Punggung
dilabuhkan di sisi Darish Izuan. Peluh yang mencurah – curah membasahi muka
segera diseka. Penat gila. Kalau tak turun dua kilo berat badan aku malam ni,
memang sadislah. Siang tadi dahlah makan banyak. Mentang – mentang Mak Ucu yang
belanja, paw selagi mampu. Bertuah
punya anak saudara.
“Asyik main futsal aje. Apa kata kita
tukar game pula sekali – sekala,
Rish? Tenis ke golf ke? Tapi, tak boleh. Golf tu permainan golongan orang lemah
fikiran aje. G.O.L.F.” Afham hambur tawa. Keseorangan melayan lawaknya yang
kurang cerdik itu.
Darish masih diam. Tidak berkutik
sedikitpun. Bebola mata masih tak lekang dari skrin telefon bimbitnya sejak
dari awal tadi.
“Hoi, tadi beria – ria ajak aku main
futsal malam ni! Alih – alih kau duduk bertenggek aje kat kerusi apahal?” botol
air mineral dicapai. Sadis bila kata – katanya tadi seperti bercakap dengan angin
sahaja.
“Aku nak mainlah ni, Am. Tapi kau
mainlah dulu. Sekejap lagi aku masuk.” Balas Darish ada tidak. Skrin telefon
bimbit masih lagi ditatap tanpa rasa bosan.
“Kau ni kenapa, Rish? Whatsapp dengan siapa sampai tak fokus apa
yang aku cakap dekat kau ni?” leher dipanjangkan untuk meninjau skrin yang sedang
tertera di hadapan mata sepupunya itu.
“Mana ada whatsapp siapa – siapa. Aku cuma tak tahu nak buat apa aje. Buntu.”
Afham kerut dahi beberapa saat. “Apa
yang kau maksudkan dengan tak tahu nak buat apa tu, Rish?”
Keluhan kecil dibebaskan seketika.
“Kau rasa aku patut call ke tak payah
call?”
“Call?
Call siapa?”
“Jawab ajelah. Call ke tak payah?” wajah Darish penuh dengan harapan sabar
menunggu balasan dari sepupunya itu.
“Handphone
kau pakai bil, kan?”
Darish angguk lambat – lambat. Lain
yang ditanya, lain pula yang dijawab.
“Call
ajelah kalau macam tu. Dah tentu ada duit nak call.”
Senyuman segera melebar hampir ke
telinga. Jawapan yang diterima kala itu, betul – betul menggembirakan sang
hati. Muncul satu kekuatan dalam diri tak semena – mena.
“Betul tu, Am! Aku memang patut call, kan? Buang masa betul. Sepatutnya
aku call dari tadi lagi.”
Sekali lagi Afham kerut dahi pandang
wajah sepupunya yang seorang itu. “Kau okey ke ni, Rish?”
“Okeylah. Kenapa?”
“Kalau okey, bagitahu aku siapa yang
kau takut sangat nak call tu?”
“Aku bukan takut. Aku segan.” Darish
sengih kecil. Sungguh dia memang segan. Tapi waktu minta nombor telefon tempoh
hari, tak segan pula. Haih.
“Ni mesti perempuan, kan?” teka Afham
yang juga sedang tunjuk sengihnya menampakkan sebaris gigi yang tersusun rapi.
Darish hanya senyum tidak membalas. Call ajelah. Manusia juga. Perempuan
lagi tu. Bukannya hantu. Bunyi deringan telefon bimbit Afham tiba – tiba sekali
lagi membantutkan niat Darish untuk menekan butang dail. Saspen aje. Aku dahlah
berdebar nak call ni.
“Sorry,
Rish. Aku jawab call sekejap.” Afham
segera menjawab panggilan yang diterima. Dia mencari tempat yang agak sunyi
sedikit untuk bercakap.
Darish kembali memandang skrin
telefon. Ah, call ajelah! Butang dail
disentuh. Menunggu dengan penuh harapan panggilan dijawab.
***
“Wa, kau kat mana sekarang?”
Resah suara dilontar. Kalau diikutkan,
nak bercakap pun terasa perit sangat. Kenapalah dengan perut aku ni tiba –
tiba? Sakit gila. Bahagian abdomen yang dicucuk – cucuk kesakitan tak mampu
lagi ditahan. Ya Allah, aku merayu janganlah Kau ambil nyawaku sekarang! Aku
belum jumpa dengan abang kandungku lagi.
