikit resah. Kali ni, nadanya sudah mengendur.
            Wardah hanya menggelengkan kepalanya laju. Tidak membalas. Tangannya sibuk menepuk punggungnya yang baru saja mendarat di atas tanah merah tadi.
***
Sebaik sahaja tiba di Alamanda Shopping Mall, Wardah segera meluru masuk menuju ke tandas. Izzul yang sedikit tercengang melihat gelagat gadis itu hanya tersengih kecil. Kakinya tetap jua melangkah masuk ke dalam kompleks beli – belah itu.
            Kau dah gila ke Wardah? Macam mana jantung kau boleh buat larian pecut 200 meter bila bertentang mata dengan mamat tu tadi? Kalau mamat tu perasan macam mana? Haish memang tak boleh diharapkan betul. Tapi kan, mamat tu gentleman jugak rupanya. Handsome pulak tu! Wardah sudah tersengih sendiri di hadapan cermin. Beberapa orang makcik yang sedang melihat kegilaannya itu di hadapan cermin sudah menayang wajah pelik. Tak pasal – pasal je Wardah terpaksa berpura – pura senyum ke arah mereka sebelum betul – betul dicop gila.
            Biji mata Wardah yang sedang melilau mencari kelibat bosnya tiba – tiba menangkap ke arah Izzul yang sedang berborak mesra dengan seorang perempuan muda. Boleh tahan cantiknya. Pakai tudung. Ayu. Putih bersih wajahnya. Oh, baru lah aku tahu kenapa mamat ni cakap aku bakal bini dia hari tu! Mesti sebab dia dah tangkap cintan dengan perempuan ni lepas tu jadikan aku sebagai alasan ya? Siap kau!
            Wardah memberhentikan langkah di hadapan Izzul dengan perempuan yang tidak dikenalinya itu. Kedua – dua biji mata di ruang itu segera mengalihkan pandangan ke arah Wardah yang sudah mencekak pinggangnya tiba – tiba.
            You buat apa dekat sini? You dah tahu kita nak kahwin hujung minggu ni, berani you menggedik dengan perempuan lain lagi?” lantang suara Wardah tepat mengena di muka Izzul.
            Izzul sudah terlopong melihat adegan yang tidak diundang itu. Biji matanya juga mengerling sedikit ke arah perempuan di hadapannya yang turut sama terperanjat.
            Sorry ye cik. Sebenarnya ni bakal suami saya. Kami dah nak kahwin hujung minggu ni. Saya harap sangat cik tak kacau hubungan kami berdua.” Wardah menyambung lagi. Kali ni untuk lebih menrealkan lakonan lagi, dia terus menarik lengan Izzul untuk berlalu pergi.
            Belum sempat Wardah hendak melangkah, Izzul segera menarik tangan gadis itu. Wardah tersentak. Tangan lelaki itu pantas memeluk erat bahu Wardah pula. Kali ni, Wardah terperanjat pula. Gila ke apa mamat ni? Aku berlakon aje bukan betul – betul bakal bini kau pun!
            “ Akak, kenalkan BAKAL ISTERI Izzul ni. Mawardah.” sengaja Izzul menekan perkataan bakal isteri itu.
            Akak? Biji mata Wardah serta – merta membulat. Teragak – agak dia hendak membalas salaman dari tangan perempuan itu.
            “ Hai, Izzatul Haziqa. Panggil Kak Iqa aje. Kakak kepada Izzul. Nanti jangan lupa jemput akak datang kenduri kahwin korang tau.”
Perempuan itu berseloroh mesra. Lengkap dengan senyuman di bibir. Izzul sudah tersengih memandang wajah burung hantu Wardah. Oh, tidakkk... Aku rasa macam nak pengsan sekarang jugak!
***
4 bulan berlalu..
Wardah menghempaskan tubuhnya di atas katil. Matanya galak melihat syiling biliknya yang digantung dengan kipas angin itu. Entah mengapa malam itu dirasakan kipas angin yang sudah berkarat dan tinggal masa untuk rosak tu amat menarik perhatiannya. Yang pasti, fikirannya ikut sama berpusing dengan kipas itu.
