Followers

Monday 14 January 2013

~ Pemegang Watak Cinta 25 ~


Wafa sedaya upaya menahan ketawanya apabila melihat air muka Cikgu Fatimah dari cermin sisi kereta mewah itu. Baru kau tahu siapa aku. Tu lah berlagak sangat. Hina sangat ke aku ni kalau tak kahwin lagi pun? Akhirnya, Wafa meledakkan tawa dalam kereta itu. Aakif yang ralit memandu terkejut beruk dibuatnya. Sawan ke apa makcik ni tiba – tiba gelak sorang – sorang?
            “ Agak – agak bila awak boleh jelaskan apa yang berlaku tadi?” soal Aakif tiba – tiba.
            Wafa mematikan tawanya. “ Sorry lah awak pasal tadi tu. Saya cuma nak balas dendam kesumat aje. Tak pasal – pasal awak pun terlibat sekali kan.” Wafa tersengih.
            “ Saya ok aje kalau awak bukan berlakon pun tadi.” Aakif membalas selamba. Mendalam maksudnya.
Wafa pula segera menoleh lantas mengerutkan dahi memandang suaminya di sebelah. “ Eh, macam mana awak boleh ada dekat depan sekolah saya tadi? Alamak, teksi yang saya call tadi macam mana?” Wafa kelam kabut mengeluarkan telefon bimbitnya semula untuk menghubungi driver teksi itu.
“ Saya dah bayarkan cas teksi tu tadi suruh dia balik.” Balas Aakif bersahaja. Matanya masih memandang hadapan jalan.
Wafa meletakkan semula telefon bimbitnya ke dalam beg tangan. “ Awak tak jawab pun soalan saya lagi. Macam mana awak boleh ada dekat sini? Bukan awak dekat KL ke sekarang?”
“ Saya datang nak ambil awak lah. Kan hari tu saya dah suruh awak apply tukar sekolah. So, saya nak bawa awak pindah KL lah ni.” selamba nada suara Aakif.
Wafa membeliakkan biji matanya. “ Apa? Awak dah gila ke? Kalau saya dah apply pun, awak ingat dalam masa seminggu boleh tukar sekolah? Awak kena ingat, saya ni kerja dibawah undang – undang kerajaan. Lain lah awak, bila – bila masa aje boleh merayap merata – rata.” Puas hati aku. Dia ingat aku ni goyang kaki cop duit macam dia ke apa?
Dia cakap aku merayap? Alamak, perempuan ni memang tak sayang mulut betul! “ Awak nak cakap saya ni tak ada kerja lah ya? Awak tengok tak bandar Parit Buntar tempat tinggal awak tu? Macam mana boleh maju? Sebab saya yang asyik merayap ni lah. Itu belum masuk dengan theme park, residential, commercial and all type of properties around Malaysia. Kalau saya cerita semua nanti bernanah telinga awak dengar.” tempelak Aakif tidak puas hati.
Wafa Amani pula sudah ternganga. Air mukanya serta – merta berubah rasa bersalah. Air liur ditelan sedikit. “ Err saya bukan nak tuduh awak bukan – bukan tadi tapi cara awak paksa saya tu memang tak patut tau.”
“ Ok sekarang kita lupakan bab pindah – randah ni dulu. Sebenarnya, saya datang ni nak bawak awak jumpa family saya malam ni. Esok malam kita akan bersanding.”
Sekali lagi Wafa terpempan. Biji matanya tidak berkedip memandang suaminya itu. “ Kenapa kita nak kena bersanding pulak?”
“ Kan saya dah cerita yang saya sepatutnya kahwin dengan orang lain Sabtu ni. So, persiapan semua dah buat. Tak kan nak malukan keluarga saya pulak. Awak sebagai pemegang watak isteri saya, awak kena lah berlakon jadi pengantin perempuan, faham?” jelas Aakif satu persatu.
Wafa melepaskan keluhan berat. Pandangannya dialihkan ke hadapan jalan semula. Ya Allah, betulkah apa yang aku buat sekarang ni? Aku bukan sahaja dah tipu ahli keluarga malah aku akan tipu semua orang nanti. Ibu, tolong Wafa bu!
“ Keluarga awak restu ke perkahwinan kita ni?” Wafa bersuara tiba – tiba.
“ Kenapa? Awak takut?” duga Aakif tersengih.
“ Tak lah tapi saya rasa perkahwinan kita ni dah macam kahwin lari tau. Cuma tak nikah dekat siam aje. Kalau tak, memang sebijik dah.” Balas Wafa.