“Aku kat kampung ni, Ika. Aku baru nak
call bagitahu kau. Eloklah kau dah call aku ni.”
“Kampung? Kenapa kau balik kampung?”
nada berbunyi hampa.
“Mak aku demam panas. Petang tadi aku
terus balik kelam – kabut. Tu yang sampai tak sempat nak bagitahu kau.” Ujar
Najwa lagi.
“Oh, tak apalah kalau macam tu!” balas
Fiska lemah. Tak larat lagi untuk dia bertanya lebih.
“Kenapa dengan suara kau ni, Ika?
Macam orang sakit aje.”
“Ha’ah. Aku tak tahulah kenapa dengan
perut aku ni. Sakit sangat, Wa! Nak bernafas pun rasa sakit ni.” Aduh! Fiska
mengeluh kesakitan yang teramat sangat. Tak pernah lagi dia diserang sakit
sebegini sepanjang hidupnya.
“Sakit perut? Perut masuk angin kot.
Kau dah buang air besar belum hari ni?”
“Aku tahulah sakit perut nak membuang
tu macam mana. Ni lain. Sakit belah kanan kat bawah. Aku baru sentuh sikit, dah
sakit ni.”
“Hisy, macam bahaya aje bunyi! Housemate aku yang lain mana? Kau minta
tolong dia orang hantar kau kat hospital. Aku nak tolong pun dah jauh ni.”
Najwa pula turut sama resah. Risau benaknya akan keadaan temannya itu. Hari ni
memang hari sakit sedunia ke apa?
“Tak apalah. Aku tak nak menyusahkan
dia orang lagi. Kau ada nombor teksi kat kawasan sini tak? Aku call teksi ajelah pergi hospital.”
“Ada. Tapi kau larat ke nak keluar
rumah naik teksi tu? Aku risaulah. Kau makan apa hari ni sampai sakit macam ni,
Ika?” bentak Najwa tak semena – mena. Tak tenteram betul hatinya memikirkan
keadaan gadis itu.
“Kau janganlah membebel kat aku, Wa.
Aku tengah sakit ni. Kau sms nombor telefon teksi kat aku sekarang. Aku boleh
pergi sendiri. Jangan risau.”
Talian terus dimatikan tanpa menunggu
sebarang balasan dari temannya itu. Nombor telefon yang dipinta tadi ditunggu
dengan penuh kesabaran. Sabar sikit ya, perut. Kasihan kat tuan kau ni. Apa
dosa tuan kau kepada kau perut sampai kau dera dia macam ni? Sakit sangat tau
menahan sakit. Cubaan menarik nafas dalam semakin menyenakkan bahagian abdomennya
itu. Kau memang tak dengar cakap ya, perut. Siaplah kau bila aku dah sihat
nanti!
Bunyi pesanan ringkas yang diterima
sepantas kilat dibuka. Nombor telefon yang tertera segera didail. Nak tunggu
telefon dijawab pun dah tak mampu. Mana pakcik – pakcik teksi ni? Tidur ke?
“Helo, ni tempat teksi ke?”
Mendengarkan jawapan ya diberi, Fiska
bersyukur tidak terhingga. Terima kasih, Allah. Ada juga jalan yang Kau
tunjukkan pada hambaMu yang sedang sakit ini. Rasa macam nak pengsan aje. Tahan
Ika, tahan! Sabar sampai hospital lepas tu nak pengsan lama mana pun
pengsanlah. Sekurang – kurangnya bila nampak muka doktor tu tenanglah sikit
jiwa dan raga ni. Tambah pula bila muka doktor tu handsome. Sempat lagi berangan dalam sakit – sakit ni.
***
Usai
kereta selamat diparkir, Afham segera melompat keluar. Panggilan yang baru
sahaja diterima tadi membuatkan dia terpaksa meninggalkan gelanggang futsal
secara tiba – tiba. Darish juga tak sempat berkata apa – apa bila melihat
sepupunya bergegas pergi dari kawasan gelanggang.
Langkah diatur laju mencari hala ke
pintu masuk. Biji mata juga dililaukan memerhati kawasan sekeliling. Tak semena
– mena langkahnya mati. Melihatkan sekujur tubuh yang sedang terduduk di atas
kaki lima itu membuatkan dia pelik. Diamati wajah yang sedang resah menahan
kesakitan sambil memeluk erat di bahagian abdomen.
“Cinta Fiska?”
