Cinta
Fiska menapak perlahan keluar dari fitting
room yang disediakan untuk pelanggan di butik pakaian itu. Kalau aku
tahulah props yang dimaksudkan Darish
adalah pakaian baru, dah lama aku tak setuju. Beria – ria sangat pula dia. Nama
pun nak berlakon. Buat apa nak membazir segala?
Riak wajah Afham cuba dibaca bila terpaksa
memperagakan pakaian yang sudah dipilihnya tadi. Afham geleng kepala tanda
tidak berkenan. Gadis itu mengeluh sekejap. Tak ada perasaan ke dia ni? Sikit
punya cantik dress aku pilih ni, dia
boleh geleng saja? Pakaian kedua pula disarung ke tubuhnya.
“Macam mana?” sekali lagi Fiska tayang
depan Afham.
Sekali lagi juga Afham geleng. Siap
dengan cebik lagi. Sah, lelaki puaka ni memang tak ada perasaan langsung!
Pakaian ketiga yang dicuba juga turut
mendapat kritikan dari juri yang tidak bertauliah itu. Lain kali tolonglah cari
orang lain untuk ganti kau, Rish. Sepupu kau ni langsung tak bagi manfaat. Yang
dia tahu cuma geleng saja. Bukannya nak bagi sokongan padu kat aku.
Afham terkesima beberapa saat bila
melihat gadis itu yang sedang menayangkan pilihan dress keempat yang berwarna putih berbunga – bunga kecil warna
peach itu. Atas bawah dia pandang gadis cantik itu tanpa kedip. Lantas pemuda
itu berdehem kecil. Fiska pula masih bersabar menunggu keputusan dari mulut
Afham. Kalau dia tak nak juga baju ni, aku give
up. Pakai saja baju aku yang ada kat rumah tu.
“Okey. Saya ambil dress ni.” ujar Afham kepada staf butik itu tiba – tiba.
Fiska tersentak beberapa saat.
Bertambah terperanjat bila Afham menyambung katanya lagi.
“Semua dress yang dia try tadi,
awak bungkuskan sekali ya?”
“Eh, nak buat apa banyak – banyak?
Ambil dress yang ni saja, ya?” Fiska
cepat – cepat menyampuk. Dia ingat hari raya ke apa nak beli baju banyak –
banyak?
“Saya ambil semua sekali. Saya yang
nak bayar. Dah, kau pergi tukar baju balik. Kita pergi tengok kasut dan shawl pula.”
Pelayan butik itu hanya akur dan
berlalu dari situ. Fiska dah mencebik sebelum menerobos semula ke dalam fitting room. Bila melihat tanda harga
yang tertera di semua pakaian yang dicubanya tadi, terasa nak pitam sekejap.
Kain apa yang dia orang guna sampai harga baju pun beratus – ratus ni?
Lain pula halnya di butik yang menjual
kasut – kasut perempuan itu. Usai memilih selendang yang sesuai dengan dress yang dipilihnya tadi, kasut pula
menjadi sasaran. Baru sahaja gadis itu ingin menuju ke arah sandal perempuan
yang biasa dibelinya, Afham segera menghalang langkah Fiska.
“Kau pergi test kasut tinggi kat sebelah sana tu.” Arah lelaki itu sambil
dengan jari telunjuknya diluruskan ke arah kasut – kasut bertumit tinggi yang
di susun rapi.
Terbeliak sekejap biji mata Fiska.
Tinggi macam gunung Everest kata kau!
Teragak – agak Cinta Fiska cuba
menapak dengan kasut tinggi yang dipilihnya tadi. Afham yang hanya melihat
gelagat gadis itu seperti bayi baru belajar berjalan sudah sengih senget.
Fiska… Fiska… Bagai nak gugur jantungnya tiba – tiba bila melihat Fiska yang
hampir terpelecok dek kasut lagak modelnya itu.
Fiska tarik nafas dalam dan menegakkan
tubuhnya kembali. “Tak apa. Tak apa. Saya okey.”
Afham juga sudah menghela nafas lega
dalam diam. “Cantik dah kasut ni. Ambil yang ni sajalah.”
Sementara menunggu staf butik itu
mengambil kasut yang hendak dibeli tadi, Afham dan Fiska segera menuju ke
kaunter pembayaran.
“Tak apa ke awak bayar semua ni?”
Gadis itu bersuara tiba – tiba. Rasa
bersalah pun ada bila inspektor polis itu berbaik hati dengannya. Tapi kalau
dia tak tolong bayar, mana aku ada duit nak bayar barang – barang mahal macam
ni.
“Tak apa.” Balas Afham pendek.
Tak apa aje dia jawab? Misteri betul
jawapan dia ni. “Awak nak suruh Mak Ucu potong gaji saya lagi ke untuk ganti
balik barang – barang ni semua?”
“Taklah. Aku claim dengan Rish ajelah nanti.”
Fuh! Fiska hela nafas lega. Sangkanya
tadi gaji pertamanya bekerja dengan Mak Ucu akan ditolak lagi. Kalau kena tolak
lagi, tak tahulah tinggal berapa sen aje gaji aku nanti. Nasib baik claim dengan Rish. Lagipun, ini semua
rancangan Rish juga. Biar dialah yang bertanggungjawab. Gelak jahat dalam hati.
“Tapi ada satu soalan aku nak tanya
kau.” Afham menyambung lagi tiba – tiba.
“Apa dia? Tanyalah.”
