Followers

Monday, 22 August 2016

~Katakan Tidak Pada Cinta 16~


Usai mendapat panggilan sebentar tadi, serta – merta semua kerja berhenti. Anggota – anggota yang lain sudahpun bergerak meninggalkan pejabat. Begitu juga dengan Afham yang turut melajukan langkah. Dalam kepala sudah dapat merencana apa yang sudah berlaku. Buat kali keempat kanak – kanak perempuan dijumpai terbunuh dan diambil organnya.
          Raut wajah diraut kasar. Tak sanggup lagi dia hendak melihat mayat kanak – kanak yang dianiaya sebegini. Siapalah yang bodoh bebal punya angkara ni?! Kalau aku dapat kau, memang matilah kau! Aku bersumpah.
          “Rasanya kes yang sama, tuan. Bila dilihat pada keadaan mangsa, kemungkinan mangsa merupakan pelajar pra sekolah.” Salah seorang dari anggotanya bersuara.
          “Ada dapat report tak sebelum ni mangsa hilang?” soal Afham sambil mata mengerling mayat kanak – kanak perempuan yang sudah diselimut menutup keseluruhan tubuh.
          “Tak adapun, tuan. Baru pagi tadi ada penoreh getah laporkan ternampak mayat kanak – kanak di dalam kebun getah ni. Sebarang laporan pasal kehilangan kanak – kanak kat kawasan ni, nanti saya akan hubungi balai polis yang berhampiran.” Sambung anggotanya lagi.
          Afham hanya mengangguk lambat – lambat.
          “Saya yakin kali ni angkara suspek yang sama juga, tuan. Keadaan mayat mangsa sama dengan keadaan mangsa pertama dan kedua.”
          “Cuma mangsa yang ketiga lain daripada ketiga – tiga mangsa yang kita jumpa ni. Nampaknya kes ni semakin sukar, tuan.” Sampuk anggota yang lain pula.
          “Tak apalah. Apa – apapun bawa balik mayat mangsa dulu untuk siasat identiti dan buat pengecaman. Cari semua bukti yang ada kat tempat mangsa ditinggalkan. Jangan cuai sedikitpun cari sampai jumpa apa – apa bahan bukti yang boleh dijadikan petunjuk.” Satu keluhan berat dibebaskan perlahan selesai arahan diberikan.
          “Baik, tuan!”
          “Dan lagi satu, balik ofis nanti tolong bagi saya semua senarai pra sekolah di kawasan ini. Jangan tertinggal satu pun. Kita tak boleh lengah lagi. Semakin lama, semakin ramai kanak – kanak yang jadi mangsa. Adli, lepas ni awak terus ke balai yang berdekatan tanya pasal laporan kehilangan kanak – kanak dalam masa yang terdekat ni. Kalau ada, terus bagitahu saya.” Inspektor Afham menyambung lagi.
          “Arahan diterima, tuan.” Anggota – anggota yang terlibat segera mengangkat tabik hormat buat orang atasan mereka yang mula beredar dari kawasan kebun getah itu.
          Aku janji kau akan ke tali gantung juga satu hari nanti, wahai penjenayah! Jari – jemari sudah dikepal geram akibat terlalu menahan marah kepada manusia yang bertopengkan syaitan seperti itu.
***
          “Mama! Apa mama buat ni?! Datang sekolah Rish buat apa?” terbeliak biji mata Darish bila melihat kelibat mamanya di dalam bilik guru.
          Tak pernah dibuat orang. Biasanya ibu bapa pelajar datang nak jumpa cikgu. Ini tidak, ibu bapa cikgu sendiri datang nak jumpa cikgu. Buang tabiat agaknya mama ni. Cepat – cepat Darish menarik lengan Puan Hanim keluar dari kawasan bilik guru itu. Beberapa orang guru yang melihat hanya tayang sengih. Sekejap lagi, mengumpatlah tu.
          “Mama nak apa? Call apapun tidak tiba – tiba datang sini. Apahal?” sedikit kasar bunyi suara pemuda itu setelah meneguk air milo ais yang sempat dipesan dekat makcik kantin tadi. Hilang dahaga.
