Followers

Sunday 13 January 2013

~ Cinta Utara Selatan 20 ~


Datin Haliza sekeluarga pulang ke cawangan hotel mereka di Penang tepat pukul 9 malam. Usai bersalaman dengan keluarga Hanna, Pak Kamal terus menuju ke negeri Pulau Pinang. Irfan pula duduk di ruang tamu dengan Encik Hasyim dan Hazim. Mereka menonton televisyen tanpa sebarang perbualan.
            “ Ajim, cuba hang pi tengok kakak hang tu. Tak kan tak sedaq lagi kot. Dah malam dah ni.” Encik Hasyim memecah kesunyian.
            “ Sat la bah. Iklan sat gi orang pi la tengok dia.” Hazim seperti biasa akan membuat alasan apabila disuruh oleh ibu bapanya.
            Irfan yang dari tadi mendengar perbualan anak beranak itu berasa tersindir. Ish abah ni macam nak perli aku je. “ Tak apa lah, bah. Biar Irfan yang tengokkan Hanna tu ye.” Kata Irfan sambil berlalu ke bilik isterinya.
            Sebaik sahaja sampai di depan pintu bilik Hanna, belum sempat dia hendak mengetuk tiba – tiba pintu telah dibuka dari dalam. Terperanjat Irfan bila melihat Hanna yang berdiri di hadapannya dengan baju kurung yang dipakainya waktu nikah tadi dan menutupi kepalanya dengan tuala. Hanna sempat menjeling ke arah Irfan dan terus berlalu menuju ke bilik air. Irfan pula terus masuk ke dalam bilik itu lalu berbaring di atas katil.
            Irfan mengeluh perlahan. Haish akhirnya mama jugak yang menang. Apa lah nasib aku ni. Patut lah orang tua – tua cakap kalau dah jodoh tu tak kan kemana. Irfan mengeluh memikirkan nasibnya yang dipaksa kahwin tu. Dia merenung syiling bilik Hanna dan memerhatikan keadaan sekeliling bilik itu. Saat itu, dia terpandang satu poster gambar Hanna bersama artis. Artis tu mesti lah Aliff Asyraf.
            Ceh, apa lah minat kat Aliff Asyraf tu. Ni mesti jumpa si Aliff tu kat mana – mana concert lepas tu merayu – rayu nak tangkap gambar dengan dia. Ah, perempuan macam ni dah kenal sangat dah. Tak ada taste betul. Kalau ye pun minat lah Aaron Aziz ke baru lah ade taste. Selalu tingkatkan prestasi. Kalau si Aliff tu popular sebab kontroversi je buat apa. Memalukan dunia artis je. Bebel Irfan sendirian sambil matanya ditutup dengan harapan dia tertidur lah. Nanti tak payah lah dia nak berdepan dengan Hanna kalau dah tertidur.
            Tapi memang dah dijangka dia tak kan boleh tidur punya. Dia mengerling jam tangannya yang dah hampir mencecah pukul 10 setengah. Tapi batang hidung Hanna tak juga muncul – muncul dalam bilik itu. Lamanya minah ni mandi. Tak kan pengsan pulak dalam bilik air tu. Ah, biar lah lagi bagus dia tak masuk tidur dalam bilik ni.
            Beberapa minit kemudian Hanna memulas tombol pintu lalu menguak pintu bilik. Dia melangkah dengan perlahan memasuki biliknya. Irfan pula sengaja berpura – pura tidur. ‘ Dah tidur ke mamat ni? Amboi – amboi, sedapnya tidur atas katil aku.’ bisik hati kecil Hanna. Hanna mengelap rambut panjangnya yang basah dengan membelakangi suaminya.
            Irfan membuka matanya sedikit apabila dia pasti Hanna tidak nampak wajahnya itu. Dia memerhati Hanna dari belakang. Baru pertama kali Irfan melihat Hanna yang tidak bertudung di hadapannya. Cantiknya dia!Tiba – tiba Hanna berpusing ke arahnya lalu cepat – cepat Irfan menutup matanya kembali. Hanna melangkah ke sisi Irfan dan menggoyang – goyangkan tubuh suaminya itu.
            “ Awak, bangun lah. Saya tahu awak tak tidur lagi. Bangun sekarang cepat!” Hanna meninggikan suaranya kepada Irfan.
            Irfan berpura – pura menggosok matanya kononnya baru bangun dari tidur. “ Ish kacau je lah orang nak tidur. Ha ada apa?” tanya Irfan kepada Hanna.
            Hanna duduk di kerusi meja soleknya dan merenung Irfan dengan matanya yang bengkak akibat dari menangis terlampau lama di dalam bilik air tadi. Irfan pula bersandar di kepala katil sambil melihat wajahnya isterinya itu. Apa hal pulak ngan mata dia tu? Macam kungfu panda dah aku tengok.
            “ Awak ni memang pandai berlakon kan? Awak dah tau dari awal kan yang kita ni akan kahwin?” Hanna memulakan bicaranya.
            “ Aku pandai berlakon? Ewah – ewah kau tak fikir pulak diri kau tu macam mana. Kau lagi pandai berlakon siap dengan pandai menipu lagi tau. Sedap je mulut nak tuduh orang.” Irfan berkata dengan selamba.
            Hanna menayang muka pelik apabila mendengar kata Irfan. Dia cakap aku penipu? Apa yang aku tipu dia?
“ Dah la Hanna. Kau tak payah la nak buat muka pelik macam tu. Kau pun dah tau kan yang mak ayah kita nak jodohkan kita? Kenapa kau terima? Kau nak balas dendam kat aku pasal aku maki kau hari tu ke? Atau ada sebab lain. Maybe sebab harta?” tanya Irfan tanpa mempedulikan perasaan Hanna.