            Esok hari last aku praktikal sepatutnya aku kena happy go lucky. Tapi kenapa aku rasa macam kosong aje eh? Sedih ke nak tinggalkan staf – staf dekat situ? Hish tak mungkin lah. Aku bukan rapat sangat pun dengan diorang. Aku paling rapat pun dengan Encik Iz... Alamak, aku merepek apa pulak ni? Arghhh.. tak mungkin aku sedih nak tinggalkan mamat tu! Tak boleh jadi ni. Mulai sekarang aku kena gembira. Tak lama lagi aku dapat jumpa Encik Darwish dalam kuliah. Yahoo!
            Sementara itu di ruang makan di dalam banglo milik keluarga Datuk Izzudin, kelihatan Izzul Haq sedang menjamu selera dengan lahapnya macam tak pernah jumpa nasi. Datin Mazni pula setia menemani anak terunanya itu di meja makan. Anak manja lah katakan.
            “ Mama dengar kamu dah putus hubungan dengan Emilia ya?” Datin Mazni memecah sunyi.
            Izzul hanya menganggukkan kepalanya sambil menyumbat makanan ke dalam mulut. Lansung tidak terperanjat dengan soalan yang baru terbit dari bibir mamanya itu.
            Datin Mazni sudah melepaskan keluhan berat. “ Masuk Emilia ni, mama dah tak mampu kira dah berapa banyak perempuan yang kamu tolak.”
            “ Ala Izzul rasa tak berkenan lah dengan Emilia tu.”
            “ Tak berkenan, tak berkenan. Itu aje lah alasan kamu setiap kali. Lagipun, perempuan yang kamu couple semua tu bukan mama yang pilih. Kamu jugak yang pilih sendiri. Alih – alih cakap tak berkenan. Kalau lah berterusan macam ni, bila kamu nak kahwin Izzul?” Datin Mazni mula tukar karier jadi pensyarah.
            “ Ala ma, Izzul bukannya anak perempuan yang kena kahwin awal. Nanti dah tiba masanya, Izzul kahwin lah ya?”
            “ Entah – entah kamu ni gay tak, Izzul?” soalan yang tidak tercapai oleh akalmu tak semena – mena terbit di bibir Datin Mazni.
            Ok, kali ni Izzul tak mampu lagi buat muka bersahaja. Terperanjat benar air mukanya. Siap tersedak – sedak lagi. Pantas dia meneguk air oren yang kakaknya baru letak atas meja itu. Izzatul Haziqa yang baru hendak melabuhkan punggungnya di kerusi, tak terkata apa – apa bila melihat air dalam gelasnya habis licin diteguk.
            “ Apa mama ni tuduh anak sendiri bukan – bukan. Jadi betul – betul kang macam mana?” bebel Izzul sambil mengelap mulutnya dengan tisu.
            “ Habis tu dah kamu liat sangat dengan perempuan. Semuanya tak kena dekat mata kamu tu.”
            “ Mama jangan risau lah. Hari tu Iqa dah jumpa bakal isteri Izzul dekat shopping mall. Tak lama lagi naik pelamin lah tu.” Belum sempat Izzul hendak membalas, kakaknya sudah menyampuk terlebih dahulu.
            Datin Mazni sudah terlopong. Izzul Haq apatah lagi. Biji matanya sudah dikalihkan ke arah kakaknya meminta penjelasan. Izzatul hanya tersengih. Padan muka. Siapa suruh kau minum air oren akak tadi!
***
Setelah menikmati cuti semester selama satu bulan setengah, sesi kuliah yang amat di ‘anti’ oleh majoriti pelajar pun bermula. Darwish melambai – lambaikan tangannya di hadapan mata Wardah yang masih tidak berkedip dari tadi. Farah yang berada di sebelah sudah melepaskan keluhan berat. Wardah buat dah perangai dia.
            “ Wardah!!” seperti biasa, jerkahan buat kelima kalinya dari Darwish baru akan menyedarkan gadis itu supaya kembali ke dunia nyata.
            “ Jumpa saya lepas kelas!” Darwish memberi arahan.
            Kali ni, Wardah tak banyak bicara. Dia hanya akur dengan arahan yang diberikan. Pantas dia membontoti Darwish menuju ke pejabat pensyarahnya itu. Sampai sahaja di bilik itu, tanpa dipelawa Wardah terus mengambil tempat di hadapan Darwish.