          “Mama baru datang sekolah Rish tiba – tiba, Rish dah marah ya? Tu belum mama buat kecoh kat sini lagi.” Puan Hanim senyum menyakitkan hati.
          “Mama jangan cuba – cuba nak buat yang bukan – bukan. Ni tempat public. Apa – apa hal kita bincang kat rumah saja.”
          “Sejak bila kamu nak bincang baik – baik dengan mama dekat rumah, Rish? Mama dan papa punya baik ajak kamu dan Mak Ucu kamu tu dinner sekali tapi apa yang kamu berdua balas? Kalau mama tak datang tempat kerja kamu ni, jangan haraplah kamu nak cakap baik – baik dengan mama kan?”
          “Okey. Okey. Mama nak cakap apa lagi? Rasanya tak ada benda yang kita nak bincangkan lagi kan, ma? Semuanya Rish dah jelaskan dan Rish akan tetap dengan keputusan Rish.”
          “Kalau Rish tetap dengan keputusan Rish, mama dan papa pun tetap dengan keputusan kami. Kalau Rish ingkar, jangan tengok lagi muka mama dan papa lepas ni. Faham?” Puan Hanim sudah naik suara.
          “Ya Allah, cuba bawa bertenang ma! Kadang – kadang Rish rasa Rish ni macam bukan anak mama dan papa. Kenapa langsung tak bagi Rish buat keputusan untuk hidup Rish? Adil ke mama dan papa buat keputusan macam ni untuk Rish?”
          “Mama dan papa cuma suruh Rish kahwin aje. Itupun salah ke? Berdosa ke mama dan papa suruh anak sendiri bina masjid? Berdosa ke?”
          “Berdosa tu memanglah tidak. Tapi yang menjadi permasalahannya sekarang ni, nak kena kahwin dengan anak orang kaya. Eh, Rish rasa macam drama sangatlah, ma! Tak sangka memang betul – betul wujud pula kes kahwin paksa ni. Rish penatlah macam ni. Tolonglah, jangan paksa – paksa Rish. Mama sendiri tahu Rish ni jenis yang keras hati, kan? Sudahlah tu, ma. Lebih baik mama jangan buang masa datang tempat kerja Rish ni lagi.” Lelaki itu sudah meraup wajahnya beberapa kali. Kusut betul fikirannya sekarang.
          “Rish jangan ingat mama dan papa akan berdiam diri. Kami akan meminang anak tan sri tu untuk Rish hujung minggu ni. Mahu tak mahu, Rish tetap kena mahu. Muktamad!”
          Beberapa potong ayat yang baru sahaja terbit dari bibir wanita itu membuatkan Darish pandang tepat ke biji mata Puan Hanim. Tersentak hebat.
          “Mama merepek apa ni?!”
          “Mama tak merepek, Rish. Apa yang mama cakapkan tadi tetap akan berlaku untuk pengetahuan Rish.”
          Satu keluhan yang amat berat dibebas kesal. Darish diam buat seketika cuba untuk mengumpul segala kekuatan yang ada. Aku dah tak tahu nak buat apa lagi dah.
          “Macam nilah, ma. Biar Rish terus – terang. Rish sebenarnya dah ada kekasih. So, mama dan papa tolonglah jangan buat perkara yang bukan – bukan untuk hancurkan hubungan kami, ya?”
          Giliran Puan Hanim pula yang tersentak. Terkejut mendengar balasan dari anak tunggalnya itu.
          “Rish jangan nak tipu mama. Sejak bila Rish ada kekasih ni? Rish mana ada masa nak fikir pasal perempuan ni semua.”
          “Habis tu, mama ingat anak mama ni suka yang sejenis ke tak boleh ada kekasih? Tolonglah logik sama, ma.”
          “Okey. Kalau betul Rish dah ada kekasih, bawa perempuan tu datang jumpa mama. Kalau tak ada, mama akan ready rombongan meminang anak tan sri hujung minggu ni juga.”
          Gulp. Mati aku.