“ Awak tak payah takut. Family saya dah restu semuanya.” Aakif mengukir senyuman.
Wafa hanya menganggukkan kepalanya perlahan tanda memahami. Tengku Aakif Nawfal mematikan enjin keretanya di hadapan pagar rumah Wafa. Lantas dia membuka pintu kereta mewahnya itu. Belum sempat dia hendak melangkah keluar, Wafa sudah menahan.
“ Eh, awak nak masuk rumah jugak ke?” soal Wafa tiba – tiba.
“ Ye lah. Tak kan awak nak suruh saya duduk dalam kereta tengah panas terik ni kot.” Aakif menayang wajah pelik.
“ Ala sekejap aje kan. Awak tunggu lah saya kemas kain baju sekejap, lepas tu kita bertolak pergi KL.”
“ Helo cik kak, hari ni hari Jumaat. Kejap lagi saya nak ikut Waiz pergi masjid dulu. Petang nanti kita bertolak lah.” Aakif tersengih lantas keluar dari perut kereta melangkah menuju ke pintu rumah.
Ya tak ya jugak! Wafa segera mencapai beg – begnya lalu keluar membontoti Aakif yang sudah tercegat di depan pintu rumahnya. Tika itu, Wafa terlihat jirannya yang sedang menyapu sampah di garaj rumah. Segera dia mengukir senyuman.
“ Suami saya tu.” Tanpa disoal, Wafa terus memberi jawapan kepada jirannya itu. Bukan boleh harap sangat makcik – makcik dekat sini ni. Nanti ada je gosip – gosip liar pasal aku yang timbul kang.
***
Aqilah dan Nurul memandang pelik ke arah teman mereka yang hanya merenung makanan di dalam pinggan. Dari tadi Qistina hanya menguis – nguis spaggeti di dalam pinggannya. Sedikit pun tidak dijamahnya. Pandangan matanya boleh dikatakan sudah tembus ke lantai dibuatnya.
            “ Kau ni kenapa Qis? Ada masalah ke?” soal Nurul, juga merupakan teman baiknya. Nurul juga termasuk dalam senarai keluarga kaya di KL. Cuma tahap keberlagakkannya tidak setinggi Qistina.
            Qistina tersentak kecil dengan teguran temannya. “ Aku runsing sikit.” Balasnya pendek.
            “ Kau nak runsing apa Qis? Esok kan kau dah naik pelamin. Tak elok lah kalau muka kau tak ceria macam ni.” balas Nurul lagi.
            “ Siapa tak runsing kalau bakal suami sebenarnya dah kahwin dengan orang lain.” Belum sempat Qistina membalas, Aqilah segera menyampuk.
            Wajah Nurul jelas terperanjat. Pandangannya tepat memandang muka Qistina meminta penjelasan. Qistina pula sudah merenung tajam wajah Aqilah yang berpura – pura seperti tiada apa yang berlaku. Dia tetap meneruskan suapan makaroni goreng ke dalam mulutnya.
            “ Apa maksud kau ni Qila?” Nurul masih tidak memahami dengan apa yang berlaku.
            “ Tak kan kau tak tahu lagi, Nurul. Sebenarnya, cucu Allahyarham Tan Sri Tengku Mustapha si Tengku Aakif Nawfal tu sudah bernikah dengan orang lain. Yang pasti perempuan tu bukan Qistina Datuk Malik.” Balas Aqilah selamba.
            Bergegar dada Qistina mendengar ayat yang terbit dari bibir temannya itu. Matanya yang dikenakan kanta lekap berwarna hazel itu menjadi merah menahan marah.
“ Kau tahu dari mana ni Qila?” soal Nurul lagi lansung tidak mempedulikan air muka Qistina yang jelas bertukar menjadi singa kelaparan itu.
“ Aku kan designer baju pengantin diorang. Mesti lah aku kena tahu kenapa nak tukar size baju pengantin perempuan tiba – tiba. Lagipun Aakif tu kan classmate aku dulu. Member – member aku yang lain pun dah kecoh pasal ni. Teringin jugak aku nak tengok siapa isteri Aakif tu. Malam esok diorang akan bersanding. Aku confirm pergi punya. Kau nak ikut?” Aqilah sengaja menghangatkan lagi suasana tegang itu.
“ Aku tak tahu lagi.” Balas Nurul teragak – agak. Dia mengerling wajah menyinga Qistina di hadapannya itu.