            “ Awak ada masalah ke Wardah? Kenapa selalu termenung dalam kelas?” Darwish memulakan bicara.
            Wardah menundukkan kepalanya sedikit. Terasa segan pula dah besar panjang nak dikaunseling lagi. Nampak benor perangai teruk! Wardah.. Wardah.. Bila lah kau nak bertaubat ni?
            “ Cuba cakap dengan saya. Mana tahu saya boleh bantu.” Sambung Darwish lagi.
            Wafa segera menggelengkan kepalanya laju. “ Saya tak ada apa – apa masalah, Encik Darwish. Saya minta maaf sebab selalu termenung dalam kelas Encik Darwish tapi saya janji lepas ni perkara ni tak kan berulang lagi. Maafkan saya ya?”
            Darwish mengamati lama wajah lembut di hadapannya itu. Dalam diam dia akui kecantikan asli milik gadis itu. “ Ok saya maafkan awak. Saya bukan apa, ni semester akhir kan? Saya tak nak semester ni akan rosakkan pointer cgpa awak nanti.”
            “ Saya faham, encik. Saya janji saya akan buat yang terbaik untuk sem ni.” Wardah tersenyum. Begitu juga Darwish.
***
Setahun kemudian..
Selesai majlis konvokesyen berlangsung, Wardah segera mencari kelibat pensyarah kesayangannya Encik Darwish. Darwish yang perasankan Wardah yang sibuk melilaukan biji matanya cepat – cepat mematikan talian telefon bimbitnya.
            “ Mak buat lah macam apa yang Darwish cakap tu tau. Darwish ada hal ni. Nanti Darwish call balik. Assalamualaikum.” Telefon bimbitnya segera dimasukkan semula ke dalam poket seluar.
            “ Encik Darwish dekat sini rupanya. Penat saya cari.” Termengah – mengah suara Wardah.
            Darwish hanya memberikan senyuman manis. Control macho semestinya. “ Kenapa awak cari saya?”
            “ Saya nak berterima kasih sangat dengan Encik Darwish. Kalau bukan sebab encik, mesti saya tak sampai ke tahap ni.” balas Wardah mesra.
            “ Tapi bukan saya seorang aje yang mengajar awak kan?” duga lelaki itu. Tersenyum tampan.
            “ Memang lah tapi saya paling minat dekat Encik Darwish lah. Encik Darwish ni idola saya tau.” Gulp. Apa benda aku merepek ni? Aduss, malunya!
            Darwish hanya memberi sengihan. Kepalanya digeleng perlahan. Wardah..Wardah..
***
Sesekali biji mata Puan Hanim mengerling ke arah anak daranya, Mawardah yang sedang khusyuk menonton rancangan Upin Ipin di tv9 itu. Dalam kepalanya berkira – kira untuk mengeluarkan isi hati yang sudah diperam lama itu.
            “ Err lepas ni apa plan kamu, Wardah?” Puan Hanim memulakan bicara.
            Plan apanya? Kan Wardah tengah buat degree sekarang. Ibu tak ingat ke?” matanya masih melekat di kaca tv.
            “ Ingat tapi bila nak kahwin?”
            Soalan yang baru terbit dari bibir ibunya itu membuatkan Wardah terkejut beruk seketika. Serta – merta pandangan matanya beralih ke arah Puan Hanim.
            “ Kahwin? Wardah kan baru 21, bu. Cerita Upin Ipin pun Wardah tak puas tengok lagi. Ibu tak boleh tanya soalan macam tu lagi sepatutnya.”
            “ Apasal pulak ibu tak boleh tanya macam tu? Sebenarnya, ibu dah terima pinangan orang tau.”
            Wardah sudah terlopong. Terperanjat benar mukanya. “ Ibu nak kahwin lain ke?”
            “ Hish budak ni aku bagi penampar Arab jugak kang. Tu Mazlan tu nak letak mana ha? Ibu terima pinangan untuk kamu la.”
            Wardah sudah menghela nafas lega. “ Fuh, nasib baik! Ingatkan untuk ibu. Rupanya untuk War... Apa dia bu? Untuk Wardah?”
            “ Ye lah. Tak kan untuk Mazlan pulak.” Selamba sungguh jawapan ibu. Mentang – mentang ayah pergi surau.
