Followers

Friday 25 January 2013

~ Cinta Utara Selatan 30 ~

Pagi Isnin itu, selesai bersarapan Irfan dan Hanna mula bertolak ke negeri Pulau Pinang pada pukul 9 pagi. Seperti biasa Irfan akan memandu kereta dan Hanna hanya duduk di sebelah tempat pemandu. Irfan mula menekan punat on radio di dalam keretanya itu. Dia sengaja memilih channel THR F.M. yang sedang mendendangkan lagu Tamil.
            Hanna mengerling tajam ke arah suaminya. “ Awak faham ke lagu yang awak dengar ni?”
            “ Kalau aku tak paham kenapa?” balas Irfan bersahaja.
            “ Kalau tak paham, tukar lah siaran lain. Kat Malaysia ni kan ada banyak radio melayu.” Kata Hanna geram dengan perangai suaminya itu.
            “ Malas lah nak dengar radio melayu. Asyik – asyik lagu Aliff Asyraf je diorang main. Macam tak ada lagu lain nak pasang. Lagipun kau yang nak ikut aku pergi Penang kan, so kau kena follow lah apa yang aku rasa nak buat.” Sengaja Irfan menyakitkan hati Hanna.
            Berubah air muka Hanna bila mendengar nama bekas kekasihnya itu.“ Eh, tolong sikit. Saya tak nak ikut pun tau. Mama yang paksa. Awak pun dengar kan mama cakap apa depan awak. Suka – suki je nak fitnah orang.” Hanna merengus geram lalu kembali memandang ke hadapan.
            “ Ala sikit – sikit nak touching. Cool la babe. Boboy mintak maaf ok?” Balas Irfan sambil tersengih.
            Pecah ketawa Hanna bila mendengar jawapan dari mulut Irfan. Boleh la pulak mamat ni buat lawak. Dah besar bapak gajah pun nak main boboy – gegirl lagi. Hahaha.
Hampir pukul 7 malam, Irfan dan Hanna sampai di kawasan hotel yang terletak di Batu Feringgi, Pulau Pinang. Perlahan – lahan Irfan mengejutkan Hanna yang tertidur sepanjang perjalanan mereka ke sana. Namun, Hanna masih lagi tidak mahu mencelikkan matanya. Berkali – kali Irfan menampar perlahan pipi isterinya.
            “ Hanna, bangun lah. Dah sampai dah ni. Kau nak tidur dalam kereta ke malam ni?” kata Irfan separuh berbisik. Perempuan ni kalau dapat tidur memang tak ingat dunia dah.
            Hanna masih lagi memejamkan matanya tidak mahu bangun. Lalu Irfan keluar dari kereta dan menuju ke arah tempat duduk Hanna. Dia membuka pintu kereta sebelah Hanna lantas mengangkat isterinya itu keluar dari kereta.
            Kelam – kabut Hanna tersedar dan terperanjat bila mendapati dia seolah – olah berada di udara. “ Eh, awak buat apa ni? Letak saya kat bawah la. Saya ada kaki sendiri.” Bebel Hanna.
            “ Ha tahu pun nak bangun. Aku baru ingat nak angkat kau letak atas kaunter reception kat hotel ni tadi. Nasib baik kau dah sedar.” Balas Irfan sambil tangannya masih lagi mendukung Hanna.
            Merah padam muka Hanna menahan malu bila tubuhnya didukung Irfan. “ Ish awak turunkanlah saya cepat. Tak malu ke orang tengok awak buat drama Hindustan pulak dekat parking lot ni?”
            Irfan menoleh ke kiri dan kanan lalu melihat beberapa pasang mata pelancong asing yang sedang melihat aksi mereka. Serta – merta dia meletakkan Hanna semula di atas jalan lalu tersengih melihat pelancong – pelancong itu.
            She’s my wife.” Kata Irfan sambil tersengih macam kerang busuk kepada mereka lalu menarik lengan Hanna masuk ke dalam hotel.
            “ Tahu pun malu. Lagi satu, siapa bagi kebenaran awak angkat saya eh? Pandai – pandai je sentuh orang.” Bebel Hanna ketika berjalan menuju ke dalam hotel.