          “Okey, deal!
          Darish senyum kelat. Konon yakin dengan jawapan yang baru sahaja diberikan sebentar tadi. Mana dia nak cekau perempuan dalam masa yang terdekat nipun entahlah. Nak minta tolong siapa menyamar jadi girlfriend terjun aku? Mak Ucu… Tolonglah anak saudaramu ini!
***
Bunyi telefon bimbit yang berdering membuatkan keningnya berkerut sedikit. Pelik bila melihat nombor yang tidak dikenali itu memanggil. Mee segera yang baru sahaja hendak dijamah segera terbantut. Ada sahaja yang nak menganggu ketenteraman hidup akulah. Tak boleh tengok orang senang betul.
          “Helo.”
          “Kau buat apa tu?”
          Kau buat apa tu? Fiska pandang semula skrin telefon bimbitnya. Hairan. Tertera nombor yang tidak dikenali sedang bercakap. Tapi gaya soalan ‘kau buat apa tu?’ macam dia kenal aku aje.
          “Errr salah nombor kut, encik.”
          “Aku ni, Am. Jom keluar.”
          Sekali lagi Fiska pandang skrin telefon bimbitnya. Bebola mata digosok – gosok sejenak. Polis bermulut hantu tu ajak aku keluar? Nak percaya ke tak nak ni?
          “Mana awak dapat nombor saya ni?” soal Fiska yang langsung tidak menjawab topik.
          “Dapat dari Mak Uculah. Jom, cepat!” Afham bagi arahan.
          Biar betul polis ni? Dia nak kenakan aku ke apa sebenarnya ni?
          “Errr tapi saya tengah busy la sekarang. Ada kerja…”
          “Busy apa bendanya? Kau ingat aku tak tahu kau tengah makan maggi sambil tengok Runningman?” belum sempat Fiska menipu sampai habis, Afham terus memotong. Gulp.
          “Errr macam mana awak tahu saya tengah makan maggi? Runningman? Bilik ni ada cctv ke?!”
          Gadis itu perhati sekitar bilik yang baru dihuninya buat beberapa hari yang lepas. Kalau betul ada cctv, memang gelaplah masa depan aku selepas ni.
          “Aku kat ruang tamu ni. Aku nampak kau bawa maggi masuk bilik tadi. Dengan speaker cerita Runningman kau yang nak bagi satu rumah dengar lagi tu. Dah, pergi siap cepat! Aku bagi masa lima minit aje.”
          “Lima minit? Lima belas minit, ya?”
          “Sepuluh minit. Muktamad!” talian dimatikan serta – merta.
          Fiska hanya mampu merengus geram. Cis! Dia ingat aku ni tengah rekrut polis ke apa nak bagi arahan – arahan segala. Bila terpandangkan mee segeranya yang belum sempat dijamah tadi, gadis itu terus mencapai semula makanannya. Makan lima minit, bersiap lima minit. Tak baik membazir. Aku ngap jugalah maggi ni.
          Lima belas minit berlalu dan sekali lagi Fiska mengerling ke arah cermin. Dah cukup merah dah gincu aku pakai ni rasanya. Okey, dah cantik! Eh, sekejap! Yang kau beria – ria sangat nak nampak cantik ni apahal, Ika? Dah buang tabiat? Nak jumpa polis bermulut hantu tu ajepun. Cepat – cepat gadis itu menyapu bibirnya dengan tisu semula. Biar natural macam ni sudah. Lebih ayu dan anggun. Ah, sudah! Kau nak nampak ayu dan anggun pula ke depan dia?
          Belum sempat dada pintu bilik gadis itu diketuk, tombol pintu sudah dipulas dari dalam. Terpacul wajah tampan inspektor polis yang sedang tayang riak tiada perasaan di muka pintu. Afham perhati gadis comel itu atas bawah.
          “Kau nak ke mana pakai lawa macam ni?”
          Fiska diam sekejap. Dia pula pandang tubuhnya atas bawah. Lawa sangat ke? Bukan tadi dia call aku ajak keluar ke? Aku ada salah dengar ke macam mana ni?