Fiska angkat kepala sedikit. Cuba
melihat gerangan suara yang memanggil nama penuhnya itu. Nak hadiahkan satu
senyuman buat inspektor polis itupun dah tak mampu rasanya. Walaupun dia agak
terperanjat bagaimana pemuda itu boleh ada di kawasan hospital pada waktu
tengah malam begini. Adakah dia pun sakit seperti aku? Tapi kenapa dia boleh
jalan elok saja?
“Kenapa dengan kau ni? Duduk kat sini
seorang – seorang dah buang tabiat ke apa?” tanya Afham pelik.
Dia cakap aku buang tabiat? Argh! Aku
rasa nak mengamuk sekarang jugak! Tapi apakan daya.
“Encik polis nak masuk dalam hospital
tu ke?” lemah Fiska bersuara.
“Haah. Ada hal sikit. Kenapa?”
“Baguslah kalau macam tu. Boleh tak
encik polis tolong pimpin saya masuk ke dalam hospital tu? Dari tadi saya
tunggu orang lalu kat sini nak minta tolong tapi tak ada siapa pun yang lalu
kecuali encik polis aje. Saya tak larat sangat nak jalan ni.” rayu gadis itu
lemah. Air mata sudahpun mengalir keluar akibat terlalu menahan sakit yang
tidak tertanggung oleh tubuhnya itu.
Afham menghampiri gadis itu tiba –
tiba. Dahi Fiska disentuh lembut. Panasnya! Tangannya cuba menyentuh bahagian
abdomen gadis itu pula namun segera ditepis Fiska. Muka macam nak telan pemuda
itu hidup – hidup.
“Awak jangan nak ambil kesempatan…”
Belum sempat Fiska menghabiskan ayat,
Afham terus menekan bahagian bawah abdomen di sebelah kanan gadis itu. Bergema
jeritan Fiska untuk beberapa saat. Sakitnya, Ya Allah! Macam nak pecah perut
aku kena tekan.
“Aku rasa kau appendic ni.”
Mencerlang biji mata Fiska serta –
merta. “Appendic?!”
“Dah! Jom, aku tolong kau.”
Afham membantu gadis itu untuk bangun.
Lantas dipapahnya tubuh kecil itu untuk menuju ke pintu masuk hospital. Lambat
– lambat langkah dipaksa untuk berjalan. Kenapalah teksi tadi tu berhentikan
aku jauh dari pintu masuk? Memang dugaan betullah malam ni!
“Nanti awak pesan dekat doktor suruh
dia bagi ubat appendic sudahlah. Tak
nak operation, ya?”
Afham kerling tajam gadis yang sedang
dipapahnya itu. “Kau nak sihat ke sakit?”
“Sihatlah.”
“Kalau macam tu, diam. Jangan nak buat
pesanan mengarut.”
Fiska hanya mampu mencebik dengan
arahan yang diberikan. Orang baru nak ramah mesra, disuruhnya diam.
“Dah sampai. Nurse!” laung Afham memanggil jururawat berhampiran setelah
membantu Fiska duduk di atas kerusi buat sementara.
“Saya jumpa perempuan ni tepi jalan
tadi. Dia sakit…”
“Encik sila daftar untuk pesakit dulu,
ya?”
Belum sempat Afham menyambung ayat,
katanya terus dipotong. Rasa menyirap pun ada. Bila terpandangkan keadaan Fiska
yang sudah tenat, serta – merta Afham mengeluh berat.
“Daftar ni bila – bila pun boleh. Tak
nampak ke perempuan tu tengah tahan sakit?! Emergency!
Bukannya sakit demam biasa!” melangit suara Afham di ruang itu tak semena –
mena.
Suasana menjadi senyap tiba – tiba.
Salah seorang jururawat di situ segera mendapatkan Fiska yang sudah hampir
pitam dibuatnya. Deritanya sakit ini sekiranya ia benar – benar adalah appendic.
“Nak daftar kat mana?” tanya Afham
tiba – tiba. Lega sedikit bila melihat gadis itu sudah dibawa ke bilik rawatan.
“Kat sini, encik. Encik ni penjaga
pesakit ke?”
Afham tersentak dua tiga saat. Takkan
aku nak daftar sebagai penjaga perempuan tu pulak? Habis aku nak daftar sebagai
apa sekarang ni? Kawan?
“Tuan!”
Lamunan mati. Kepala segera ditoleh
mencari pemilik suara yang memanggil.
“Wad mangsa kat tingkat dua, tuan.”