            “ Tapi kan Wardah tengah belajar sekarang. Tak kan tiba – tiba nak kahwin, bu. Pelajaran macam mana nanti?” Cewah, sejak bila aku pandai jadikan pelajaran sebagai alasan ni!
            Don’t worry. Laki tu cakap dia boleh jadi lecturer kamu nanti.” Bersahaja nada Puan Hanim. Siap speaking lagi. Kelasss kau, Hanim!
            Jadi lecturer? Wardah tergamam seketika. Entah – entah....
***
            “ Aku terima nikahnya Mawardah binti Mazlan dengan mas kahwinnya 200 ringgit tunai.” Dengan sekali lafaz, Wardah sudah sah bergelar isteri orang.
            Wardah mencium tangan suaminya untuk majlis membatalkan air sembahyang. Kepalanya rasa macam nak pitam pula bila bibir lelaki itu melekat di dahinya. Control Wardah control! Saudara – mara dan sahabat handai yang hadir tidak henti – henti mengucapkan tahniah kepada mempelai itu.
            Shahrul menepuk lembut bahu sahabatnya, Darwish yang dari tadi tidak melepaskan pandangan dari wajah lembut Wardah.
            “ Hai, termenung jauh nampak! Tak sangka aku, cantik jugak budak Wardah tu kan?” Shahrul bersuara tiba – tiba.
            “ Kau baru tahu ke? Aku dah lama tahu, Shah.”
            Shahrul sedikit terperanjat. “ Dah lama tahu? Maksud kau?”
“ Kalau tak, aku tak mintak lah ketua program letak Wardah jadi anak buah aku dulu.” Selamba Darwish membalas.
            Shahrul tersentak. “ Jadi kau sendiri yang suruh...?” Shahrul tidak dapat menghabiskan kata. Darwish hanya tersengih tidak membalas. Lantas dia mendekati pasangan mempelai yang baru selesai diijabkabulkan itu.
            “ Tahniah, Wardah!” Darwish cuba mengukir senyum.
            “ Terima kasih, Encik Darwish.” Wardah turut menghadiahkan sebuah senyuman. Manis.
***
            “ Sejak bila Encik Izzul sukakan saya?” soalan Wardah itu terus membuatkan kelopak mata Izzul yang dipejam rapat tadi dibuka semula.
            Izzul segera memusingkan tubuhnya ke arah Wardah. Pandangan matanya menjamah seketika wajah lembut isterinya itu. “ Sejak you koyak business card I.” Izzul memberi senyuman tampan.
            Wardah sudah tersengih. Perkara yang berlaku setahun dulu segera mengimbau kembali. Segan pulak dirasakannya. Waktu buat dulu tak segan pulak.
            “ Sejak bila you suka I pulak?” soal Izzul pula.
            “ Sejak Encik Izzul cakap saya bakal isteri Encik Izzul kot.” Giliran Wardah pula memberi senyuman manis.
            “ Oh, jadi memang betul lah tekaan I dalam kereta dulu yang you memang suka I cakap you bakal isteri I kan?” Izzul sudah tersengih.
            Serta – merta warna merah menyerbu wajah gadis itu. Malu! “ Eh, mana ada saya...”
            Cup! Belum sempat Wardah hendak menghabiskan kata, sebuah ciuman hinggap di bibir gadis itu. Wardah terpana seketika.
            “ Nama saya Izzul Haq dan awak adalah hak saya.” Izzul berbisik perlahan di telinga isterinya.
            Wardah hanya mampu menelan liur. Teragak – agak bibirnya dirapatkan pula ke telinga Izzul. “ Nama saya Mawardah dan saya rela jadi hak awak.”
            Izzul sudah menguntum senyum mekar. Tekaknya berdehem sedikit. “ Kalau macam tu, izinkan lah abang... Assalamualaikum, sayang..” Izzul tersengih.
            “ Err tapi saya baru 21 tahun.” Sedikit resah nada Wardah.
            “ Kalau 21 tahun pun kenapa?”
            Bahang hangat sudah terasa di wajah gadis itu. “ Ye lah, ye lah. Waalaikumussalam.” Wardah terus menutup selimut ke mukanya. Malu!