“ Eh, korang dengar sini ya? Walau apa pun yang berlaku Aakif tu tetap milik aku tahu? Aku akan pastikan tiada siapa pun boleh rampas dia dari aku walaupun isteri dia sendiri faham?” Dengan perasaan berang, Qistina segera mencapai tas tangannya lantas meninggalkan ruang makan itu.
Nurul terkebil – kebil memandang belakang Qistina yang sedang melangkah pergi. Perasaan bersalah mula terbit dalam hatinya. Aqilah pula hanya tersengih sendiri. Dia menyambung kembali santapannya di meja itu. Padan muka kau Qis! Kau ingat kau bagus sangat ke sampai apa yang kau nak kau akan dapat? Kau kena ingat hidup kita ni macam roda and realitinya sekarang, roda kau berada ditahap paling bawah sekali.
***
Usai menyiapkan makanan tengah hari, Wafa menghidang lauk – pauk yang dimasaknya ala kadar di atas meja makan. Ada jugak lauk malam semalam yang dipanaskan balik. Ah, lantak lah yang penting boleh telan! Sambil mencedokkan nasi putih ke dalam pinggan, kepalanya menjenguk ke arah bilik suaminya itu. Mamat ni tak nak makan ke? Tak keluar bilik lagi pun. Kejap lagi dah nak pergi solat dah. Ngomel Wafa sendiri.
            Belum sempat dia melangkah untuk mengajak suaminya makan, kelihatan Aakif lengkap berpakaian baju melayu berwarna hijau tua menuju ke arah dapur. Wafa terkesima seketika. Matanya tidak dapat menahan dari memandang wajah tampan Aakif yang sungguh sempurna di pandangannya. Baru pertama kali dia melihat Tengku Aakif Nawfal menyarungkan baju melayu ditubuhnya. Kacak!
            Tanpa menghiraukan Wafa yang tercegat memandangnya, Aakif segera menarik kerusi di meja makan itu lalu melabuhkan punggungnya. Pinggan yang sudah berisi nasi putih itu segera dicapainya. Usai mengetuai bacaan doa makan, dia terus menyumbat makanan ke dalam mulut. Had kelajuan cara makannya tidak boleh dibendung lagi apabila berhadapan dengan masakan Wafa. Dalam diam, dia akui masakan isterinya itu amat serasi ditekaknya walaupun dia lah orang yang selalu menjadi pengkritik tetap.
            “ Kita nak bertolak pukul berapa nanti awak?” Wafa memecah sunyi.
            “ Lepas Asar boleh? Awak ready lah apa – apa yang patut.” Balas Aakif bersahaja.
            Wafa menganggukkan kepalanya perlahan. “ Em Waiz pulak macam mana? Dia ikut kita jugak ke?”
            “ Saya dah bagitahu Waiz pagi tadi, dia cakap esok pagi dia bertolak dengan Mar and boyfriend dia kot.”
            Wafa menganggukkan kepalanya lagi tanda memahami. “ Saya rasa takut pulak nak jumpa family awak nanti. Macam mana kalau diorang tak suka saya?”
            “ Awak nak takut apa? Dah terang – terang hari tu diorang datang rumah awak diorang cakap elok aje kan?”
            “ Itu sebelum diorang tahu kita dah nikah. Tambah – tambah pulak diorang sebenarnya nak jodohkan awak dengan orang lain. Nampak sangat diorang akan anggap saya puncanya nanti.”
            “ Kenapa? Awak takut kehilangan saya ke?” Aakif tersengih.
            Wafa tersentak. Aku takut kehilangan dia? Ish, tolonggg lah.. Tak kuasa aku! “ Tak ada masa saya nak takut kehilangan awak. Saya cuma takut keluarga awak marah saya aje nanti. Perah santan selalu lah tu!” Wafa mencebik.
            Tengku Aakif Nawfal hanya ketawa kecil melihat gelagat isterinya itu. Dia meneguk air oren di dalam gelasnya lantas segera menuju ke sinki untuk mencuci tangan selepas menjamu selera. Wafa yang baru hendak menyuapkan nasi ke dalam mulutnya terus terbantut bila melihat suaminya. Amboi, laju gila mamat ni makan!