            “ Dah tu kau nak tidur dalam kereta ke? Aku tak lah sekejam tu ok.” Balas Irfan.
            Hanna menjuihkan bibirnya apabila mendengar kata Irfan. Eleh, gentleman la konon!
            Sampai di reception counter, Irfan terus mengambil kunci bilik dari receptionist. Hanna hanya menunggu di sebelah Irfan sementara Irfan mengambil kunci. Dia melihat kebanyakkan staf yang menundukkan kepala apabila berselisih dengan Irfan. Wah, bertuah betul jadi orang kaya ni! Pergi mana pun semua orang hormat.
            Selesai mengambil kunci bilik, Irfan terus berlalu naik ke atas menaiki lif. Hanna pula hanya mengekori suaminya dari belakang. Sampai di muka pintu bilik, tiba – tiba Hanna menadah tangannya meminta sesuatu dari Irfan. Irfan pula sudah memandang pelik ke arah isterinya.
            “ Mana kunci bilik saya?” tanya Hanna.
            “ Kunci bilik? Kau tidur satu bilik dengan aku lah malam ni.” Balas Irfan bersahaja sambil memulas tombol pintu lalu masuk ke dalam bilik.
            Hanna mengekori Irfan masuk ke dalam bilik. “ Ni kan hotel family awak, tak kan nak bagi satu bilik untuk saya pun kedekut kot?”
            “ Sebab ni hotel family aku lah, aku tak nak membazir paham?” Balas Irfan.
            “ Eh, saya mampu bayar lah. Ala berapa lah sangat sewa bilik hotel macam ni.” Kata Hanna dengan angkuhnya lalu keluar menuju ke reception counter. Dalam hati, risau jugak kalau – kalau sewa bilik tu terlalu mahal. Ah, aku ambik lah yang standard punya. Yang penting tak kongsi bilik dengan mamat poyo tu.
            “ Tumpang tanya, sini ada bilik kosong lagi tak cik?” tanya Hanna kepada receptionist di hotel itu.
            “ Cik nak bilik jenis apa?” tanya perempuan muda yang berusia dalam lingkungan 23 tahun itu.
            “ Saya nak yang biasa aje. Standard punya ok lah.” Balas Hanna.
            “ Tunggu sebentar ye cik. Saya check dulu.” Kata staf itu sambil tangannya ligat menekan kekunci komputer. Hanna pula hanya mengangguk dan menunggu sebentar seperti yang diminta oleh staf itu.
            “ Maaf cik. Bilik semuanya fully book lah. Yang ada pun cuma tinggal bilik jenis deluxe superior king. Cik nak?”
            “ Oh, berapa sewa bilik yang ada tu?” tanya Hanna.
            “ Em satu malam RM950 sewa. Macam mana cik?”
            Hanna menelan air liur apabila mendengar harga sewa yang terlalu mahal buat dirinya. Sempat juga dia mengeluarkan beg duit dalam tas tangannya. Dia mengira duit kertas yang berada dalam beg duitnya itu. Alamak, mana cukup duit! Ni dah macam sewa rumah dah ni. Sewa rumah pun kira untung lah dapat jugak duduk sebulan. Ni untuk satu malam je sewa sampai nak dekat seribu. Cekik darah betul.
            “ Em tak apa lah nanti saya fikir dulu ye.” Ujar Hanna sambil berlalu pergi. Dia duduk di sofa yang terletak di ruang lobi hotel tu. Dalam otaknya ligat memikirkan sesuatu. Ish, aku nak tidur mana malam ni? Tak kan nak tidur kat sofa ni pulak. Buat malu je nanti. Silap – silap aku kena halau dengan security pulak.
            Hanna kemudiannya menaiki lif dan menuju ke bilik Irfan. Dia mengetuk – ngetuk pintu bilik suaminya itu. Beberapa minit kemudian, Irfan membuka pintu bilik dan memandang kelibat Hanna yang berada di hadapan matanya sekarang.