Hanna begitu terperanjat dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Irfan lalu air mata jernihnya mula mengalir keluar dari mata. Dia hanya membiarkan air matanya itu merembes di pipi.
“ Encik Irfan Haris, yang pertama, saya tak pernah tahu yang awak akan jadi suami saya. Kalau saya tahu, mati hidup balik pun saya tak terima awak. Yang kedua, saya tak ada niat langsung nak balas dendam kat awak sebab saya tahu saya hanya seorang pekerja yang hanya makan gaji dengan bos. And lastly, saya langsung tak kebulur pun harta dari seorang buaya darat, paham?”
Hanna menyeka air matanya di pipi seraya meluahkan perasaan bencinya terhadap Irfan pada malam itu. Malam yang sepatutnya menjadi malam yang indah bagi setiap pasangan pengantin baru bertukar menjadi malam yang paling menyakitkan bagi Hanna.
Irfan yang dari tadi melihat isterinya mengalirkan air mata sambil bercakap berasa begitu simpati dan menyesal dengan tutur katanya yang melampau itu. Ni yang aku lemah ni bila tengok perempuan menangis. Namun, egonya masih lagi tidak mahu mengalah.
“ Tak logik betul lah cerita kau ni Hanna. Mana ada orang nak kahwin langsung tak tahu siapa pasangan dia. Tak kan nama aku pun kau tak tahu lagi time tu?” tanya Irfan seolah – olah tidak mempercayai cerita Hanna.
“ Suka hati awak lah nak percaya ke tidak. Kalau awak rasa saya ni mata duitan, silakan lah ye. Saya dah penat. Saya nak tidur. Awak, tolong cari tempat tidur sendiri ye. Saya tak sanggup nak tidur sekatil dengan kasanova.” Kata Hanna sambil berlalu ke tepi katil.
Irfan yang dari tadi bersandar di kepala katil terus berbaring di atas katil dan berpura – pura tidak mendengari kata – kata Hanna. Dia terus memejamkan matanya dan pura – pura tidur.
Hanna yang geram melihat gelagat Irfan itu terus mencapai Momo nya dan memukul – mukul perlahan muka Irfan. Irfan yang terkejut dengan tingkah Hanna lantas bangun memegang Momo supaya tidak dipukul lagi.
“ Kau ingat aku nak tidur atas lantai macam yang laki dalam novel tu selalu buat? Haha no way man. Aku nak tidur atas katil jugak. Kalau kau tak nak, kau tidur atas lantai lah ye.” Kata Irfan sambil memandang wajah Hanna yang berdiri disebelahnya.
“ Ok kalau macam tu awak tidur lah sini sorang – sorang ye.” Hanna berlalu mendapatkan bantal dan Momo nya dan terus menuju ke pintu biliknya. Belum sempat dia memulas tombol pintu, Irfan sempat menahan.
“ Eh kau nak pergi mana tu?” tanya Irfan pelik.
“ Saya nak tidur atas sofa kat luar. Maklum lah, awak kan dah jadi heroin novel, bermakna saya lah yang kena jadi heronya betul tak?” Hanna memerli suaminya itu.
Irfan bangun dari tempat tidurnya dan terus mengunci pintu bilik itu. Hanna kaget dengan tindakan Irfan. Tika itu, jarak muka Irfan hanya beberapa inci dari muka Hanna. Irfan sengaja melangkah kedepan lagi untuk mendekatkan lagi wajahnya dengan Hanna. Hanna pula mengundur ke belakang selangkah demi selangkah sehingga badannya tertahan oleh dinding bilik. Terbeliak Hanna memandang mata Irfan yang bertentang dengan matanya itu.
“ Aaaawak nak buat apa ni ha?” tergagap - gagap Hanna bertanya.
“ Kalau kau nak selamat lebih baik kau senyap, paham?” kata Irfan tanpa melepaskan renungannya lagi dari mata Hanna.
“ Kalau awak buat apa – apa, saya jerit nanti. Bilik saya dekat je dengan bilik mak ayah saya.”
“ Jerit lah. Tak takut pun.” Irfan menayang muka selambanya.
Hanna membuka mulutnya untuk menjerit. Lantas Irfan menutup mulut Hanna dengan tangannya lalu berbisik ke telinga Hanna. “ Jangan risau. Kau bukan taste aku lah.” Terbeliak biji mata Hanna mendengar kata suaminya itu. Irfan melepaskan tangannya lalu mengambil comforter di atas katil untuk membentangnya di atas lantai. Kemudian dia terus berbaring dan memejamkan mata.
Hanna yang dari tadi melihat tingkah Irfan masih lagi tercegat di penjuru bilik itu dengan muka terperanjatnya.
“ Nanti nak tidur tolong tutup lampu ye makcik. Silau lah.” Irfan sempat berpesan kepada Hanna.
Geramnya aku dengan mamat ni. Sesedap rasa je kenakan aku tadi. Dia ingat dia tu bagus sangat ke? Tolong sikit eh. Kau pun bukan taste aku langsung tau. Dasar kasanova jadian! Hanna sempat membentak dalam hatinya sebelum berlalu untuk menekan suis lampu.

2 comments:

  1. yeah...teruskn hanna..
    jgn mengalah dgn irfan sengal tu...

    -noorwieyl-

    ReplyDelete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?