            “ Awak tolong basuh pinggan saya sekali ya? Saya dah lambat ni.” sempat lagi Aakif berpesan sambil melajukan langkahnya menuju ke luar rumah.
            “ Jangan lupa pakai songkok.” Balas Wafa sepontan. Alamak, songkok?
            Aakif yang sedang menyarungkan selipar di luar turut tersentak kecil. Songkok? Dia meraba – raba atas kepalanya. Songkok aku dalam kereta rasanya. Segera dia melajukan langkah memasuki perut BMW hitamnya yang diparkir di tepi pagar rumah itu.
***
Kelihatan Puan Sri Tengku Sakinah menuruni anak tangga perlahan untuk menuju ke ruang tamu. Puan Nafeesah yang dari tadi sedang melayan karenah Datin Qadijah di ruang tamu segera menuju ke arah ibu mertuanya untuk memapah wanita yang sudah berusia lebih setengah abad itu. Datin Qadijah memeluk tubuh sebaik sahaja melihat kelibat Puan Sri Tengku Sakinah.
            “ Apa yang bising – bising dari tadi ni bonda dengar?” soal Puan Sri Tengku Sakinah lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa.
            “ Macam mana tak bising Puan Sri? Keluarga Puan Sri dah malukan keluarga saya. Sekarang semua orang dah tahu Qis dengan Aakif tak jadi kahwin. Mana saya nak letak muka ni?” Datin Qadijah menghambur kata – kata. Marahnya masih belum reda sejak dari pagi tadi lagi.
            “ Sabar dulu, datin. Datin tak boleh nak salahkan kami seratus peratus. Kalau kami semua tahu Aakif dah kahwin, kami tak kan buat persiapan untuk pernikahan Aakif dengan Qis.” Datin Nafeesah cuba meleraikan keadaan. Puan Sri Tengku Sakinah masih membisu.
            “ Kalau macam tu, suruh aje Aakif cerai dengan bini dia. Dah tahu ada tunang tapi masih menggatal lagi.” Balas Datin Qadijah pedas.
            “ Datin sedar tak apa yang datin cakap ni? Meruntuhkan masjid orang berdosa besar tahu tak? Aakif aje lah yang menggatal. Qistina tak gatal pulak? Berkepit dengan jantan kiri kanan tanpa muhrim tak dikatakan gatal. Yang berkahwin ni dikatakan gatal ya?” Puas hati Puan Nafeesah. Berang sungguh hatinya bila mendengar tuduhan tak berasas buat anak terunanya itu.
            “ Hey Nafeesah, kau jangan pandai nak tuduh anak aku bukan – bukan ya? Aku kenal anak aku macam mana. Bukan macam kau tak pandai jaga anak. Entah – entah anak kahwin sebab kena tangkap basah pun tak tahu.” Sambung Datin Qadijah lagi.
            “ Sudah! Sudah! Sudah! Lebih baik kau balik sekarang, Qadijah. Aku tak nak tengok muka kau dekat sini. Keluar!!!”
Belum sempat Puan Nafeesah membalas, Puan Sri Tengku Sakinah sudah menengking kuat di ruang itu. Sakit benar hatinya bila mendengar cacian dan makian hebat ke atas cucu kesayangannya. Baginya walau apapun yang Aakif lakukan terhadap keluarga itu, Aakif tetap nombor satu di hatinya.
Dengan penuh perasaan berang di dada, Datin Qadijah bingkas mencapai beg tangan kulitnya di atas sofa. “ Puan Sri jangan lupa siapa saya. Kamu semua akan menyesal nanti. This is the last warning. Saya pun tak kebulur nak menantukan keluarga macam ni lah.”
Sempat lagi Datin Qadijah memberi amaran sebelum melangkah keluar menuju ke keretanya. Puan Sri Tengku Sakinah terduduk. Nafasnya tika itu dirasakan turun naik laju. Puan Nafeesah segera mengurut dada ibu mertuanya. Perasaan bersalah mula terbit dihatinya. Kalau aku tak bertengkar tadi mungkin tak jadi sampai macam ni.
***
Tepat pukul 5 setengah petang, Tengku Aakif Nawfal dan Wafa Amani bertolak ke Kuala Lumpur. Dari awal perjalanan lagi Wafa sudah terlena di sisi suaminya di dalam kereta. Kepalanya sesekali terlentok ke bahu kiri dan kanan. Nampak benar mengantuknya sehinggakan kepalanya terhantuk di dashboard kereta mewah itu.