“Kau dah fikir masak – masak ke nak
jumpa parents Rish tu?”
Fiska terdiam sekejap. Selang beberapa
saat, gadis itu mengangguk laju. Ala, aku cuma nak tolong Rish saja. Apa
salahnya, kan? Lelaki itu pandang lama wajah gadis yang masih senyum manis itu.
Jangan rasa semua orang tu baik, Cinta Fiska. Kata – kata yang hanya terluah
dalam hati.
***
Langkah
dimatikan tak semena – mena bila melihat dari kacamata hitamnya seorang pemuda
yang sedang berjalan bersama seorang gadis itu. Wajah Inspektor Afham diperhati
lama dari jauh. Serta – merta senyuman melebar yang membawa beribu jenis
maksud. Patutlah orang selalu cakap, cepat sungguh masa berlalu.
“Dah lama kita tak jumpa kan,
Inspektor Afham?”
Pandangan beralih pula ke arah gadis
yang sedang rancak dengan keletahnya berjalan di sisi Afham. Cantik.
“Pandai kau cari pengganti, Am. Harap
– harap bukan polis jugalah macam kekasih kau yang dulu tu. Kalau boleh, aku
tak naklah pisang berbuah dua kali.”
Sengih makin meleret. Langkah
disambung semula menapak di ruang kompleks beli – belah itu. Tatkala langkahnya
betul – betul berjarak beberapa inci sahaja dengan inspektor polis itu, bebola
mata dikerlingkan sedikit ke arah pemuda dan gadis yang langsung tidak
menyedari kehadirannya di situ.
“Bila tiba masanya kita akan bersua
sekali lagi suatu hari nanti, Am.”
Kaki terus menapak laju meninggalkan
kawasan tempat beli – belah itu. Buat beberapa ketika, Afham menoleh ke
belakang. Seperti terpanggil untuk dia melihat sesuatu yang dia terlepas
pandang. Namun, kosong. Tiada siapapun. Pelik. Kenapa rasa seperti kurang
senang?
***
“Pukul berapa kau jumpa parents Rish tu esok?” Afham memecah
sunyi walaupun biji mata masih fokus ke hadapan jalan.
“Petang esoklah kut. Rish kata waktu dinner. Nanti dia datang ambil saya kat
rumah.”
Belum sempat Afham membalas, telefon
bimbitnya sudah menjerit minta dijawab. Sekali lagi nama Darish tertera. Meeting ke tidak sebenarnya dia ni?
Asyik telefon aku aje kerja dia dari tadi. Aku report kat guru besar dia nanti baru tahu.
“Helo.”
“Helo. Aku dah habis meeting ni, Am. Kau orang kat mana? Aku
datang sekarang, ya?”
Afham kerling sekejap Fiska yang hanya
membuang pandang ke tingkap keretanya itu. “Hmmm entahlah. Aku pun tak tahu kat
mana ni.”
Biji mata menghala pula ke arah papan
tanda jalan yang tertera ditulis dengan perkataan Greentown. Sejak bila kau
pandai menipu ni, Am?
“Eh, kau orang shopping kat mana tadi? Jauh sangat ke sampai tak tahu nama tempat
tu?”
Darish masih dengan soalannya. Hairan
pula dirasakan. Kelam – kabut dia keluar dari bilik mesyuarat tika selesainya
mesyuarat tanpa diundang hari itu. Dengan harapan sempatlah dia menuju kepada
Afham dan Fiska. Dialah orang pertama yang menghilangkan diri sebaik sahaja
sesi mesyuarat tamat.
“Tak adalah jauh mana. Tapi biasalah,
aku bukannya tahu sangat nama – nama tempat kat sini.” Afham balas selamba.
“Tulah kau. Duduk Ipoh dah berapa
tahun dah tapi nama tempat pun tak tahu.”
Afham hanya ketawa kecil. Buat – buat
ketawa yang pastinya.
“Tak apalah. Aku tunggu kau dengan Ika
kat rumah Mak Ucu, ya? Cepat sikit balik tu. Semua barang yang perlu, kau dah
beli dah?”
Darish sambung dengan menyoal lagi.
Ingatkan nak matikan panggilan dah Si Rish ni.
“Dah. Kau jangan risau. Nanti kau
tengok sesuai ke tidak.”
“Okey. Lagipun, aku percaya taste kau. Kau orang dah makan ke?”
Dia tanya lagi!
“Aku tengah drive ni. Dah sampai rumah nanti aku cerita dekat kau yang aku ni
dah makan ke belum, ya?”
Perli Afham serta – merta. Tahu sangat
dah dia yang tujuan Darish tu sebenarnya nak bercakap dengan Fiska. Banyak pula
soalan yang diajukan. Macam tak boleh tunggu dia dan Fiska balik ke rumah
nanti.
“Okey. Okey. Cepat sikit balik!”
Sempat lagi Darish mengingatkan.
“Yalah.” Talian dimatikan dengan kadar
segera. Bahaya! Sebelum Darish buka soalan ‘ambil berat’ dia lagi tu, lebih
baik putuskan panggilan secepat mungkin.
“Siapa call awak? Rish ke? Dia dah habis meeting ke?” tanya Fiska tak semena – mena.
“Tak adalah. Kawan aku. Kau tak
kenal.” Pembohongan masih diteruskan lagi.
Tapi kenapa kau harus berbohong,
Muhammad Afham Nazhan?
++bersambung++
No comments:
Post a Comment
sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?