          “Awak cakap nak keluar tadi, kan?”
          “Memanglah tapi aku nak ajak kau pergi kedai runcit kat hujung lorong sana tu. Mak Ucu suruh beli sabun basuh kain. Sabun basuh kain dah habis.”
          Erkkk! Fiksa ternganga lima saat. Habis tu, yang kau call aku nak ajak keluar apahal?! Aku ingat nak pergi makan ke shopping ke apa ke. Nak pergi beli sabun basuh kain pun nak ajak aku ke?! Dah lama hidup sungguh polis ni agaknya!
          “Biarlah. Saya memang suka berpenampilan cantik. Walaupun hendak ke kedai runcit untuk beli sabun basuh kain.” Sengaja ditekan sedikit perkataan kedai runcit itu.
          Fiska juga tak mahu mengalah. Padahal dah malu. Nasib baik aku dah lap gincu tadi. Kalau tak, memang tak tahu nak campak mana air muka aku ni.
          “Hmmm dahlah. Jom. Kita jalan kaki aje. Tak jauh mana pun.”
          Jalan kaki? Kenapalah aku tak tanya habis – habis kat dia tadi nak ajak pergi mana? Kalau tahu nak ke kedai runcit, lebih baik pakai seluar track dengan baju T dari pakai skirt dengan blouse ni. Aku memang tak faham betul dengan manusia yang nak pergi beli sabun basuh kain pun nak ajak aku teman. Ada hantu ke kat kedai tu? Langkah tetap membontoti pemuda itu walaupun dalam hati sudah menyumpah seranah.
          Belakang pemuda yang bertubuh sasa itu dipandang lama. Dari atas hingga bawah diperhati. Handsomenya. Memang kategori lelaki idaman Malaya. Bertuah mana – mana perempuan yang jadi kekasih inspektor ni. Entah – entah dia dah ada kekasih? Tapi tak pernah nampak pun. Selalu nampak dia dengan Rish aje. Takkan lelaki handsome macam ni tak ada kekasih lagi kut.
          Tak semena – mena Fiska meluku kepalanya banyak kali. Sejak bila kau pandai nak ambil tahu hal peribadi polis bermulut hantu ni pula, Ika? Semakin mengarut pemikiran kau sekarang, ya? Cepat – cepat Fiska menyamakan langkahnya dengan Afham yang masih menapak di bahu jalan kawasan perumahan itu.
          “Jauh lagi ke kedainya, awak?”
          “Kenapa kau datang sini?”
          Soalan dibalas soalan. Langsung tidak menjawab pada soalan yang ditanya Fiska tadi.
          “Kan awak yang ajak saya pergi kedai runcit? Jadi, saya datanglah. Apa masalah awak sebenarnya ni?” Fiska dah merengus geram. Terasa seperti dipermainkan bila ditanya dengan soalan yang tidak logik buat dirinya sejak tadi lagi.
          “Kau tu yang bermasalah sebenarnya. Bukan aku.”
          “Saya yang bermasalah? Awak yang arahkan saya ikut awak sekarang, saya pula yang dituduh bermasalah?” rasanya Fiska tak mampu lagi nak bersabar dengan karenah lelaki itu.
          “Kalau kau tak bermasalah, kenapa kau datang tinggal dengan Mak Ucu? Tak cukup – cukup lagi dengan kau dah kerja dekat tadika dia ke? Kau ni siapa sebenarnya, perempuan parasit? Apa motif kau cuba rapat dengan keluarga aku?! Kau jangan ingat kau boleh pergunakan ahli keluarga aku ikut suka hati kau!”
          Nada yang sudah mencecah langit itu membuatkan gadis itu tersentak hebat. Terkejut. Fiska diam. Wajah terasa betul – betul panas dan malu dek bahang yang baru sahaja dihambur sedemikian rupa. Kelopak mata yang mula bergenang sedaya upaya ditahan. Hina sangat rupanya kau selama ni, Ika.

++bersambung++

No comments:

Post a Comment

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?