            “ Maaf cik, saya tak layan direct selling ni.” Selamba Irfan berkata lalu ingin menutup kembali pintu biliknya.
            Cepat – cepat Hanna menolak pintu bilik itu dari di tutup lantas dia terus melangkah masuk dengan muka selambanya. Dia membuka tudung di kepalanya dan meletakkan tas tangannya di atas meja. Kemudian, dia terus melompat di atas katil yang empuk itu lalu berbaring memandang suaminya yang sedang terkebil – kebil.
            Direct selling awak cakap? Malam ni saya nak tidur atas katil. Pandai – pandai lah awak cari tempat tidur sendiri ye.” Sengaja Hanna mengulang ayat yang sama pada malam pertama mereka.
            Irfan juga tidak mahu mengalah lalu dia berbaring di sebelah Hanna. Tangannya sengaja memeluk pinggang Hanna rapat – rapat. Terperanjat Hanna dibuatnya namun dia juga masih lagi tidak mahu mengalah. Hanna juga memeluk pinggang suaminya itu hingga membuatkan mereka begitu rapat. Hanya beberapa inci sahaja lagi wajah mereka bertemu. Irfan terkejut dengan tindakan Hanna lalu dia merapatkan lagi tubuh mereka.
Saat itu, mereka masing – masing bertentang mata seketika. Hanna memerhati lama seraut wajah suaminya yang tidak ada cacat cela. Irfan pula terpegun melihat kecantikan Hanna dari jarak yang begitu dekat. Ya Allah, cantiknya mata dia. Irfan merenung setiap inci wajah Hanna. Dari mata, dia melihat hidung dan akhirnya bibir Hanna yang merah. Nafsu lelakinya mula memainkan peranan. Dia membelai rambut Hanna perlahan – lahan dan mula mengucup ubun – ubun Hanna.
 Belum sempat Irfan mengucup ubun – ubun Hanna, Hanna terus bingkas dari katil. Irfan terkebil – kebil memandang isterinya. “ Awak nak buat apa ni ha?” Hanna meninggikan suaranya kepada Irfan.
            Irfan bangun lalu duduk di birai katil memandang isterinya yang berada di depan mata. “ Aku nak buat apa pulak? Kau yang peluk aku tadi siapa suruh. Aku cuma jalankan tanggungjawab aku je lah.” Irfan tersengih memandang Hanna.
            “ Tanggungjawab? Awak bangun sekarang. Katil ni saya punya. Bangun lah cepat!” Kata Hanna sambil menarik keras tangan Irfan supaya bangun dari katil itu.
            Irfan bangun lalu mengambil sebiji bantal dan selimut lalu menuju ke sofa. “ Aku pun tak ada selera lah nak tidur dengan kau. Dah la badan berat. Tak pasal – pasal aku kena hempap dengan kau nanti.” Kata Irfan sambil berbaring di atas sofa lalu memejamkan matanya. Huish, nyaris – nyaris betul aku tadi. Ni perempuan ni punya pasal lah, siapa suruh goda aku. Aku ni dah la pantang digoda. Nak pulak yang memang halal ni. Boleh pulak main – main macam tu. Nasib baik tak jadi apa – apa tadi.
            Hanna hanya memandang kelibat suaminya yang berbaring di atas sofa itu. Lega hatinya bila Irfan mahu mengalah. Lantas dia mencapai tuala dan baju tidurnya masuk ke dalam bilik air untuk menyucikan diri. Eleh, tak ada selera konon. Wait, berat sangat ke badan aku ni? Aku tengok ok je shape badan aku ni. Ramping gitu. Buta kot buaya ni. Desis Hanna sambil menayangkan badannya di cermin dalam bilik air.
            Usai menyucikan diri dan menunaikan kewajipan kepada Allah S.W.T, Hanna berbaring di atas katilnya sambil menonton televisyen. Sekali – sekala dia mengerling ke arah suaminya yang sedang nyenyak tidur di atas sofa. Awalnya mamat ni tidur. Penat agaknya drive tadi. Kesian la pulak kat mamat ni. Patutnya dia yang tidur atas katil. Dah la hotel ni pun bapak dia yang punya.