            “ Aduh!” Wafa terjaga. Dia menggosok – gosok dahinya yang terhantuk tadi. Aakif hanya ketawa melihat gelagat isterinya itu.
            “ Lawak sangat ke?” Wafa mengerling tajam suaminya yang sedang ketawa.
            “ Lawak lah jugak.” Balas Aakif selamba dengan ketawa yang masih berbaki.
            “ Awak dah tahu kepala saya nak terhantuk apasal tak kejut tadi?” soal Wafa geram.
            “ Saya mana lah perasan awak nak terhantuk. Tahu – tahu aje dah bunyi gedebuk. Apa yang saya boleh buat kan?” balas Aakif tersengih sengaja menyakitkan hati.
            Wafa serta – merta menghadiahkan jelingan tajam buat suaminya itu. Pandangannya dialihkan ke hadapan jalan semula. Dia membetulkan tudung bawalnya yang tak terurus akibat tidur tadi. Nasib baik tak ada air liur meleleh. Hehe. Wafa tersengih sendiri.
            “ Awak dah bagitahu maklong ke yang kita akan bersanding esok?” Aakif bersuara tiba – tiba.
            “ Dah. Tapi dia cakap kalau dia free dia datang lah nanti.” Balas Wafa perlahan. Masih terngiang – ngiang lagi di telinga betapa terkejutnya orang tua itu apabila mendapat tahu Wafa betul – betul dah kahwin.
            “ Apa kau cakap Wafa? Kau ingat lepas kau conteng arang dekat muka aku ni, aku nak tumpang gembira dengan berita perkahwinan kau tu?” suara Puan Naimah meninggi. Silap hari bulan boleh pecah speaker telefon bimbitnya.
            “ Maklong, Wafa minta maaf. Wafa tak berniat langsung nak malukan maklong sekeluarga. Wafa ada pilihan hidup Wafa sendiri.” Wafa separuh merayu.
            “ Tak ada niat konon. Dulu bila aku suruh cari calon suami, kau tak nak. Bila aku dah janji dengan mak Si Khairul aje, tup tup kau pun dah kahwin. Kau ingat aku nak percaya kata – kata kau tu lagi? Kau memang manusia tak kenang budi, Wafa!” sambung Puan Naimah lagi.
            “ Tu dulu, maklong. Lagipun dari hari tu lagi Wafa dah cakap Wafa tak nak kahwin dengan Khairul tu tapi maklong paksa jugak.”
            “ Ah, sudah lah Wafa! Mulai hari ni, aku tak kan kenal kau lagi faham? Kau jangan jejak lagi kaki kau dalam rumah ni. Elok lah tanah aku pun nak tergadai dah.”
            Wafa tersentak. Belum sempat dia membalas, Puan Naimah segera mematikan talian telefonnya. Maklong, sampai hati maklong buat Wafa macam ni. Wafa pun darah daging maklong jugak. Wafa hanya mampu merintih dalam hati.
            Aakif memandang pelik isterinya yang tiba – tiba menyepi. Wafa termenung memerhatikan luar tingkap kereta. Ada sedikit cecair yang mengalir dari kelopak matanya. Dia menyeka air mata jernih itu dengan tangan. Aakif dihimpit perasaan risau tiba – tiba. Apasal ni? Aku ada salah cakap apa – apa ke tadi? Tengku Aakif Nawfal segera memberhentikan keretanya di bahu jalan.
            “ Awak ok ke? Kenapa tiba – tiba menangis ni?” Tengku Aakif Nawfal menghulurkan sehelai sapu tangan kecil kepada isterinya.
            Wafa menyambut perlahan huluran suaminya. Dia menyeka air mata yang mengalir dengan sapu tangan yang pernah digunakan dulu. “ Sebenarnya, maklong saya tak nak datang pun majlis persandingan kita esok.” Wafa bersuara perlahan.
            “ Saya dah agak dah.” Balas Aakif pendek. Dia menghidupkan enjin keretanya semula dan meneruskan perjalanan.
            “ Nanti kalau family awak tanya mana saudara – mara saya macam mana?” soal Wafa. Ada riak risau di nadanya.
            Parents saya kan dah tahu ibu ayah awak dah tak ada. Pasal saudara mara tu pandai – pandai lah nanti saya kelentong.” Balas Aakif bersahaja. Matanya masih tertumpu di pemanduan.
