Followers

Thursday 10 January 2013

~ Cinta Utara Selatan 17 ~


Kedengaran Datin Haliza dan Puan Normah sedang ketawa galak di dapur. Manakala Datuk Iskandar dan Encik Hasyim hanya berbual kosong di ruang tamu. Maklum lah orang lelaki mana suka nak gossip – gossip lebih.
            “ Tak sangka kan Mah, akhirnya kita berbesan jugak. Siang malam Liza doa tau moga – moga terbuka hati anak – anak kita tu.” Kata Datin Haliza.
            “ Tau tak apa Liza. Dari reaksi Ana dulu waktu Mah bagi tau yang ada orang nak datang meminang dia, mentah – mentah ditolaknya. Alih – alih semalam call Mah cakap nak terima pulak pinangan Liza. Mah pun apa lagi sebelum dia berubah fikiran cepat – cepat lah Mah suruh Liza masuk minang.” Puan Normah berkata sambil menatang dulang air untuk  dibawa ke ruang tamu. Datin Haliza membontoti Puan Normah dari belakang.
            Sampai di ruang tamu, Datin Haliza mengambil tempat di sebelah suaminya manakala  Puan Normah juga duduk di sebelah suaminya. Puan Normah kemudiannya menjemput tetamunya menjamah air yang telah dihidangnya.
            “ Em macam ni lah. Kami sekeluarga dah bincang bila kita nak lansung. Kalau boleh secepat mungkin lah. Saya wakil pihak lelaki cadangkan lagi dua minggu kita langsungkan majlis nikah dan sanding untuk Hanna ngan Irfan. Pihak perempuan pulak macam mana?” tanya Datuk Iskandar kepada Encik Hasyim.
            Encik Hasyim terkejut dengan tempoh yang terlalu singkat diberi untuk siapkan segala persediaan perkahwinan. Lantas dia menoleh ke arah isterinya untuk meminta pandangan. Puan Normah hanya tersenyum dan mengangguk tanda setuju.
            “ Kalau dah pihak laki berhajat macam tu, kami di pihak perempuan ikut je lah. Lagipun tak elok kalau melambatkan benda baik ni betul tak? Tapi semua persiapan sempat ke nak buat? Budak – budak tu tak payah bertunang dulu ke?” giliran Encik Hasyim pula bertanya.
            “ Pasal persiapan kahwin tu Encik Hasyim dan keluarga tak payah risau. Kami akan uruskan segala – galanya untuk majlis di sebelah perempuan dan jugak sebelah lelaki. Sebenarnya untuk adat bertunang ni, kami cadangkan kita bertunang pada pagi hari Jumaat lepas tu majlis akad nikah tu kita buat lepas Asar pada hari yang sama. Boleh?”
            “ Kalau macam tu kami ikut je lah kehendak pihak lelaki ye. Kalau ada apa – apa perubahan dan pertolongan nanti bagi tau lah.” Balas Encik Hasyim.
            Puan Normah dan Datin Haliza tersenyum puas setelah selesai persetujuan antara kedua – dua pihak. Akhirnya, apa yang telah mereka impikan menjadi kenyataan. Begitu lah akrabnya sebuah persahabatan yang setelah lama dibina.
Irfan sampai di kediamannya tepat pukul 6 petang setelah pulang dari tempat kerja. Usai memarkir kereta di dalam garaj, dia mengambil brief case nya dan melangkah masuk ke dalam rumah. Matanya memandang sekeliling rumah seperti mencari kelibat seseorang. Dia kemudiannya menaiki anak tangga menuju ke biliknya untuk mensucikan diri dan solat Asar.
            Selepas setengah jam, dia kembali turun ke ruang tamu dan mencari kelibat mama dan papanya. Sempat juga dia mencari di laman rumah mereka yang mama nya selalu jadi kan tempat untuk berpoco – poco tu. Ish mana diorang ni? Tak kan tak balik lagi kot.
            “ Mak Siti!” Irfan memanggil Mak Siti yang sedang lipat kain baju di dalam biliknya.
            “ Ya, Irfan. Ada apa panggil Mak Siti ni?” terkocoh – kocoh Mak Siti menuju ke arah Irfan.
            “ Fuh, selamat Mak Siti ada. Ingatkan Irfan sorang aje dalam rumah ni. Mama dengan papa tak balik ke malam ni?”
            “ Oh datuk ngan datin bermalam kat hotel yang baru bukak kat Penang tu. Esok pagi baru diorang bertolak balik sini. Kata diorang takut Pak Kamal penat drive jauh – jauh dah la malam pulak tu.”