*** Tamat***
p/s: Ini adalah cerpen pertama yang saya hasilkan. Jika ada serba kekurangan dan kekhilafan,   saya minta ampun sangat – sangat ya..mohon beri tunjuk ajar tau! komen anda sangatlah dihargai..=)

32 comments:

  1. kelakar + best!

    ReplyDelete
  2. Best cerpen ni..

    ReplyDelete
  3. Wei, tang mana part tetibe izzul pulak dapat si mawar?? Kalau lebih baik utk masa akan datang..ang terangkan macam mana kejadian tu berlaku.. :) kejadian dia terima izzul dr darwisy..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku nk ringkaskan sebenarnya cerita ni..tu yg nmpk rush sikit kan..btw, aku hargai komen berharga dr hg..haha

      Delete
  4. Haha best gler cite ni..
    Bnyk unsur klakar

    ReplyDelete
  5. good job writer ... sgt best ..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu alot killa farah!
      sbb sudi bce cite ni..^_^

      Delete
  6. best cete ni.. kelakar n menarik.. good jod.. :)

    ReplyDelete
  7. best !!!! tapi terkejut plak tetibe dy ngan encik izzul tuu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la nama die unsur suspen dik..hehe tp akak lebih suke die ngn darwish actually hihi

      Delete
  8. best2.. smbng sikit lagi, hehehe

    ReplyDelete
  9. good job . suke dgn cerpen ni . tahniah !

    ReplyDelete
  10. best crpen ni wlupun ada beberapa ayat cm x suai gna..tp truskan bkrya ok..

    ReplyDelete
  11. best..suke mawar ngan izzul..hehe dh 2x ulang bace

    ReplyDelete
  12. Seriously ni first cerpen ? Best la :)

    ReplyDelete
  13. Assalamu'alaikum. Tak rasa nak buat cerpen lagi ker? Hehe...

    ReplyDelete
  14. ingatkn wardah kahwin dengan darwisy...nasib baik la ngan izzul...huh..btw, good job writer...nk tunggu entry baru..hikhikhik..

    ReplyDelete
  15. ingatkn wardah kahwin dengan darwisy...nasib baik la ngan izzul...huh..btw, good job writer...nk tunggu entry baru..hikhikhik..

    ReplyDelete
  16. Swwet cerita nya..
    Izzul dan mawardah..

    ReplyDelete
  17. My gat... Knape izzul?? Darwish mcm mne?? No comment lh hurmm 😧😩😯

    ReplyDelete
  18. Funny and best. Jln kerja yg baik

    ReplyDelete
  19. Endang dia kurang sikit
    Tapi yg lain sure best

    ReplyDelete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?