Tujuan utama dia berada di hospital
pada waktu tengah malam itu hampir dilupakan. Borang yang masih kosong belum
diisi dibiarkan begitu sahaja. Afham segera mendapatkan anak buahnya itu.
“Encik! Encik!” panggilan dari
jururawat di kaunter pendaftaran itu langsung tidak dihiraukan.
“Kat mana mayat mangsa dijumpai,
sarjan?”
Sekelip mata Afham ghaib dari ruang
itu bersama beberapa anggota polis yang lain. Jururawat yang memerhati gerak –
geri pemuda itu dari tadi hanya mampu menggelengkan kepala perlahan. Dia ingat hospital
mak bapak dia ke main tinggal – tinggal pesakit tak berdaftar ni?
***
“Dah bagitahu waris mangsa?” soal
Afham seraya menyelak sedikit selimut yang menutupi wajah mayat seorang kanak –
kanak perempuan.
“Dah, tuan. Sekejap lagi ibu bapa
mangsa datang untuk membuat pengecaman.” Balas salah seorang orang bawahannya
di situ.
Afham hanya mengangguk kecil.
Diperhati seketika wajah mayat kanak – kanak perempuan yang lebam dan mula
membiru itu. Sayu hatinya hanya Allah yang tahu. Betapa syaitannya penjenayah
yang sanggup lakukan perkara sebegini ke atas kanak – kanak yang tidak berdosa.
“Rasanya ini bukan kes menjual organ
kanak – kanak, tuan. Sebab menurut doktor tubuh badan mangsa sempurna tiada apa
– apa organ yang diambil cuma kemungkinan besar mangsa dirogol dan bunuh.”
Orang bawahannya menambah lagi.
Afham diam. Tidak berkata apa – apa
dan masih menunggu orang bawahannya itu menyambung kata. Wajah mangsa ditutup
semula dengan selimut putih. Jari – jemarinya menggenggam geram.
“Tapi doktor belum sahkan apa – apa
cuma secara fizikalnya kemungkinan mangsa…”
“Lepas ibu bapa mangsa membuat
pengecaman, teruskan dengan bedah siasat. Dapatkan laporan secepat mungkin.”
Belum sempat kata disambung, Afham segera memotong.
“Baik, tuan!” arahan diterima.
Keluhan berat dilepas bebas. Selang
beberapa minit muncul kelibat sepasang suami isteri yang sedang mencari wad
pesakit dengan dibantu oleh jururawat di situ. Afham hanya memerhati ibu bapa
yang sudah meraung hebat bila melihat mayat anak kecil mereka di hadapan mata. Sungguh
dia terlalu bersimpati ke atas keluarga itu.
“Tolonglah cari sampai dapat, Am. Mak
Ucu tak nak apa – apa jadi dekat Atikah tu. Kasihan budak tu. Dia masih kecil.
Tak faham apa – apa lagi.”
Hampir menitik air mata lelakinya bila
pesanan Mak Ucu masih lagi berbunyi di halwa telinga. Mak Ucu, Am dah gagal
selamatkan nyawa Atikah. Tapi Am janji Am akan cari syaitan durjana tu sampai ke
lubang cacing!
“Memang jelas mayat itu adalah mayat
Nur Atikah, tuan.”
“Dapatkan pengesahan dan persetujuan
dari waris mangsa terlebih dahulu lepas tu proceed
dengan bedah siasat.” Mendatar nada yang diutarakan.
“Baik, tuan.”
“Kalau boleh doktor siapkan laporan
bedah siasat secepat mungkin, ya?” pinta Afham dengan senyum yang paling tawar.
“In shaa Allah. Saya usahakan secepat
mungkin.” Balas doktor ramah seraya memberi isyarat kepada pembantunya untuk
membawa mayat mangsa ke bilik bedah siasat.
“Terima kasih, doktor.”
“Tuan baliklah dulu. Lagipun sekarang
bukan waktu kerja tuan.” Ujar sarjan yang merupakan orang lama berkhidmat di
dalam pasukan PDRM itu.
“Hmmm tak apalah. Kamu semua baliklah
ke balai dulu. Saya ada kerja yang belum selesai lagi.”
“Kalau macam tu, kami pulang dululah.”
Tangan disematkan di sisi kepala tanda hormat.
Afham hanya mengangguk dan membalas
tanda hormat kepada anak buahnya itu. Lantas langkah laju menapak ke kaunter
pendaftaran di tingkat bawah.
++bersambung++
No comments:
Post a Comment
sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?