            Tiba – tiba perut Hanna berkeroncong minta diisikan. Alamak, lapar lah pulak! Tadi Irfan ajak makan kat R&R, aku tak nak. Sekarang ni dapat lah habuan aku. Mana lah aku nak cari kedai makan malam – malam buta ni. Irfan pun dah tidur. Kesian pulak nak kejutkan dia. Ah, pandai – pandai lah aku cari. Rezeki Allah ada di mana – mana.
            Lantas Hanna menyarungkan seluar track dan memakai sweater untuk menutup lengannya yang terdedah. Dia hanya menutup kepalanya dengan tudung Arini kegemarannya yang berwarna hitam. Bila nak pakai tudung Arini mudah je. Tak ambik masa yang lama. Terus sarung je kat kepala. Lalu dia memulas tombol pintu dan keluar mencari tempat makan  di dalam kawasan hotel.
            Tika itu, dia terlihat satu restoran di dalam hotel yang masih lagi beroperasi. Restoran itu diberi nama Panorama de’ Restaurant. Wah, nama pun dah grand ni. Aku try makan kat sini lah. Hanna terus memasuki premis itu lalu mengambil tempat duduk di tepi dinding kaca bagi memudahkan dia melihat orang yang lalu lalang di dalam hotel itu. Suasana restoran yang bercirikan ala – ala Inggeris itu sungguh unik dan cantik. Hanna meneliti setiap seni reka bentuk dan bahan binaan yang digunakan untuk membina kafe secantik itu. Awesome! Rasa macam aku kat Itali la pulak sekarang ni. Haha sekali – sekali jadi orang kaya apa salahnya.
            Beberapa minit kemudian, datang seorang pelayan berbangsa melayu untuk mengambil pesanan Hanna. “ May I take your order please?
            Oh, sure. May I know what is the best of the best menu in this restaurant?” Hanna juga berbahasa Inggeris.
            You may try a salmon steak, miss. It is very popular in our restaurant.” Pelayan itu memberi senyuman kepada Hanna.
            Ok. Give me one salmon steak and fresh orange please.” Balas Hanna sambil tersenyum.
            Pelayan itu mengangguk perlahan dan berlalu pergi. Sementara menunggu hidangan sampai, Hanna memandang sekeliling di luar restoran. Kelihatan ramai pelancong asing yang datang menginap di hotel keluarga suaminya itu. Ada trip ke diorang ni? Dah macam rombongan Cik Kiah la pulak aku tengok mat salleh ni semua. Makin murah la rezeki kau Irfan.
            Sedang dia termenung melihat kelibat orang yang lalu – lalang, tiba – tiba fikirannya melayang kepada peristiwa Irfan memeluknya di atas katil. Dia mengingati semula wajah Irfan yang dipandangnya dari dekat. Entah mengapa dia berasa begitu selamat bila berada di dalam dakapan suaminya itu. Dadanya mula berombak kencang bila Irfan merenung sepasang matanya. Jatuh cinta kah aku?
                                                                                    *****
Chapter ni last post utk CUS tau..ye sy pon sedih sebenarnye..irfan ngan hanna baru je nak mula bcinta kan? disebabkan CUS akan keluar versi cetak, jd sy tpaksa bhenti sampai sini aje.. sy minta maaf sangat2 dan terima kasih banyak2 untuk awak2 sume yg follow cite ni.. hari2 sy t’haru tau tengok pageview yg sentiasa naik..wlupun sy tahu mostly awak2 sume adalah silent readers, tenkiu alot ye laling! Sob3..=’) *lap air mata jap..wuwu