            Wafa mengangguk perlahan tanda memahami. Tidak ada lagi soalan yang muncul dibenaknya kini. Matanya kembali memandang hadapan jalan.
            “ Sebenarnya maklong awak tu saudara sebelah ibu ke ayah?” soal Aakif tiba – tiba.
            “ Sebelah ibu. Maklong tu kakak kepada arwah ibu saya.” Balas Wafa.
            “ Saudara sebelah ayah tak ada?” Aakif menyoal lagi.
            Wafa terdiam. Dia sendiri pun tidak tahu siapa saudara mara sebelah ayahnya kerana sejak dari kecil lagi maklong sudah memberitahu ayah dan ibunya kahwin tanpa restu keluarga. Ayahnya anak orang berada tapi disebabkan keluarga mereka tidak merestui hubungan itu, ayahnya terus terputus hubungan dengan keluarganya.
            Wafa melepaskan keluhan berat. Rasanya aku pun ikut contoh ayah dengan ibu lah ni. Tapi ibu dan ayah best lah dapat kahwin dengan orang yang dicintai. Wafa ni macam mana bu? Dah la kena kahwin dengan mamat poyo ni. Harap – harap lah family dia pun restu macam ibu dan ayah restu Wafa. Cewah macam tahu – tahu aje ibu dan ayah restu kan? Hehe. Wafa tersengih sendiri.
            “ Awak berangan apa ni? Soalan saya tadi tak jawab pun.” Aakif mematikan lamunan Wafa. Dia semakin pelik dengan perangai isterinya itu. Dari tadi asyik berangan aje.
            “ Saya tak pernah jumpa pun saudara sebelah ayah saya tu.” Balas Wafa acuh tak acuh. Mengganggu aje lah aku nak berangan!
            Aakif hanya mengerling isterinya di sebelah. Dia tidak mahu bertanya lebih apabila melihat gaya balasan Wafa macam tak berminat aje nak bercerita. Segera dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dan meneruskan perjalanan.
            “ Sebenarnya saya ada benda nak bagitahu awak ni.” Wafa bersuara tiba – tiba.
            Aakif hanya membatu. Sedikitpun tidak membalas kata – kata isterinya. Telinganya sudah dipasang untuk mendengar.
            “ Pagi tadi saya dapat surat pertukaran tempat mengajar.” Sambung Wafa lagi.
            Aakif sedikit terperanjat. Segera dia menoleh ke arah isterinya itu. “ Aik, cepatnya dapat? Bukan awak cakap makan masa bertahun ke?” soal Aakif pelik.
            “ Permohonan saya yang dulu tu dah lulus. Saya sendiri pun pelik tiba – tiba aje boleh lulus dalam masa terdekat ni.”
            “ Awak kena tukar ke mana?” soal Aakif tidak sabar.
            “ KL.” Balas Wafa sepatah.
            Aakif serta – merta menguntum senyum. “ Alhamdulillah.. Tak payah saya pening – pening nak fikir nak bagi alasan apa dekat family saya nanti. Syukur Ya Allah syukur!” Aakif tersenyum puas.
            “ Kenapa awak cakap macam tu pulak?” Wafa mula pelik.
            “ Ye lah nenda saya dah pesan suruh bawak awak tinggal dengan family saya lepas ni. So, senang lah kerja saya.” Aakif tersengih.
            Wafa terlopong. “ Tinggal dengan keluarga awak? Maksudnya sebumbung dengan diorang?”
            Yup. Itu antara syarat yang patut dipatuhi.” Balas Aakif selamba.
            No. Saya tak nak tinggal dengan family awak lah.” bantah Wafa tiba – tiba.
            Aakif tersentak. “ Apasal pulak? Parents saya sikit punya baik dengan awak, boleh awak cakap macam tu?” Aakif mula bengang.
            Wafa mengeluh kecil. “ Bukan tu maksud saya, parents awak tak ada masalah dengan saya tapi kalau kita tinggal sekali diorang, macam mana kalau kantoi kita cuma berlakon jadi suami isteri aje nanti?”
            Aakif menghela nafas lega. Sangkanya tadi Wafa memang tak sukakan keluarganya. Baru dia nak melenting. “ Sebab tu aje ke? Ok ok saya pun ada fikir jugak pasal tu tapi buat masa sekarang ni kita duduk dengan family dulu ya? Nanti bila keadaan dah reda baru kita pindah rumah boleh?”