            “ Em tak apa lah kalau macam tu. Malam ni Mak Siti tak payah lah masak ye. Irfan makan luar je. Mak Siti masak untuk Mak Siti sorang je lah ye.” Pesan Irfan sebelum menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Mak Siti hanya mengangguk dan berlalu untuk menyambung kembali kerjanya yang tergendala.
             Di dalam bilik, Irfan baring di atas katil sambil matanya merenung syiling biliknya. Fikirannya melayang ke wajah mulus Hanna Nadira yang pernah dilihatnya. Cantik! Tapi sayang kau jangan ingat sebab kau cantik, aku akan terpikat kat kau. Mama ngan papa tu tak nampak lagi perangai sebenar kau sebab tu mereka nak sangat buat kau jadi menantu.
            Irfan kemudian mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas katil. Dia mendail nombor Sazali. “ Jali, malam ni lepak nak? Lama seh tak lepak macam dulu.”
            “ Aku on je. Kau tu lain lah anak mak lah kata kan.” Gurau Sazali.
            “ Kau ni selamba badak kau je kutuk aku kan. Em pukul 8 kang kat tempat biasa lah eh.”
            “ Ok roger and out.”
Malam itu, Datuk Iskandar dan Datin Haliza menjamu selera di rumah keluarga Hanna. Driver mereka, Pak Kamal juga makan malam bersama mereka. Maklum lah dari Johor nak ke Kedah punya lah lama perjalanan. Akhirnya mereka tiba di Jitra lepas Asar tadi. Nak tak nak kena jugak lah makan malam kat rumah tu.
Sewaktu di meja makan, hanya Hazim sorang aje yang tak cukup umur menjamu bersama mereka. “ Hazim ni umur berapa Mah?” tanya Datin Haliza sambil menyuapkan nasi ke mulutnya.
“ Baru 17 tahun. Hujung tahun ni nak SPM dah la tu.”
“ Muda lagi lah ye. Patut lah hensem kan Hazim. Kalau umur Hazim 23 tahun sekarang memang mak cik kenalkan dah dengan anak mak cik Yana tu.” Gurau Datin Haliza.
Semua yang berada di situ ikut ketawa mendengar gurauan Datin Haliza. Tersedak – sedak Hazim dibuatnya. Ish apa lah mak cik ni. Boleh pulak jadi kan aku ni bahan diorang. Aku dah ada pilihan hati lah. Terima kasih je lah mak cik ye. Bebel Hazim dalam hati sambil meneguk air di tangannya. Namun, tetap dihadiahkan sebuah senyuman atas gurauan yang tak masuk akal tu.
Hanna yang sedang berbaring di atas katil sambil menonton drama Korea dalam laptopnya terpaksa bangun untuk menjawab panggilan telefon yang diterimanya. Dengan bola matanya yang masih menatap skrin laptopnya tanpa memandang sedikitpun skrin di handphone, Hanna terus menjawab panggilan yang diterimanya.
            “ Assalamualaikum.” Hanna memberi salam kepada si pemanggil.
            “ Waalaikumussalam, Hanna. Ni Aliff ni. Aliff nak mintak maaf.” Serta – merta berubah air muka Hanna saat dia mendengar suara dari orang yang paling dibencinya itu. Baru nak call aku sekarang? Tak payah. Jangan harap aku akan maafkan kau. Lagipun kau bukan buat dosa ngan aku. Kau buat dosa ngan Allah. Mintak lah ampun dari Nya. Hanna terus mematikan panggilan Aliff tanpa berkata sepatah pun.
            Beberapa minit kemudian, handphonenya berdering kembali. Hanna mencapai telefon bimbitnya dan terus menjawab, “ Kau nak apa lagi ha?”
            “ Ana, ni mak ni. Kenapa hang dok marah – marah ni? Ada orang gila kacau hang ka?” tanya Puan Normah yang berada di hujung talian.
            “ La mak ka. A’ah mak, memang ada orang gila dok telefon orang dari tadi.” Jawab Hanna yang masih lagi menonton dramanya itu.
            “ Tak apa lah lepas ni tak ada orang gila berani kacau hang dah aih.” Puan Normah ketawa kecil.
            “ Aik, apa maksud mak? Lain macam je bunyinya.”
            “ Ni ha kawan mak dah masuk minang hang petang tadi. Hang pun dah setuju kan? Depa cakap nak nikah dua minggu lagi. Kalau boleh hang balik lah minggu depan na. Boleh jugak kita siapkan apa yang patut.”
            “ Apa mak? Dua minggu lagi?” terbeliak biji mata Hanna mendengar berita sensasi dari mulut ibunya itu.
            “ Ye lah dua minggu lagi. Semalam hang dah janji kan nak terima? Hang jangan tak jadi pulak Ana. Malu mak nanti.” Puan Normah mula meninggikan suaranya.
            “ Memang lah orang yang terima tapi tak tau pulak cepat gila depa nak nikah. Kalau ye pun tunggu lah hujung tahun ni dulu ke.” Bantah Hanna.