          Sesungguhnya, tak ada apa yg lebih mgembirakan sy bila karya sy diterima dengan seiklas hati wlupun sy akui bnyk kekurangan sy dlm bidang penulisan ni. Sy budak baru belajar dan sy harap sgt awak2 sume sentiasa sokong sy utk terus bkarya tanpa sempadan tau..=)
          p/s : sneak peek PWC akan diupdate lagi scepat mgkin! Special 4 u’olls my dear!

15 comments:

  1. ala rase mcm xpuas je bace cus ni..
    nnti dah kua cite ni, kecoh2 kat ktorang tau..
    sedih lak rase..
    sneak peek pwc please...
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi ye ain, sneak peek pwc coming next!
      nnti sy akan kecohkan tau..
      jgnla sedih..nanges tak pe..hehe

      Delete
  2. hahahaha....lwak la n3 bab ni...
    romantik pon ada..
    xsbr nak tengok novel ni versi cetak...
    lepas ni mesti rindu dgn irfan n hanna..
    last bab pulak tu...
    noor anggap bab ni sbgai hadiah bufday noor yg ke-22 pd hari ni la(26 jan)..
    hehe...bole kan nurrul...
    (adoi...mengada2 la aku ni..suka sgt memalukan diri sendiri..)
    hehe...papun,noor tetap sokong nurrul..
    nak sp pwc...
    nak novel terbaru jugak dari nurrul..(byk sgt yg dimnta)..

    -noorwieyl a.k.a noor-

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo..irfan n hana lg rindu ngan top readers dia ni tau..hihi
      in shaa Allah, bila kua versi cetak nnti sy heboh2 kat noor ye?
      tenkiu so much laling 4 ur strong support! *mula la nk meleleh air mata t'haru ni..sobs3
      eh, hepy besday dear! semoga sukses di dunia n akhirat tau..dah cukup 22 dah ni,semakin dkt ngan jinjang pelamin...hihi
      apa pulak mengada2, dis n3 special 4 u noorwieyl..komen awk antara yg sy tunggu dekat setiap n3 bab tau!
      terima ksh bangat ye sygss!
      ok, ok baik bos!
      pwc akan diupdate scepat mgkin..hihi
      novel bru?
      err masih dalam rangka otak ni..
      samar2 lg jln cerita..bila da ada nnti sy bgtau ye..
      waa pnjg komen sy kan kli ni? huahua x pe lah sekali skala dpt mmbebel mmg syok pun!

      Delete
  3. Nnti ble da publish cite ni bgtau ye writer...

    ReplyDelete
  4. nurrullll.....apa ni,sbt pasal jinjang pelamin bagai????
    xnk,noor tgh study lg nih..
    tunggu noor dh jd pegawai forensik,baru la ada bab jinjang pelamin...hikhikhik....
    hehe,tq nurrul,wish bufday noor..terharu...
    hehe..sempat gak noor komen kt nurrul balik,baru je nak tengok n3 baru kt blog nurrul ni...

    -noowieyl a.k.a noor-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi apa salahnye noor..
      nnti dah smpai seru ke jinjang pelamin, jgn lupa jemput kite d sini ye?hehe
      hoho sy tgh b'ckp dgn bakal pgawai forensik rupanya..* bangga kejap
      bagus2..tumpang msih ada mse nk study, study dulu pndai2 btol x?
      sama2..kalo t'haru, kena lap lah air mata tu tau..hihi
      in shaa Allah n3 baru akan dpublish mggu akan dtg ni..
      saja nk buat noor t'tggu2..hihi kejam btul ayat!

      Delete
  5. good luck my dear...may allah give you a "hikmah" :) ... ^_^

    ReplyDelete
  6. BILA LAMA LG JANGAN LAH LAMA SANGAT YA .

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah kalo x de apa2 mslh, tahun 2014 akan release..
      bulan bape sy x pasti lg..
      nnti bile dah konfom, sy akan bgtau ye..
      btw time ksh bebanyak tau baby mio sbb sudi baca cite ni =)

      Delete
  7. lamenyer nk tgu 2014... hihi :)
    hope more comedy romance eh..

    abby da baca PWC for me not bad just cm sekejap sgt je manja2 aakif gan wafa

    yg ni nk manyak2 tau :)

    ReplyDelete
  8. Akak nurrulll... novel ni tak dicetak lagi ke?? Hehehe dh lama sangat baca tunggu nak baca versi cetak je hehehe x sabar nak tunggu nanti nak baca puas2 sampai terguling2, agak2 akak, novel ni siap dicetak bile eh? 😊

    ReplyDelete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?