            “ Ok tapi dari sekarang lagi awak kena bagitahu family awak yang kita nak pindah faham? Awak bagi lah alasan nak berdikari ke apa ke saya tak kisah. Janji kita dapat pindah.” Balas Wafa tegas.
            Aakif hanya tersengih. Ala macam lah aku takut sangat dengan arahan kau tu! “ Bila awak kena pindah?”
            “ Saya last sampai hujung bulan depan aje dekat sini.” Balas Wafa.
            Aakif sempat mengira baki hari yang tinggal. “ Alamak, banyak hari jugak nak kena tunggu ni! Tak apa lah. Yang penting, awak dapat tukar.” Aakif tersenyum puas. Selesai satu tugasannya.
            “ Memandangkan kita dah hampir sampai rumah ni, biar saya bagitau setiap perwatakan ahli keluarga saya tu supaya awak hati – hati sikit.” Sambung Aakif lagi.
            “ Kan saya dah pernah tengok parents awak hari tu. Nak terangkan apa lagi?”
            “ Hari tu awak tengok perwatakan diorang di hadapan orang luar, faham?”
            “ Kenapa? Parents awak sebenarnya garang dan menakutkan ke?” soal Wafa tiba – tiba. Nadanya berbaur risau.
            Let me explain first, please?
            Wafa sudah mencebik. “ Bermula dengan papa dulu. Papa ok aje. Sempoi. Tak ada masalah dengan dia.” Aakif mula menerangkan satu – persatu.
            “ Oh, mesti dia seorang yang simple kan? Tak banyak karenah macam anak dia.” Sampuk Wafa pula.
            Aakif melepaskan keluhan kecil. “ Mama pulak suam – suam kuku. Kadang – kadang dia ikut cakap papa, kadang – kadang pulak ikut cakap nenda.” Sambung Aakif lagi.
            “ Oh, kaki bodek la ni? Memang sebijik dengan anak dia.” Sampuk Wafa lagi.
            Kali ni, Aakif sudah merenung tajam ke arah anak mata gadis itu. “ Apa yang awak tak puas hati dengan saya sebenarnya ni?”
            “ Saya cuma buat hipotesis aje. Macam dalam teori sains tu. Kita tak tahu sama ada betul ke salah, betul tak?” Wafa tersengih menayangkan gigi putihnya.
            Aakif segera menyambung. Malas hendak melayan kata – kata isterinya itu. “ Yang paling penting sekali, nenda. Setiap kata – kata yang keluar dari mulut dia adalah arahan faham? So, kalau boleh awak bertolak – ansur lah sikit. Kalau boleh elak, pandai – pandai lah awak elak.”
            “ Wah, kalau yang ni lagi sebijik dengan...” belum sempat Wafa menyambung ayatnya, Aakif sudah mengerling tajam. Lantas Wafa pura – pura tersengih.
            “ Saya rasa nenda awak ni macam membahayakan aje. Kalau dia tanya macam – macam soalan macam mana?”
            “ Kan saya dah cakap, kalau boleh elak awak elak lah.” balas Aakif sedikit tinggi nadanya. Matanya tepat memandang hadapan jalan. Wafa sedikit tersentak. Pandangannya di halakan ke hadapan jalan semula. Aku tanya pun nak marah ke? Tak berhati perut betul!
                                                                                                           *****
Bab 25 adalah post terakhir untuk PWC tau.. Saya dalam usaha kuat untuk menghabiskan manuskrip ni dan akan dihantar kepada penerbit dalam masa tdekat untuk penilaian..Saya akui sepanjang PWC yg dipamerkan kat sini banyak kesalahan ayat, tatabahasa dan seumpamanya..saya minta maaf sangat2..kepada yg menyukai PWC, terima kasih sangat..yg tak suka tu, cuba la untuk suka..hehehe..  Btw, CUS akan diupdate seperti biasa..teruskan membaca ye dear..CUS sudah lulus untuk diterbitkan, awak semua doakan yg terbaik buat PWC pulak ye..