            “ Depa tak mau tunggu dah. Lagipun tak elok melambatkan benda baik ni. Abah hang pun dah setuju. Hang kena ikut je lah.” Jelas Puan Normah kepada anak daranya itu.
            “ Hmm kalau macam tu orang ikut je lah mana yang baik. Hujung minggu ni orang balik lah. Tapi orang singgah Putrajaya dulu tau jumpa kawan. Mak buat lah apa yang patut dulu na.”
            “ Bagus lah nanti apa – apa hal telefon mak tau. Mak letak telefon dulu ye. Assalamualaikum.”
            Usai menjawab salam, Hanna mematikan telefon bimbitnya. Dia berbaring di atas katil dan merenung syiling. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Em betul ke apa yang aku buat ni? Dah la aku tak kenal lansung siapa bakal suami aku tu. Apa nama laki tu pun aku tak tau. Macam mana rupa dia, apa kerja dia pun aku tak ambik kisah langsung. Mungkin aku hampir dapat penyakit sewel kot setelah menerima tamparan demi tamparan. Ah, lantak lah. Apa nak jadi, jadi lah. Mana tau aku lebih bahagia dengan pilihan mak bapak. Restu ibu bapa tu kan penting dalam hidup kita ni.
Irfan meneguk fresh orange yang di odernya tadi sambil matanya melilau mencari kelibat Sazali yang tak juga muncul – muncul. Saat itu dia terpandang ke arah Sazali yang sedang berjalan menuju ke arah nya. Sazali kemudiannya mengambil tempat di hadapan Irfan.
            “ Kau ni kalau nak lepak, pergi lah disco ke club ke. Ni pergi kedai mamak buat apa pulak? Kau nak lepak ngan mamak – mamak ni ke?” tanya Sazali sambil melaung ke arah pelayan kedai tu, “ Teh tarik satu!”
            “ Ala aku dah lama la tak jejak tempat haram tu lagi. Kau macam lah tak tahu pulak.” Kata Irfan sambil matanya memandang ke arah siaran bola sepak di televisyen.
            “ Aku tau. Saja je gurau dengan kau. Eh, bini kau tak masak ke? Apasal makan nasik kat luar ni?” tanya Sazali pelik apabila melihat pinggan nasi yang sudah habis ditelan Irfan.
            Tersedak – sedak Irfan mendengar usikan dari temannya itu. “ Kau cakap elok – elok sikit Jali. Aku belum kahwin lagi tau. Sedap – sedap kau je nak cakap aku ada bini.” Irfan mula meninggikan suara kepada temannya itu sambil mengelap beberapa butir nasi yang melekat di bibirnya.
            “ Hoho relax la bro. Kau ni asyik angin je ngan aku apa hal? Period eh? Sejak bila kuat touching pulak ni?”
            “ Aku runsing la sekarang ni. Macam – macam masalah yang timpa aku sekarang. Lepas satu, satu masalah datang. Berat seh kepala otak aku nak fikir.”
            “ Cuba kau bagi tau aku apa masalah kau sebenarnya? Nak kata pasal PM kau yang lama tu berhenti, kau dah dapat PM baru kan. Sekarang ni apa lagi masalah kau?”
            Masalahnya sekarang PM baru tu pun dah berhenti jugak tapi yang paling teruknya dia tu bakal isteri aku. Haish kalau lah aku mampu cerita kat kau pasal ni Jali, dah lama aku cerita. “ Memang pasal PM pun tapi entah lah nanti pandai – pandai lah aku settle sendiri.” Jawab Irfan acuh tak acuh je.
            “ Tu lah kau. Aku suruh cerita tak nak. Mana tau kot aku boleh tolong ke. Kalau tak boleh tolong dengan tenaga, aku tolong dengar sudah la.” Kata Sazali sambil menghirup teh tarik panas di hadapannya.
            “ Nanti ada masa aku cerita lah kat kau. Aku tak ada mood lah. Aku chow dulu lah ye. Ni air kau pun aku belanja sekali.” Irfan menyalami tangan kanan Sazali dan pergi membayar harga makanan dan minumannya. Sazali tercengang melihat telatah temannya itu.
            “ Amboi, jemput aku datang lepak tak sampai 10 minit dia dah blah dah? Teh tarik aku pun baru je sampai ni. Memang sahabat ‘sejati’ sangat!” Bebel Sazali sendirian. Lantas dia mengangkat gelas teh tarik dan kerusinya pergi join peminat – peminat bola sepak yang sedang menonton perlawanan siaran langsung antara negeri Kedah dan Johor.
            

1 comment:

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?