-salam sayang dari lubuk hati paling dalam, NS-


24 comments:

  1. ala nanti rindu la dgn PWC.sy pasti doakan yg tbaik buat PWC.semoga cepat terbit tau! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo terima kasih ain..ade jugak org sudi rindukan PWC..sob3 =')

      Delete
  2. saya pasti doakan yg terbaek utk PWC...xsbr nkbeli novel kesukaan saya ni...klu dh kuar, bagitahu ok...

    -noorwieyl-

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih noorwieyl..terharu saya =') sob3..

      Delete
  3. Salam, semoga PWC diterbitkan ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..terima kasih sangat atas doa seri ayu..sekali lg tharu =')..

      Delete
  4. sy sokong sgt PWC diterbitkan...sy mesti beli nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. shila, terima kasih byk atas sokongan padu tu.. bkali2 da ni tharu =')

      Delete
  5. waa nak nangis rase..cepatnye habis..=(

    -pmbaca setia pwc

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo, jgn la nangis..sy pn nk nangis tharu ni pwc ada pembaca setia..tq so much dear ^^

      Delete
  6. xsabar nk tunggu sambungan pwc

    ReplyDelete
  7. sabar ye siti aisyah..in shaa Allah ade rezki nnti, pwc lahir dr perut..=)

    ReplyDelete
  8. alaaaa nak nangisss la mcm niee
    -melaka bandaraya bersejarah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. silalah..silalah nangis...haha
      asyik melaka aje..cuba tukar johor plak..hewhew

      Delete
  9. xsabar nk tnggu dpublishkan..
    serius,,cite dia best

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu so much anon!
      in shaa Allah ade rezki dipublishkan nnti, akan sy war2kan ye..
      skali lg terima kasih laling..=)

      Delete
  10. best sgt cite ni....bila novel ni nak d publish kan ?
    tk sbar nak bca :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bnyk seindah dafodil sbb suka cite ni..=)
      in shaa Allah bila novel ni dah terbit nnti, sy akan war2kan ye!
      tenkiu skali lagi..hihi

      Delete
  11. Akak suka cite ni...watak wafa best n kelakar plus cute....bile novel ni akn diterbitkan...tak sabar plak nk milikinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak nira sbb sudi baca cite ni!
      tenkiu lg skali sbb suke kan wafa..hihihi
      novel ni msih dlm penilaian utk diterbitkan..
      in shaa Allah ada rezki diterbitkan nnti, sy akan roger akak tau..
      terima ksh bebanyak sbb suke cite ni..t'haru sy =') heheh

      Delete
  12. alaaaa... baru nk tau pasal majlis tu, n situasi nenda n yg lain ketika wafa sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe to be continued la kak..
      in shaa Allah ada rezeki nanti, akak msti dpt tau pasal tu semua =)

      Delete
  13. bila terbit cite ni dik? akak dah tak sabar nak tunggu

    ReplyDelete
  14. cite ni best giler!
    cpt la terbit

    ReplyDelete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?